sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, March 2, 2010

MB negeri sembilan ke Maghribi

Cadang beli tiga unit pangsapuri

RABAT (Maghribi) 18 Feb. – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang membeli tiga unit pangsapuri di sini untuk kemudahan penginapan pelajar yang melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pembelian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi membolehkan kos sara hidup penuntut dikurangkan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu masih lagi di peringkat cadangan dan ia akan diperhalusi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk diputuskan.

“Apa yang dapat kita lihat keperluan tempat tinggal pelajar di sini perlu diberi perhatian, oleh itu kita bercadang membeli tiga unit pangsapuri di Rabat, Kenitra dan Casablanca.

“Untuk itu kita akan meminta pelajar dan pegawai di sini untuk menyediakan satu kertas kerja mengenainya supaya perkara ini dapat dibawa ke peringkat mesyuarat kerajaan negeri,katanya ketika melawat kediaman pelajar di kawasan Bouhlal di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Mohamad meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan penuntut berkenaan. Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut melahirkan rasa gembira dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh pelajar Negeri Sembilan di sini.

Katanya, ini terbukti apabila salah seorang penuntut berjaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana selain mendapat biasiswa daripada kerajaan Maghribi.

No comments: