sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label trivia. Show all posts
Showing posts with label trivia. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Entry rindu :'(

klik ini untuk lebih penghayatan. tolong baca sampai habis :'(


Angah rindukan manje dari wan..

Ya Allah di saat imtihan ini kau beri aku dugaan . . .

Kau beri aku rindu pada emak . . .

Kau beri aku rindu pada emak kedua aku . . .

Wan angah rindu wan sangat-sangat

Sumpah, wallahi angah rindu wan . .

Mak cakap mak pun rindu kat wan

Mak cakap kalau rindu bace al-fatihah

Dah 3 hari angah termenung, ingatkan wan

Angah rindu nak bermanja dengan wan

Wan maafkan cucumu ini . Angah banyak wat dosa kat wan

Tapi percayalah wan

Angah dan adik dan along sayang sangat dekat wan . .

Hanya wan tempat kami bergurau senda

Apabila kami pulang ke kampong . .

Tahun ni angah banyak berdoa agar Allah panjangkan usia wan

Solat hajat untuk wan, sebab angah dengar wan ada darah tinggi

Perkara itu paling merisaukan . . .Tapi Allah lebih tahu

Sampai bila hayat wan di dunia ini

Angah selalu telefon Anis suruh jaga wan sangat-sangat

Before fly, angah cakap ngan semua orang supaya jaga wan

Angah taknak family kita pecah belah sebab wan dah takde

Tapi angah takde kuasa

Wan dah takde, kampong jadi sunyi . . .

Bila raya angah nak gurau ngan sape?

Angah nak pinpim tangan sape . . .?

Angah nak tolak kerusi roda sape lagi selain wan . . .?

Angah nak angkat sape naik kat atas kereta?

Angah nak mandikan sape lagi wan ?

Sape nak layan perangai manje angah ni?

Sape angah nak jage bila cuti nanti?

Sape nak teman angah kat rumah bila mak pergi kerja ?

Sape nak tidur dengan angah malam cuti ?

Angah minta maaf, banyak dosa pada wan . . .

Tengking wan bila wan tak dengar

Biarkan wan jalan sorang bila angah penat

Marah-marah wan bila wan degil

Tak teman wan bila wan takut duduk sorang-sorang

Buat-buat tidur kat tempat lain bila wan ajak tidur dengan wan

Taknak turun bila wan panggil

Marah wan bila wan ambil duit angah

Tak pernah nak ambil gambar dengan wan

Biar wan tinggal kat rumah bila kitorang nak jalan-jalan

Terima kasih wan, sebab teman angah kat masa nak fly

Tapi tak sedar pun . Angah ambil gambar ngan sume orang

Tapi dengan wan . . ?

Ya Allah . . . Tapi perancangan Mu itu maha indah

Dia tahu wan akan pergi tinggalkan Angah

Jadi ditakdirkan Angah balik tahun lepas

Untuk jaga wan, teman wan, tapi semuanya tidak sempurna
Angah tak rebut peluang itu . . .

Sedar tak sedar wan lah orang yang angah paling sayang

Selepas emak . . . Itulah manusia kan . . bila ada tak hargai pun

Ya Allah berat sangat rasanya bila wan pergi aku tidak di sisi

Alhamdulillah wan pergi dengan tenang sekali 2 April 2011

Dengan lafaz syahadah dan hembusan nafas terakhir

Rasa ingin tidur dan akhirnya wan pergi buat selamanya

Tahun ini angah tak balik nak jenguk wan

Insya Allah raya tahun depan angah datang melawat kubur wan

Apa pun angah kene redha dengan ketentuan ini

Semoga Allah merahmati dan melapangkan kubur arwah wan

Angah tak dapat kawal air mata lagi . . .

Angah nak exam esok, angah doakan wan selalu . Angah sayang wan

Saturday, June 19, 2010

Dah Jumpe tapi Terkilan Sangat.

Afiq Nordin, angah dah jumpe Facebook kamu. Pukul 2.30am tadi.
Dari dulu nak cari..tapi sentiasa harap yang kita dapat jumpa next Raya.
But now. Dah takde..
Its too late.
Cukup lah sekadar kita berjumpa di syurga nanti.
Insya Allah..
Tidur lah dengan aman ..

Jom ramai-ramai singgah sini


Bye, myolderrrfren.

Friday, June 18, 2010

Takziah #3 ; Afiq Nordin, Pelajar Nilam Puri Meninggal Selepas Solat Jumaat

18 Jun 2010
Ok, ni barulah nak masuk tentang kawan aku, Arwah Afiq Nordin. Dia pelajar kos Usuluddin, Sem 2/2010 (PASUM), Nilam Puri, Kelantan. Dia kene langgar kereta semasa lintas jalan raya lepas balik solat Jumaat.

Kalau ada sape-sape kenal Afiq, gitaw aku. Lack of info bout him..Sedih sangat.

Petang tadi lepas terima mesej dari mak dan adik, bagitau yang Afiq, jiran kampung aku, juga merangkap sebagai kawan baik masa kecik dah meninggal :'(

Trus tekan button henpon dan kol emak. Mak nangis .. sebab dia seorang budak yang baik. Pandai. Dengar cakap mak ayah. Pastu dulu aku kawan ngan dia masa kecik. Dah besar malu sikit.. Pastu cuba nak kawan balik. Name pon jiran kampung. Mesti tiap tahun raya kat kampung dia. Pegi kubur sama-sama..Raya tahun lepas dia baru beli henpon sony, same plak henpon dia ngan henpon aku..(teringat..)

Yang terkilan, patotnya tahun lepas nak jumpa dia cam nak cakap-cakap sikit..Tapi tak terbuat, sebab aku nih pemalu orangnya. Last-last sampai aku tak jumpa dah dia lagi..
Kawan aku yang meninggal nih pon aku nak jumpe die, tapi tak tercapai..

Dalam masa terdekat ni 2 orang kawan dah pergi menghadap Ilahi..Inilah dinamakan kematian, tidak menunggu sesiapa.. Tak dapat nak ziarah family Afiq..Insya Allah, jenazah di kebumikan di Kampung Terusan, Juasseh esok. After zohor.

Emak ayah dia ekceli baru pegi melawat die kat Kelantan, ontheway balik ke Seremban, Afiq kemalangan..Tapi mak ayah dia tak sampai lagi di Seremban.. Bayangkan perasaan mereka.. :'(

Tahun nih lagi skali raya dengan sebak (maybe..)

Hidup ini tak selalunya cerah..Bila-bila masa Allah akan menarik nyawa kita..Kita yang masih hidup hanya mampu berdoa untuk mereka..

pS: gambar Afiq ada zaman dulu-dulu, nanti upload ..

Takziah #2 ; Pengalaman Menjadi Jiran Achik Spin

Oh hari yang sebak! balik tadi menerima 2 mesej di hp. 1-emak, 2-adik. mengkhabarkan satu berita sedih.. kawan aku Afiq meninggal dunia..so tibe-tiba rasa nak bua entry tentang orang yang dekat dengan aku dah pergi..

****

Sekarang tajuk nih mengenai Arwah Achik Spin, dah lame aku nak wat entry pasal berita kematian arwah. Tapi melihatkan kondisi aku yang sibuk ngan kuliah, terpaksalah ditangguhkan.

18 April 2010
Aku bangun pagi Ahad tuh, (2 pm Malaysia) terus telefon emak di Malaysia, dah lame borak tibe-tibe mak gtaw..Achik Spin da meninggal.. aku terkejut sangat .. Tak sangka sangat dia dah tak ada. Achik tu jiran umah aku selang satu umah. Umah mak mentua dia plak sebelah umah dia.

Jenazah Achik Spin dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan (TAMAN UMAH AKU) di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir. Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.


Dulu selalu usha dari jauh, wahh ada artis sebelah umah..ngintai-ngintai je sebab malu lah ngan Achik..Selalu nampak dia dan isteri, Kak Tasya @ Rose naik kete sama-sama. Haha. Ngintai dari jauh jek..

mereka twins, rasanya yang merah ni kot bini Achik Spin.
Loc : my house


Tahun lepas pon aku wat open house, kak Rose datang ke rumah kami..Baik je.. Pastu dengar crita dari mak, mereka baru je berpindah di sebelah umah mak mentua die. Tak sampai seminggu duk situ dia meninggal sebab kemalangan jalan raya.

Highway Seremban

Jenazah Arwah Achik Spin

Kebumi di Makam Sheikh Ahmad Said, Seremban

Hidup ini tak selalunya cerah..Bila-bila masa Allah akan menarik nyawa kita..Kita yang masih hidup hanya mampu berdoa untuk mereka..
Al-fatihah..Doa juga untuk semua artis-artis yang telah pergi..
Yasmin Ahmad, Din Beramboi, Yanie Mentor, Achik Spin

Tuesday, November 17, 2009

Takziah #1 ; KHAS BUAT SEORANG SAHABAT..( DIA )

.. ان لله وان اله راجعون ..
.. كل نفس ذائقة الموت ..

Di malam yg hening, di buai angin Morocco, aku mendapat panggilan seorang yg aku kenali telah pergi meninggalkan aku.. Seseorang yg amat aku sayang! Berjurai la air mata aku bak sungai yg mengalir..pada saat itu hanya Allah yang tahu.. Tp dengan automatiknya, dia yg dikhabarkan meninggal dunia td..muncul di depan aku........?! Aku seakan x percaya sebab dia masih hidup...! Rupenye khabar angin sahaje..dan dia masih lg bernyawa..lantas aku memeluknya erat, mendakap tubuhnya ! Aku menghargai dia ! Tp pada masa yg sama mmg ade org yg pergi meninggalkan aku, tp siapa? Itu yg aku x tau................


****

AKU BANGUN SEPERTI BIASA...
usai solat subuh, aku terimbas mimpi tadi..sape yg meninggalkan aku ?! Nampak nye sedih sgt aku dlm mimpi tuh.. Aku membelek hp aku yg bru saje di charge.. 4 NEW MESSAGES..

Echa: ''Salam, kawan sekolah rendah kita, Azim Lotfi meninggal malam td, accident. Sedekah Al-Fatihah. Parents dia baru pergi haji..''

Aku tergamam dan hampir menjerit?! Apekah?! Betulker ?!



~~Imbas kembali~~

Aku chating ngn seorng abg senior di Mesir, sepupunya meninggal kul 10 mlm td. 16/11/09. Akibat kemalangan...aku tumpang sedih, dan menasihati dia supaya bersabar..Panjang kami berbincang mengenainya sepupunya itu..

Rupa2 nye...Dunia nih mmg kecik...Ditakdirkan.........sepupu abg tuh, KAWAN ku..

KAWAN AKU !! Kawan sepermainan di sekolah rendah di Seremban..Aku sedih sgt, Aku cepat2 on YM dan bertanya abg tersebut utk mengkomfemkan hal nih. Ternyata! Mmg betul itu kawan aku. Aku terpaku jugak..tp sbgi seorang kawan, aku cuba menunaikan tanggungjawab.

Aku buka Fs, Ms, Ym, & Fb. Aku pos buletin kt sume kawan2 lain yg terlibat.. Agar, bila semua org mendoakan kesejahteraan untuk arwah, insya ALLAH dia akan dirahmati dan diterima amalannya.. (insafi diri aku) ..

Masa nk solat, fikiran agak terganggu..aku tenang kembali..tp sedih jugak, ini first time aku merasai hilang nya seorng sahabat. Even MUNGKIN dia da lupe kt aku tp aku harap kita akn berjumpa di syurga nti..Insya ALLAH..
Kereta kawan mangsa, mangsa duduk di seat blakang yg remuk >> meninggal on de spot

TERKILAN (T_T)

Aku ade jumpe ngn arwah semasa raye aidilfitri 2009 hr tu.. Aku cuba untuk menegurnya..
tp entah kenapa x tersampai hajat tuh..Saje untuk mengggamit memori dulu2.. Even kami x berkawan baik..tp bg aku ade saje memoir dulu2...

Jadi aku hanya meminta agar adik arwah menyampaikan salam aku padanya.. Sekarang aku lansung x dapat berjumpa lg sahabat itu..

Moge Rohmu dicucuri rahmat ..Al Fatihah...


Nyanyi sendiri..

" Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi "


P/S: x dapat balik Malaysia tgk arwah dikebumikan lepas Zohor, 17 Nov 09. Sedih kerana parent die di Mecca..Ini lah ujian ALLAH, diketika kita senang ade juga kesedihan yg melanda. Mugkin dengan ujian ini ade hikmahnya, Mungkin juga dihadapan Kaabah, ibu arwah sentiasa mendoakan pemergian anak tercinta..Doa ibu dimakbulkan ALLAH wahai kawan-kawan..igt tuh.


MORAL: kawan-kawan yg da pandai drive tuh, bawa la moto n kerete korang dgn penuh hati2.. Dan Bersedialah dengan amalan2 di dunia, kerana kita x tahu bila-bila aje Dia akan menjemput kita.. Insya ALLAH peringatan tuk diri ku jugak.