Forever Young

Rasa PENING dan GASTRIK ?? ADA DOA PENYEMBUHNYA
Monday, May 3, 2010 . 10 word(s) .
Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni aku tak berapa sihat. Sebenar nya dari hari jumaat aku dah rasa, selsema dan sakit tekak. Mungkin sebab minum laban (susu orang arab). Semalam baru jek balik dari Rabat, ade program protokol anjuran persatuan di Institute National des Poste Telecommunications (INPT). Aku rasa seronok sangat dengan program tersebut sebab banyak pengetahuan baru yang aku dapat. Lepas tuh dapat pulak slot motivasi free dari Encik Suhaimi. Suka sangat bila tengok orang yang pandai kasi motivasi kat orang lain. Sedang kitorang wat pogram, tiba-tibe stesen TV1M Morocco wat liputan kat situ mengenai pelajar Asia. Dowang nk masukkan dalam dokumentari kot. Wah popularlah kami.


Nampak x spotlight TV kt pentas tu? Suasana dalam dewan INPT

Berbalik kepada aku tak sihat. Bagaimana? Semalam lepas beli ticket train balik ke Casablanca, train delay hampir 1 jam rasanya. Sepatotnya kami dah balik pada kul 7.10 tp delay hingga kul 8.00 mlm. Then sampai lah pukol 10.00 mlm.

Sampai di rumah, hari nih turn aku masak. Housemate suh masak gak sebab dowang sume lapa. Huk2..dalam keadaan dapor gelap sebab lampu mentol dah terbakar, aku masak juga. Lauk ; sayur goring dan telur dadar.

Lepas masak 2 orang hausemate dah tidur.. aku macam err. Geramnya! Tapi ade la sorang akak senior teman aku makan. Dah kul 11.00 malam. Aku buat x tau jek la makan malam malam cam tu. Lepas makan online jap, blogwalking dan facebook.

Pastu tidur kul 2.30 pagi. Macam biasa. Lepas tuh.. aku mimpi yang aku sakit perut. Sangat-sangat. Sangat-sangat. Aku pegang perut aku.. tiba-tiba kawan aku kejutkan aku solat subuh. Aduhh. Terasa sakit. Rupenya mimpi tuh kenyataan, memang sakit betul. Aku teruskan bangun sebab kawan aku tuh dah bising-bising kejut untuk solat.



ni bukanlah aku, aku bukan sexy camni.

Lepastuh, aku masuk toilet, lepas duduk jek….B L U E R K K K K K ! dua tiga kali. Muntah!! Ergh, asidnya rasa.. semua yang aku makan dikeluarkan. Ade tomato + kobis + telur + nasi. Aku lemah, lepas solat sambung tidur sampai Zuhur masuk?? Siyes x penah berlaku! Teruknya.. lepas aku bangun-kepala sebab tido lame gaknya, aku pun mandi.. kasi segar siket. Aku x makan ubat pon.

Memang takde selera nak makan. Tapi last-last nak jugak test makan. Aku gorenglah ikan bilis + telur. Tapi x lalu. Sekali gigi aku patah pulak . aduhh.. memang malang ar. Gigi nih memang dah lame teruk, tunggu masa nak patah je, so tadi puas kunyah kunyah tiba tiba..
K R A K K K !!
aiyakk..tp stil x tercabut, cume longgar je. Sob sob sob.. sakit.

So simpulkan aku ade banyak sakit. Terima kasih tuhan untuk memberi hambamu mengingatimu.. selsema+sakit tekak+pening+masuk angin+muntah+gigi nk tercabut.

Baru bace kt google, mungkinkah aku ade gastric??? Sebab makan tak ikut masa.? Padahal b4 nih selalu je makan x ikut masa… oh Ya Allah, ko jauhkan aku dari segala penyakit. Sakit itu sebenarnya nikmat. Oh betulkah?? Emak, angah rindu padamu, angah sakit ni..

Bace kat majalah SOLUSI ISU 16 plak, ade la die kasi symptom pening, sebab kita selsema+demam. Ha bolehlah terima. Pastu dia kasi doa Instead of makan ubat, kita leh amalkan doa ni.. Doa mengelak pening. Merawat pening. Usap kepala dengan tangan kanan dan bace sebanyak tujuh kali. Insya ALLAH, sebab Rasulullah SAW buat perkara yang sama.

بِاسْمِ اللهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
Dengan nama Allah, tuhan yang membebaskanmu daripada segala penyakit, daripada setiap penyakit, Dia menyembuhkanmu dan daripada kejahatan pendengki apabila berdengki dan daripada kejahatan makhluk lain. (Riwayat Muslim no.5828)

أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ إِشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمَا
Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia dan sembuhkanlah kerana engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. (Riwayat Muslim no.5838)

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
(Riwayat Daud no.3893)


p/S: korang ada pengalaman camni x?? ape solution die eh?
esOk rasa x Nak pegi kuliah~

Labels: , ,



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


.:: waiting 4 a call ::.