sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, March 5, 2010

MB Negeri Sembilan ke Kaherah..

20 Februari, 2010 22:07 PM
[ BERNAMA ] Shahrullizan Rusli

Menteri Besar Negeri Sembilan Umum Kenaikan Biasiswa Untuk Pelajarnya Di Mesir

KAHERAH, 20 Feb (Bernama) -- Pelajar-pelajar tajaan kerajaan Negeri Sembilan di Mesir akan menikmati tambahan biasiswa sebanyak RM2,000 mulai semester baru ini selepas diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu.

Katanya, kenaikan itu sesuai dengan peningkatan kos hidup di Kaherah, Mesir yang menyebabkan kebanyakkan pelajar Negeri Sembilan terpaksa mengikat perut mereka.

"Saya tidak mahu pelajar kita terganggu dengan masalah kenaikan kos hidup. Saya harap dengan pertambahan ini, mereka akan dapat memberi tumpuan dalam bidang pelajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Rumah Malaysia di sini.



Mohamad ketika melawat pelajar Negeri Sembilan di Rabat telah pun mengumumkan kenaikan tambahan biasiswa sebanyak RM1,000 untuk pelajar di Maghribi.

Kenaikan tambahan itu dibuat di bawah biasiswa zakat yang tidak perlu dibayar balik, katanya.

Sebelum ini setiap pelajar di Mesir hanya menerima RM6,000 biasiswa di mana separuh dalam bentuk pemberian zakat dan separuh lagi dalam bentuk pinjaman, pertambahan ini menyebabkan setiap pelajar menerima RM5,000 biasiswa zakat, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang kemungkinan menghentikan penghantaran pelajarnya ke Jordan kerana kos peningkatan hidup yang terlalu tinggi.


"Dahulu kita hantar 20 orang tetapi sekarang kita kurangkan sedikit demi sedikit sehingga tinggal 2-3 orang sahaja di Jordan. Kos hidup di sana agak tinggi dan kita juga rugi dari segi kadar tukaran matawang di mana RM6 bersamaan dengan hanya 1 dinar Jordan," katanya.



Sebagai ganti, Katanya MAINS akan menghantar pelajar ke Maghribi di mana kadar tukaran mata wangnya adalah pada kadar RM1 bersamaan dengan 2 dirham, katanya.

"Itu pun kos kenaikan hidup di Maghribi semakin naik. Pada masa hadapan, kita mungkin akan meninjau India jika sesuai untuk dihantar pelajar kita," katanya.

Mohamad sedang dalam rangka lawatan ke Maghribi dan Mesir untuk meninjau pelajar-pelajar tajaan MAINS di negara-negara tersebut.

Beliau kemudiannya berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air.

Tuesday, March 2, 2010

MB negeri sembilan ke Maghribi

Cadang beli tiga unit pangsapuri

RABAT (Maghribi) 18 Feb. – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang membeli tiga unit pangsapuri di sini untuk kemudahan penginapan pelajar yang melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pembelian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi membolehkan kos sara hidup penuntut dikurangkan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu masih lagi di peringkat cadangan dan ia akan diperhalusi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk diputuskan.

“Apa yang dapat kita lihat keperluan tempat tinggal pelajar di sini perlu diberi perhatian, oleh itu kita bercadang membeli tiga unit pangsapuri di Rabat, Kenitra dan Casablanca.

“Untuk itu kita akan meminta pelajar dan pegawai di sini untuk menyediakan satu kertas kerja mengenainya supaya perkara ini dapat dibawa ke peringkat mesyuarat kerajaan negeri,katanya ketika melawat kediaman pelajar di kawasan Bouhlal di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Mohamad meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan penuntut berkenaan. Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut melahirkan rasa gembira dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh pelajar Negeri Sembilan di sini.

Katanya, ini terbukti apabila salah seorang penuntut berjaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana selain mendapat biasiswa daripada kerajaan Maghribi.

Thursday, February 18, 2010

KUNJUNGAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


17 Februari 2010:

Assalamualaikum wbrth. Diharap suma warga Malaysia-Maghribi sihat sentiasa. Kenapa aku fokuskan Malaysia-Magribi je hehe.. Sebab baru-baru nih Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan lawatan ke Maghribi. Nak menjenguk kehidupan kami di sini. Delegasi Menteri Besar Negeri Sembilan dan para wartawan tempatan sampai di airport Casablanca pada 17 Feb. pukul 12.50 tgh hari. Sepanjang keberadaan MB, aku amat teruja. Sebenar nye aku nk sangat pegi ke Rabat, di sanalah selalu diadakan pertemuan penting antara pelajar Malaysia dan menteri-menteri. Akhirnya dapat gak datang sane.


Lunch:
Lepas tuh, kami di Casa nih bersiap-siap nk sambut MB. Yelah ade pakej makan tengah hari percuma kat restoran mewah, jgn lepaskan peluang. Restaurant Le Febule, berdekatan Masjid Hassan II. Makanan mmg mewah, tp sayang...kami x sempat menjamah sume makanan kt ctu. Mase suntuk pulak..Cuba korang tengok, sedap kan lunch kitorang..??




Malam:
Ketibaan MB di Restaurant Le Ziryab, Oudaya, Rabat. Selepas MB berucap, beliau telah membuat kata putus bahawa kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan tambahan RM1,000 kepada biasiswa zakat untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan sekaligus mentotalkan jumlah biasiswa kami = RM9000/orang. Lalu bergembira lah kami sume sbg mahasiswa/siswi tajaan kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


Before dinner:
MB diselubungi para wartawan yang serba serbi mereka hitam. Di kala itu, mereka sibuk-sibuk mencari pelajar yang boleh di-interbiu. Ramai kawan-kawan aku lari. Nyorok belakang aku. Malu? Takut? Hehe..aku bermegah. Kemudian, name ku disahut oleh salah seorang wartawan RTM, Zulhaimi. Aku cuak. Tapi berlagak yakin dan mengemaskan coat aku. Sambil memandang ke arah lampu-lampu kamera nikon. Bersedia. Ingat emak kat Malaysia..

"Apakah perasaan anda setelah diumumkan kenaikan biasiswa kamu?"
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan kenaikan ini. Mungkin dengan kenaikan biasiswa ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan kami di Maghribi ini."

Cukup sepatah dua kata. Seterusnya microphone dihulur kepada kak farah. Aku masih mencapup di sebelahnya..hehe nak glamour ...


Dinner:

Menu malam tuh macam biasalah makanan traditional Maghribi. Buat pelancong-pelancong dari Malaysia, yg selalu makan nasi pastinya x biasa untuk menelan juadah Maghribi ni. Lihat sahaja perangai Dato' Dato' dan YB YB yang duduk semeja ngan aku..hahah..mereka ni sebenarnya agak sporting dan supporting :D Boleh jadi aku yang paling banyak merasa juadah yg dihidangkan. Maklum je la, kalo membazir nanti korang jadi kawan syaiton.. So.. makan jek!



Menu-menunya:
1-Roti dan jem-jem buatan Maghribi
2-Bghiwat dan Bastella
3-Tajine dan roti
4-Cous Cous aka Kuskus
5-Bastella bi halib, as desert
6-As syai dan nak nak (teh + daun pudina)



Hadiah:


Lepas je tegukan pertama untuk air teh aku, MB tiba-tiba memanggil kami semua sambil memegang sampul coklat mungkin berisi coklat fikirku. Hah, seketika aku di hadapan MB, rupa-rupanya dia memberi kami satu not 100 Dolar US. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat rezki dari Allah. Semoga Allah memberi kesihatan pada MB kami..





Thursday, February 11, 2010

ALHAMDULILLAH PERMULAAN YANG BAIK


Sudah melewati 4 bulan di Maghribi @ Morocco. Kami semua baru menamatkan exam sem 1 Menantikan result amat menyeksakan. Penantian itu satu penyeksaan. Betul?

Akhirnya usaha dan penantian membuahkan kejayaan yg manis. Kesemua kami lulus dgn agak baik.. bahasa kiasan lg nih.. x leh direct sangat. Alhamdulillah ya Illahi.. Ini satu permulaan yang bagus untuk aku meneruskan perjuangan ku di sini.

Mabruk 3alaikum my Friends. Aku juga doakan semua sahabat-sahabat yg akan mengambil exam, menunggu result exam, menghadapi exam akan najjah !

Doakan daku dalam setiap sujudmu. Sekian..

"Pesan pada hati,sekiranya kau peroleh kejayaan,janganlah kau berbangga diri kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah & bila2 masa ianya akan ditarik balik..pesan juga pada hati,sekiranya kau mengalami kegagalan,usah bersedih kerana ianya adalah ujian dari Allah,untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya kemudian bangkit dari kegagalan itu...pesan pada hatimu juga,jagalah hubungn kasih sayang (ukhwah) kerna itulah pelentur semangat dalam kehidupan.. "

Sunday, February 7, 2010

CALON EXAM {slot 2}

[Seminngu lepas..]

-Isnin (1 Feb 2010
) :

Hari nih mmg penat . Kami exam sekali 3 maddah dalam 1 hari. Dulu mase skola menengah ok lagi sampai 4 subjek. Tp bile sudah jadi student U nih, agak berat sekali untuk menempuh 3 maddah dalam 1 hari. Maddah yg berat lak tuh... nk banding brape kilo beras pon x setanding.. (merepek japp..)

Tungggggu ustaz datang..Ustaz Filali..Oh! Kami yg menepati zon-zon waktu awal-awal lg dah terpacak kt depan bilik ustaz. Ustaz ?? Menyusul selepas 2 jam menunggu. Wuishh..lame lak aii..
Even ustaz dtg pagi tuh.. Turn pelajar Malaysia still same. P E R E M P U A N . Kami mmg slalu mengalah pada pelajar2 arab..sedangkan pelajar L E L A K I malaysia dah selesai seminggu yg lalu, sebelum maen salji lg..Itu lah padahnya sebab terlalu "sopan dan baik"..


MANAHIJ DIRASAT JAMIAH

Tiba turn kami pada pukul 1 ptg. Menahan diri kesejukan di luar pejabat ustaz. Nak menghafaz da x boleh masuk lg..Tp redha je sebab dah lame bertahan dr minggu lepas untuk syafawi ngn ustaz. Masuk bilik. Aini da first. Aku menggigil sejuk bercampur takut. Ustaz agak agresif hari ni. Soalan Aini agak susah. Soalan Zaty..Mudah. Soalan aku 1/2 susah.. Tp aku dapat jugak mengeluarkan sepatah 2 perkataan sob sob sob..


ULUM AT-TAFSIR
MADHAL ILA ULUM QURAN

Exam nih ustaz buat secara mengejut. Kami expect hari rabu..Kami pon Bersedia untuk menemui Ustaz Balafrij dan Ustaz 3alil. Dua pengadil erk.. punya tunggu dengan "sopan dan baik", akhirnya kami tetap yg terakhir..sedih. Dalam angin yg kencang kesejukan.. aku gagahkan juga untuk menghafal dalam beberapa jam itu. Nasib baik aku dah ulang kaji sedikit di rumah Khadija. So aga ringan untuk aku untuk menghafal.

Azan Maghrib berlalu. Syafawi x abes lg.. Turn Aini bermula 6.50 ptg. Aku start gigil haha..Sejuk la..Kemudian turn Samirah yg terbaik..Sampai turn aku gagap dan boleh la..ustaz ckp Jayyid! Sampai turn Zaty, alhamdulilah lega dah abis...7.40 kami habiskan..

******

Malam tu, mmg aku online habis-habisan, sampai lah keesokan hari..aku happy sebab exam dah abis..Hingga aku terfikir..

"Ape yg menggembirakan para pelajar dalam kehidupan belajarnya adalah setelah tamat exam. Segalanya seperti syurga.."



p/s: pembetulan, belajar bukan untuk exam,
tp untuk mencari seberapa byk khazanah ilmu Allah di bumi ini.






Sunday, January 24, 2010

✿ REALISASIKAN MIMPI-MIMPI MU ✿

Bismillahirrahmanirrahim ..

Salam kpd semua pembaca blogku~ Hari ini aku cube untuk menulis tentang..

MIMPIMPIANdanMATLAMAT

Apekah tafsiran MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT sebenarnya? Mari kita berbalik seperti membuka buku teks sekolah. MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT dari segi bahasa ialah ..bukak lah kamus dewan korang. Manakala dr segi istilah, MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT bermaksud ..nanti aku cari.

Tapi ape yg aku ingin bincangkan dlm entry kali ni ialah membuat mimpi menjadi kenyataan. Ibaratnye seperti impian, imaginasikan otak untuk merealisasikan impian hidup. Maksud aku di sini, korang mesti mempunyai target dalam hidup. Boleh bermimpi dan berimaginasi tetapi bukan lah bermimpikan sesuatu yg tidak berfaedah..Matlamat mestilah munasabah. Seperti kata-kata Nidji,

" Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya


Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi "

Sebagai seorang pelajar yg masih mempelajari sesuatu, mencari khazanah ilmu, menyelusuri perjalanan sebagai musafir ilmu, kita mesti ade sesuatu untuk dijadikan target pada masa hadapan. Ingat kawan-kawan!! Bagaimana caranya kita nk melaksanakan impian yg dimimpikan tu..? Jangan biarkan mimpi itu sekadar mimpi sahaja..

Percaya atau tak..? Ramai motivator menggalakkan kita supaya sentiasa menulis matlamat @ impian jangka masa pendek dan panjang dalam satu kertas. Igt lagi tak sewaktu korang berada di bangku sekolah, menyertai program motivasi sempena korang nk pekse ataupun sempena azam tahun baru, ade sahaja Encik motivator tersebut menyuruh korang "Tuliskan impian/azam/matlamat kamu dalam kertas".. Dalam kajian ahli motivator dunia..

Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri.
Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup,

ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


Kenapa begitu caranya? Antara bukti-bukti kejayaan orang popular yg berjaya adalah kerana mereka MENULIS mimpi-mimpi mereka. Menulis matlamat korang adalah seperti korang membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran korang dan sentiasa mengingatkan korang secara sedar, ataupun separa-sedar untuk korang mencapaikannya. Tetapi jika korang menulis matlamat tersebutsekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.


Orang-orang yang mampu mencapai matlamat ialah mereka komited bagi mencapai apa yang mereka inginkan. Bagi mereka matlamat mereka itu bukan hanya satu keinginan tapi KEMESTIAN! Apabila sesuatu itu di atas kemestian kita bersedia untuk mengubah fikiran negatif kita dan strategi kita seberapa banyak kali yang perlu bagi mencapainya. Ramai daripada kita yang masih gagal dalam ujian ini apabila kita berputus asa sewaktu rintangan besar menghalang kita. Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya. Mereka inilah yang mampu melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka mahukan! Saya percya bila anda menganggap matlamat anda adalah satu KEMESTIAN , anda pasti berusaha bersungguh sungguh dan mencari jalan untuk menggapainya!

Jadi beranilah untuk bermimpi besar..Mulakan jejak-jejak mimpi korang! Di sini disertakan satu video penyuntik semangat kepada korang yg kurang bersemangat (: E N J O Y !


Wednesday, January 6, 2010

CALON EXAM {slot 1}


Bila tibanya exam fever, demam exam, minggu exam, cuti sebab exam, persediaan untuk exam ..
ARRRGHH~

Semuanya agak menakutkan..lebih2 lagi kalau..Calon exam tersebut berada di "bukan Malaysia"..Calon exam tidak tahu soklan spot exam..Calon exam tidak memahami bahasa yang digunakan dalam exam..Calon exam belum bersedia untuk menghadapi exam..Ini lah yg berlaku..

Kronologi Calon Exam.

-Rabu (30 Dec 2009) :BALAGHAH

Lepas tamat kelas I'lamiyat (IT), pukol 4.00 ptg, kami bertiga dah bersedia untuk kelas Ikhtidhon..Kelihatannya kelibat ustaz kami dan calon-calon exam berkumpul.. Tibe2 ramai calon exam kecoh2 bahawa Us. Hisham Fath nak buat syafawi time tuh jugak! Err..ape yg kitowang ade save dalam memory ni?? Kitowang dgn muke innocent follow je calon2 exam yg lain..duduk diam-diam dalam Qa3ah Exam, tidak sampai 40 org yg menyertai syafawi petang tu sebab ramai calon exam telah pulang ke rumah.

Menanti..Menanti..Menanti. Ade jugak kami berbincang nk pulang saje ke rumah, tapi belum berdaya membuka langkah..Selepas melihat ramai calon exam yg naik ke pentas untuk di-interbiu, hati berdegup jer.. Akhirnya kami x sggup untk tunggu sbb belum ready lg. Khadija memaksa kami exam petang tu juga, untuk setel terus..Tapi kami gaduh-gaduh manje dan lastly, x jadi..Masuklah kelas ikhtidhon..then kelas B.Arab hingga pkol 8.00 malam. Rabu yg memenatkan. *sigh*

-Khamis (31 Dec 2009) :BALAGHAH

"Tu la aku ckp kalo semalam kita buat syafawi mst dah setel..." kata salah seorg calon exam.

Aku geram sangat. Memang tidak hairanlah pelajar Malaysia kaya dengan sopan-santunnya. Buktinya, dari awal kami (Maliziyyat ajer) menunggu, muka terawal yg berada di depan pintu dewan, akhirnya kami lah yg terakhir melangkah keluar dr dewan exam. Nak katenyer, punya lah baik kami bagi peluang kat sume calon exam yg lain (budak arab) pegi wat intebiu ngn ustaz dulu..jenuh + boring untuk menghafal..AKu dah melelapkan mata untuk ke3 kalinya di dalam dewan itu. Akhirnya mungkin ustaz juge da boring, dr pagi hgga petang..so kami nye intebiu x sampai 5min. waa...sedih.. Dahlah campur laki+pompuan..Redha je la..Sape suruh jadi calon exam terakhir..Balik lewat ..sampai pak guard da tiup wisel da..Hehe

-Isnin(4 Jan 2010) :NAHU & LISAANIAT aka LINGUISTIC

Tidaklah bersedia sgt, sbb muroja3ah last minute. Hurm..jgn ikut pe'el kami nih..Rase2 nya dak laki lebih bersedia dr kitorang.. . Subject plg menakutkan bg calon arab. Entahlah..Start kul 1.00ptg. Ape yg aku Hafal tulah yg aku muntahkan dalam kertas jawapan..Doakanlah... itu baru Nahu..

Kul 2.30ptg, Lisaniat..Aduh soklan yg ustaz bacekan x jelas la..aku men jawab je... Redha je la..Yang sakit hatinya, ade juga orang meniru..ish..ish..ish..

-Rabu(6 Jan 2009) :MUSTOLAH AL-HADIS

Hari yg menarik. Cepat-cepat siap ..x sabar nk luahkan ape yg dihafal.. Masuk Madarraj 4. Sebab Madarraj lain dah penuh..Calon exam ramai sgt. Kami dijaga oleh Ustaz Dhoif. Good Looking...Dia aku ibaratkan macam Ustaz Zaini di sekolah lameku..x kurang hebatnya..! Simpan buku pukul 8.10pg. Start exam kul 8.40pg..Tension x?? ngee... Sabar jek la tgk calon exam lain sibuk-sibuk belek-telek lg kertas nota.. Akhirnya Ustaz Kharsyafi masuk dan memberi arahan dan soalan..

"as-sual sahlan, walakin lam ahfaz kullu.."
kata ku apabila ditanye calon exam lain ...

yg suke nye, aku berborak ngn Ustaz Kharsyafi, sebelum ni x pernah dpt borak ngn seorg ustaz yg berpakej SYEIKH.. Hebat tuh..Beliau nampak aku ade masalah, tentang nombor pendaftaran di kertas jawapan, akhirnya beliau tanye..Beliau nasihatkan aku gak, supaya sentiasa bercakap bahasa arab dgn byk, barulah pandai..dan hari ni gak dia baru perasan kehadiran pelajar Malaysia perempuan..sob sob sob..

Pukul 4.00ptg, ujian Komputer (IT). Kacang jer ..ade syafawi gak tp 2 soklan jer.. hehe.. Hope yg nih lulus la..~

Monday, September 14, 2009

TERBANG KE PERANTAUAN

Setelah usia meningkat dewasa, masing² telah memiliki impian tersendiri untuk merealisasikan matlamat hidup.. Menara Gading ialah impian setiap insan yg bergelar student. Jika kita berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah kepada kita di sana, maka pintu gerbang buat kerjaya yang lebih cemerlang akan terbuka luas.

Hari nih aku nak membicarakan satu luahan rasa tentang tajuk di atas.

Setelah tamat SPM, kawan² ku sumer tlh berjaya dgn cemerlang! Berbangga lah sekolah Shams kerana batch 2008 ramai yang dapat conquer A dalam setiap subjek, including me :)
Tapi bg student mcm aku, aku sangat bersyukur kerana walaupon x dpt capai target aku untuk SPM, tp ape yang Allah beri tuh, dah buat aku bersyukur. Klo Dia beri aku stret all A's, mungkin aku jadi insan yg riak-takbur-tak-ingat-dunia.

Alhamdulillah juge dgn result yg aku dapat, aku berjaya mendapat tawaran dr pelbagai institusi. Antara tawaran rasmi yg aku dapat:

1- Kolej Matrikulasi Melaka (Asasi Sains)
2- Universiti Sains Islam M'sia (Tamhidi Sains dan Tech)
3- PPISMP, IPGM (Ijazah Pen. Agama Islam, Arab, Syariah)
4- Maghribi tajaan MAINS (Ijazah Dirasaat Islamiah)

Setelah berdizcusing dgn family, perasaan, rakan, guru..aku telah memilih pilihan ke-4. Ape alasannya? Aku nk timba pengalaman baru di luar sane. Di perantauan, di Bumi Anbiyaa' .

Jadi, para pembaca sekalian doakanlah pemergian aku ke sana after Raya Aidilfitri 2009 ini. Aku memohon 10000000 kemaafan jika ade silap dan salah antara kita.

******Lets Fly To Gain Valuable Knowledge*

Tahun nih, aku sgt gembira kerana ramai kawan² yg dapat terbang-tanpa-sayap ke perantauan. tak lupe jugak kawan² yg blaja di M'sia. Korang bertuah jugak dpt belaja kt cni, senang balik cuti, ramai kawan bangsa sendiri. Tahniah aku ucapkan.

Antara kawan² yang fly ke perantauan:

  • 9 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Sakinah, Zaiha, Ihsan, Iskandar, Syafiq, Akmal, Amirul Aiman, Warlif, Khuzairin, Nazmi Afifi, Amir Hafizi, dak² STAM Maahad Ahmadi (0430, Mesir, MAINS)
  • 12 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Warlif, Nazmi, Amir (1030, Jordan, MAINS). Farah Hanisah (1730, dentist, Jordan, JPA)
  • 13 August 2009- Dak² BTN Meru. SAffwan, K.Mira, K.Dila (0630, Uk, KPM)
  • 14 August 2009- Abul, Shaymak, Nik Nur Madihah (0630, medic, Cairo, JPA & Bank)
  • akan ditambah.......insya Allah.
"Tahniah atas kejayaan korang, satu hadiah yang sangat bernilai dari Allah taala.

Pesanan aku di sini hanya satu,

Korang dah berada di gunung yang korang pilih, maka setiap apa yang dipelajari itu, hargailah seboleh-bolehnya. Kita sebenarnya melangkah satu demi satu hingga ke puncak atas tu.

Ramai orang yang tersalah gunung.
Ramai yang ada gunung yang tepat, tetapi salah naik.
Tapi yang paling teruk, kita berada di gunung, tapi tak sedar kita sedang menaiki gunung itu!"

*credit to: senikehidupan.wordpress.com