☆♡ klik masa iklan kuar Ok ☆♡


::JANGAN SCROLL KALAU NAK KLIK SHOUTBOX :: sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please

SHout








Saturday, December 31, 2011

Di Takuk Lama..Nak Buat Baru!


Assalamualaikum kepada semua..
oh bukan SEMUA.. x de sape pon yg bace blog ni.. so..
say Assalamualaikum to myself.!!
Ok ready untuk membebel pada diri sendiri..

Yeah, aku mengaku.. dah lama tak update.
Omaigod, u see Naeila.. Da berapa bulan ni ?
May i count the month..wait.. ... ..
August.. and now December..
4 months.. 4 bulan!!

Naeila. how come ni..??

Nak 1000 daya, taknak 1000 alasan la..

alasan 1 : malas
alasan 2 : tenet lembab untuk apdet
alasan 3 : mmg ada cerita tapi takde ayat nak buat
alasan 4 : berdiam diri, malas
alasan 5 : mmg tenet syik putus je yang memtuskan lagi semangat nak apdet huh


siyes rasa sedih sngat biarkan blog ni.. macam berdosa lak.
dah buat dulu2 pastu tinggal2 je
rasa nak deactive (macam fb lak.) ..tapi pikir banyak kali
sedih ngan diri sendiri yang dikuasai oleh nafsu malas tu..
tiap kali ingin berubah pasti dugaan menerokai diri..

sempena esok tahun baru, aku nak baru-baru kan blog ni..
ops i mean.. barukan entry aku.
yg lama terkubur..
before masuk tahun baru kan..
ni last entry untuk tahun ni kot.

lepas ni maybe banyak input sikit hehe
tp kekangan masa dah sekarang..dah nak buat tesis akhir..
but aku cuba yeahh..
sebab tenet baru nak masuk +++ Gb dia hahah!!
main sampai lebam :p

and then,
ekceli in 4 months, ops.. more than 6 months aku nak cite banyak sngat..
but, tak pe la.. kita buat tajuk je dulu hehe..
buat mukodimah dulu .. pastu baru isi..
antara tajuk yg bermain2 di fikiran aku 6 bulan dulu

-puasa di perantauan
-raya di perantauan
-kerja persatuan
-bercuti musim panas
-start new sem
-masalah rumah
-pindah rumah
-internet
-diet
-exam


ok teruskan bersama aku, jangan tukar channel eh..
by the way,

nak wish Happy New Year
dalam bahasa korea punye,
sebab baru belajar :)



ok wassalam :)

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya Tart & Almond Edisi Terhad. :)

Entry copy paste dari entry lama ---> Kuih Raya Tart dan Almond Sedap

Salam semua, maaf sudah sebulan blog tak apdet. This month is RAMADHAN, berikutnya SYAWAL. huhu.. Maknanya kita sudah hampir kepada puasa dan raya. Hampir ke? kurang 2 minggu kot.. Hampir ramadhan dan syawal je, mesti ramai orang awam usha blog aku yang bersawang ni.. kenapa agaknya ye???

|
|
|
V

See!! Ramai orang tengok resipi kuih mak aku..
klik gambar supaya mata boleh nampak jelas


Sebab baru-baru nih, tengok LIVEFEEDJIT orang-orang yang datang ke blog nih, sume nya untuk mencari resipi kuih tart, seperti yang aku entry kan di sni. Ni belum lagi puasa, haih..~


---> Mak pon cakap, baru-baru ni ramai orang telefon mak sebab nak resipi, dia cakap bace kat blog ..eheh . Anak promotkan kuih mak.


Dan aku ingin mintak maaf sebab video yang dipaparkan tidak menjadi, mungkin sebab dah lama. Mungkin ramai orang yang berebut-rebut untuk mencari resipi rahsia untuk membuat kuih tart yang sedap. huhu. So hari ini, insya Allah vdeo nih leh dibuka, dan korang boleh lah lihat sedikit gambar, tapi bukan resipinya. Kerana resipi adalah rahsia. hahah!


Video Kuih Tart Nasta & Almond London, Layannn...





Apa Kekurangan Kuih ALMOND DAN TART orang awam berbanding
KUIH MAK SAYA ??? See........


Tengok Almond ni, salutan coklat yang tak penuh. Even aku tengok kat link nih, murah tapi coklat tak penuh.

Tart nih pun sama, inti nenas ciput jek. Jem pucat.
So jom beli tart nasta mak aku. hehe

Ramai orang buat tart macam ni, macam selera!
Korang pon selalu makan tart yang ni kan?
Mak aku punya, bukan camni, tapi lagi sedap hehe .
Jom cuba, anda MAMPU MENGUBAHNYA!


Kuih Tart mak saya: (maaf tak sempat amek gambar kuih mak)

  • Jem buatan tangan yang pekat dan manis.
  • Nenas dibeli dari Johor. Nenas terbaiklah orang cakap.
  • Acuan yang halus dan bunganya yang cantik.
  • Menggunakan acuan yang lain daripada orang awam guna.
  • Tart diletak dalam cup kuning.. Orang awam punya tak letak dalam cup.
  • Harga yang berpatutan mengikut timbangan berat kuih yang adil. Hehe.

Kuih Almond mak saya :

  • Almond dalam biskut penuh. Bukan almond separuh.
  • Almond london berbentuk bulat.
  • Kacang almond yang ditabur banyak di atas biskut.
  • Biskut disalut coklat penuh..
  • Tidak cepat lemau seperti kuih almond orang awam ..hehe
  • Harga yang berpatutan dan tahan lama serta mengikut timbangan berat kuih yang adil.


Orang cakap kuih mak aku ni berhantu. Ni best punya.. Sebab kalau makan mesti nak lagi. Pengusaha kuih tart pun dia beli kuih tart kat mak aku.. Alhamdulillah, rezeki ..
Then, Kalau raya umah orang.. Tak pandang pun kuih tart & almond dia. Sebab memang layan mak nye kuih jekkk..Kalau raya umah kawan-kawan mak..alahai..kuih mak aku ker ni..Hehe.

Tak caya? Sila cuba dulu~ Mood : Rindunya nak makan kuih tart panas-panas fresh dari oven!!


--------------------------------------------------------------------------------

RESIPI KUIH TART.
Ha, ni free-free dapat ni. Jangan lupa komen lepas cuba buat.

1 buku butter 250g + 1 sudu makan gula kastor
Pukul sehingga kembang menggunakan Mixer

Masukkan 2 kuning telur + 1 sudu teh asen vanilla
Pukul-pukul lagi hingga kembang

Masukkan 1/2 cawan tepung jagung + 1 sudu makan tepung kastad
+ Tepung gandum 2 1/2 cawan
Pukul lagi sampai kembang

Siap adunan, kalau lembik-lembik adunan tu..Tambah lagi tepung gandum
Silakan bakar menggunakan api 160 , atas bawah

--------------------------------------------------------------------------------



Untuk resipi almond london, mungkin aku entrykan lain hari, lepas balik Malaysia lah yer..oke, kalau nak resipi sebenar, sila hubungi...

( maaf yer harga dah naikk..bukan macam entry dulu yang murah..)
TART NASTA
RM 28

ALMOND LONDON
RM 32

50 ++ keping =680 gram

Pn. Maimunah Hj. Lasim
+60133942361
Seremban, Negeri Sembilan.


P/S : Jangan order banyak-banyak. Mak takde asistant nak tolong dia. Anak-anak dara dia takde kat Malaysia.. hehe~~


Friday, July 8, 2011

To All Malaysian~ Ini pasal Bersih !!


BERSIH 2.0 !!

Pagi-pagi lagi bumi KL dipenuhi dengan kenderaan2 dan orang2 yang membanjiri jalan KL. Makin disekat polis makin ramai yang datang..

(Tiba-tiba rasa nak berniaga air plak time2 macam ni..mesti laku WOHA!)

Sekadar nak kongsi, apakah tujuan BERSIH ini diadakan???


  • Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
  • Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah



Kami di sini tidak tinggal menyaksikan keadaan yang berlaku sepanjang hari ini di KL. SECARA LIVE !!


Apa yang saya sarankan..(lambat pulak nak bg saranan..takpela..).. bagi yang menyertai perhimpunan BERSIH..




*Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

*Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
*Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
*Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
*Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
*Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
*Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
*Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
*Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
*Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
*Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
*Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0
*Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Uhu.. Panas betul rasanya keadaan hari ini.. Tapi alhamdulilah, ade hujan rahmat yang mencurah di KL.. Semoga dengan hujan ini, pemedih mata "diorang" tak dapat nak kene kat rakyat BERSIH ni.. Adakah langit kita sedih melihat perlakuan insan2 di buminya begini??
Kami memohon ya Allah.. Hujan ini adalah rahmatMu..



Ni status aku kat FB.

‎"Diorang" main kejar-kejar dengan rakyat.. Orang tak nak pun main kejar-kejar ngan "diorang".."Diorang" je syok sendiri kejar orang , serbu orang. Kalau setiap hari "diorang" bekerja macam ni kat malaysia kan bagus.. baru penjenayah takut ^_^


Tahniah kepada "diorang" yang berjaya buat kerja dengan cemerlang hari ini, sampai orang masuk hospital. Suka tengok orang tu sakit teruk.


Pastu ada orang cakap, orang yang join dan sokong BERSIH ni BODOH, meh sini bagi 10 alasan kat aku. 10 jek tak banyak.. Dia je kot yang pandai?


Masing-masing ada stand masing2 la weyh.. Tak yah sedap2 mulut cakap orang BODOH. Malas nak ulas panjang la..


Ape pun meh aku kongsi satu TV live kalau nak usha keadaan KL sekarang..
wwitv.com/tv_channels/b5577.htm




Last but not least..

Perlu diingatkan yang join dan sokong BERSIH perlu tanya diri , kenapa kita sokong BERSIH ini selain menuntut 8 tuntutan BERSIH di atas. Ada 4 persoalan yang perlu kita muahasabah diri..


  • Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  • Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
  • Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
  • Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

  • Semoga sentiasa dilindungi Allah wahai kawan2 sekalian. Ok, selamat berjuang rakyat malaysia..!!