sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label morocco. Show all posts
Showing posts with label morocco. Show all posts

Thursday, May 4, 2017

SUKA DUKA DAN MURKA

****16 11 2009****

15 nOV hari Ahad keLmarin..

~Imbas kembali~

Teringat lg sewaktu Kami pulang dr Mohammedia setelah puas membeli belah di Souk Ahad,
dan juga meraikan jamuan perpisahan bersama Us. Nafir.. Kami menaiki bus utk pulang.

Bas no 900 kami kejar awal2.. time masuk uh, bus dah penuh bagaikan sardin menyempit dalam tin. Kami mengambil posisi depan untuk rase tenang ckit. Di sebelah aku makcik dan seorang anak kecil. Aku pndang jek muke mak cik tuh..aku pndang gelagat2 org Mohammedia .. Mata aku kemudian tertumpu pada 2 org yg kembar. Pattern muke same..berkaca mata same..berbaju corak kotak yg same..dan muke dowang comel jek. Teruje pulak tgk twins tuh..

Dalam area 20minit berdiri kt dlm bus uh, tbe2 bus berhenti d satu sisi jalan.. beberapa org lelaki Arab masuk dan meng-check ticket penumpang.. Aku mcm agk bengang, sbb dah la panas, sempit, berdiri, dowang lak dtg wat kecoh semate2 nk check ticket.. then die nmpak makcik sebelah aku ade anak kecik lalu dia pakse makcik tuh byr tambang tuk anak kecik die tuh. (pdhl ikut adat anak kecik naik bas free jek)...lalu berlaku pertengkaran kecil..Huru hara bus tuh ..pening pale aku nih.. Cam dowang tuh nk mintak duit haram je. Aku agak cemas ngn situasi tersebut..hanye mengucap syukur sbb x berlaku ape2 yg x diingini.. Ekceli aku da merewang teringat kt Novel Bukit Kepong insiden org kampong ditahan komunis dlm bus.

Keadaan menjadi tenang semula.. Aku masih dgn berdiri, kak fara juga masih dengan berdiri, Izzati juga masih dengan berdiri. Kami sabar..kerana inilah antara cabaran & dugaan bila berada di tempat org..

Mata aku time tuh pulak sibuk menelaah couple di hadapan aku. Mereka bergelak ketawa. Selang 5 minit kemudian, wanita yg berada btul2 dihadapan aku td tu jatuh pengsan. Aku sgt terkejut, sbb td lihat die sambil Syu' dzan aje..Kelam kabut juga. Suami @ pakwe die cepat2 angkut die letak kt kusi makcik sbelah aku. Makcik Arab yg bek hati tu renjis2 air ke wajah wanita tuh sampai spect aku t'kena tempiasnye.. Hish...Tp aku sgt touching sbb makcik tuh snggup mmeberi tmpat duduk kpd wanita yg pengsan tuh.. Ni lah budaya orang Arab yg sentiasa membantu org len..(i guess..) Yg teruje nye..sampai org blkg nk tau keadaan wanita yg pengsan tuh.. Kembar td pon join sekaki..nk tgk wanita tuh..akhirnya wanita tuh sedar jugak sbb Makcik sorang lg nih menyembur perfume ke tgn wanita tu agr die teransang..dan sedar ..
tp melihatkan diri wanita itu, kesal aku sbb ngumpat2 die td semasa die bermesraan ngn suami @ pakwe die tuh..Makcik yg baek hati tu aku mendoakan agar ALLAH merahmati nya..
>> die pon berdiri cam aku sbb x der tempat da nk duduk..

bersambung..

Saturday, April 7, 2012

On april, 2012



Assalamualaikum.. update2..!!

Spring pon mendekati musim.. Angin sekarang sepoi2 bahasa.. Hujan mulai turun, tanda bumi morocco bakal bertukar musim.. Tak sabar menunggu cuti musim bunga yang saban tahun menjelma.. ewah..

Tapi start 1 April hari tu , rutin aku mula penuh.. Awal-awal lagi dah diberi kelulusan untuk cuti. Persatuan kamidi morocco ni dah plan banyak program on april ni..


The FIRST programme is.. MALAYSIA DAY..


What do you think about this..? Semestinya culture day kan.. hadaf utama program ini untuk memperkenalkan Malaysia kepada negara Morocco ni. Depa sume x kenal kot budaya Malaysia.. Orang Malaysia pon depa masih x kenal.. Depa ingat kami ni cina.. pakistan..Korea.. dan sewaktu dengannya.. Aku bercuti awal kerana aku salah seorang yg penting dalam program ni.. huk3..

Ajk jualan kot.. Aku beriya masak macam2 kuih untuk dijual... Let me show you.. Tadaa!



So far not bad la. Aku memang suke program2 keramaian seperti ini.. aku dapat kenal orang baru, kawan baru, borak2 benda baru, vocab baru, pengalaman baru! yeah.. lepas ni.. rasa nak masak banyak2 kuih..hehe! Aku ketua unit jualan tau.. orang bawah aku Ahlina n Tiya.. Tapi aku tak rasa aku ketua, bahkan adik2 nila yang banyak bantu aku.. Shukur sangat.. kalau x de chef2 ni bantu aku.. kompem.. kompem kuih rosak! haha..


Program kami yang berlansung selama 2 hari ni berjalan lancar..walaupun hari pertama nampak kekok dan kelam kabut bagi aku, tapi kami da cuba sehabis baik..Antara booth-booth yang dibuka ialah booth pameran pendidikan, booth pelancongan, booth permainan traditional, booth makanan, booth pakaian. Semua pelajartelah menjalankan tugas masing2 dengan baik sekali.. Booth aku mengutip keuntungan sebanyak 1000dh.Alhamdulillah..

Booth permainan traditional

Booth pelancongan


Booth permainan traditional

Booth pendidikan

Booth pelancongan

Antara persembahan yang dijalankan semasa penutup ialah, bacaan Alquran, persembahan dikir barat,pertunjukan feshion baju malaysia, pertunjukan filem malaysia yang diterjemah ke bahasa arab, silat dan demo sepak takraw..
Silat


Dikir barat

VIDEO DIKIR BARAT !!




Tayangan filem syurga cinta

Ucapan duta

Dikir barat


Majlis penutup yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Enjik Jamal bin Hassan..



Kemah giler photoshoot ni kan..? Biasalah kamera teropong. aku pinjam jek..
credit to : selalu berbicara.com & amir


The NEXT PROGRAMME..is SUKMA 2012.. Sukan Malaysia



aku bagi intro je la.. akan diadakan d kenitra on 9, 10, 11 april..
wait for the next picca :)
oh by the way, aku jadi ketua lagi.. huhu harap2 geng GUCCI (putih) menang! yeay..!!



The LAST PROGRAMME on APRIL ..SIV 2012. Spring Intelectual Village 2012



Alhamdulillah aku x jadi ape2 AJK dalam program ni., aku suka gile dapat rehat hehe..
program SIV kali ni melibatkan semua ahli PMMM bukan saja junior bahkan senior2 .. sebab tahun ni SIV menekankan program ilmiah.. antara slot yang akan diadakan ialah SLOT SEMBANG MAHASISWA.. (maybe berkenaan isu Kahwin..) mak aih.. mesti ramai yg join *blink blink* :)

Doakan semua berjalan lancar..

Thursday, March 15, 2012

Allah sayangkan kita, hambaNya.


Assalamualaikum semua.. Apa kabar korang semua? Apa kabar iman dengan Allah?

Allah sangat sayangkan hambaNya.. everybody knows it. Tapi ada juga menafikannya.. Aku pernah terbaca satu quote english yang sangat sweet.. bunyinya begini :


“O Allah the almighty, I always love you because you are the ONLY true lover in this life and nobody could love me like you do. You are the *everlasting love*”

Hebatnya perasaan ini andai kita berjaya meletakkan cinta kita kepada Nya di tangga yang tertinggi dalam lubuk hati kita.

Percaya atau tak nak kata Allah sayangkan kita spesifiknya AKU.. ada something berlaku kepada diri aku satu hari tu.



Aku tak boleh bagitau apa yang berlaku. Biarlah aku sahaja yang tahu. Lalu pada masa tu aku sangat-sangat berdoa kepada Nya agar melindungi benda tersebut .. aku berdoa selama 1 hari dan mengharapkan keajaiban dari Allah.. Akhirnya ternyata apa yang aku hajati dapat jua akhirnya.



Kemudian, pagi semalam aku dan seorang seniorku, menemankan aku untuk pasang internet di Maroc Telecom (pejabat telekom Morocco).. Kemudian urusan ini memerlukan aku dan senior untuk mengesahkan boring kami di Muqoto3ah.. kemudian, aku diminta oleh makcik pejabat tu untuk beli setem 20 dirham. Aku kemudiannya berlari untuk kejar masa dan juga setem di luar pejabat. Aku memang tak tahu di mana jualnya setem 20dh.



Maka aku segera berlari anak ke kedai fotokopi dan bertanya, mereka cakap beli di balai polis. *Sigh* Lalu, aku segera berlari anak ke balai polis dan bertanya, mereka cakap beli di Cimencery (taktahu BMnya) pula..*sigh*
Lalu, aku segera berlari anak ke cimencery dan bertanya, mereka cakap beli di pejabat post depan muqota3ah.. *sigh* Lalu, aku segera berlari anak ke pejabat post dan bertanya, mereka cakap beli muqata3ah.. 4 tempat aku pergi, masih tak jumpa. Tiba2 terjumpa kawan kuliah aku, yang juga bekerja di pejabat muqata3ah tu.. Alhamdulillah.. Allah sangat memudahkan kerja aku. Akhirnya kawan aku, Rashidah (orang morocco) membantu aku untuk membeli setem tersebut di Muqata3ah tu sendiri.. yang akhirnya mereka memberi kami setem yang sangat murah 4 dh. Alhamdulillah jimat 16dh aku.. masa tu aku sangat terkelu.. sebab pertolongan dari Allah ni.. Moga pengurusan kemasukan internet kami dipermudahkan.



*****


Sangat benarlah surat-surat dari Allah yang aku baca setiap hari, Allah menjanjikan perkara-perkara yang baik kepada setiap hambaNya tak kira siapa.. walau engkau kafir, walau engkau muslim….

Ada baru-baru ni, berita pasal gadis Cina memeluk agama Islam kerana keajaiban yang Allah tunjukkan pada dirinya..



Nyawanya hampir sahaja di hujung tanduk apabila dia dapat tahu harapannya untuk hidup tipis kerana menhidapi kanser thyroid. Lalu dia meminta nasihat dari kawan-kawan muslimnya.. Kawan2 dia menyuruh dia cuba untuk berdoa bersungguh2 pada Allah untuk dikurniakan umur yang panjang, dan Alhamdulillah doctor mengesahkan tiada kanser dalam badan dia. Esoknya juga dia mengucap kalimah la ilaha illa llah.. subhanallah..!!



Cubalah korang baca Alquran dan maknanya sekali, tentu korang rasa sangat bahagia apabila mendapati bahawa Allah sangat kasihkan kita.. antara ayat2 Allah yang menyentuh hatiku,



dalam surah Ali-Imran 3:135. "Dan siapakah yang dapat

mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? "

walau sebesar mana dosa kita, selagi kita memohon taubat padaNya, Allah akan memaafkan kita.. tapi kalau ada dosa dengan orang lain, minta maaf dulu dengan orang tersebut kemudian mintalah taubat pada Allah.

Kemudian, kita meminta lagi kepada Allah akan segala nikmat, lalu Allah belaskan

hambaNya. Dalam surah Ad-Dhuha93:5

"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan

dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati."

patutlah tak kira susah mana hidup kita, apabila kita tak lupakan Allah, Allah takkan lupakan kita.. Beruntunglah kita ISLAM dan merasai nikmat Iman..


dan juga setiap saat sedutan oksigen di bumi Allah ini hanya dipinjamkan sementara untuk kita meneruskan hidup secara percuma.. Pernah tak kita terfikir apabila kita bangun tidur..

“Mengapa aku masih hidup hari ini? Oh, Allah masih membuka peluang aku untuk bertaubat kepada Nya..”

“Mengapa aku masih hidup hari ini? Oh, untuk berbakti kepada diri ini dan agamaku”

Semoga kita sentiasa mengingati Allah ketika susah dan senang .. Jangan lupa pada DIA !


******


Jadi apa perlu kita buat untuk menghargai apa yang Allah beri pada kita??



Pertamanya kita perlu bersyukur , ucapkanlah Alhamdulillah di setiap kesenangan yang kita dapat.


Kedua, untuk zahirkan syukur kita kepada Allah, maka solatlah dan berbuat kebaikan. Pernah Saidatina Aisyah melihat Rasulullah mengerjakan solat siang dan malam tanpa henti lalu dia bertanya pada baginda..





“Wahai Rasulullah, mengapa kau asyik solat sahaja siang dan malam sedangkan Allah telah menjanjikan syurga untukmu Ya Rasulullah..”

Jawab baginda “Salahkah untuk aku menjadi hamba Allah yang bersyukur??”


Subhanallah..


Seterusnya, jangan pernah berburuk sangka pada Allah .. Ada orang merasakan Allah tidak adil dengan memberikan kesusahan dalam hidupnya.. Janganlah kita meminta dugaan yang ringan tapi pintalah hati yang kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan Allah yang hebat..



Ada orang mengatakan mengapa dirinya ditimpa ujian dan kesusahan, padahal itu jelas membuktikan Allah sangat sayangkan kerana kamu telah diuji tahap keimananmu terhadapaNya sedangkan orang lain dibiarkan masih lalai dengan permainan duniawi..


Jadi, kalau ada ujian menimpa kita haruslah kita menerima dengan hati terbuka dan yakin bahawa ada hikmah di sebaliknya ..dan hanya orang terpilih sahaja yang dapat rahmat ini..

Hayati lagu ni kalau rasa down sangat .. ^_^


Dah bace Quran belom hari ni??

Doakan aku sentiasa menjadi baik ^_^

Sunday, March 4, 2012

Konvokesyen Maghribi Kali ke 5 : Tahniah !


Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

*Doakan kami di sini menempa kejayaan seperti kalian*

Wednesday, June 29, 2011

Resipi Morocco #2 ; Sambung entri Macarons semalam


MACARONS dari chef yang pakar~











Entri ini untuk kak nurra. Untuk pengetahuan semua, kak nurra ni pandai buat MACARONS :p
kak nurra thanks follow saya.. :) selamat berkenalan ^^



Oh Macarons lagi ..?! errr.. saya buat entry ni sebab kak nurra ni curiga dengan adunan macarons saya wahaha. Begini , mari saya mulakan..



~RESIPI MACARONS SAYA~


Isi luar :

150 g icing sugar
125 g serbuk kacang biasa (ganti almond)
50 g telur putih (2 biji telur)
150 gula kastor --------> kesilapan besar ni. patut 50 g. (berangan agaknya)
50 ml air suam dicampur dengan gula kastor
100 g serbuk koko (sebagai pewarna)


Isi dalam, untuk jem coklat :


(saya tahu akak nurra gune nutella jek .......kan kan..)

1 bar coklat hitam
1 cawan susu sejuk -------> kesilapan besar sebab ta panaskan susu
25 g mentega



Cara menggunakan bahan hehe :

(boleh rujuk video abang perancis saya.. saya memang tiru betul2..)



Campurkan icing sugar, serbuk kacang, dan serbuk koko kedalam satu besen. Ayak ketiga-tiga bahan ni untuk bagi halus (err betulke ayat..?)



Dalam bekas lain kita masukkan putih telur dan mulakan kerja pukul telur guna apenama tuh. yang elektrik tuh..?? selama beberapa minit kasi buih sikit..

Then masukkan gula kastor yg dicampur air suam tadi kedalam telur tersebut, dan pukul telur hingga kelajuan maksimum. Tapi kalau terasa panas pemukul telur tu, rehat jap.. ^^



Agak 30 minit kot aku nak bagi die stiff dan taff heheh dan bagi dia nampak sangat menarik.



Then bila dah kembang telur tuh, dan stiff dan taff, kita masukkan ke dalam besen yang ade tiga bahan di arahan 1 tadi. Gaul-gaulkan hingga rata . Sampai jadik coklat :)


Bile da jadi rata, masukkan dalam nozel. Amek kertas minyak :P saya gune A4, sebab tuh saya tabur minyak banyak-banyak sampai adunan tuh jadi melebar.. :(





Ok, amek kertas Minyak buat bulatan sederhana kecik, dan paipkan adunan coklat. Tapi eceli bulatan saya besar gile sbb tu melebar!! dan maybe melebar, sebab adunan cair~



Masukkan dalam oven yg sedia panas dalam suhu 150'c masa 20 minit. Ni gmbar lepas dibakar dalam oven..... Dan biarkan sejuk sketika..



Then untuk jem, kita guna blender dan masukkan susu dan coklat dan mentega.. Pastu blend lama-lama sampai jadi macam likat (jem)..



20 minit berlalu, TING !

Saya sangat happy shell macarons ni menjadi, cuma dia melebar la. tapi akhirnyaaa..bila nak bukak tuh, dalam dia masih cair, dan kemudian bila saya kopek, die jadik kosong, "kaki" macarons ada.. means menjadi ! Tapi tu la... dia meleper~~



So terus try bakar yang kedua pulak.. tp lagi hancuss arrrrrghh..


ok dah siap. Takde sapa dapat rasa macarons saya! Hahaha!!



*** OH! ekceli aku tengah geram gilee.. virus menyerang lappy aku!! sampai internet x leh surf! dah donload macam2 tapi x leh nak buang virus tuh!!! GileR betul..

*** aku nye virus nama dia.. XP ANTI VIRUS 2012. sape ade penyelesaiannya??! help me! pls!!

Resipi Morocco #1 ; Macarons France (PROBLEMS)






Tibalah saat yang aku nantikan.. Hari ni result keluar, pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah result nampaknya menunjukkan tanda-tanda kelulusan.. Walaupun sebenarnya ada markah kitorang yang tak masuk lagi, --> Bahasa Perancis. Sangat kecewa ok! Dari semester 1 sampai la ni... ade problem ngan perancis.. Apelah nasib kami ni =_=
Ustaz sorokkan markah kitorang ek? ??


Result ditampal di tempat yang sempit !


Untuk hilangkan kesedihan, hari ni dah teringin benarrrr nak makan MACARONS yang popular kat Malaysia sekarang. Aku nak beli sangat kat patesserie kat morocco ni, tapi mahal. Hanya mampu bergambar je..24 keping = RM 75 = DH 150. Huh..? DEkut dekut dekut! aku belajar lagi lah.. minhah pun tak cukup tau nak beli bende yg comel tuh.. :(



MACARONS

Tau tak macarons ni apa? Sejenis manisan dari negara Perancis. dan seterusnya tersebar di morocco. Di morocco , macaron di hias dekat kek.. Kalau untuk jual untuk makan2 jarang kot. Hurm rasa dia marvelous gak. Contoh warna pink, jem stoberi, kuning jem banana.. putih = kapucino.. Ouh like it :)) Ekceli orang suke macarons sebab die kiut dan colourfulll!


Sapa tak rasa lagi tolong angkat tangan sambil senyap. Rugi tak rasa! :P
tapi kalau beli mahal kot. kalau buat sendiri? risiko hehe~ Masa festime rasa tuh, dah berangan nak buat macarons masa raya nanti :p

Ni sume sebab khadija bagi aku macarons yang abang dia buat tu.. Oh kenapa lelaki Morocco ni pandai sangat masak roti dan benda manisaaaann?? Yang dia bagi aku ni, cantik sangat ~





Oleh itu, aku merajin kan diri membeli bahan-bahan untuk buat macarons.. Oh ini lah entry pertama aku about masakan by my own hand err..

Gula icing
Serbuk coklat
Kacang
Coklat bar
Susu
--> bahan lain dah ade kat umah <--



Actually dah eksaited tambah riak sikit, sebab harap macarons jadi... akhirnyaaaaaaa..
:(( tak jadi ... adunan aku cair sangat, tak padat..



So bila aku paipkan adunan coklat tuh, dia cair da meleper.. so bila abes bakar, cantik je, cume bila kopek.. (betul ke kopek..erm??) ok, lepas kopek..die nampak lompong.!!!



MALUNYA nyaaaaaaaa.!! nyaaaaaa...!! Then bagi kata semangat..

" Chef yang bersemangat takkan putus asa dengan cubaan pertama "



Dan aku cuba kali ke 2 untuk bakar.. Argggggggggghhh tolong jauhkan MACAROCOMOT tu dari aku.............!



Patutlah kan..manusia sangat suka pada kecantikan.. sedangkan macaron COKLAT yang COMOT tu pun aku suruh jauhkan.....inikan benda yang buruk-buruk...? Da buang dahh macarons yang manis sangat tu..Erm.. jahatnya aku.
Oh ampun, ya Allah.



Alasan munasabah sebab macaron buruk :



---> Takda kertas minyak, jadi saya guna kertas A4 dah tabur minyak banyak-banyak!
---> Adunan mungkin cair, ditambah nozel susah nak tekan, ade ruang udara kot dalam nozel tuh! ahhh........geram..
---> Pakar macarons.. kenapa adunan saya cair =(
---> Sebab pergi jadi dungu , amek resipi macarons dari abang Perancis youtube tuh, konon sebab dia hensem aku follow step die , adoi!




---> Tak panaskan susu masa nak buat jem coklat
---> banyak lagi penat nak type hahah!



Tapi banyak kali baca kat blog chef hebat yang buat macarons.. mesti banyak kali cubaan baru jadi... oh, duitku bakal melayang lagi.........~~ Nak macam macaron ni..




Siapa ada resipi macarons yang terbaik , tolong inform saya.. i need it , owh my macarons!

Thursday, May 19, 2011

Sedihnya ; Selamat Hari Raya..



klik button play before bace untuk lebih penghayatan :)



Akhowat-akhowat di Morocco, tak cukup lagi ni.. hhh


Entry ini aku tulis laju-laju..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh buat semua warga Islam ..dan warga Morocco.
Hari ni hari raya...... Hari raya aidilfitri..T_T

Semua warga Morocco bergembira dengan sambutan hari raya.. Selamat hari raya diucapkan.. tak sabar nak tengok dekat tv1 siaran ini ditayangkan..Weyhh berlakon jer laaaaaa!

Bagaimana anak perantau merayakan hari raya mereka dengan penuh kesyahduan tanpa keluarga di sisi cuma hanya teman yang menemani..



Program Slot Hari Raya Syahadah, Siaran RTM, TV 1..

buat shooting khas untuk pelajar-pelajar d Morocco.. masa tahun 200_ berapa entah ade jugak TV1 datang buat rancangan hari raya.. Aku baru berangan-rangan nak masuk kalau ade lagi pihak RTM datang..

Erm, pakcik RTM ni dah dua kali kot datang Morocco, masa MB N9 datang pun dia ade heh
dah keje die..hehe Aku jeles.~


Tapi malangnya dan sedihnya hari ni aku dan semua kawan-kawan sewilayah dengan aku tak dapat nak berhari raya dengan kawan-kawan yang lain. Sebab ade yang sibuk exam hari ni, dan aku ade kelas ganti T___T

Nak masuk TV nak masuk TV nak masuk TV nak masuk TV nak masuk TV ,
hari raya pertama tuh weyhh.. waaaaaa jeles bangat ni..




Hidangan dan juadah hari raya..

Ni saje tambah aku jeles..Mesti kueh muih ni datang dari Malaysia... Di bawa khas semata-mata nak wat program ni.. Mak........... nak agar-agar mak yang sedap tuhh........Kuih tart mak yang sedapp sangat tiada bandingan pun angah rinduu..Wuaaaaaaa..




Perasan tak, takde nasi himpit dan kuah kacang hehhe?

Padan muka sape suruh rajin gi kelas :P
Err.........??



Takbir raya + Lagu raya..

Aku tahu mesti diorang masa sibuk makan-makan .. sambil tuh bukak lagu raya.. Nak bagi suasana nampak lebih real .

Selamat hari raya kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini..lalala


Ni dekat rumah kedutaan , takbir ramai-ramai... Uhhhh..sebaiklah tahun lepas dah balik raya dengan famili.. tahun ni sempat la aku raya kat sini, incha Allah..

Err dah cukup puasa ke belum ni.......:P


Masuk TV tuhhh...

Ok, aku tahu tahun lepas dah dua tiga kali aku masuk tv, klik sini kalau nak tengok dan sini..
tapi kali ni aku ketinggalan.. Raya kot!!
Ucapan raya pun aku tak dapat bagi secara live .. T_T



Takpe-takpe, nanti buat video kat u-tube masukkan je ucapan.. macam Anwar Hadi dan Matlutfi tu.. =_=

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang menjayakan program Syahadah RTM pada tahun ini..

~ Orang-orang kedutaan ~


Semua orang diluar sana, jangan lupa saksikan KAMI (err.. aku je takde) di RTM TV1, Rancangan SYAHADAH , Hari Raya Pertama, 6.30 petang !!
Ha.. alert tau iklan-iklan salam perantau kot-kot ada sekali muka-muka aku kawan korang ker.. dak kampung korang ker..


Saya, wakil Casablanca mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin T__T


Friday, February 11, 2011

Peluang Kedua, Salji is come back !!

30hb

Meneruskan perjalanan ke Ifrane, untuk cari banjaran salji yang memutih.. Di Malaysia sibuk banjir air, di Ifrane banjir salji~ Woha!! Cameo bergerak 7.30am. Sampai di Michilfeyn, Ifrane pukul 9.30 pagi. Amek gambar berdas-das.. :) Sangat wow la. Sebab masa kami datang tu, salji turun lebat !!



Berhenti di setiap perhentian untuk melihat salji yang turun macam hujan tu.. Pada tahun ni bentuk salji berubah.. Mungkin bentuk emping salji berubah mengikut tempat dan time.

Kalau tahun lepas di Marrakech, emping salji berbentuk hexagon.


Tahun ini di Ifrane, emping salji berbentuk jarum-jarum tajam.


Habes main salji (salji sebenarnya tak main sangat sebab kat gunung tuh salji nipis je.. kene mendaki baru dapat salji hehe..) kami cameo pun turun ke Azrou.. kawasan bandar Ifrane yang memang macam Switzerland or Eropah la :) Cuba tengok kawasan ni , eropah tak??

Bersyukur sangat dapat sampai ke situ......... Keterujaan memang tinggi ! Turun pukul 2.40pm. Singgah solat sebentar dan Allahuakbar......

Sourvenir yang ada..Murah tapi cantik :) Rantai..



Antara video yang ada. Haha, aku meluncur.. Jangan gelak ya.. Sebab belum ada skil nak meluncur...