sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, September 30, 2009

INDAHNYA CIPTAAN WANITA

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita",
kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu? kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
~Setiap Wanita itu Cantik~

Monday, September 28, 2009

BABY & KIDS UNTUK SEBULAN

Cuti sekolah sudah smpai ke penghujungnya. Semalam aku dan emak menghantar along & adik blik ke asrama mereka. Hurm, best dowank dah balik ..AMAN sikit umah hehe dr pergaduhan & perperangan antara aku adik and along hahahah..

Selepas blik dr Gemencheh..Emak singgah di rumah makNgah untuk solat Maghrib & juga melawat Kaklong CT. Die sedang berpantang sbb bru je melahirkan baby yg cukup sifat n comel, pipi kemerahan..AsMa Name die. Name die masih dlm discuzsion.. Farah Asma'? Asma Nur Hani? Asma El Syifa..? err..aku sbg makngah beliau tak berapa mengerti untuk mencadangkan nme yg terbaik untuk beliau..Al-maklumlah...anak orang. bukan anak kite :D

Along kemudian dtg menyapa aku. "Ha kakngah..ko cuti an? leh x ko jage si Sumayyah n Mus'ab?"

Aku ternganga seketika. PErlukah?? ERrr.. "Erm..maksudnye duk kat cni? Aaa..leh kot. "

"ala..ko tolong la yer. kak long tu ha nk jage baby, ko jage lah si Mus'ab n Sumayyah. Sebulan je. Kang ade la elaun tuk ko.."

*twink-twink* ELAUN?! huk......huk.... Suke aku. "Erm Insya Allah, boleh je KOT..hehe"


Pd malam itu jugak keje aku bermula. Sumayyah 5 taon. Mus'ab 3 taon. Ish, mmg byk kerenah beliau beliau nih.. penat gak suh dowank tido x mau, aku nak makan beliau nak makan. aku nk teguk air gas beliau juga nak air gas... Rupenye aku baru tauw mengapa Anis selalu marahkan si Sumayyah tuh.. Sbb die x tahan la ..hahaha..

Last-last............... Anis telah m'beri aku bebepara tips bagi menjaga kids tersebut..

Jika time Makan, bg Sumayyah makan dulu smpai kenyang, baru aku makan.
Jgn tunjuk seswatu yg dpt mengujakan diri Sumayyah . Cth: HP. Cikediss. Jajan.
Jika masuk waktu tidur, beri Mus'ab susu spya die terus terlentok.

Mus'ab & Sumayyah

Hahaha..aku hanya menerima. Tp mmg betul pe yg Anis gtaw tuh.. Aku hope Aku dpt n Berjaya menjadi penjaga @ bak kte org Baby Sitter? yeahh...Baby Sitter Terbaik..

ha..Lepas nih sape nk Sewa aku tuk jage anak mereka, Sile lah jika ade kesempatan :p

Wednesday, September 23, 2009

MERIAHNYA RAYA

Pada tahun ni kurasa kan amat (tak pon..) meriah even x byk aku mengumpul sampul duwet raye . Sebabnye tahun nih ayah aku beraya bersama kami sefamily. Beliau bertandang ke rumah aku pada puasa ke 27. Aku x sangka-sangka yg beliau akn pulang jua. Mungkin kerana nk melihat aku buat kali terakhir b4 aku sambung belaja ke oversea. aa..Gambar di atas adalah gambar kami pada 1 Syawal 1430H. hehe..sebenarnya tidaklah begini pakaian kami, ini adalah sketch gambar b4 1 Syawal. Photographer cuba untuk mengambil shot terbaik dr kami sefamily b4 we all bz on the fez raye.... hehe diz pic is taken on 18 Sept. 2 days before Eid.

*keluarga aku berkurang pada tahun nih. Krisis keluarga berlaku. Ianya privet...

Tp aku sgt terkilan. Di pagi raye, aku masih lewat mandi-pakai baju-x sempat solat sunat raye. JEMAAH!! aku nak sgt!! erm, last-last aku bersolat ngn emakku. Tp pagi itu seluruh penduduk Kg. Terusan melawat arwah keluarga masing-masing. Keluarga ku melawat arwah atukku.

Di perkuburan, satu peristiwa lucu menggamit memori aku. Semasa tahlil dibacakan oleh Pak Imam, satu bunyi yg x asing telah kedengaran.

"SApe punye hp tuh? sebijik gile ngn bunyi hp aku?!"
Hatiku berbisik lalu pndang arah kanan.

Afiq, jiran kampungku mengeluarkan hp nye. Aku pndang acuh x acuh.

Maka Kezenku membisik, "Angah, ko tgk tuh, Hp Afiq same ngn ko!"

hahahah!! aku memandang kali ke-2...Uiks kami same la... wane hp pun same.. aku yakin sekali bahwe die juga baru membeli hp yg same ngn aku, n mayB die juga x puas hati ngn hp baru tuh..
boikot S321 heheh...Sory, aku cume menzahirkan perasaan ku aja.. Aku amat tergelak besar tp mengcover mulutku agar x mengganggu suasana suram pagi itu.. aku dpt rasekan kalo aku putih mst aku blushing giler!!~ ngee..

Pagi itu, kami beraye...beraye-makan kuih muih-kumpul duwit-kira.. ade juga manusia-manusia yg kekedut kan..Tp emakku berkate itu sume bergntung pada rezeki masing-masing. Aku bersyukur aja! Yang menariknya, PakCik Halim memberi aku seikat not RM1 kat aku sbb aku berjaya ke over-c. Thanks. Maklang memberi aku sekeping not RM50. campur kan sumer = BANYAK! hehe..





Haa..Ini gambar raye aku untuk kali terakhir kat Malaysia 2009. huhu!! Maknanye after nih, aku jadi org Morocco plak dah...Raye x camni lagi :D tp still hope ada Kemeriahan kat sane.
Bila aku tgk muke aku semakin dewasa, hehe rase nk gelak je teringat muke kanak-kanak dulu. X pandai pkai make-up pon hehhe.. Maklum aje..zaman dah berubah..

Saturday, September 19, 2009

SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA INSAN DI BUMI ALLAH



sALam LebARAn EiduLfitRi .
SeteLah SebULan BerPuasA, KinI Kita MeraIkan
KemEnGan UmaT iSLAm Dgn GuMbiRa!

SeRibU KeMaaFan DihULurKan AnDai diRi iNI
AdA MeMBUat keC-8.
MoGE diHari Yg inDah iNi kiTa diBerKAti ALLAH, Amin..


Image Hosting by imagefra.me

SaLam LebArAN BuaT raKan-RaKAn sePErJUanGAn
yanG beRaidILfitRi di PErANTAuAn
MAkaN kUih-dGr Lagu RAya-TAkBir RAYe
di SAna, Jgn Nangis-naNGis..
huhuHu
SeMoGa AnDA tabAH deNGan DuGaAn di SAna.
sEmogA berJAYa di SAna Jua..

Tuesday, September 15, 2009

NOT IN DA MOOD

cute Pictures, Images and Photos

geram nyer. eeeeeeeeeeeeeeee perlukah aku tulis kat blog?
sabar, malam nih mmg myspace, frenster, x der mood nk komen.
ym lg pulak ramai org membuat sign BUSY, or IM MOBILE.
no need la, klo bz juz get lost from YM.
ops im sorry if im sound so rude, my emosion is disturbed.
yeah alang alang aku tulis sumthing nih..aku nk gtaw,
sape yg pandai english? ajar la aku... aku nk blajar eng.. !!

Monday, September 14, 2009

TERBANG KE PERANTAUAN

Setelah usia meningkat dewasa, masing² telah memiliki impian tersendiri untuk merealisasikan matlamat hidup.. Menara Gading ialah impian setiap insan yg bergelar student. Jika kita berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah kepada kita di sana, maka pintu gerbang buat kerjaya yang lebih cemerlang akan terbuka luas.

Hari nih aku nak membicarakan satu luahan rasa tentang tajuk di atas.

Setelah tamat SPM, kawan² ku sumer tlh berjaya dgn cemerlang! Berbangga lah sekolah Shams kerana batch 2008 ramai yang dapat conquer A dalam setiap subjek, including me :)
Tapi bg student mcm aku, aku sangat bersyukur kerana walaupon x dpt capai target aku untuk SPM, tp ape yang Allah beri tuh, dah buat aku bersyukur. Klo Dia beri aku stret all A's, mungkin aku jadi insan yg riak-takbur-tak-ingat-dunia.

Alhamdulillah juge dgn result yg aku dapat, aku berjaya mendapat tawaran dr pelbagai institusi. Antara tawaran rasmi yg aku dapat:

1- Kolej Matrikulasi Melaka (Asasi Sains)
2- Universiti Sains Islam M'sia (Tamhidi Sains dan Tech)
3- PPISMP, IPGM (Ijazah Pen. Agama Islam, Arab, Syariah)
4- Maghribi tajaan MAINS (Ijazah Dirasaat Islamiah)

Setelah berdizcusing dgn family, perasaan, rakan, guru..aku telah memilih pilihan ke-4. Ape alasannya? Aku nk timba pengalaman baru di luar sane. Di perantauan, di Bumi Anbiyaa' .

Jadi, para pembaca sekalian doakanlah pemergian aku ke sana after Raya Aidilfitri 2009 ini. Aku memohon 10000000 kemaafan jika ade silap dan salah antara kita.

******Lets Fly To Gain Valuable Knowledge*

Tahun nih, aku sgt gembira kerana ramai kawan² yg dapat terbang-tanpa-sayap ke perantauan. tak lupe jugak kawan² yg blaja di M'sia. Korang bertuah jugak dpt belaja kt cni, senang balik cuti, ramai kawan bangsa sendiri. Tahniah aku ucapkan.

Antara kawan² yang fly ke perantauan:

  • 9 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Sakinah, Zaiha, Ihsan, Iskandar, Syafiq, Akmal, Amirul Aiman, Warlif, Khuzairin, Nazmi Afifi, Amir Hafizi, dak² STAM Maahad Ahmadi (0430, Mesir, MAINS)
  • 12 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Warlif, Nazmi, Amir (1030, Jordan, MAINS). Farah Hanisah (1730, dentist, Jordan, JPA)
  • 13 August 2009- Dak² BTN Meru. SAffwan, K.Mira, K.Dila (0630, Uk, KPM)
  • 14 August 2009- Abul, Shaymak, Nik Nur Madihah (0630, medic, Cairo, JPA & Bank)
  • akan ditambah.......insya Allah.
"Tahniah atas kejayaan korang, satu hadiah yang sangat bernilai dari Allah taala.

Pesanan aku di sini hanya satu,

Korang dah berada di gunung yang korang pilih, maka setiap apa yang dipelajari itu, hargailah seboleh-bolehnya. Kita sebenarnya melangkah satu demi satu hingga ke puncak atas tu.

Ramai orang yang tersalah gunung.
Ramai yang ada gunung yang tepat, tetapi salah naik.
Tapi yang paling teruk, kita berada di gunung, tapi tak sedar kita sedang menaiki gunung itu!"

*credit to: senikehidupan.wordpress.com

MANUSIA ITU MENGGANGGU AKU..

Satu malam, sedang asyik menonton tv di kampung..Aku baring kt kusyen panjang. Sebelah ku ade pakngah, apit, dan seorang manusia yang amat aku kenal (admire lg..)-QQ!

Aku bagaikan x percaya, lalu memandang manusia itu berkali² lamenye. Tp aku hanya membiarkan manusia itu, sbb aku tau aku tgh mengalami "proses hibernasi". Aku memfocuzkan pandangan pada skrin tv yg menyiarkan banyak iklan² Korean drama.

Aku x puas hati! Aku pndang lagi manusia itu. Tibe² die membalas pndangan aku. Lalu, mengangkat kening double-jerk.. Aku terkezut jugak, "Err..dah tau ker?" hati aku menggerutu sendiri. Maka, selanjutnya..manusia itu memulakan acaranya.

"Eh! Ko yg selalu kaco aku tuh kan?"

Aku hanya angguk tak pasti. Hati aku tertanye² bagaimana die mengecam wajah comelku ni?
Oh! iya..! MayBe melalui spect baru yg terhias kat wajah aku. Ya! aku dapat rasekan.

Lalu..aku sgt malu, sbb die mengenaliku. Tp dia hanya do nothing. Erm, fikiran ku mula memikirkan untuk kami berbaik semula..(pernah ade ape² ke antare aku n dia?..haha)

Aku menukar posisi duduk puler sbb drama semakin bosan di skrin tv. Lalu aku berkata,
"Sy minta maaf sbb selalu kaco awk.." Sambil memandang muke kacaknya itu.

Belum sempat die membalas kata² aku..
Aku terus membuka mataku!! Sebab aku masih dalam situasi ketidakpercayaan bahawa di alam nih aku bertemunya.
Aku terus membuka mataku!! Sebab aku tak sanggup untuk mendengar jawapan yang akn eluncur keluar dr mulutnya.
Aku terus membuka mataku!! Sebab aku takut untuk disakiti lagi...

Namun, aku yakin..! Aku takkan give-up..Aku perlu berusaha berkawan dengan die! Ya Allah, jika betul kami ada jodoh, tetapkan lah waktunya untuk aku bertemu dia..in reality life. Insya Allah...

MAk oiiii!! Wey makcik! ko tau dah pukul baper ttttttttttuu? Akibat ko berblog-ing ha... terjadi lah drama anak dara bangun di masa matahari terpacak di tengah langit! Aiseyhh..

Memang x percaye aku dah tidur lame nih...(sebelum nih pon same..) ..sume sebab Akibat ko berblog-ing ha!!

Sunday, September 13, 2009

ONE DAY!!

cute Pictures, Images and Photos
*couple-married-one day*

ONE DAY!!

banner Pictures, Images and Photos
*cute baby-one day*

IFTAR JAMAEI DI DARUL AMINAN

Hari ni ade pengalaman baru. Di ampangan ni ade la satu rumah anak yatim called Darul Aminan. Terletak depan skolah teknik ampangan. Klo ondeway ke rumah aku, nmpak je lah rumah anak-anak yatim nih. Erm, aku sllu wussha dowang. Hidup aman dan damai. Mewah. Tiap hr org suap makan. Erm, yer..agak nye itulah rezki Anak Yatim kan? Mafhum hadis......

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735

"Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan makanan dan minuman dengan puas, maka Allah ST memasukkannya ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampun" Hadis riwayat al-Tirmizi

*credit to Rumah Anak Yatim ASDAF.blogspot.com

Actually, ni sume ihsan dr uncle aku, Pakcik Halim. Die yg dermawan tuh tlh beri sumbangan cikit la kt anak-anak yatim tersebut. Ini spt first experience aku. Aku x pernah-pernah BERHAJAT, BERMIMPI, malah AKU MEMANDANG SEBELAH MATE je kt rumah kasih sayang tu.. Akhirnya aku jejak juge rumah tu. Tp, untuk membantu. Bukan sbb parents tiada lg. Oh! Aku bersyukur pada Mu krn masih memberi umur pada parents ku.

Berbuka, solat Maghrib. Lepas tuh buat jamuan makan. Makan-makan..sedut-sedut siput sedut..Gosip-gosip. Solat Isya' -best sgt dgr sore adik yg jd Imam tuh ;)
Solat terawih. Moreh... Salam-salaman. Balik.. Moge adik-adik dirahmati dan aku ditambahkan keinsafan dlm diri.

MEREPEK BETWEEN 2 PC IN 1 BLOG

♀ assalamualaikum, wan!! haha
♂ wa'alaikumusalam, ape ila?
♀ thx au, mempercepatkan internet sy :)
♂ welcome my honey dear..hakhakhak

♀ tp klo pasni lambat lg cmner?!
♂ ila tukar enggine internet ila, pakai engine turbo lak..hahaha
♀ ee wat lawak lak ;p........bukan nak ajar org, ni men redah/ceroboh pc org gune "perisian khas". jeng3..
♂ sebenarnye..bkn comp awk yg lembab tp server TM yg lembab..hahah
♀ betul ni? wah3...bukan sbb awk yg elok kan? haha pasan btul..

Saturday, September 12, 2009

ENGLIS TUTORIAL VS LEPAK-ING AT TERM

11.30 am: Penat sungguh! nape la tiap hari aku perlu mengantuk begini??

Sebabnye >> ko telah berblogging hingga pagi subuh tnpa tidur..mata tu pun nak rehat gak. ni x, after sahur je, ko seakan-akan merasakan katil menjemput ko . Jemput g mane? Alam mimpi..

Bangun la Naeila!!! Hari nih kan ade registerati0n englis class ngn Aina. Ko kan nk power english, like minah London..Mungkin aku perlukan sedikit makanan jiwa..Oh! Rupenye dah jarang aku bace Quran, pasal tuh la jd malas je..(urggh! out off topik nih!) Ok. aku pun terus mandi lalu mencari pakaian yg seswai untuk di interview masuk english class.

Car-pooling wif Aina n sampai di Eastern Green. BBC english center (x brape pasti nama company tuh)..Mr. Sharon yg hensem tlh menjemput aku duduk. Aina pun duduk. Kami diberi Test 10 quest to test our grammar. Eleh, igt aku xreti ker..hehe padahal mmg lame dah x revise subjek english nih. then dah cyap, org tuh pun correct paper kitowang. Wao!! See! the result is ..

Naeila 8/10 ; Aina 6/10. huhu!! Syukur. Padahal dunno pe yg ku tulis² ntah.

Lalu, selepas itu kami discuzz about da class, die pun tye probs kitorang..n menyatakan yuran class. OMG! RM 1880?! No no no..even my mom dont care bout the fees, but diz is too much! Err..PAstu u know wat, kitorang terikat dgn perjanjian clazz itu yg akan dibuat slma ONE YEAR. oh tidak! aku akn fly nti. So mintak sebulan je. not setahun..dizcuz n dicuz last² aku n Aina decide x nak join that BBC claz.

1- x der MASE.
2- bayaran mahal agaknye
3- all of them chinese ma..slenge ckp pon chinese. cth: tandas (tantas). sekurang² (sekuwang²).
4- claz dbuat time org bukak poser n terawih (x kesah pon , sbb ade mase laen..huhu)

Sedih sgt x dpt join english class tuh. Rasenye aku mst expert lps join tht class! b4 balik, i got 1 sms from PLKN DIANA 2. "Naeilah, aku ade kat term. Jom la klo nk Jumpe"

Wao! Hepy nye dpt jumpe puteri gunung ledang tuhh haha! sahabat kamceng kt plkn. *wink* then, ayah Aina sent aku sampai dpn pintu Terminal One.

Masuk term, sms Diana, cari. Rupe² nye die p tgk wayang. Err. Another 40mins to wait for her. Lalu, aku menghabiskan mase dgn membeli yg x patut. Comic. Brooch. Raye Card. n then pergi Solat. Alhamdulillah, x der la aku terponteng nti..Al-maklumlah..masuk shoping complex tuh mst byk Syaitan. hehe :D

dah kul 2.15. aku di popular. Diana tegur..NAEILAH..!! Urghhh rindunye kt ko!! erm last² aku bukan lepak ngn Diana je..Bahkan aku lepak kt term ngn diana, shima, abg shima, n jejaka misteri haha!! Kami masuk ke K.J and maen kete gune token. uikssss...Rahsia ni!! Yang penting, heppy sgt.. sbb dpt kenal kawan baru, n abg shima drive smpai Ampangan lalu menghantar aku pulang. Thx! Hari nih best..

p/s: Alamak!! x call Mr. Sharon..nk cancel clazz xP

will cont later...ngatowk

Friday, September 11, 2009

IFTAR JAMAAIE DI SHAMS

Hari nih sgt meriah...berjumper balik kengkawan lame ku, setelah tamat SPM. Although x sumer yg join, tp aku dah heppy dapat jumpe x-5 ikram 2008. Faiqah, yan, Echa, Abul, Aiman, Jangek? huhuh.. si Jangek nih aku x jumpe pon td :P Ekceli, dak kelas len pun ade gak..nak kater td ramai la x-shams '08 yg dtg semater semater nk makan ker or nk rapatkan ukhuwwah? heheh........ade ade jek.. aku yg nk makan senarnye..

Yan + Echa kt surau al-amin (yeke name surau ni? Luper la..)


Err,, malas nk type panjang panjang. Just lepas iftar tu, kami solat Maghrib kat surau kecik. Padahal sumer org solat magrib, isya' n terawih kt dewan. Hehe.. Em, jaulah jaulah kat Shams nih, banyak perubahan telah dibuat. Kaye nye skul aku. Nampak nye bertuah lah adik adik junior yg baru masuk. Skolah nmpak kluster hahah.. kolam ikan tuh pon dah cantik. Selepas solat Isya' bersama-sama...Echa ajak aku ngn Yan untuk berbuat kejahatan sikit. Sikit je...Kitorang dah ponteng solat terawih..hehe :D walaupon solat terawih tuh sunat, tp pahalanya besar sgt klo kite buat. Tp nk wat cmner, kitorang td x sabar sabar nk bergosip itu dan ini. Maka keputusannya kitorang duduk di kolam ikan di terangi cahaya lampu pendaflor putih itu.

Echa kt kolam ikan


Kolam depan claz 5ikram

Aku sibuk sibuk nk amek pic kitorang ber-3. Malangnya, camera yg dipinjamkan oleh makngah telah kehabisan tenaganyer. Yer la..mane taknye, camera Nikon 5mpxl, pasti memerlukan bateri khas sebagai makanan harian die. Ni makngah pergi beli bateri Eveready yg berkuasa rendah yg dijual kat Mydin. hahaha sah sahlah..cepat habes tenaga nk tampung camera berkuasa agak tinggi tuh ..last last ku give up n menyerahkan sumernye pada camera hp. err x jelasnye klo korang tgk tuh...x berapa menarik hasilnyer.



Mesra nye sahabat sahabatku, nanti kite hangout, aku lak blanje korunk =D

Gosip gosip bermula apabila Yan mule membuke storynya ttg Yan, Izwani, Zaty, Najib, Amirul, n King...bersuker ria di JJ semasa cuti semester ke-2 ..in Jun or Oges? Huh! Jelesnyee!! Nanti aku search gambar mereka kat JJ, Err... telah sombong yerr Wani n Zaty nih.. Drive sndiri lak tuh..pasti mencetuskan memory manis dalam hidup berteman :)

Afterdat, td kitorang sgt haus, al-maklum la..air sirap tuh dah habes..mane taknyer kitorang leka borak je..sume org dah amek air tuh siap tapau bawa blik umah lg (tipu!).. erm, jalan punye jalan nampak byk vendor machine jual air tin. Nymmph! Haus haus..dengan muke setebal 6inchi Echa meminta sedikit sumbangan suwit syiling dr adik adik Shams. Malangnye x der sape yg bawa duit,, hek3.. lps tuh kitorg jumpe la tong merah yg ade air sirap baki baki iftar td hehe.. teguk la jugak even x sejuk mne... last skli, dpt jugak duit 50sen dr Aina Tiqah. + Echa 30sen + yan 80sen = Cukuplah dlm RM 1 .60. haha... beli lah air Ice Lemon Tea..lega cikit tekak nk continue goosip gosip di bulan Ramadhan :P


AKu td balik tumpang Afifah, err mak malas jemput ek? erm, mak tggu kat surau. huh, sebaik Fifah dah beli kete baru, econ pn baru lerr..hehe.. lepas samapi tuh, mak singgah kt umah kwan mak nk poie berurut. haha ekceli aku pun nak gak rase urutan ala ala spa... hurm , tp suasana nye kt dalam rumah jek ...shhh! makcik tuh urut x best pun haha cume ringan sikit sengal kt bahu aku nih..Erm. nape sakit bahu erhk? Blogging depan laptop terlalu lme nih...huhu sampai rumah dlm kul 1245 am. Ok la..tu jerk for today :)

p/s: Simpati di ats pederitaan Hasif Sulaiman. Smg Allah menyembuhkan nye. Amin..

KERJAYA, CINTA, PENGORBANAN @ NOTHING AT ALL?

Well, yeah! Berjaya jugak akhirnye aku menamatkan novel The Two Lovers itu. Huh! Pada 9 Ogos 2009, aku n mak pergi jenjalan kt Malacca. Aku p0n singgah ler kt kedai makan untuk membeli air akibat kehausan ber-usha² di bandar bersejarah tu. Dengan x semena² tangan ku mencapai satu buku berkulit biru karya Syafrina Siregar . Sebabnye, nmpak menarik la cover die! Aku terpikat lalu mencapainye dan menghulurkan not RM5 je kat uncle kedai makan tuh..Euw! Novel apekah nih, murahnyerr...Ouh mayB sudah ditelan zaman kewujudannye, tp aku baru menemui kewujudan die pada thun ni..hehe :D

Permulaannye agak menggelikan bulu² ketiak aku. Tp ku gagahi jua untuk meniti tiap tulisan si penulis berdarah Medan itu. My intention is only to try read sumting new -romantic novel and also learn bout the gaya bahasa yg digunakan oleh si penulis. Wow! Indah sgt setiap baris kata yg dirungkaikan dlm novel biru tuh.

Erm, start the sinopsys of The Two Lovers yah?!
  • Nena seorang wanita yg bekerjaya. Hatinya telah mencintai seorang jejaka bangsawan yg dikenalinya di dlm chatting (ym kowt..hehe) , Rasheed. To her, Rasheed is everything! Lebih² lgi, mereka tlh berjumpa di Singapura kerana Nena ditukarkan untuk bertugas di sana even Rasheed selalu menyakiti hatinya..tapi tiada kuasa yg mampu meruntuhkan cintanya pd jejaka itu. Deni pula teman sepejabat Nena yg bersekedudukan dgn wanita itu di apartmentnya. Deni cuba untuk tggl sebumbung dgn Nena stlh berjaya memujuk bos mereka ats alasan melindungi wanita itu yg baru first time tggl di perantauan. Di sebalik sifat playboy-nya, Deni secara diam² telah meminati Nena tp Nena tidak mencintai Deni lebih sekadar sahabat. Bagi Rasheed pula, dia menganggap Nena hanya teman tapi mesra-nya. Namun pabila Nena mula menaruh harapan cinta mati terhadapnye, Rashid yang bersifat ego itu mula dilanda kebimbangan.

  • Nena then choose Deni as her husband to-be. Ianya hanya untuk menutup rase sedihnya terhadap Rasheed yg hanya memandangnya sebelah mata. Bila difikir² semula Rasheed menyesal kerana melayan Nena acuh tak acuh jer. Rasheed kemudiannye cube memujuk hati Nena agar mengahwininya sebelum dia berangkat ke Perancis untuk meneruskan kerjayanya ke peringkat lebih tinggi. Rasheed begitu mendesak Nena untuk memilihnya tak seperti gentleman like Deni yang sentiasa menyokong nya, memberi bahunya disaat air mata Nena mengalir kerana Rasheed, meminjamkan Nena sepasang lengan yg kukuh di saat wanita itu tak mampu berdiri, juga yang menyokong kerjayanya untuk ke Perancis! Nena kini dalam dilema, apa yg harus dia pilih demi masa depannya??! "Ouh Tuhan, bantulah diriku..mengapa Kau mengujiku begitu sekali?" bentak hati Nena. Jika hatinya memilih jejaka ego itu @ Rasheed, dia pasti kehilangan kerjayanya kerana Rasheed menginginkan wanita yg duduk 24/7 di rumah aje, jaga makan minumnya. Jika dia memilih Deni..yang sentiasa menyokongnya, tapi Nena tak mencintainya spt mana dia mencintai Rasheed.

  • Lastly, Nena akhirnya mengirim e-mel ke Deni, bahwa dia harus memutuskan hubungan pertunangan mereka kerana dia tidak mahu menipu lg. Hatinya bukan untuk Deni. E-mel kedua di sent kepada Rasheed. Nena menyatakan bahwa, dia sgt mencintai jejaka itu. Tetapi die juga mencintai kerjayanya. "But life's not all about Love, dear! " jelasnya pada Rasheed. Nena pun mula melangkah masuk ke pintu airoplen di Canggi, dan berlepas ke Perancis. Sedang Nena melamun di tingkap eroplen, Stewardess menegur Nena agar mengoffkan hp nya. Setelah die mengoffkan hp nya, tanpa dia sedari 2 sms masuk ke dalam inbox nya. SMS itu berbaur camni lah..

  • SMS 1 : Deni tidak pernah mengalah. Dia terima sahaja keputusan Nena...Dia tetap mencintai Nena hingga ke akhir hayatnya. Manakala SMS 2 : Rasheed akhirnya mengalah dengan keputusan Nena itu, dan melepaskan nya pergi.

Nena sebagai wanita bekerjaya telah memilih untuk terbang ke Perancis. Lalu membiarkan 2 org jejaka menantinya di bumi Singapura itu. Adakah ending-nya menarik? Argh ..aku sedih dgn ending novel nih... Korang setuju x? Vote la..hehe . Aku sgt menanti yg Nena akan berhoney moon ngn Deni di Perancis. Ternyata si penulis lebih mengerti novel karyanya sendiri..haha :P

Wednesday, September 9, 2009

KASIH SAYANG


I love the love shape, all about love. Althought i think i hv never been couple wif someone, but i'm really interested in LOVE !!
  • To all readers, please read this..its so touching my heart in Malay Version :
Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid telah bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:
Cikgu macam mana kte nk pilih seseorg yg terbaik sebagai org yg paling kite syg? Mcm mne juga kasih syg itu nak berkekalan?

Cikgu: Ok, kamu ikut ape yang sy suruh. Kmu pergi ke padang, dan berjalan di atas rumput sambil memandang di depan kamu. Kmu plihlah rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg walaupun sekali. Sudah petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dibawa di tangannya. Then, cikgu pun bertanya, "Kenapa tiada rumput yg kamu pilih?"

Pelajar: Tadi masa sy berjalan, sy carilah rumput yg paling cantik. Memang ade banyak yg cantik tp cikgu kata petiklah yg PALING cantik, maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tapi sampai ke penghujung padang, sy tak jumpe pon yg PALING cantik. Mungkin ada di antara yg di belakang sy tu rumput yg cantik, tp cikgu dah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yg sy boleh petik.

Cikgu: Ya! Itulah jawapannya. Mean, apabila kita tlh berjumpa dgn orang yg kita sayang, jgnlah kita mencari yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik² nya. Jangan kte menoleh ke blakang lg kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingatlah org yg PALING kita sayang itulah yg PALING cantik dan PALING baik. Mahupun nak diikutkan banyak lg yg cantik dan baik seperti rumput td.

SUDAH SEMBUH

Petang td, mak ajak kuar... pergi...? g ofis tlg die wat claim. In da same time aku grab a chance to bring also modem. Modem tuh da lme x berusik, da bersawang gaknye.. Al-maklum saje la dekat 2 bln x dpt gune Streamyx. Gian giler..hahaha.. keje aku merempat kt umah makngah je klo nk online. After kursus PITT tuh, in Ogos la...mmg Streamyx x berusik, sbb umum tlh mengetahui bhw Streamyx nih demam ..tah virus ape yg menjangkiti Streamyx akuh..pity him n pity me also...!

Sampai je kt kedai komputer tuh, abg cine tuh bantu aku.hehehe.. die da set up kan modem tuh kpd yg pling simple that is..when aku online je, no need to put password or username..
blik je, aku online la cm org x penah nk online...hahah..... so aku coretkan lah kisah nih ;)

nampaknye Streamyx aku dah sembuh dr demam n virus dy ..

Saturday, September 5, 2009

EXPERIMENT PERTAMA

Pada saat ini 2.00am tercipta satu lg blog yang di sign up setelah berjuta-juta blog sudah diestablishkan. Hurm, betul ke bahasa inggeris aku tuh? Watever pon aku try untuk use dat international language. Ouh, firstly, aku btul² nk minta maaf if aku gune "Bahase Rojak", sbbnye aku macam bajet nk speaking as minah dr London but..hehe try je dulu. ;)

Aku mengSign Up blog nih pon secara x sengaja. Nafsu nk sgt berblogging like others, like my sis n my bro. Yeah, skng nih hati aku nk mencoret seswatu..untuk dijadikan sbgi bahan experimen for da first time im using this blog.

Erk! its too late tonite. I hv to go now.. Creepy sound from the window!!! arrrghh...