sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 24, 2010

✿ REALISASIKAN MIMPI-MIMPI MU ✿

Bismillahirrahmanirrahim ..

Salam kpd semua pembaca blogku~ Hari ini aku cube untuk menulis tentang..

MIMPIMPIANdanMATLAMAT

Apekah tafsiran MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT sebenarnya? Mari kita berbalik seperti membuka buku teks sekolah. MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT dari segi bahasa ialah ..bukak lah kamus dewan korang. Manakala dr segi istilah, MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT bermaksud ..nanti aku cari.

Tapi ape yg aku ingin bincangkan dlm entry kali ni ialah membuat mimpi menjadi kenyataan. Ibaratnye seperti impian, imaginasikan otak untuk merealisasikan impian hidup. Maksud aku di sini, korang mesti mempunyai target dalam hidup. Boleh bermimpi dan berimaginasi tetapi bukan lah bermimpikan sesuatu yg tidak berfaedah..Matlamat mestilah munasabah. Seperti kata-kata Nidji,

" Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya


Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi "

Sebagai seorang pelajar yg masih mempelajari sesuatu, mencari khazanah ilmu, menyelusuri perjalanan sebagai musafir ilmu, kita mesti ade sesuatu untuk dijadikan target pada masa hadapan. Ingat kawan-kawan!! Bagaimana caranya kita nk melaksanakan impian yg dimimpikan tu..? Jangan biarkan mimpi itu sekadar mimpi sahaja..

Percaya atau tak..? Ramai motivator menggalakkan kita supaya sentiasa menulis matlamat @ impian jangka masa pendek dan panjang dalam satu kertas. Igt lagi tak sewaktu korang berada di bangku sekolah, menyertai program motivasi sempena korang nk pekse ataupun sempena azam tahun baru, ade sahaja Encik motivator tersebut menyuruh korang "Tuliskan impian/azam/matlamat kamu dalam kertas".. Dalam kajian ahli motivator dunia..

Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri.
Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup,

ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


Kenapa begitu caranya? Antara bukti-bukti kejayaan orang popular yg berjaya adalah kerana mereka MENULIS mimpi-mimpi mereka. Menulis matlamat korang adalah seperti korang membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran korang dan sentiasa mengingatkan korang secara sedar, ataupun separa-sedar untuk korang mencapaikannya. Tetapi jika korang menulis matlamat tersebutsekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.


Orang-orang yang mampu mencapai matlamat ialah mereka komited bagi mencapai apa yang mereka inginkan. Bagi mereka matlamat mereka itu bukan hanya satu keinginan tapi KEMESTIAN! Apabila sesuatu itu di atas kemestian kita bersedia untuk mengubah fikiran negatif kita dan strategi kita seberapa banyak kali yang perlu bagi mencapainya. Ramai daripada kita yang masih gagal dalam ujian ini apabila kita berputus asa sewaktu rintangan besar menghalang kita. Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya. Mereka inilah yang mampu melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka mahukan! Saya percya bila anda menganggap matlamat anda adalah satu KEMESTIAN , anda pasti berusaha bersungguh sungguh dan mencari jalan untuk menggapainya!

Jadi beranilah untuk bermimpi besar..Mulakan jejak-jejak mimpi korang! Di sini disertakan satu video penyuntik semangat kepada korang yg kurang bersemangat (: E N J O Y !


Wednesday, January 6, 2010

CALON EXAM {slot 1}


Bila tibanya exam fever, demam exam, minggu exam, cuti sebab exam, persediaan untuk exam ..
ARRRGHH~

Semuanya agak menakutkan..lebih2 lagi kalau..Calon exam tersebut berada di "bukan Malaysia"..Calon exam tidak tahu soklan spot exam..Calon exam tidak memahami bahasa yang digunakan dalam exam..Calon exam belum bersedia untuk menghadapi exam..Ini lah yg berlaku..

Kronologi Calon Exam.

-Rabu (30 Dec 2009) :BALAGHAH

Lepas tamat kelas I'lamiyat (IT), pukol 4.00 ptg, kami bertiga dah bersedia untuk kelas Ikhtidhon..Kelihatannya kelibat ustaz kami dan calon-calon exam berkumpul.. Tibe2 ramai calon exam kecoh2 bahawa Us. Hisham Fath nak buat syafawi time tuh jugak! Err..ape yg kitowang ade save dalam memory ni?? Kitowang dgn muke innocent follow je calon2 exam yg lain..duduk diam-diam dalam Qa3ah Exam, tidak sampai 40 org yg menyertai syafawi petang tu sebab ramai calon exam telah pulang ke rumah.

Menanti..Menanti..Menanti. Ade jugak kami berbincang nk pulang saje ke rumah, tapi belum berdaya membuka langkah..Selepas melihat ramai calon exam yg naik ke pentas untuk di-interbiu, hati berdegup jer.. Akhirnya kami x sggup untk tunggu sbb belum ready lg. Khadija memaksa kami exam petang tu juga, untuk setel terus..Tapi kami gaduh-gaduh manje dan lastly, x jadi..Masuklah kelas ikhtidhon..then kelas B.Arab hingga pkol 8.00 malam. Rabu yg memenatkan. *sigh*

-Khamis (31 Dec 2009) :BALAGHAH

"Tu la aku ckp kalo semalam kita buat syafawi mst dah setel..." kata salah seorg calon exam.

Aku geram sangat. Memang tidak hairanlah pelajar Malaysia kaya dengan sopan-santunnya. Buktinya, dari awal kami (Maliziyyat ajer) menunggu, muka terawal yg berada di depan pintu dewan, akhirnya kami lah yg terakhir melangkah keluar dr dewan exam. Nak katenyer, punya lah baik kami bagi peluang kat sume calon exam yg lain (budak arab) pegi wat intebiu ngn ustaz dulu..jenuh + boring untuk menghafal..AKu dah melelapkan mata untuk ke3 kalinya di dalam dewan itu. Akhirnya mungkin ustaz juge da boring, dr pagi hgga petang..so kami nye intebiu x sampai 5min. waa...sedih.. Dahlah campur laki+pompuan..Redha je la..Sape suruh jadi calon exam terakhir..Balik lewat ..sampai pak guard da tiup wisel da..Hehe

-Isnin(4 Jan 2010) :NAHU & LISAANIAT aka LINGUISTIC

Tidaklah bersedia sgt, sbb muroja3ah last minute. Hurm..jgn ikut pe'el kami nih..Rase2 nya dak laki lebih bersedia dr kitorang.. . Subject plg menakutkan bg calon arab. Entahlah..Start kul 1.00ptg. Ape yg aku Hafal tulah yg aku muntahkan dalam kertas jawapan..Doakanlah... itu baru Nahu..

Kul 2.30ptg, Lisaniat..Aduh soklan yg ustaz bacekan x jelas la..aku men jawab je... Redha je la..Yang sakit hatinya, ade juga orang meniru..ish..ish..ish..

-Rabu(6 Jan 2009) :MUSTOLAH AL-HADIS

Hari yg menarik. Cepat-cepat siap ..x sabar nk luahkan ape yg dihafal.. Masuk Madarraj 4. Sebab Madarraj lain dah penuh..Calon exam ramai sgt. Kami dijaga oleh Ustaz Dhoif. Good Looking...Dia aku ibaratkan macam Ustaz Zaini di sekolah lameku..x kurang hebatnya..! Simpan buku pukul 8.10pg. Start exam kul 8.40pg..Tension x?? ngee... Sabar jek la tgk calon exam lain sibuk-sibuk belek-telek lg kertas nota.. Akhirnya Ustaz Kharsyafi masuk dan memberi arahan dan soalan..

"as-sual sahlan, walakin lam ahfaz kullu.."
kata ku apabila ditanye calon exam lain ...

yg suke nye, aku berborak ngn Ustaz Kharsyafi, sebelum ni x pernah dpt borak ngn seorg ustaz yg berpakej SYEIKH.. Hebat tuh..Beliau nampak aku ade masalah, tentang nombor pendaftaran di kertas jawapan, akhirnya beliau tanye..Beliau nasihatkan aku gak, supaya sentiasa bercakap bahasa arab dgn byk, barulah pandai..dan hari ni gak dia baru perasan kehadiran pelajar Malaysia perempuan..sob sob sob..

Pukul 4.00ptg, ujian Komputer (IT). Kacang jer ..ade syafawi gak tp 2 soklan jer.. hehe.. Hope yg nih lulus la..~

Friday, January 1, 2010

GROWING UP , GOT OUR NEW SOUL


hApPy BeSdaY 2010!
~AWAL MUHARRAM 1431H-NEW YEAR 2010~

Assalamualaikum wbth. Alhamdulillah kite diberi peluang bernafas menghirup oxygen yg dikurnia kan oleh Nya hingga ke hari ini..Tahun mula membuka helaian barunya.. Oleh itu aku rase eloklah kita pun buka episod baru hidup kite.. Ini bermakne bukan lah perlu tunggu tahun baru, baru lah nk berubah. Tapi kebiasaan begitu la ehk? Tapi kali nih aku berharap untuk merealisasikan ape yg aku azamkan untuk tahun nih.. Ade 10 azam tahun nih.. ! SECRET. Ape harapan dan impian korang untuk tahun nih? Aku harap korang juga berjaya melaksanakannya.. Harap-harapnya semua hajatdan harapan yg berfaedah la yer ..!

Aku tak Percaya ..

Tahun 2010 aku dah masuk 1* tahun
Tahun 2010 aku berada kt negara orang
Tahun 2010 aku mungkin berhari raya tanpa keluarga
Tahun 2010 aku merasai salji ~hope so~
...dan lagi..