sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label jiwa aku. Show all posts
Showing posts with label jiwa aku. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Di Takuk Lama..Nak Buat Baru!


Assalamualaikum kepada semua..
oh bukan SEMUA.. x de sape pon yg bace blog ni.. so..
say Assalamualaikum to myself.!!
Ok ready untuk membebel pada diri sendiri..

Yeah, aku mengaku.. dah lama tak update.
Omaigod, u see Naeila.. Da berapa bulan ni ?
May i count the month..wait.. ... ..
August.. and now December..
4 months.. 4 bulan!!

Naeila. how come ni..??

Nak 1000 daya, taknak 1000 alasan la..

alasan 1 : malas
alasan 2 : tenet lembab untuk apdet
alasan 3 : mmg ada cerita tapi takde ayat nak buat
alasan 4 : berdiam diri, malas
alasan 5 : mmg tenet syik putus je yang memtuskan lagi semangat nak apdet huh


siyes rasa sedih sngat biarkan blog ni.. macam berdosa lak.
dah buat dulu2 pastu tinggal2 je
rasa nak deactive (macam fb lak.) ..tapi pikir banyak kali
sedih ngan diri sendiri yang dikuasai oleh nafsu malas tu..
tiap kali ingin berubah pasti dugaan menerokai diri..

sempena esok tahun baru, aku nak baru-baru kan blog ni..
ops i mean.. barukan entry aku.
yg lama terkubur..
before masuk tahun baru kan..
ni last entry untuk tahun ni kot.

lepas ni maybe banyak input sikit hehe
tp kekangan masa dah sekarang..dah nak buat tesis akhir..
but aku cuba yeahh..
sebab tenet baru nak masuk +++ Gb dia hahah!!
main sampai lebam :p

and then,
ekceli in 4 months, ops.. more than 6 months aku nak cite banyak sngat..
but, tak pe la.. kita buat tajuk je dulu hehe..
buat mukodimah dulu .. pastu baru isi..
antara tajuk yg bermain2 di fikiran aku 6 bulan dulu

-puasa di perantauan
-raya di perantauan
-kerja persatuan
-bercuti musim panas
-start new sem
-masalah rumah
-pindah rumah
-internet
-diet
-exam


ok teruskan bersama aku, jangan tukar channel eh..
by the way,

nak wish Happy New Year
dalam bahasa korea punye,
sebab baru belajar :)



ok wassalam :)

Friday, July 8, 2011

To All Malaysian~ Ini pasal Bersih !!


BERSIH 2.0 !!

Pagi-pagi lagi bumi KL dipenuhi dengan kenderaan2 dan orang2 yang membanjiri jalan KL. Makin disekat polis makin ramai yang datang..

(Tiba-tiba rasa nak berniaga air plak time2 macam ni..mesti laku WOHA!)

Sekadar nak kongsi, apakah tujuan BERSIH ini diadakan???


  • Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
  • Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah



Kami di sini tidak tinggal menyaksikan keadaan yang berlaku sepanjang hari ini di KL. SECARA LIVE !!


Apa yang saya sarankan..(lambat pulak nak bg saranan..takpela..).. bagi yang menyertai perhimpunan BERSIH..




*Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

*Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
*Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
*Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
*Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
*Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
*Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
*Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
*Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
*Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
*Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
*Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0
*Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Uhu.. Panas betul rasanya keadaan hari ini.. Tapi alhamdulilah, ade hujan rahmat yang mencurah di KL.. Semoga dengan hujan ini, pemedih mata "diorang" tak dapat nak kene kat rakyat BERSIH ni.. Adakah langit kita sedih melihat perlakuan insan2 di buminya begini??
Kami memohon ya Allah.. Hujan ini adalah rahmatMu..



Ni status aku kat FB.

‎"Diorang" main kejar-kejar dengan rakyat.. Orang tak nak pun main kejar-kejar ngan "diorang".."Diorang" je syok sendiri kejar orang , serbu orang. Kalau setiap hari "diorang" bekerja macam ni kat malaysia kan bagus.. baru penjenayah takut ^_^


Tahniah kepada "diorang" yang berjaya buat kerja dengan cemerlang hari ini, sampai orang masuk hospital. Suka tengok orang tu sakit teruk.


Pastu ada orang cakap, orang yang join dan sokong BERSIH ni BODOH, meh sini bagi 10 alasan kat aku. 10 jek tak banyak.. Dia je kot yang pandai?


Masing-masing ada stand masing2 la weyh.. Tak yah sedap2 mulut cakap orang BODOH. Malas nak ulas panjang la..


Ape pun meh aku kongsi satu TV live kalau nak usha keadaan KL sekarang..
wwitv.com/tv_channels/b5577.htm




Last but not least..

Perlu diingatkan yang join dan sokong BERSIH perlu tanya diri , kenapa kita sokong BERSIH ini selain menuntut 8 tuntutan BERSIH di atas. Ada 4 persoalan yang perlu kita muahasabah diri..


  • Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  • Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
  • Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
  • Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

  • Semoga sentiasa dilindungi Allah wahai kawan2 sekalian. Ok, selamat berjuang rakyat malaysia..!!

    Wednesday, June 29, 2011

    Resipi Morocco #2 ; Sambung entri Macarons semalam


    MACARONS dari chef yang pakar~











    Entri ini untuk kak nurra. Untuk pengetahuan semua, kak nurra ni pandai buat MACARONS :p
    kak nurra thanks follow saya.. :) selamat berkenalan ^^



    Oh Macarons lagi ..?! errr.. saya buat entry ni sebab kak nurra ni curiga dengan adunan macarons saya wahaha. Begini , mari saya mulakan..



    ~RESIPI MACARONS SAYA~


    Isi luar :

    150 g icing sugar
    125 g serbuk kacang biasa (ganti almond)
    50 g telur putih (2 biji telur)
    150 gula kastor --------> kesilapan besar ni. patut 50 g. (berangan agaknya)
    50 ml air suam dicampur dengan gula kastor
    100 g serbuk koko (sebagai pewarna)


    Isi dalam, untuk jem coklat :


    (saya tahu akak nurra gune nutella jek .......kan kan..)

    1 bar coklat hitam
    1 cawan susu sejuk -------> kesilapan besar sebab ta panaskan susu
    25 g mentega



    Cara menggunakan bahan hehe :

    (boleh rujuk video abang perancis saya.. saya memang tiru betul2..)



    Campurkan icing sugar, serbuk kacang, dan serbuk koko kedalam satu besen. Ayak ketiga-tiga bahan ni untuk bagi halus (err betulke ayat..?)



    Dalam bekas lain kita masukkan putih telur dan mulakan kerja pukul telur guna apenama tuh. yang elektrik tuh..?? selama beberapa minit kasi buih sikit..

    Then masukkan gula kastor yg dicampur air suam tadi kedalam telur tersebut, dan pukul telur hingga kelajuan maksimum. Tapi kalau terasa panas pemukul telur tu, rehat jap.. ^^



    Agak 30 minit kot aku nak bagi die stiff dan taff heheh dan bagi dia nampak sangat menarik.



    Then bila dah kembang telur tuh, dan stiff dan taff, kita masukkan ke dalam besen yang ade tiga bahan di arahan 1 tadi. Gaul-gaulkan hingga rata . Sampai jadik coklat :)


    Bile da jadi rata, masukkan dalam nozel. Amek kertas minyak :P saya gune A4, sebab tuh saya tabur minyak banyak-banyak sampai adunan tuh jadi melebar.. :(





    Ok, amek kertas Minyak buat bulatan sederhana kecik, dan paipkan adunan coklat. Tapi eceli bulatan saya besar gile sbb tu melebar!! dan maybe melebar, sebab adunan cair~



    Masukkan dalam oven yg sedia panas dalam suhu 150'c masa 20 minit. Ni gmbar lepas dibakar dalam oven..... Dan biarkan sejuk sketika..



    Then untuk jem, kita guna blender dan masukkan susu dan coklat dan mentega.. Pastu blend lama-lama sampai jadi macam likat (jem)..



    20 minit berlalu, TING !

    Saya sangat happy shell macarons ni menjadi, cuma dia melebar la. tapi akhirnyaaa..bila nak bukak tuh, dalam dia masih cair, dan kemudian bila saya kopek, die jadik kosong, "kaki" macarons ada.. means menjadi ! Tapi tu la... dia meleper~~



    So terus try bakar yang kedua pulak.. tp lagi hancuss arrrrrghh..


    ok dah siap. Takde sapa dapat rasa macarons saya! Hahaha!!



    *** OH! ekceli aku tengah geram gilee.. virus menyerang lappy aku!! sampai internet x leh surf! dah donload macam2 tapi x leh nak buang virus tuh!!! GileR betul..

    *** aku nye virus nama dia.. XP ANTI VIRUS 2012. sape ade penyelesaiannya??! help me! pls!!

    Resipi Morocco #1 ; Macarons France (PROBLEMS)






    Tibalah saat yang aku nantikan.. Hari ni result keluar, pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah result nampaknya menunjukkan tanda-tanda kelulusan.. Walaupun sebenarnya ada markah kitorang yang tak masuk lagi, --> Bahasa Perancis. Sangat kecewa ok! Dari semester 1 sampai la ni... ade problem ngan perancis.. Apelah nasib kami ni =_=
    Ustaz sorokkan markah kitorang ek? ??


    Result ditampal di tempat yang sempit !


    Untuk hilangkan kesedihan, hari ni dah teringin benarrrr nak makan MACARONS yang popular kat Malaysia sekarang. Aku nak beli sangat kat patesserie kat morocco ni, tapi mahal. Hanya mampu bergambar je..24 keping = RM 75 = DH 150. Huh..? DEkut dekut dekut! aku belajar lagi lah.. minhah pun tak cukup tau nak beli bende yg comel tuh.. :(



    MACARONS

    Tau tak macarons ni apa? Sejenis manisan dari negara Perancis. dan seterusnya tersebar di morocco. Di morocco , macaron di hias dekat kek.. Kalau untuk jual untuk makan2 jarang kot. Hurm rasa dia marvelous gak. Contoh warna pink, jem stoberi, kuning jem banana.. putih = kapucino.. Ouh like it :)) Ekceli orang suke macarons sebab die kiut dan colourfulll!


    Sapa tak rasa lagi tolong angkat tangan sambil senyap. Rugi tak rasa! :P
    tapi kalau beli mahal kot. kalau buat sendiri? risiko hehe~ Masa festime rasa tuh, dah berangan nak buat macarons masa raya nanti :p

    Ni sume sebab khadija bagi aku macarons yang abang dia buat tu.. Oh kenapa lelaki Morocco ni pandai sangat masak roti dan benda manisaaaann?? Yang dia bagi aku ni, cantik sangat ~





    Oleh itu, aku merajin kan diri membeli bahan-bahan untuk buat macarons.. Oh ini lah entry pertama aku about masakan by my own hand err..

    Gula icing
    Serbuk coklat
    Kacang
    Coklat bar
    Susu
    --> bahan lain dah ade kat umah <--



    Actually dah eksaited tambah riak sikit, sebab harap macarons jadi... akhirnyaaaaaaa..
    :(( tak jadi ... adunan aku cair sangat, tak padat..



    So bila aku paipkan adunan coklat tuh, dia cair da meleper.. so bila abes bakar, cantik je, cume bila kopek.. (betul ke kopek..erm??) ok, lepas kopek..die nampak lompong.!!!



    MALUNYA nyaaaaaaaa.!! nyaaaaaa...!! Then bagi kata semangat..

    " Chef yang bersemangat takkan putus asa dengan cubaan pertama "



    Dan aku cuba kali ke 2 untuk bakar.. Argggggggggghhh tolong jauhkan MACAROCOMOT tu dari aku.............!



    Patutlah kan..manusia sangat suka pada kecantikan.. sedangkan macaron COKLAT yang COMOT tu pun aku suruh jauhkan.....inikan benda yang buruk-buruk...? Da buang dahh macarons yang manis sangat tu..Erm.. jahatnya aku.
    Oh ampun, ya Allah.



    Alasan munasabah sebab macaron buruk :



    ---> Takda kertas minyak, jadi saya guna kertas A4 dah tabur minyak banyak-banyak!
    ---> Adunan mungkin cair, ditambah nozel susah nak tekan, ade ruang udara kot dalam nozel tuh! ahhh........geram..
    ---> Pakar macarons.. kenapa adunan saya cair =(
    ---> Sebab pergi jadi dungu , amek resipi macarons dari abang Perancis youtube tuh, konon sebab dia hensem aku follow step die , adoi!




    ---> Tak panaskan susu masa nak buat jem coklat
    ---> banyak lagi penat nak type hahah!



    Tapi banyak kali baca kat blog chef hebat yang buat macarons.. mesti banyak kali cubaan baru jadi... oh, duitku bakal melayang lagi.........~~ Nak macam macaron ni..




    Siapa ada resipi macarons yang terbaik , tolong inform saya.. i need it , owh my macarons!

    Monday, June 13, 2011

    Entry rindu :'(

    klik ini untuk lebih penghayatan. tolong baca sampai habis :'(


    Angah rindukan manje dari wan..

    Ya Allah di saat imtihan ini kau beri aku dugaan . . .

    Kau beri aku rindu pada emak . . .

    Kau beri aku rindu pada emak kedua aku . . .

    Wan angah rindu wan sangat-sangat

    Sumpah, wallahi angah rindu wan . .

    Mak cakap mak pun rindu kat wan

    Mak cakap kalau rindu bace al-fatihah

    Dah 3 hari angah termenung, ingatkan wan

    Angah rindu nak bermanja dengan wan

    Wan maafkan cucumu ini . Angah banyak wat dosa kat wan

    Tapi percayalah wan

    Angah dan adik dan along sayang sangat dekat wan . .

    Hanya wan tempat kami bergurau senda

    Apabila kami pulang ke kampong . .

    Tahun ni angah banyak berdoa agar Allah panjangkan usia wan

    Solat hajat untuk wan, sebab angah dengar wan ada darah tinggi

    Perkara itu paling merisaukan . . .Tapi Allah lebih tahu

    Sampai bila hayat wan di dunia ini

    Angah selalu telefon Anis suruh jaga wan sangat-sangat

    Before fly, angah cakap ngan semua orang supaya jaga wan

    Angah taknak family kita pecah belah sebab wan dah takde

    Tapi angah takde kuasa

    Wan dah takde, kampong jadi sunyi . . .

    Bila raya angah nak gurau ngan sape?

    Angah nak pinpim tangan sape . . .?

    Angah nak tolak kerusi roda sape lagi selain wan . . .?

    Angah nak angkat sape naik kat atas kereta?

    Angah nak mandikan sape lagi wan ?

    Sape nak layan perangai manje angah ni?

    Sape angah nak jage bila cuti nanti?

    Sape nak teman angah kat rumah bila mak pergi kerja ?

    Sape nak tidur dengan angah malam cuti ?

    Angah minta maaf, banyak dosa pada wan . . .

    Tengking wan bila wan tak dengar

    Biarkan wan jalan sorang bila angah penat

    Marah-marah wan bila wan degil

    Tak teman wan bila wan takut duduk sorang-sorang

    Buat-buat tidur kat tempat lain bila wan ajak tidur dengan wan

    Taknak turun bila wan panggil

    Marah wan bila wan ambil duit angah

    Tak pernah nak ambil gambar dengan wan

    Biar wan tinggal kat rumah bila kitorang nak jalan-jalan

    Terima kasih wan, sebab teman angah kat masa nak fly

    Tapi tak sedar pun . Angah ambil gambar ngan sume orang

    Tapi dengan wan . . ?

    Ya Allah . . . Tapi perancangan Mu itu maha indah

    Dia tahu wan akan pergi tinggalkan Angah

    Jadi ditakdirkan Angah balik tahun lepas

    Untuk jaga wan, teman wan, tapi semuanya tidak sempurna
    Angah tak rebut peluang itu . . .

    Sedar tak sedar wan lah orang yang angah paling sayang

    Selepas emak . . . Itulah manusia kan . . bila ada tak hargai pun

    Ya Allah berat sangat rasanya bila wan pergi aku tidak di sisi

    Alhamdulillah wan pergi dengan tenang sekali 2 April 2011

    Dengan lafaz syahadah dan hembusan nafas terakhir

    Rasa ingin tidur dan akhirnya wan pergi buat selamanya

    Tahun ini angah tak balik nak jenguk wan

    Insya Allah raya tahun depan angah datang melawat kubur wan

    Apa pun angah kene redha dengan ketentuan ini

    Semoga Allah merahmati dan melapangkan kubur arwah wan

    Angah tak dapat kawal air mata lagi . . .

    Angah nak exam esok, angah doakan wan selalu . Angah sayang wan

    Friday, June 3, 2011

    Ngeri itu akhirnya bukan realiti..


    Alhamdulillah Allah kejutkan aku pagi-pagi ni, selesai sudah tanggungjawab sebagai seorang hambaNya...


    Sebuah van putih memasuki ruang parking rumah ku. Parking di belakang kereta Viva itu, aku dari dalam rumah tak sabar melihat siapa.. Mungkin sedang tunggu seseorang balik ke rumah agaknya, sebab tu tak sabar..

    " Eh???? Kenapa ni...........Kenapa van jenazah yang datang ni parking kat sini?"

    Soalan aku takde sape jawab.. dan aku tak teringin nak lihat van tu.. 5 minit kemudian ada orang ketuk rumah.. dan aku segera membuka pintu dengan perasaan penuh rimas dan risau. Allah sahhil umuruna..Allah janganlah kau timpakan sesuatu pada ku..Siapakah..? Siapakah...? Doktor perempuan datang memberi salam dan menghulur aku kertas............


    ***** meninggal pada pukul .... kemalangan jalan raya.. Dush! Allahh..
    kenapa ya Allah.......Pada masa itu, doktor mengeluarkan jenazah dari van tu dan letak di rumah ku.. Aku buka sarung nyaaaaa.. Ya Allah.... Hanya Allah yang tahu.. muka dijahit.. Jelas kelihatan wajahnya. Aku menangis sungguh..sungguh!!

    Sudah terfikir aku, pasti ada mesej-mesej di FB, mesej-mesej di henpon..bagaimana keadaan kami selepas ini.... dan penuh dugaan pada masa itu. Selepas itu..........

    Astaghfirullahhhh !!
    Astaghfirullahhhh !!
    Astaghfirullahhhh !!
    Astaghfirullahhhh !!

    Ya Allah, ya Allah....sambil mengurut dada.. genggam henpon dan melihat, 4.37 pagi. Ya Allah aku buka cahaya-cahaya di ruang kamar ku.. Dan terus membuka laptop lalu pantas mendail nombor dia......Aku berdoa penuh harapan..

    "Hello, assalamualaikum... hello...assalamualaikumm...........assalamualaikum"
    (aku jawab tapi perlahan suara aku, tanak ganggu orang tidur..)

    Kedengaran seperti memandu, Panggilan ditutup..Alhamdulillah ada suaranya..
    Aku melangkah longlai..menuju ke bilik air mengambil wudhuk.. walaupun bertemankan lipas-lipas yang entah dari mana munculnya.. Aku beranikan diri..

    Lalu, Allaaaaaaaaaaaaahuakbar...


    ****

    Before tidur, tak ambil wudhuk
    gelak-gelak lagha
    maen hantu-hantu dengan roomate
    rindu Malaysia

    maybe ini puncanya, Ampunkan daku Ya Rabb....





    Saturday, February 12, 2011

    Kerja kene ikhlas

    Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak

    Peringatan untuk diri sendiri. Sebagai senior yang tak berapa senior, aku dapati diri ini lebih banyak memikirkan pengorbanan.. lebih kepada rasa alert pada keadaan sekeliling . Maksud nya kat sini, dari segala aspek la. Terutamanya dalam menguruskan hal-hal rumah.


    Aku selalu terasa penat membuat semua ini .. Tapi alhukama' ini kata, berusahalah dengan ikhlas.. I K H L A S.

    Jangan harapkan balasan..Hurm, aku berdoa ya Allah moga-moga, dengan memudahkan urusan orang lain, Engkau memudahkan urusanku.

    Imbas status FB 7 January 2011..
    Ya Allah masihkah ada mereka di sekelilingku untuk memahami diri ini..?
    Biarlah diorang tu , manusia bila masa kite ada ..Dia tak kenal..
    Bila mase kiter tiada baru menyesal...
    Orang yg baik itu sentiasa akan dikenang nanti...
    Mase ni kita dipandang hina, diakhir nanti kite dipandang mulia..
    ...untuk orang faham kite, kite tak perlu pun mereka...kerana kite adalah pelengkap bagi mereka..ingat tu!



    Aku sayang kamu semua, harap ukhuwwah sentiasa memekar menjejaki spring dan sampai ke syurga....Ameen..

    Wednesday, December 29, 2010

    Jom belajar banyak bahasa ;)

    Gumbira sebab takde kelas hari ni Woha!


    Assalamulaikum sumer. Aku cam excited sikit skang ni sebab aku terjumpa sesuatu tyme nak keluar dari pintu jami3ah (universiti) tadi.. Jalan dengan pantas (sebab gembira takde kelas) tiba-tiba aku berhenti kat depan laihah (papan kenyataan) untuk tengok iklan.. Tadaaaaaa ..!


    Kelas korea pertama, Selamat Datang ! TRANSLATE.


    Ni haa.. kat jami3ah ade kelas bahasa Korea F R E E O F C H A R G E .. tu yang mashukk :) Aku memang tercari-cari bahasa ni, yer la.. kalau kt malaysia nih, da lame masuk kene pakai duit.

    Kelas bahasa Korea ni start Khamis nih.. Tapi aku tak daftar lagi, cam tak dapat kot nak masuk kelas pertama sebab nya ade kelas ganti tyme tuh.. Erm rugi nya.. Abes la lepas aku dah paham bahasa Korea nanti, mari kita jejak ke Korea....dan mencari jejaka hot di sana........(oke ni tipu jek, astaghfirullah al-azim) wahaa!



    Kalau nak tau aku memang minat belajar bahasa. (Kecuali bahasa melayu karangan dan sastera , suka sikit sikit je hehe). Bertambahlah jumlah bahasa yang aku dapat selain English Melayu Arab France.. Sekarang ni pon cam tengah kumpul banyak-banyak bahasa untuk kepentingan dan kemajuan diri je.. Tapi kalau dapat kerja memerlukan penterjemah.. jangan lupe offer aku erk.



    MELAYU YANG SOPAN-SANTUN


    Sejak lepas lahir aku dah mengenali bahasa Melayu ni, maklumlah bahasa ibunda tercinta kita semua. Bagi aku daripada bahasa Melayu sahaja kita dah dapat tahu yang orang Malaysia memang lemah lembut serta bersopan malah berbudi bahasa :) Bagi aku bahasa Malaysia bahasa paaaaaaaaaaaaling kacang goreng sekali.. Erm ye lah, bahasa harian kita kan?~ Kalau belajar bahasa Melayu memang menarik. Syair-pantun-gurindam lalala..suma ade.. Tapi dulu-dulu kat sekolah aku x minat la sebab errrrr .. Korang pun boleh jawab sebab ape kan ? Hihi.. Karangan aku pon tak TOP macam orang lain .. Merepek macam dalam blog nih reti la kot.



    ENGLISH SECOND LANGUAGE


    The formal language of Malaysia after Bahasa Melayu is English Language, why ? (skema plak) Sebab dahulu kita dijajah oleh British, so banyak impak nya kepada warga Malaysia. Tapi dulu pon Jepoon serang Tanah Melayu, kenapa Jepun tak dipilih jadi bahasa rasmi kedua...? Erm...... sebab aku rasalah Jepoon jajah kita tak lama.. British lagi lama.. (jahat la dorang ) Aku tak power sangat bahasa Inggeris. Sebab dulu malas bace buku inggeris. Kalau cekgu suruh isi kat buku nilam, aku tak bace pon.. Just amek sinopsis die jek.. hek3.. Maaf cekgu, akibatnya bahasa Inggeris tak lancar sangat. Tapi aku rasa kalau aku bermastautin kat London, mungkin hebat kot English aku.


    ARAB BAHASA INDAH & BAHASA SYURGA

    Aku mula kenal bahasa Arab sejak masuk darjah 1. Tapi masa tuh aku tak pasti bahasa yang aku belajar tu adalah bahasa Arab .. (teruk nya?!) Sebab sekolah kebangsaan je tyme tuh. Kemudian masa darjah 3 mak pindahkan aku ke sekolah agama swasta yang sememangnya blaja bahasa Arab. Belajar Al-quran. Dan tyme tu aku rasa Kagum sangat.. indahnya bahasa Arab, dengan bahasa ni kita boleh paham Al-quran.. Subhanallah. Selepas bape bulan mak tanye , aku nak pindah @ tak..? Aku cakap taknak sebab dengan sekolah nih lah aku paham makna Surah Al-Fatihah.. Paham tafsir Quran.. Jamil jiddan ! (indah sangat!)

    Kamus dapat free dari MAINS. Kamus bahasa arab yang popular kat M'sia


    Sampai abes SPM memang alhamdulillah Arab aku maintain.. Dan untuk merialisasikan kehidupan dengan berkomunikasi bahasa Arab, Akhirnya aku dapat sambung belaja di Morocco ni. Memang kene cakap bahasa Arab instead of France. Suka sangat.. ! Tapi nak dibandingkan Arab aku ngan kawan-kawan aku.. err diorang lg hebat la.. Aku bese-bese je.. malu -__-" ....Ana lastu fasihan fi lughah arabiah ~



    LA LANGUE FRANCE


    Masa aku kat sekolah menengah aku mengenali NAMA bahasa Perancis. Aku rasa kenapa lah SBPI nak sangat ajar pelajar-pelajar dia bahasa Perancis.. ? Sebab bahasa Perancis antara bahasa yang dipilih menjadi komunikasi antarabangsa. EErhmm.. dan tyme tuh aku rasa Perancis nih macam susah lah nak belaja.. Sampai aku penah niat AKU TAK KAN AMEK TAHU TENTANG BAHASA PERANCIS DALAM HIDUP AKU.


    Sekali............dapat lah sambung belaja kat Morocco ni, ha.. Bahasa Perancis ni merupakan bahasa rasmi yang KEDUA.. pertama Bahasa Arab..Huh, Terkulat-kulat aku study Perancis dalam tenet.. Kalimah biasa dengar tyme tuh, BONJOUR.. ! Hurm.. dan aku rasa Perancis ekceli memang susah dan menyusahkan.. belit-belit lidah.. Tapi lepas sem 3 nih, aku rasa macam minat ngan bahasa romantis ni.. Harap-harap aku dapat banyak lagi vocab bahasa Perancis, nanti dah pandai leh jalan-jalan kat Eiffel Tower ..Comment cava ? Je m'appelle Charifa.



    KOREA HANGUOEL


    Aku minat gileeeeeee gileeeeeee ngan bahasa Korea sejak wujudnya cita-citun korea yang on-air kat 8TV, bermula Stairway To Heaven, dah season da citer ni.. tahun 2001 dulu. Tyme form 1 zaman jahiliyah dulu. Hik3. Cam suka buang masa ngan citer korea je tyme tuh.. Jumpe suratkabar pun cari pasal korea, jumpe majalah pun, bukak m/surat korea.. Internet plak surf pasal artis hot & cun korea.. Dan berharap one day akan jejak kaki ke sana.. Nak pijak salji sana pulak..hik3.. Akhirnya akan ku belajar bahasa korea nih di Morocco, Rezeki Ya Allah.. Memang Rahmat-Mu melangit luas.. Nae ireum-meun Charifa. Aja- Aja!! Sarangheyo ....... !!



    MANDARIN SENANG

    Bila tengok citer cina kat 8TV, kat TV3 suma.. Aku boleh dapat 3. Satu cerita, Satu budaya. Satu lagi bahasa. Bagi pendapat aku, bahasa Mandarin agak mudah nak difahami.. Kalau korang tengok 1 cerita Cina.. da bleh paham lah perkataan2 diorang ..dan boleh agak diorang nak cakap ape.. Best ! Bahasa Mandarin ni digunakan di Malaysia , Taiwan, dan Cina .. Satu lg adik beradik Mandarin ialah Kantonis. Kantonis pon senang gak :)


    Pengalaman tengok entri ni: Sepupu kahwin ngan orang Taiwan. Masa raya 2010 hr tu dia datang ngan bini Taiwan die.. So die speak english untuk komnikasi ngan sedara-mara yg lain. Aku pun datang kat bini dia, Maggie. (Nama Islam x igt ..erk)

    "hello sis..U are from Taiwan rite? Hurm nice to meet you. I can speak a lil'bit Mandarin, let's hear me..Ni hao ma ..? "

    Err dia terus terkejutla.. sbb aku pandai cakap hatta 1 ayat, APA KHABAR .. hihi aku pon suka ler..dia pon start la tanye aku macam-macam, dr mana aku belaja..
    "ooh a...wak... pann..dai.. caaa ..kap..Man..da.rinn.."

    dengan gagap-gagap dia nak puji aku, tapi dia cakap melayu.. Tabik la sis Maggie :) Padahal suami dia pun x pandai cakap Mandarin. Woha!

    "E tien tien.. Huan in lai Malaysia ! " (sikit-sikit je..selamat datang ke Malaysia) .. dia pun cakap & tersenyum "xie xie ni.."(terima kasih) . Suami dia cam terkejut la ngan aku.. hihih abang Ayan kene belajar ni ngan saya :P

    Doakan saya mudah belajar di sini.. Berharap dapat mendalami bahasa-bahasa ini..


    *****

    Jap. By the way tadi aku beli kek ice-krim. Sodap ehh ! Morocco memang popular ngan kek ice-krim.. Nikmati gambar bawah ni ..



    Nama kedai dalam bahasa France.
    Maksud : Fine Bakery's Home.

    Beli 3. Aku punye, Izzaty, dan Besday Girl, Syuhada. Sanah helwa, Syu!

    Dah dimakan...*-* laziz bezzzaf ! DH 8 = RM4.00


    Oke. Ini sahaja entry berkenaan bahasa.. Bahasa jiwa bangsa. Nak berpantun la sikit, kita kan orang Melayu..hehe.. Pecah kaca atas simen, sudah baca harap sudi komen. Ok, bye bye. Ilal liqa'.. selamat tinggal. Au revoir..


    Tuesday, December 21, 2010

    Sesal yg tiada guna .. Dugaan Morocco.. (1)

    Salam alls. Entry hari ini aku rasakan aku menaip dgn rasa syahdu dah haru T_T
    Aku belum lagi menitikkan air mata, cuma rasa sesal tuh tak padam lg dalam haty aku..
    Aku bertanya kenapa...... Kenapa..? Tapi jangan salahkan takdir sebab ini sume salah aku sendiri. Sudah seminggu perkara itu berlalu. Tapi ada lagi yang tak tahu keadaan aku.


    Plan hari Ahad yang yang kami rancang sangat seronok. Aku da rancang nak shopping hari Ahad (selepas entry celcom dikeluarkan).. Sampai kul 10 pg, dah set 2 jam jek dalam pasar..

    Aku redah pasar yg berupa pasar malam Msia tuh, redah, selongkar baju2 sejuk, kasut boot. Tak jumpa.. Saiz.. hehe Erm, sampailah mata aku tertumpu satu baju kelabu tuh.. Errr.. Best! Harga boleh dirunding, then aku cepat2 cari boot maen salji.. Jumpa..! Dalam masa 2 jam, tercapai misi aku shoping 2 bende tuh..

    Masa dah nak balik, aku stop kt satu kedai.. belek2 lg baju sejuk. Beg sandang aku kt sisi badan aku, seronok2 tawar menawar ngn Abang kedai tuh, tiba2..................


    Gaya terlarang abang ni manjual baju-baju


    Hati berkata2.."Jaga-jaga beg ko tuh, kat tepi tu.."

    Aku tersedar, tp itu hati.. Aku cuba bersangka baik.. Dan bila da bayar, aku masukkan duit dalam beg tu........ Argh..?! Pesal kempis je beg nih? Tangan aku menggigil... Aku seakan nak menjerit,

    "Mas.. Acu.. Mane akak punya...........?? Akak punyaaaaaaaaaaaaaa hp ? "

    Ya Allah..... aku cuba cari-cari dalam timbunan baju, x jumpe. Aku dah syak somting. Aku call hp aku.. Ade lak orang jawab....... Aku jerit2 kat hp tuh, suh DIA pulangkan.. Tp tak berhasil...........


    Aku rasa makcik nih lah..~ *sigh*


    Aku pulang dengan hampa, bende yang dikejar dapat. Aset yang aku ada hilang :(
    Sedih tapi tak kuar air mata ni........ Aku buntu..

    Moga-moga DIA huru-hara !! Aku redha dah.. Gantikanlah dgn baru.. Nak mara x guna, salah aku jugak sbb tak ikut kata hati.. Lepas ni kene berhati-hati,

    ade tak baju poket kt dalam..? Ps: Nak usha Aino Sony. Oke tak...?

    Sunday, December 12, 2010

    Hilangkan rindu kepada orang Malaysia; Tawaran Panazz !

    Merujuk blog ini


    Salam semua !! Aku ada berita gembira buat mahasiswa/wi yang belajar di oversea. Apa dia?
    Erm, jom kita terjah..

    Masa 17 November hari tu, bunyik esemes ..

    Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://beliamuda.com/2010/11/celcom-rm2-bundle-service/


    Amacam...? Aku bila baca esemes uh macam tak percaya jerk?? Terbeliak jugak mata nih, namun aku abaikan saje...Tapi lepas jek aku jalan-jalan kat umah 14, adik junior bagitau tentang perkara nih, yang sememang nya RM2 sahaja ditolak dalam sehari, gunalah banyak mana pon !!! WOW !!!!!!!


    Aku baru test tadi, pantas menaip YESRM2 tuh, lalu...... direspon,


    T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.


    Huhuhu.. Rasa heppy sangat, barulah ini dipanggil Celcom yang pemurah tak cekik duit mak aku sebab nak topupkan aku dari Malaysia.. Wah, selama 2 bulan aku da tak call BFF aku, sekarang.. Ha, orang Malaysia kot penat nk jawab aku nye call.. Padan muka ;)

    Setelah diselidik tawaran ganjaran apakah ini, baru aku tahu..ia dinamakan

    "CELCOM RM2 BUNDLE SERVICE"


    Untuk orang Morocco, jangan lupa gunalah Xpax, UOX, SOX untuk mendapat ganjaran istimewa dari Celcom ! Dan untuk topup, jangan risau, PMMM kan ade jual .. What you give you get back :) Lagi satu, aku rasa guna Celcom lagi untung instead of guna Lowrate or Action Voip.. Sekadar kita nak calling-calling orang Malaysia.. So, think wisely !

    Dah, stop la, nak kol BFF yang ke 3 pulak .. Yey, alhamdulillah 3la kulli hal ..wa nikmah.

    ***
    P.s ~ Sape-sape yang takde no Malaysia, tapi nak call orang yang dirindui, Jomlah pinjam hp aku, aku tengah bermurah hati ni ..

    Friday, October 29, 2010

    Flashback masa balik

    Sebaik singgah Mohammedia, nak online kejap

    Alhamdulillah sudah berada di Magribi ni selama 3 minggu setelah pulang nya aku dari Malaysia. Untuk kali kedua tinggalkan emak.

    101010 1.00 pagi tu berterbangan lah aku ke ruang angkasa ;)
    10 jam tanpa henti.
    Egypt Air memberikan khidmat terbaik ! Huhu best.



    7.30 pagi jam Cairo . Angin Cairo sejuk jek pagi tu. Perjalanan kali nih ditemani Adilah dan Ezzah serta Akak Shita dan adik-adik junior dari Kelantan . Untuk 1 hari berlagak menjadi ore kelate kejap. Belajo kecek kelate ngan demo sumo. Huhu.

    Ini kali ke 3 aku dah jejak Mesir. ^^ membawa adik junior jalan-jalan pulak. Disebabkan sudah melawat Mesir 3 kali, mood untuk berposing sudah luput hehe . So kami yg "senior" (..lah sangat) hanya membiarkan adik-adik pukul gambar demo sendiri

    " kamu berdiri saya pukul " kata Ustaz Kelantan tu ..hehe
    " ni tandas tuk ore tino je " errr..

    Dah 13 jam transit dan jaulah-jaulah.. Amanah orang pun aku dah setelkan, kami pun fly lagi menuju Maghribi. Guna Egypt Air lagi. Perjalanan 5 jam.

    Tapi masa nak sampai tuh ada sedikit gangguan .. Eroplen terumbang ambing .. Aku cuak!
    Rasa nak tamat dah riwayat.. Hati pikirkan emak je.. Makcik arab sebelah aku pegang tangan aku dan suaminya sambil istighfar banyak-banyak. Aku menurut sekali..

    Patut sampai 10.30 tapi terkandas kat awan dalam 1 jam.. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tuh ! Tengok peta dah nak sampai, tapi dia macam terlajak pulak dari Casablanca...

    err..tp bukan dia landing kat Marrakesh tau, tu anggaran jek


    Akhirnya.. Alhamdulillah.. Riwayat hidup aku masih panjang. Masa sampai hujan lebat, sejuknya Maghribi ! :)
    Cuaca yang baru buat aku selsema 2 minggu ... Minggu ni baru ok sikit.

    Masuk kuliah, blur and peluk cium kawan arab tapi diam je.. Arab ku sudah dilupakan
    huhu... Seminggu tu baru pulih ingatan balik. Parah~

    Aku dah cuba , nak cuba lagi.. Ok see the next episod...

    Friday, October 8, 2010

    Sudah Tiba Masanya

    the last one day. what i am going to do with the last ?

    maybe just see the face of my belovers family. Hug & Hug.
    Emak Wan Along Adik Anis Pakngah Makngah Nasyrah Maksu Sopi Amir ( ni yang akan teman aku ke KLIA )

    ..and also Abgcik..the others family..dont worry u also in my mind.. Hayyakillah!

    -----------------ini status Facebook aku-------------------



    Esok will be the last day aku kat Malaysia. Oh macamne nak hadapi hari esok?
    Bahasa arab aku yang dah lupe sikit-sikit kene topup balik. Kawan arab aku
    ade pesan ..

    " balik malaysia ulang kaji bahasa arab, aku nak lepas nih ko dah x gagap bila cakap ngan aku.."

    oh?!! heeeeeee.. Malu-malu.. (-_-'')


    ok, untuk sem baru ni, mari aku tajdid niat. Kawan-kawan jordan and mesir and maroc sume dah start kuliah, aku je. Bermula isnin ini..

    Ustaz Syarqowi dah tanya-tanya pasal aku..hayya.. Cuakkkk nya.

    Doakan kejayaan aku di sana. Next raya i will give Malaysian my salaam at Utusan's newspaper hehe. Macam yang kuar ni..~