sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, November 19, 2013

Lelaki yang paling kita sayang.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sudah lama ya, saya tidak coret di sini. Sudah 11 bulan keberadaanku di bumi Asia ini. Apakah bakat menulis sudah luntur dari diri ini? Muhasabah sejenak. Itulah dinamakan tidak istiqamah. Hmm.

Baik. Tajuk hari ini berkenaan L E L A K I.


Naei rasa kalian sudah ada jawapan masing-masing kan? Tentu sahaja seseorang yang terbaik dalam hidupmu..

Ayah.
Suami.
Abang.
Boyfriend? (out of list)

Jika disebutkan tentang bakal imam, bagaimanakah ciri-ciri yang layak untuk dijadikan suami. Maka sudah tentu kita meletakkan ciri-ciri nya sama seperti " Lelaki yang paling kita sayang ". Benarkan?

Maka nak selitkan di sini, abang ku adalah orang yang dimaksudkan. Walau setiap manusia ada kekurangan, tapi banyak kelebihannya. Menggalas tugas dalam keluarga sebagai Abang Sulungku. 

Semalam aku nak sembur Ridsect kat semut api dalam rumah. berduyun-duyun.. Aku geram. Tiba-tiba Along (abangku) berpesan "Kalau nak sembur Ridsect, minta izin semut tu dulu.. Wahai semut, tolonglah keluar dari rumahku ini.. Jika kamu tidak keluar, maka akan aku semburkan Ridsect ini kepada mu"

Berfikir aku sejenak, betapa benarlah ajaran Rasulullah SAW. Kemudian Along pula mengajarku. Peristiwa ini juga buat aku teringat pada seseorang tatkala dia ingin menghalau semut-semut itu keluar dari rumahnya, dia berkata pada semut seperti apa yang abangku ajarkan.. Maknanya sama fikrahnya dengan abangku. :')

Juga taat pada emakku. Along sangat taat. Walau pada ketika dulu masa aku kecil lagi, perangainya bengis sekali.. Lalu emak menghantarnya ke Tahfiz Al-Quran agar diri along melazimi bacaan dan kalimah suci dari Allah itu. Sekarang, dia sudah lembut hati.. dan tidak lagi berkasar dengan aku.. Cakap dengan emak pun lembut aje.. Pernah seniorku berkata "Jarangnya jumpa anak sulung yang bercakap lemut je dengan emak dia, sabar pulak tu melayan emak kamu"... Aku hanya tersenyum. Berkat didikan emak ini.. Salah satu impian aku juga untuk menghafaz Al-Quran sepertinya.. Tidak aku, mungkin bakal imamku.

Sentiasa menawarkan khidmat terbaik jika orang meminta bantuannya. Serius .. Kalau along jadi runner, memang terbaik. Bawa kereta laju tapi cermat, selamat sampai ke destinasi. Tabiat aku kalau lewat ke sekolah, aku minta dia jadi driver aku. Daripada jalan 20 minit boleh sampai dalam 12 minit. Malah dia seorang yang bermasyarakat. Tidak kekok berbual dengan orang tua, mesra juga. Ini lah salah satu ciri-ciri untuk bakal suami mithali.

Memiliki suara taranum yang sedap untuk didengar tatkala subuh menjelma, Al-Quran itu diselaknya. Dialunkan dengan merdu .. Suara along merdu selepas suara emak. Emak pun pandai sangat bertaranum. Kenapa saya tidak pandai ?? :'(

Sedang aku membasuh pinggan. Along sentiasa ada di sebelahku membantu aku membilas pinggan dan mangkuk yang sudah bersabun. 1 pinggan 1 minit dibasuhnya. Kadang-kadang aku rimas sebab dia mesti pastikan pinggan itu sangat-sangat bersih. Dalam hatiku sentiasa berdoa, beruntunglah sesiapa yang dapat Along. Moga aku juga punya suami yang rajin seperti Along.

Cuti sem pertama along di KUIS ni, Bulan 10-25/11 really make me have a good quality time with him. As he accompanied me where ever i go.. and also support me when i was learned driving with him. Along, please dont go back to your college ?? Pity me. Alone with mum at home without Adik too :'(

Ter speaking pulak. Huhu. Along juga tidak sombong. Maka dia sangat terkenal di kalangan gadis-gadis yang mendambakan wajah Fizo Omar nya itu.. Lantunan nasihatnya dan falsafah gentelman nya . Siapa rasa yang pernah ditegur along aku tu, layan je lah. Sebab along memang gentelman.. Haih.. Along..Along. Semoga Along menjadi anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab, dan mendapat isteri yang berdikari tatkala along tiada di sisi nya.. Along nak isteri yang lembut tapi pandai berdikari dan ringan mulutnya.. Semoga tercapai hajatmu. Fa sabrun jamil. 



Semoga kejayaan mengiringi usaha Along selama ini. Satu pesan dari adikmu ini, jangan pernah lupakan dan tinggalkan kalam suci Allah itu. Sama-sama kita berusaha melalui jalan yang panjang ini untuk melihat Islam itu terlaksana selari dengan syariat Allah. 

Wednesday, May 1, 2013

Menjadi Ustazah II

Alhamdulillah tumma alhamdulillah..Sedang aku menaip, hujan turun. Syukur.

Telah 2 bulan aku berkhidmat di SK KGV, Aku rasa bebas sikit sebab rupa-rupanya kerja ni sangat penat. terutama dalam bidang mengerah otak dan suara. Jadi untuk April ni aku bolehlah bercuti agak2 sebulan..Yey!!

Planning.. cuti.. Holidayss.. :) :) :)

Tiba-tiba aku dapat panggilan apabila 2 minggu dalam April melabuhkan tirai.. Ini minggu ke-3.
"Assalamualaikum Ustazah Sharifah. Saya Ustazah ####. Ok, esok kamu terus pergi ke SJKC Kg Baru Pantai yer. Terus lapor diri.......ok bye" Aku.................................


Bersediakah aku ni..? Sekolah Cina!! Eksaited campur takut.. Campur takbest sebab aku tahu sekolah cina pasti guru melayu sedikit, diskriminasi, pelajar melayu sikit dan mencabar... Yang aku eksaited-kan cuma Bahasa Cina aku akan lebih mantap ..Huhu

Maka 22 April tiba, aku bergegas paling awal 6.40pg untuk pergi ke sana. Kerana aku tahu jalan Pantai sangat jauh .. Hehe 20 minit je rupanya. Datang je. Bangunan yang satu. Seorang aunty buka pintu.. nampak olehku 2 orang yang melayu. Aku ditemani emak.. naik pejabat.. Lepas lapor diri dengan berani.. Guru Besar (GB) pun terkejut. Sebenarnya saya... tak dilaporkan akan masuk ke sekolah tu pun oleh jabatan. GB takde maklumat. Aku malu. Aku pasrah. Turun tangga. Kemudian, terjumpa ustaz yang kerja di sekolah tu. Umur lewat 40an.

Sebenarnya sudah ada ustaz d situ tapi kenapa jabatan hanta aku juga?? Keliru..takut juga kalau aku tak dapat nak jadi ustazah. Maka aku balik lepas berkenalan ngan ustaz. Masa tu 10.30 am .. Suka plak balik boleh rehat hihi.. 2 jam kemudian. GB telepon aku.

"Ustazah, saya sudah telefon jabatan. Jadi kamu datang ke sekolah balik. Kamu boleh mengajar. Ustaz itu akan ditukarkan ke sekolah lain. " Aku...................................

Aku pon paksa lah diri untuk datang, walaupun jauh. Dan hari itu aku mengajar bersama ustaz walaupon murid cuma seorang ketika itu.. T_T

Dalam hati, Alhamdulillah, ini sekolah baru. Semangat baru. Murid baru. Dakwah yang baru.. Insya Allah!

Monday, April 1, 2013

Gambar typical of "aku"


Assalamualaikum my pink blog. Nae mintak maaf sangat sebab lama tak hapdet. Semua disebabkan persekitaran yang tak mem-Best-kan suasana mood menulis . Okay. Sekarang nak koreksi diri sendiri. Apa yang selalu kalau orang sebut NAEI..apa mereka akan fikir..........?? hihi

Ekceli aku tiba tiba nak buat tajuk ni sebab tengah forever alone tadi, tengok gambar gambar lama kat folder... so nampak gayaku yang sama (typical) di setiap gambar. Ahaks! Mari terjah diri sendiri. kerana aku tahu takda siapa lagi yang terjah blog ni....... Fine! (p/s: kalau ada, sila munculkan diri di ruang komen hihi)

(1) tanda Peace semasa bergambar



 Tengok orang lain statik je, Nae sorang buat peace

(2) Makan hobby (di mana hobi ialah perbuatan masa lapang)
Takpe sekarang sedang ber-diet

(3) Senyum lebar yang menampakkan gigi lalu melebarkan pipi


(4) Aksi yang lain daripada lain. (kata lain : mencacatkan gambar)

Tengoklah tu... aku sorang je pegang gelas.. Adakah ini normal? haih~

Buat masa ni itu je lah okay. Nae harap dengan typical Nae ni tidak men-anoyying-kan korang, sahabat dunia akhiratku. Memang saya begini. huhu..

Mungkin nak berubah satu cara je. K.A.H.W.I.N ! haha (harap mak bace :-P )


p/s
tengok gambar gambar ni tadi, rasa nak bergenang air mata sebab kocakan rindu di laut hati.. 
Hanya doa pengikat hati hati kita semua.
 Uhibbukunna fillah (sambil letak simbol Love)





Wednesday, January 30, 2013

Menjadi Ustazah.

Assalamualaikum blog. Alhamdulillah ucapan syukur mesti selalu kita lafazkan kerana banyak nikmat yang yang berbayar kepada Nya melainkan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Buat permulaan, alhamdulillah saya sudah selamat sampai di Malaysia.
Alhamdolillah 3la salamaty f Maliziya. 

Baru beberapa hari jejak Malaysia mood Malaysia je! Tak de pon rindu kat Morocco melainkan suasana yang sangat berbeza menjadikan aku rindu Morocco. Berbeza dari segi... ? Banyak untuk dilafazkan.

Jadi mulanya ingatkan balik Malaysia boleh senang duduk berpeluk tubuh, namun sangkaan ini meleset.. Hehe. Kerana emak dah susunkan semua program untuk aku laksanakan sepanjang aku back for good ni. 

So, untuk permulaan dua minggu keberadaan aku di Malaysia, aku settle kan benda benda penting dulu. Aku  isi borang menjadi guru ganti. Isi resume semua, berbekalkan sijil yang aku ada selama 3 tahun setengah di Morocco terchinta, maka aku pon mulakan langkah mencari kerja.

Seminngu selepas tu, aku dipanggil macam so-called-interview tapi bukan interview pun, dia memang nak lantik kita jadi guru pun, Alhamdulillah aku diterima menjadi Ustazah.... :)

Ok to be continued..