sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, May 4, 2017

Julai yang cepat berlalu..

Cepatnya masa berlalu, Orang kata kalau terasa masa cepat berlalu sebab kita sibuk..

Memang busy sangatlah...Minggu pertama amek mood untuk cuti.. Hehe

Minggu kedua , 7 Julai dah start bertolak ke Rabat untuk menjalankan tugas sebagai Juruaudit PMMM, untuk bersedia dalam Mesyuarat Agung Persatuan 12 Julai hari tu..


*** 27 YULIYU 2011 ***




SUKA DUKA DAN MURKA

****16 11 2009****

15 nOV hari Ahad keLmarin..

~Imbas kembali~

Teringat lg sewaktu Kami pulang dr Mohammedia setelah puas membeli belah di Souk Ahad,
dan juga meraikan jamuan perpisahan bersama Us. Nafir.. Kami menaiki bus utk pulang.

Bas no 900 kami kejar awal2.. time masuk uh, bus dah penuh bagaikan sardin menyempit dalam tin. Kami mengambil posisi depan untuk rase tenang ckit. Di sebelah aku makcik dan seorang anak kecil. Aku pndang jek muke mak cik tuh..aku pndang gelagat2 org Mohammedia .. Mata aku kemudian tertumpu pada 2 org yg kembar. Pattern muke same..berkaca mata same..berbaju corak kotak yg same..dan muke dowang comel jek. Teruje pulak tgk twins tuh..

Dalam area 20minit berdiri kt dlm bus uh, tbe2 bus berhenti d satu sisi jalan.. beberapa org lelaki Arab masuk dan meng-check ticket penumpang.. Aku mcm agk bengang, sbb dah la panas, sempit, berdiri, dowang lak dtg wat kecoh semate2 nk check ticket.. then die nmpak makcik sebelah aku ade anak kecik lalu dia pakse makcik tuh byr tambang tuk anak kecik die tuh. (pdhl ikut adat anak kecik naik bas free jek)...lalu berlaku pertengkaran kecil..Huru hara bus tuh ..pening pale aku nih.. Cam dowang tuh nk mintak duit haram je. Aku agak cemas ngn situasi tersebut..hanye mengucap syukur sbb x berlaku ape2 yg x diingini.. Ekceli aku da merewang teringat kt Novel Bukit Kepong insiden org kampong ditahan komunis dlm bus.

Keadaan menjadi tenang semula.. Aku masih dgn berdiri, kak fara juga masih dengan berdiri, Izzati juga masih dengan berdiri. Kami sabar..kerana inilah antara cabaran & dugaan bila berada di tempat org..

Mata aku time tuh pulak sibuk menelaah couple di hadapan aku. Mereka bergelak ketawa. Selang 5 minit kemudian, wanita yg berada btul2 dihadapan aku td tu jatuh pengsan. Aku sgt terkejut, sbb td lihat die sambil Syu' dzan aje..Kelam kabut juga. Suami @ pakwe die cepat2 angkut die letak kt kusi makcik sbelah aku. Makcik Arab yg bek hati tu renjis2 air ke wajah wanita tuh sampai spect aku t'kena tempiasnye.. Hish...Tp aku sgt touching sbb makcik tuh snggup mmeberi tmpat duduk kpd wanita yg pengsan tuh.. Ni lah budaya orang Arab yg sentiasa membantu org len..(i guess..) Yg teruje nye..sampai org blkg nk tau keadaan wanita yg pengsan tuh.. Kembar td pon join sekaki..nk tgk wanita tuh..akhirnya wanita tuh sedar jugak sbb Makcik sorang lg nih menyembur perfume ke tgn wanita tu agr die teransang..dan sedar ..
tp melihatkan diri wanita itu, kesal aku sbb ngumpat2 die td semasa die bermesraan ngn suami @ pakwe die tuh..Makcik yg baek hati tu aku mendoakan agar ALLAH merahmati nya..
>> die pon berdiri cam aku sbb x der tempat da nk duduk..

bersambung..

Cuti & Ukhuwah & Cambahan iLmu

Salam sejahtera pada kawan-kawan pembaca ^-^ Sudah lame aku tidak melatih jari-jemari untuk menaip sesuatu kat ruangan blog ini. Sepi, dan sepi. Seperti yg semua maklum, M a l a s.
Baru-baru ni, Akhir minggu bulan Mac lepas, Morocco cuti seminggu untuk budak universiti. Cuti seminggu sempena Musim Bunga takpun cuti Hari Easter. I thought la.. Mula-mula nak masuk musim bunga, aku tak nampak lansung perubahan kawasan persekitaran ditumbuhi bunga. Dalam minggu akhir tu, aku perhatikan sekeliling. Wah, Subhanallah! Banyaknya bunga, lebah, rumput-rumput dah tak pudar lagi pemandangannya. Semuanya kelihatan colourful ! Percayalah! Walaupon Spring (musim bunga) di Morocco tak semekar di negara 4 musim yang lain, tapi aku dah cukup teruja sekali dengan ciptaan Yang Maha Esa (:

*****
Pelajar Malaysia memenuhkan cuti mereka kali ini dengan 1 pogram yang telah diatur oleh persatuan. Sukmaneka dan Spring Intelectual Village. Pogram sukan & ilmiah. Di samping menyihatkan badan, otak kene cergas untuk memperjuangkan Islam :)


**** 5 ABRIL 2010 ****

Esok yang rasanya istimewa ;) Opss

Assalamu aleykum ya Ahl Maghribi Mahbubaty......


Labas aleykum jami3an ? Alhamdulilah incha Allah ghadan sanaqoumu dzabah alkabsh wa lbaqarah ............. Alhamdulillah wa Allahuakbar !

Opss ! Tercakap arab pulak.. salah plak tuh. Eh yer ker.. aku try jerk nak cakap.. Alhamdulillah sangat rasa satu kelainan pulak hati ni untuk menyambut esok. Raya korban yang sangat dinantikan di bumi ini.

****16 11 2010****

Cuti-cuti Morocco .: Musim Panas :.


****25 YUNIYU 2011****

Exam-exam aku semester empat kali ni..

Selasa 7 Jun ; المواريث (Mawaris, Pembahagian Harta)


Ini adalah exam fez kami pada sem ini, pelajar dirasat memang paling lambat mule exam. Padahal kat wilayah lain da freedom da masa ni. Dan exam ni dilakukan secara beramai-ramai dan menjawab dalam masa 10 minit sahaja.. Konon nak buat macam exam oral la.. tapi menggunakan kertas punya. Kitorang kene hafal matan pehh..

Masa ni nak hafal matan pun susah, maklumlah hafal Quran pun merangkak-rangkak.. nak hafal matan.. Matan ni macam syair , tapi dibuat untuk memudahkan kita hafal sesuatu subjek tuh. Setiap bait-bait matan ni hujung dia mesti sama.. Contoh matan yang aku hafal kali ni,


المتن الرحبية

أول ما نستفتح المقالا _ بذكر حمد ربنا تعالى

فالحمد لله على ما أنعما _ حمدًا به يجلو عن القلب العمى

ثم الصلاة بعد والسلام _ على نبي دينه الإسلام

محمد خاتم رسل ربه _ وءاله من بعده وصحبه

ونسأل الله لنا الإعانة _ فيما توخينا من الإبانة


bayangkan ni baru muka surat pertama, kami kena hafal 100 bait matan.. so, dengan bantuan kerajinan kawan arab aku Khadija, dia watkan plan work untuk kitorang,

1 hari hafal 10 baris. wajib disiplin, dan esok tasmik kat dia. Perh.. aku dah cuak, bab-bab menghafal ni bukan kerja aku.. Tapi, nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan? Akhirnya aku berjaya hafal sampai hari ke 6, 60 baris matan la.. sebab banyak lagi benda aku kena hafal time tuh.. Time ni, huh baru sedar kita nak buat sesuatu kene ade plan work baru kerja jalan..

Pada masa yang sama kitorang kene Hafal 1 buah buku berkenaan "Jalan yang Lurus". Buku ni menceritakan bagaimana umat islam sekarang, selamba mengikut jejak-jejak orang kafir dalam setiap perbuatan, malah perayaan dan juga adat. Ini adalah satu virus yang sangat sukar dihapuskan dan pada setiap zaman pasti bertambah-tambah umat seperti ini. Contoh, mengikut kafir dalam perayaan Natal, Hari Ibu, Hari Ayah, Hari Kawan, Hari Nenek, Hari bla bla.. Hari hari.. Dan menceritakan juga tentang bid'ah yang wujud selepas zaman Qurun ke 3..

Dah malas aku nak mengajar kat sini..

Alhamdulillah exam tak keluar apa yang aku hafal, cuma aku ade selak-selak la ..dan dapat jawab alhamdulillah..


----------> kenapa lah aku tangguh2 apdet blog, ha kan da berjela..



تاريخ الأديان (sejarah agama)
. By the way exam ni, best! Alhamdulillah..


Monday, May 1, 2017

PERMOHONAN KE MOROCCO



Copy paste dari website p-mmm.com
Memandangkan banyak soalan yang sama diutarakan saban tahun berkenaan proses melanjutkan pengajian ke Maghribi, kami mengambil pendekatan dengan memilih 10 soalan popular yang kerap ditanyakan kepada kami. Selamat menghadam :)
SOALAN (1) : Morocco ni kat mana sebenarnya ? Morocco dengan Maghribi ni negara yang sama ke ? 
JAWAPAN (1) : Morocco/Maghribi terletak di Afrika Utara, bukanlah negara Timur Tengah seperti Jordan mahupun Mesir. Sebutan Maghribi berdasarkan paradigma arab disebabkan negara ini termasuk dalam wilayah Islam Afrika yang beretnik majoriti arab sebagaimana Mesir, Libya dan Al-jazair (Algeria). Morocco pula panggilan nama dari sisi Barat, atau dalam perancisnya juga dikenali sebagai Maroc. Morocco/Maghribi sama sahaja, tetapi bukan Moscow ! Moscow di Russia, ya.  :)
S (2) : Bahasa apa yang digunakan untuk berkomunikasi di Morocco ?
J (2) : Bahasa utama ialah Bahasa Arab (Fushah) dan bahasa kedua ialah Bahasa Perancis, manakala warga Maghribi menggunakan Darijah Maghribiyyah (bahasa arab pasar Maghribi) untuk berkomunikasi sesama mereka.
S(3) : Apakah syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Morocco ?
J(3) : Boleh dapatkan DI SINI

S(4) : Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Morocco ?
J(4) : Permohonan hendaklah dibuat melalui KPM sama seperti negara-negara Timur Tengah yang lain. First, anda dikehendaki membuat permohonan dengan mengisi maklumat secara atas talian (online) untuk saringan awal kelayakan memohon, (sila rujuk laman sesawang INI.) Kemudian, setelah anda mendapat maklum balas daripada pihak KPM, anda bolehlah memuat turun borang permohonan dari laman sesawang yang sama (yang akan diisi secara manual) dan bermulalah aktiviti-aktiviti mengumpul dan menyiapkan segala kelengkapan dan dokumen yang dikehendaki KPM.
S(5) : Keputusan SPM tidak semasa memang tiada kompromi ? Lepasan diploma ? Apakah tiada cara lain untuk memohon ?
J(5) : Hanya itulah cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke sini. Untuk sebarang pencerahan, mungkin lebih baik anda merujuk pihak KPM sendiri kerana itu adalah syarat yang ditetapkan mereka, dan di luar bidang kuasa persatuan kami.
S(5)b : Bagaimana jika saya membuat permohonan terus ke Maghribi? Apa ada universiti lain di Maghribi yang menerima pelajar tajaan sendiri?
J(5)b : Maaf, tiada peluang, dan semua permohonan di sini diuruskan oleh KPT Malaysia sahaja. Sekali lagi, maaf, semua universiti berada di bawah KPT dan dasar kerajaan Morocco adalah tidak menerima pelajar yang datang sendiri dan tidak melalui KPT.
S(6) : Ada biasiswa ke untuk ke sana ? 
J(6) : Ada. Setiap tahun kerajaan Morocco memberikan biasiswa sebanyak 750MAD sebulan kepada 15 pelajar sahaja dari setiap negara. Oleh sebab itu, kerajaan Morocco meletakkan kuota sebanyak 15 orang setahun untuk kemasukan pelajar-pelajar dari negara luar.  *MAD = Moroccan Dirham
S(7) : Tentang biasiswa kerajaan Maghribi tu, bagaimana cara mereka memilih pelajar untuk mendapat biasiswa tersebut? Apakah ada kriteria-kriteria khusus yang diperlukan?
J(7) : Berkenaan hal tersebut, ia di bawah kelolaan Ministry of Foreign Affairs and Cooperation (AMCI)kriterianya tidak ditetapkan secara khusus, tetapi masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan KPT Malaysia, kerana kebiasaannya, 15 pelajar terawal yang mendapat tawaran ialah mereka yang terpilih untuk mendapat biasiswa kerajaan Maghribi. Adapun bagi sesiapa yang ingin memohon tajaan, zakat atau dermasiswa boleh berbuat demikian di Pusat Zakat atau mana-mana institusi di negeri masing-masing seperti JAIS di Selangor, MAINS di Negeri Sembilan, YT di Terengganu dan sebagainya.
S(8) : Dengarnya yuran pengajian di Maghribi percuma, betul ke ? Macam tak percaya pula. Iyalah, zaman sekarang ni mana ada yang senang-senang dapat free kan..?
J(8) : Baiklah, untuk pengetahuan semua, pengajian di Morocco adalah percuma bermula dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah(PHD), namun begitu, ada bayaran insurans yang dikenakan pada awal pendaftaran di sini nanti, yang dituntut oleh pihak AMCI.
S(9) : Bagaimana dengan kos sara hidup ?
J(9) : Kos sara hidup di sini adalah berdasarkan wilayah yang didiami. Anggaran kasar untuk sebulan  sekitar RM450 – RM550 (1300MAD kurang lebih).
S(10) : Ada tak contoh surat permohonan dalam Bahasa Arab untuk dijadikan rujukan ?
J(10) : Maaf, kami tidak menyediakan apa-apa contoh surat permohonan. Tambahan pula, mungkin itu adalah salah satu aspek yang dinilai pihak berwajib dalam proses pemilihan pelajar. Maka, apa yang boleh diingatkan di sini, syarat-syarat surat permohonan adalah seperti berikut :
1. Dalam BAHASA ARAB
2. Tulisan tangan (handwritten)
3. Isi kandungan : Tujuan Permoohonan , Universiti dan Fakulti yang ingin dipohon , Nama , Alamat , No. Tel , Emel pemohon.