sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label negeri sembilan. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Maghribi Di Media Tempatan Seminggu?


Salam sume, maaf lame x apdet blog aku nih..
Pastu bile apdet, sume citer lame2.. boring kan? Busy la (T__T)

Februari hari tu, kami mahasiswa-mahasiswi Negeri Sembilan di Maghribi bertuah menerima kunjungan lawatan daripada Menteri Besar N.Sembilan,
Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan (dah haji lah..)

So, hari ni aku nk apdet sume berita ttg kedatangan MB Negeri Sembilan ; MBN9 ke
Middle East ; Timur Tengah.
Maghribi ; Maroc ; Morocco dan Mesir ; Cairo ; Kaherah
.
Kenapa aku wat banyak name nih, satu dah ler orang laen boleh paham. Bukan ape, nanti senang orang nk search kt google, ade la blog aku terlist skli. Heehe..Tapi aku malas nk taip nk perah otak nk melipur lara, so aku juz cedok+kopi+dan letak dr mana-mana sumber.
Para journalist jgn mara ok?? Woh layan~~

*****

P/s : Masa MB datang ke Magribi, semua media massa sibuk menjalankan tugas.
Terpaparlah wajah-wajah suci kami di mana-mana channel TV Malaysia korang.
Lebih kurang seminggu, HOT Morocco..Caya tak..??
Even x dapat kalahkan berita tentang Anuar Ibrahim masuk mahkamah
dan Saiful Bukhari yg tuntut pembelaan, tp kira ok la an..?
Yeah..Let's check it out.~

Friday, March 5, 2010

MB Negeri Sembilan ke Kaherah..

20 Februari, 2010 22:07 PM
[ BERNAMA ] Shahrullizan Rusli

Menteri Besar Negeri Sembilan Umum Kenaikan Biasiswa Untuk Pelajarnya Di Mesir

KAHERAH, 20 Feb (Bernama) -- Pelajar-pelajar tajaan kerajaan Negeri Sembilan di Mesir akan menikmati tambahan biasiswa sebanyak RM2,000 mulai semester baru ini selepas diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu.

Katanya, kenaikan itu sesuai dengan peningkatan kos hidup di Kaherah, Mesir yang menyebabkan kebanyakkan pelajar Negeri Sembilan terpaksa mengikat perut mereka.

"Saya tidak mahu pelajar kita terganggu dengan masalah kenaikan kos hidup. Saya harap dengan pertambahan ini, mereka akan dapat memberi tumpuan dalam bidang pelajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Rumah Malaysia di sini.



Mohamad ketika melawat pelajar Negeri Sembilan di Rabat telah pun mengumumkan kenaikan tambahan biasiswa sebanyak RM1,000 untuk pelajar di Maghribi.

Kenaikan tambahan itu dibuat di bawah biasiswa zakat yang tidak perlu dibayar balik, katanya.

Sebelum ini setiap pelajar di Mesir hanya menerima RM6,000 biasiswa di mana separuh dalam bentuk pemberian zakat dan separuh lagi dalam bentuk pinjaman, pertambahan ini menyebabkan setiap pelajar menerima RM5,000 biasiswa zakat, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang kemungkinan menghentikan penghantaran pelajarnya ke Jordan kerana kos peningkatan hidup yang terlalu tinggi.


"Dahulu kita hantar 20 orang tetapi sekarang kita kurangkan sedikit demi sedikit sehingga tinggal 2-3 orang sahaja di Jordan. Kos hidup di sana agak tinggi dan kita juga rugi dari segi kadar tukaran matawang di mana RM6 bersamaan dengan hanya 1 dinar Jordan," katanya.



Sebagai ganti, Katanya MAINS akan menghantar pelajar ke Maghribi di mana kadar tukaran mata wangnya adalah pada kadar RM1 bersamaan dengan 2 dirham, katanya.

"Itu pun kos kenaikan hidup di Maghribi semakin naik. Pada masa hadapan, kita mungkin akan meninjau India jika sesuai untuk dihantar pelajar kita," katanya.

Mohamad sedang dalam rangka lawatan ke Maghribi dan Mesir untuk meninjau pelajar-pelajar tajaan MAINS di negara-negara tersebut.

Beliau kemudiannya berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air.

Tuesday, March 2, 2010

MB negeri sembilan ke Maghribi

Cadang beli tiga unit pangsapuri

RABAT (Maghribi) 18 Feb. – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang membeli tiga unit pangsapuri di sini untuk kemudahan penginapan pelajar yang melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pembelian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi membolehkan kos sara hidup penuntut dikurangkan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu masih lagi di peringkat cadangan dan ia akan diperhalusi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk diputuskan.

“Apa yang dapat kita lihat keperluan tempat tinggal pelajar di sini perlu diberi perhatian, oleh itu kita bercadang membeli tiga unit pangsapuri di Rabat, Kenitra dan Casablanca.

“Untuk itu kita akan meminta pelajar dan pegawai di sini untuk menyediakan satu kertas kerja mengenainya supaya perkara ini dapat dibawa ke peringkat mesyuarat kerajaan negeri,katanya ketika melawat kediaman pelajar di kawasan Bouhlal di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Mohamad meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan penuntut berkenaan. Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut melahirkan rasa gembira dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh pelajar Negeri Sembilan di sini.

Katanya, ini terbukti apabila salah seorang penuntut berjaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana selain mendapat biasiswa daripada kerajaan Maghribi.