sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, June 30, 2010

The Fun Theory ; Cara yang cool untuk mengubah perilaku manusia

Sory sume, membisu seketika, sebab keadaan sekeliling yang membuatku takde mood untuk mencoret seswatu. Dan juga sekarang ni proses kami kemaskini rumah untuk pindah.

Huhu kelmarin aku ade nonton 1 vdeo best ni..! Lokasi nya di Stokholm, Sweden. Beberapa fun-campaign telah lancarkan di sana untuk mengubah perilaku manusia~


The premise of the campaign is that if you make things more fun, it’s easier to change people’s behaviour.

Memang hebat la.. Video ni menunjukkan tentang kempen yang kool untuk menarik perhatian umum seterusnya dapat mengubah sifat manusia tersebut daripada biasa kepada luar biasa ! Luarbiasa ke..hmm boleh la.. jom kita layan jap.. Korang mesti teruja :)

PERTAMA


Cube tengok camne cara orang barat mendapat idea untuk mengubah perilaku manusia dengan menggunakan idea-idea yang FUN ! Aku pon teruja ni, kalau lah dapat letak kat Malaysia dan negara ke-2 aku, heeeeeeee kompem 90%-no sampah :)

Fakta mengatakan :Ramai orang suka buang sampah bila ade bunyi kat tong sampah tuh..

KEDUA


Awesome tak musix tu?? Kalau aku ade kat sane, da lame tangge tuh runtuh sebab aku yang comel nih lompat-lompat kat situ. Rasa tak saba nak g melawat sane.

Fakta mengatakan : Ramai orang biarkan je escalator tuh dan memilih untuk naik tangge, wat senaman sikit, leh kurus :p

Menarik ke cool ?? Dua dua lah!

Tuesday, June 29, 2010

wiLL update, More to go..moRe !!

Quite buzy bcoz kemas barang-barang to pindah out

:'(

sory kawan-kawan.

Sunday, June 27, 2010

general of me


nama | sharifah naeilah binti syed hassan

nickname blog | sha-na.szied @ naeilahszied

nickname real | naeilah ; naei

asal negeri | seremban, negeri sembilan , Malaysia

belajar | Universiti Hassan II, Casablanca, Morocco

tahun | Satu, Semester 2, 2009/2010

status | always invisible

bahasa guna | Melayu - Arab - English - France

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada
kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan.
kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul.
penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang
dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari
"orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk
di follow balik jejak korang . Big thanks!

Wednesday, June 23, 2010

Lepas hangat di TV3 & RTM, kami fofulerr di TV Maroc pulak

Assalamualaikum kawan-kawan, lagi sekali bersama saya, Fafau & Wahid..Slot Panass! Zass..

Pada bulan dua 2010 yang lepas, kelibat pelajar Malaysia di Morocco dan Mesir telah disiarkan di televisyen Malaysia yang fofularr ; TV3. Dan juga dada-dada akhbar fofularr seperti yang aku entry kan di sini dan di sini kerana Menteri Besar Negeri Sembilan mengadakan lawatan ke sana..

Dan baru-baru ini juga, pihak melodi mendapat tahu bahawa pelajar Malaysia di Morocco lagi sekali mendapat perhatian pihak media di oversea tersebut. Semasa pelajar Malaysia sedang tekun dan khusyuk sekali mendengar ceramah Protokol di dewan INPT, Rabat, Maroc hinggakan ada pelajar pening dan muntah selepas program itu seperti laporan saya yang ini

Mereka telah didatangi sekumpulan pihak media dari TV Al-Qanaat Al-Oula TV 1eme Maroc . Pada masa itu pelajar Malaysia hanya khusyuk dan fokus pada penceramah. Mungkin pihak media Arab tu terpegun dengan kekusyukan pelajar Malaysia di Morocco. Lalu di setting up segala lampu dan kemera untuk menemu bual pelajar Malaysia :D

Shooting 1 Mei tersebut telah di udarakan di Rancangan 45, TV1eme. Siaran itu berlansung selama 10 minit, mari kita tengok.. :)

Bangga plak masuk TV "atas laut" @ oversea ..~ Jap!! Hati-hati, mereka cakap bahasa arab nih..hehe chekidout!!




amacam, ada can jadi macam fafau tak? ..doakan kejayaan kami sume di sini..

Tuesday, June 22, 2010

Sampah dalam dashboard blog

Salam geng-gengblogger sume. Hari ni aku nak mintak tolong lah, baru-baru ni bukak dashboard, tengok komen banyak nye.. Blog aku takda sape pun nak bace, tapi banyak nye komen..huhuh..


Cam blogger tak hebat cam aku, power kan? hee..Pastu aku pon eksaited dan terus bukak 12 comments tu..



Ha? tengok!! camne leh jadi camni?? Kalau tak silap ari tu ada bace kat blog sorang ni, dia kata spam. Spam ni datang sebab nak promote perniagaan dowang secara terus ke blogkomen kita. tapi tengok lah sepah-sepah. Spam ni akan masuk ke komen kita kalau blog kita tu tengah up..
Eh blog aku tengah up ker..? takpon..tapi ade lah orang yang blogwalking ke blog nih ..mekasih-mekasih..thanks jugak pada folower aku :)

ok skng just nak tahu jek, macam ne nak elak spam ni ehk?? Tolong sape-sape blogger otai.. please.

Monday, June 21, 2010

Aku sayang dia #1 ; Nabilah Farhanah yang best




Salam sume, hari ni aku masukkan entry tentang kawan aku; Nabilah. Sebab baru-baru nih dapat award (atas ni) dari Nabilah ..huhu jom terjah blog dia.

Nabilah, ekceli dah lame nak buat entry tentang kau, but tatau bile. Rasa nya ni pon just entry pendek je kot :)

Firstly nak ucap mekasih ribu riban kat kau sebab tercalon menjadi best-fren-forever aku. Aku perasan kehadiran kau dalam hidop aku sejak kita darjah enam. Walaupun aku ada kawan bek lain, tapi time tuh, kau nak kawan ngan aku. So bermulalah episod kita.

Lepas amek Upsr aku tak lagi jumpe kau. Form 1-2-3-4..hatta satu hari, aku dengar berita ade budak baru masuk sekolah SHAMS, rupenya kau..Masa tu aku sangat eksaited untuk berjumpe kau balik. Alhamdulillah kita berjumpa balik. Akrab lagi..study sama-sama, tumpang kereta sama-sama, lepak sama-sama.. Tapi masa tu kau sakit, penat nak jage. Sekarang, suka dengan kesembuhan kau, semoga sentiasa ceria.

Satu lagi je aku minta, tak ada rahsia antara kita. Kalau kau ade problem, just share sama aku, sebab banyak bende kau rahsiakan kat aku.. uuuw...sedih sedih.. Lagi pasal Nabila nih, dia spoting, ramah, cumil..kalau kat sekolah tuh diminati ramai weyh ..aku pon numpang suke.. Moge kita dua sukses.. kau berjaya di Maktab ..Aku berjaya di sini :)

Pastu kau punye entry dalam blog mesti tak tinggal nama aku. Sayang bella muah muah muahh ..

Saturday, June 19, 2010

Dah Jumpe tapi Terkilan Sangat.

Afiq Nordin, angah dah jumpe Facebook kamu. Pukul 2.30am tadi.
Dari dulu nak cari..tapi sentiasa harap yang kita dapat jumpa next Raya.
But now. Dah takde..
Its too late.
Cukup lah sekadar kita berjumpa di syurga nanti.
Insya Allah..
Tidur lah dengan aman ..

Jom ramai-ramai singgah sini


Bye, myolderrrfren.

Friday, June 18, 2010

Takziah #3 ; Afiq Nordin, Pelajar Nilam Puri Meninggal Selepas Solat Jumaat

18 Jun 2010
Ok, ni barulah nak masuk tentang kawan aku, Arwah Afiq Nordin. Dia pelajar kos Usuluddin, Sem 2/2010 (PASUM), Nilam Puri, Kelantan. Dia kene langgar kereta semasa lintas jalan raya lepas balik solat Jumaat.

Kalau ada sape-sape kenal Afiq, gitaw aku. Lack of info bout him..Sedih sangat.

Petang tadi lepas terima mesej dari mak dan adik, bagitau yang Afiq, jiran kampung aku, juga merangkap sebagai kawan baik masa kecik dah meninggal :'(

Trus tekan button henpon dan kol emak. Mak nangis .. sebab dia seorang budak yang baik. Pandai. Dengar cakap mak ayah. Pastu dulu aku kawan ngan dia masa kecik. Dah besar malu sikit.. Pastu cuba nak kawan balik. Name pon jiran kampung. Mesti tiap tahun raya kat kampung dia. Pegi kubur sama-sama..Raya tahun lepas dia baru beli henpon sony, same plak henpon dia ngan henpon aku..(teringat..)

Yang terkilan, patotnya tahun lepas nak jumpa dia cam nak cakap-cakap sikit..Tapi tak terbuat, sebab aku nih pemalu orangnya. Last-last sampai aku tak jumpa dah dia lagi..
Kawan aku yang meninggal nih pon aku nak jumpe die, tapi tak tercapai..

Dalam masa terdekat ni 2 orang kawan dah pergi menghadap Ilahi..Inilah dinamakan kematian, tidak menunggu sesiapa.. Tak dapat nak ziarah family Afiq..Insya Allah, jenazah di kebumikan di Kampung Terusan, Juasseh esok. After zohor.

Emak ayah dia ekceli baru pegi melawat die kat Kelantan, ontheway balik ke Seremban, Afiq kemalangan..Tapi mak ayah dia tak sampai lagi di Seremban.. Bayangkan perasaan mereka.. :'(

Tahun nih lagi skali raya dengan sebak (maybe..)

Hidup ini tak selalunya cerah..Bila-bila masa Allah akan menarik nyawa kita..Kita yang masih hidup hanya mampu berdoa untuk mereka..

pS: gambar Afiq ada zaman dulu-dulu, nanti upload ..

Takziah #2 ; Pengalaman Menjadi Jiran Achik Spin

Oh hari yang sebak! balik tadi menerima 2 mesej di hp. 1-emak, 2-adik. mengkhabarkan satu berita sedih.. kawan aku Afiq meninggal dunia..so tibe-tiba rasa nak bua entry tentang orang yang dekat dengan aku dah pergi..

****

Sekarang tajuk nih mengenai Arwah Achik Spin, dah lame aku nak wat entry pasal berita kematian arwah. Tapi melihatkan kondisi aku yang sibuk ngan kuliah, terpaksalah ditangguhkan.

18 April 2010
Aku bangun pagi Ahad tuh, (2 pm Malaysia) terus telefon emak di Malaysia, dah lame borak tibe-tibe mak gtaw..Achik Spin da meninggal.. aku terkejut sangat .. Tak sangka sangat dia dah tak ada. Achik tu jiran umah aku selang satu umah. Umah mak mentua dia plak sebelah umah dia.

Jenazah Achik Spin dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan (TAMAN UMAH AKU) di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir. Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.


Dulu selalu usha dari jauh, wahh ada artis sebelah umah..ngintai-ngintai je sebab malu lah ngan Achik..Selalu nampak dia dan isteri, Kak Tasya @ Rose naik kete sama-sama. Haha. Ngintai dari jauh jek..

mereka twins, rasanya yang merah ni kot bini Achik Spin.
Loc : my house


Tahun lepas pon aku wat open house, kak Rose datang ke rumah kami..Baik je.. Pastu dengar crita dari mak, mereka baru je berpindah di sebelah umah mak mentua die. Tak sampai seminggu duk situ dia meninggal sebab kemalangan jalan raya.

Highway Seremban

Jenazah Arwah Achik Spin

Kebumi di Makam Sheikh Ahmad Said, Seremban

Hidup ini tak selalunya cerah..Bila-bila masa Allah akan menarik nyawa kita..Kita yang masih hidup hanya mampu berdoa untuk mereka..
Al-fatihah..Doa juga untuk semua artis-artis yang telah pergi..
Yasmin Ahmad, Din Beramboi, Yanie Mentor, Achik Spin

Thursday, June 17, 2010

Kawan GengBlogger Yg Sporting ; Award Pertama & Tag keDua ~

Tadi baru balik kuliah terus nak bukak blog..bace omen kat shout-out jumpe pejalan kaki bernick-name, ata. Macam terkejut. Aku tak kenal dia. Tapi mesejnya berbunyi..

"salam ziarah..ada award dan tag untuk kamoo"

wahh. macam apekah? rasa tak sabar nak terjah ke blog beliau. Menarik. layout yang simple dengan header yang smart. Tambahan ada muke beliau terus terpampang kat depan blog tuh ..hehe. Selamat bekenalan..Anda mungkin bakal menjadi kawan saya.. EH? hehe.

Aku ekceli nak minta maaf pada sume GengBlogger. Aku pelajar universiti yang agak sibuk dengan hdop seharian. Memang selalu online, bukak GB, bukak blog, jalan-jalan ke blog orang, but jarang nak bersiar-siar dalam laman GB. So tak heran lah aku tak ramai kawan blogger. huh..~ Tapi dengan tag kali nih buat aku bangun dan sedar supaya jangan abaikan geng-geng blogger di GB.. kerana GB lah aku leh naik sikit sikit :)

*****

THANKS SEBAB KASI AWARD KAT SAYA
gune ((saya)) sebab tuju khas kat saudara ata


dan syarat penerimaan award ini mestilah dengan menjawab soalan yang diberi....
same-same baca jawapan aku kepada soklan Hot di bawah.

---------------
adakah anda rasa HOT??
aku rasa humble di sini, terutama di GB, blogger baru katekan .. tapi kalau korang mengenali aku, aku happy+pramatang orang nya :p

upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang


cerita pasal gambar nih....??
gambar nih aku ambil dari REMAJAMASJID group. satu group yang beri banyak faedah kepada aku, aku rasa tenang je dengan gmbar ni, kerana di situ tertulis Allah.. dan pemandangan yang menghijau.. bestkan?

kali terakhir makan PIZZA...??
bulan 3 hari tuh, kumpul duit rumah ngan roomate, pastu beli..pizza cap Morocco :)

lagu terakhir anda dengar....??
Islam Iman dan Ihsan-Xifu M'adz feat Radz. Lagu nasyid nih tentang Hadis tentang Rukun Islam Rukun Iman dan pengertian ihsan. Ihsan ialah melakukan ibadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, tp kalau kamu tidak melihat Dia percayalah Dia melihat kamu di atas sana..Bagus kan? best tau lgu ni..siyes insaf :)

apa yang anda lakukan selain selesaikan tag ini...??
ulangkaji subjek Pemikiran Islam . wah wah nape cam solehah sangat ni ?

selain dipanggil nama sendiri,anda dipanggil nama apa..??
sampai skng lum ada nama tetap untuk panggilan.
dalam blog ; Sha-na.Szied
dalam FB ; nama asal
kawan rapat ; Naei | Naeila | Sharifa

tag 5 orang


sape orang no.1...??
my BFF yang da lame tak apdet blog. maybe ni tag kedua dari aku yang da hutang..hehe

katakan sesuatu pada orang no.5
Aiz? baru-baru ni baru kenal BELOG die. stat dengan tutorial nuffnang kot. tertarik pulak sebab dia dah lame gune blog, tapi baru nak daftar nuffnang hehe..dan dia kreatif !

No.3 ada hubungan sape ngan sape..??
this my sista. comel macam aku. Hubungan tak pasti. sebab banyak skendel dan diskendelkan. baru-baru ini my adik ni seem like jatuh hati ngan sumone, and baru-baru ni jugak cam ada orang nak memetik bunga di taman rumah aku ..cepatnya??
kalau nk tengok blog dia..sume pasal hidup dia jek.. hehe

bagaimana pulak dengan No.2..??
coretan perantau..aku juga perantau :)
suke ngan long hafiz sebab dia dok london..cam kagum ngan kawan-kawan yang belaja hebat-hebat dari aku.. kagu gak, sebab baru masuk dunia blog bape bulan dah capai kawan 1000..pehh! beselah budak london :p ala-ala mat saleh gitu..
lame tak singgah blog die..sebab, bz siket..

kata-kata cinta dengan orang No.4...
uiks..tak de lansong..tak sompek lagi nak bekenalan ngan telor nih..tapi teruja sebab dia selalu bertandang ke shout-box aku..dan baling telur busuk.. taktaula dia blog walking ke tak..x pe la..tu pun da cukop heppy :) thx telor basuh busukk :P

berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag
suka posting entri yang berinfo
layout blog cantik dan menarik
3 ahli GB 2 kenalan rapat
aku suka kat diaorang sume
blogger yang best dan spoting

------------------
nahh! siap pon tag nih, bape jam aku melangut depan pc ni..sambil studyla katekan..
ok lepas nih nak blogwalking kat umah ata ;)

aku menganggap tag dan award ini sebagai tanda persahabatan dan peningkatan kasih sayang antara aku dengan blogger luar ....aku bukanlah blogger yang paling Hot dan Top cam joegrimjow tuh, tapi betulkah blog aku sedang meningkat naik sikit ? huhu thx pada Ata, incha Allah we'll be a good blogger friend ~


pada bloggerku sayang yang telah di"tag" itu sila jawab ye....

Sayang BetuL pada Kucing; Jangan Bunuh Kucing

Salam semua kawan-kawan.. Sekarang dah kul 24-20 pagi..matA ni taknak tido plaK sebab munGkin petaNg tadi da puas tido..

Baru-baru aku perasan ramai kawan Facebook aku kecoh pasal video pembunuhan kejam terhadap anak kucing. Pastu ada plak video tentang cara masak nasi goreng kucing. Dua hari lepas aku ada tengok satu video kat Facebook yang di share oleh HanaSzied. Huh, ade sorang pompuan ni elok jek die pijak anak kucing dengan menggunakan kasut tumit tinggi dia tuh. Ya Allah..betapa kejamnya perempuan tuh.. Aku tak sanggup nak tengok anak kucing tuh merayu.. Aku yakin kebanyakan korang mesti da tengok vdeo tu, ataupun gambar-gambar perempuan kejam tu.

Untuk video aku tak dapat nak masukkan demi kebaikan semua.. (nak tengok jugak ada kat Facebook aku) kang tak lalu korang nak makan. Aku cuma masukkan gambar jek.. Bersedia untuk tengok?? Kalau rasa geli, cepat tutup mata..Aku tak tanggung risiko korang tak lalu makan nanti..

1


2


3









Kejam gile pompuan ni. Semoga dia dapat balasan setimpal di hari akhirat nanti..Kita semua tak mampu buat apa..Ya Allah sedih sangat aku tengok video kematian kucing nih.. Bye Sayang..semoga kau tenang di sana..

“Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhqadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat)


Komen : Aku ni sayang sangat kat kucing, nak bela tapi tak de ..Yang ada kucing jalanan je..Sapa-sapa yang ada jual kucing lebih, bagi lah free satu kat aku (^_^)
Kucing ni adalah binatang kesayangan Nabi SAW... Tergamak mereka-mereka ni melakukan kekejaman pada kucing.. Aku harap korang yang bace ni, Sayang Pada Kucing. Ada gak orang yang geli ngan kucing, tapi jangan sampai korang menghina dan menghalau kucing. Untuk post kali ni, aku dah siapkan satu gambar aku dengan sekor kucing jalanan. Main ngan dia petang tadi..Oh i'M a CaT Lover :)





Sunday, June 13, 2010

Cara Letak & Simpan Emel Facebook dalam 1 Folder

Fenomena FACEBOOK melanda remaja zaman sekarang.
Dan pastinya korang sering dan saling membalas komen dengan kawan-kawan di Facebook. Akibatnya Facebook telah menghantar banyak NOTIFICATION kat emel korang. So mesti ada di antara korang yang ade problem sebab emel Facebook yang banyak ini telah mengaburkan dan menenggelamkan emel-emel lain dalam inbox.

So how to solve this problem? Hari ni nak ajar cara-cara macam mane nak kumpolkan emel-emel Facebook dalam 1 folder secara AUTOMATIK.. mean, kalau Facebook hanta notification, terus jek masuk ke dalam folder. Tak payah susah payah kita nak pindahkan sendiri secara manual. Layan gambar di bawah.

Cara menyimpan emel terus ke folder.


























Siap!! Kalau nak jelas..klik pada gambar. GudLuck.

Lepas ni mesti emel korang dah x messy lagi.

p/s: Emel yg ditunjuk tidak sama. tapi sila abaikan..yang penting step betul dan tertib.

Wednesday, June 9, 2010

YOU [u] DONT SPEAK ARABIC WELL..

Salam sume & my blog. hari ni nak bersiap cepat-cepat ke jami3ah (universiti) sebab kene murojaah (ulangkaji) dengan kawan arab. Tepat kul 8.00 pagi. Tapi kami bertiga slalu je datang 8.30 am. Sian Khadija. Lepas 2 jam study, kul 10.oo am tuh aku mintak excuse untuk pergi ke Bank Populaire berdekatan souq (pasar). Menyusahkan la aku kalau leh takmau g bank. Banyak prosedur, bukan cam bank Malaysia. bese-bese dah ler..huh..

*******
Imbas semalam: 6.20 pm

Lepas balik jami3ah.."Aku rasa nak kuar duit la. Duit minhah (biasiswa) Maroc aku still ade lebih, nak kuarkan ar..baya duit sewa umah. "

Izzaty hanya bersetuju, dan teman aku. (Kat mesin ATM) Aku masukkan kad bank. Suh pilih bahasa ARABIC or FRANCE. erk! aku cop arabic la.. senang sikit. Pastu kad aku kene kuar sebab masa aku nk kua duit tuh ade probs. then aku sibuk nak bace apa yang mesin tuh ckp. ARAB tu..bila dok sibuk2 bace, alih-alih kad tadi die telan balik masuk mesin ATM. Hah??


yang kene telan Daba Daba Visa tuh

Kat citu gak aku mencarut ..geram, apelah nasib hari ni.. memang dia x kua balik. Last-last, kene gak kuarkan duit dari biasiswa Malaysia, gune HSBC kad.. takpelah kalau mak nak bising nape asyik kuar duit je. T__T


*******

So sebab tuh kene g bank cepat-cepat dan tanye akak cun kat bank tu..

"Saya letak kad saya dan Kad itu tak keluar"


Pastu kasi dia passport dan surat sah yang memang kad tu milik aku. Dan akak tu x ramah sangat, dia tak cakap pun suh tunggu jap ke ape. Dia trus kol orang Rabat dan gtaw ade someone da tuntut kad itu. Then dia cakap darijah plak ngan aku..(bahasa arab pasar) adeh. x dapat la aku paham, then aku suh dia ulang .Dia cakap..

"kau nak aku ulang english or arab? kau paham mane 1?"

amboi..ingt aku blur sangat?? haih..So aku ckp la aku tak kesah sambil agak kecewa la..hal cm ni pon nak lengah-lengah.. tuh, dia cakap la english.."how can i know this is ur card?" So, aku pon bagi la suraat tuh, dan die diskus jap ngan boss dia.. pastu dia kasi balik kad DabaDaba aku tuh..Alhamdulilah dapat pun..kalau x kene g Rabat lah jawabnya..

Time tgh tunggu akak tu diskus, ade sorang makcik cam gaya kaya tegur aku.

"salam where are you from?"
"salam, ana min malizi"
"ouh, U DONT SPEAK ARABIC WELL"

heh?! aku macam erghh ! geramnya.. memang lah, aku ngaku aku tak fasih..rasa tyme tu geram je..takpe nih mungkin satu cabaran untuk aku lebih membaca dalam bahasa Arab.. sebab makcik bajet tu telah menyedarkan aku..

Ya Allah tambahkan aku ilmu & kefahaman aku dalam bahasa Arab .


Saturday, June 5, 2010

Buat pertama kali dan pertama kali buat..


Assalamualaikum sume.. hurm banyak je bende nak tulis kat blog. Especially my own diary. but blog nih x privet so anyone can come-read-and go (comment?).. so x leh tulis sesuka hati kot. ok stop. this is not the main of the topic. malam ni nak siapkan keje yang kawan bagi.. haha..

T A G G E D

Pecaya tak bahawasanya this is first time i was tagged by blogger. really want someone to tag me.. huhu sedihkan? kepada blogger tegar & popular.. mesti dah banyak kene tagged.
jeles aku.

ok credit to the one who tagged me
Dipersilakan sekarang tagged from my sweet-gedix fren at jordan ;
♥ ♥ miss her much!


*******

1] Adakah anda happy sekarang?

HaLF. 1/2 saje..


2] Kenapa anda happy?

kerana tibe-tibe mendengar lagu yg berkumandang di blog dayahadzman ni. cambest.
juga baru menonton video u-Tube japanese funny video. make me better from alotof problem.
Half happy becauz la8ly cam banyak problem. also homesick much!


3] Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

tengok muka orang yang sy suka. buat masa exam ni, kawan-kawan arab yang make me happy is Samirah, Khadija, Hafsah twin..and all. ouh taktaulah kenapa begitu merindui family. aura MALAYSIA semakin dekat..dan tadi adik tag my name at her picture FB. they all pergi holiday kat PD. make my heart grow fonder..happy ke ni?


4] Pernahkan anda menerima tag?

Ini First Tag! ♥award to dayahadzman♥


5] Nyatakan warna yang anda suka.

warna yang saya suka mengikut barang yang saya ada. terkini meminati warne..pink+coklat+ungu+hitam+hijau pcucuk pisang

pink tu ; baju+beg+jam+towel+pencilbox+kasutsport+file

coklat ; jubah+tudong+kasut

ungu ; sekarang musim orang pakai baju ungu

hitam ; bile guna tudung hitam buat saya nampak comel

hijau pucuk pisang ; set solek rambut+barang mandi


6] Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.


berikut adalah senarai mereka yang hensem-cantik-hawt :

1) nabilahfarhanah [.] blogspot

2) creammyfiodesi [.] blogspot

3) syedshiyaki [.] blogspot

4) purplekansweet [.] blogspot

5) resamkehidupan [.] blogspot

6) farahimani [.] blogspot

7) sheiszatie [.] blogspot

8) ....kamu yang baca :)


7] Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.

1)nabilahfarhanah [.] blogspot

kerana sangat merindui dia. banyak rasa terharu sebab suke tulis bout me at her blog♥

2) creammyfiodesi [.] blogspot

ini kakak senior, kene hormat ..amek tagged ni..lagi satu, sebab dia lame tak hapdet blog. blog kene block! so, hope tag nih dapat buat dia rasa nak hapdet :)

3) syedshiyaki [.] blogspot

my hensem bro. also also also..baru ade 3 entri. hope along apdet lepas kene tagged ni . ♥ dan syg my along! ta8 care our family..

4) purplekansweet [.] blogspot

my sweet adik. just because wanna tag her! MUST. always remember her if about tag. ♥ dan syg my adik!

5) resamkehidupan [.] blogspot

my fren at morocco yang 1 1 nya ade blog. i guess. hope dalam zone exam ni, u can read my tag to you.. bittawfiq..miss you and Mohammedia.

6) farahimani [.] blogspot

ini kakak senior yang juga lame tak hapdet blog. blog kene block! so, hope tag nih dapat buat dia rasa nak hapdet :)

7) sheiszatie [.] blogspot

ex-klas di SMKA SHAMS, but also my sweet-hawt-gedik fren. love her. hope she love me also. terharu juga dia backlink my blog at her blog ..muahhhhhhhx!

8) ....kamu yang baca :)

ikut suka-hati kamu. jika mahu. kerana dirimu begitu berharga. u olls my fren.. dont just come-read-go. do comment, and i will love you.. ♥ ♥ ♥


8] Ni soalan cepu emas nih. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

nak copy paste ayat Dayahadzman..sebab jawapan kira sama. hehe

Alhamdulillah, semua adalah dariNya, maka sudah tentu menggembirakan :) Syukran ya Allah(sama dengan jawapan kakchik)...huhuiii

plus..rasa happy dan bersyukur bila melihat orang lain x senasib dgn apa yang kita ada.

(aiks, die pon same jawapan ngn orang yang tagkan die ..hehe!)


******

Syukran 3alaikum, doakan saya nak exam final ni. Amin..

Friday, June 4, 2010

PeLik kE NaMa Aku??



Salam sume, alhamdulillah..walaupon blog stil problem kat negara ni, tapi aku dapat jugak bukak hari ni. Aku rasa mmg lah dapat bukak blog 2 minggu S E K A L I ! *tension*

Erm hari aku nak memperkenalkan kepada dunia tentang NAMA aku. (kenyit mata sikit).. Kenapa? sedap ke nama aku? popular ker?? comel?? (oh !!) Aku buat entri kali nih sebab apabila aku sebut nama aku kepada UMUM, mereka seolah-olah..menjadi pekak. menjadi hairan. menjadi macam orang tak reti mengeja. menjadi dan menjadi macam-macam la.. So berikutan ini aku merasa N A M A yang diberikan oleh mak aku itu amat pelik di mata orang lain.. aku rasa jugak yang JARANG orang nak guna nama UNIK ni ..heheh dan ini juga memberi kesan pada aku, bila berada di dunia maya, malu untuk menyebut nama aku sendiri. dan menggunakan nickname je.

Bila cari dalam buku-buku nama bayi pon, tak tersenarai. :'(
Bila cari antara orang-orang yang sama nama pon tak jumpa
Bila cari dalam drama melayu pon tak penah wujud
Bila cari dan browse fren kat frenster ha..baru jumpe geng sama nama.hehhe

So aku cuba mencari sejarah nama aku. Biar kalau ada orang tanya apakah maksud nama aku, dari mana datang..camne gaya sebut..aku ada la jawapannya. Dan ini la nama aku...


N A E I L A H

dan bila sudah tahu sejarah nama aku..Aku happy sangat, terus panggil mak yang tengah bace surat khabar dan b'tanya sambil tersengih-sengih

"mak, sapa yang bagi nama angah?? mak dapat dari mana? "

"erm, mak lah yang bagi.."

"mak tahu ke maksud die? pandai mak pilih untuk angah"

"tahu.."

mak macam malas layan perangai budak-budak aku ni.. dalam hatiku terlintas, terima kasih emak! kerana sejarah itu aku da mula menyukai dan bangga dengan nama aku sendiri.

p/s: sebenarnya dah tahu lama sejarah nama aku ni, sejak darjah 3. tapi still malu-malu nak guna. Lepas tuh, aku macam da ta tahan..sampai bila nak malu? then time form 5, takde keje tuh, aku pon search kat tenet, nama aku :)

ok selamat membaca, korang mesti terharu nanti. dan sila teka camne gaye nak sebut? hehe



******

Contoh Isteri Yang Taat Pada Suami


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya mulia,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.


Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah

penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.



Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.


Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya



"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".



Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.


Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.



Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.



Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.



Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi


"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".


Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,


"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".


Lalu Nailah menjawab,


"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".


Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya. Dialah Nailah Al-Farafishah ..



*****



hope will be like this one day. for my husband-to-be. Aminn..