sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Peluang Kedua, Salji is come back !!

30hb

Meneruskan perjalanan ke Ifrane, untuk cari banjaran salji yang memutih.. Di Malaysia sibuk banjir air, di Ifrane banjir salji~ Woha!! Cameo bergerak 7.30am. Sampai di Michilfeyn, Ifrane pukul 9.30 pagi. Amek gambar berdas-das.. :) Sangat wow la. Sebab masa kami datang tu, salji turun lebat !!



Berhenti di setiap perhentian untuk melihat salji yang turun macam hujan tu.. Pada tahun ni bentuk salji berubah.. Mungkin bentuk emping salji berubah mengikut tempat dan time.

Kalau tahun lepas di Marrakech, emping salji berbentuk hexagon.


Tahun ini di Ifrane, emping salji berbentuk jarum-jarum tajam.


Habes main salji (salji sebenarnya tak main sangat sebab kat gunung tuh salji nipis je.. kene mendaki baru dapat salji hehe..) kami cameo pun turun ke Azrou.. kawasan bandar Ifrane yang memang macam Switzerland or Eropah la :) Cuba tengok kawasan ni , eropah tak??

Bersyukur sangat dapat sampai ke situ......... Keterujaan memang tinggi ! Turun pukul 2.40pm. Singgah solat sebentar dan Allahuakbar......

Sourvenir yang ada..Murah tapi cantik :) Rantai..



Antara video yang ada. Haha, aku meluncur.. Jangan gelak ya.. Sebab belum ada skil nak meluncur...


Monday, February 7, 2011

Peluang kedua, Fes in winter !



Assalamualaikum wbrt

After 2 weeks exam habes, kami semua duduk di rumah. Di rumah . Di rumah. (uslub ta'kid).. Betapa boringnya.. Pandang jer notes kat almari "5-RANCANG MAIN SALJI"



Huhu, belum sampai musim sejuk pon aku dan kawan-kawan da rancang nak g mana. ;) Konon-konon nak cari kawasan dalam Morocco jer.. Nak bagi peluang untuk adik junior merasai keindahan salji.. Dan untuk beri diri aku sendiri the second chance melihat kebesaran Allah ..

So, rancang dan rancang...Berfikir ingin ke Fes-Ifrane. Bahagian utara Morocco. Sila rujuk peta!!! Bajet nak g kami-kami je.. Sekali, ade panggilan daripada akhowat Kenitra, yang mengatakan mereka plan nak buat rehlah salji jugak kat Fes-Ifrane. HAHA.(Rujuk perkara ini..)

Plan tarikh 25hb Jan, tapi ditangguhkan pula ke 29hb. Haih.. Tapi aku heppy je, sbb lagi lambat lagi lebat salji..


28 dah tiba

Akhowat Casa seramai 11 orang (tanpa Aini) telah bertolak ke Rabat , arrive there 5pm. Take a time sekejap kat Rabat , tidur dan bersiap untuk bertolak ke Fes menaiki cameo-seat 19-passenger 20 (yang akhirnya kene saman polis :p ) erm... bertolak 4.30am.

cameo-seat 19-passenger 20 (yang akhirnya kene saman polis


29hb


Kami selamat sampai di Meknes untuk solat subuh.. Cuaca..? Sangat sejuk!~ Dan i'm love in it. Jalan-jalan lagi...sampai 3 jam lebih perjalanan baru kami sampai di Fes. Kawasan dekat dengan rumah pelajar Malaysia, ikhwan.. Di situ, tour guide kitorang, Abo Ishak Yassin naik cameo sekali, teman kawan Rabat dia ni.. ^_^

Bergambar di pergunungan Sidi Harazem


Persinggahan pertama di Sidi Harazem. Merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Fes. Sidi Harazem mengikut sumber Google, membawa maksud Patron Saint of Sources. (pandai-pandai la cari maksud) Hurm, memang Sidi Harazem ni tempat keluarnya air dari bawah bumi, iaitu air dari pergunungan.. Suhu air tersebut boleh mencecah 35degree taw (google lagi) .
Cuaca luar yang sangat sejuk tuh dapat la di panaskan dengan air yang di tadah secara live di kawasan Siqoyah (tempat keluar air). Memang panas jer..suam-suam gitu, air tuh boleh terus minum dan dipercayai dapat menyembuhkan sakit jantung dan buah pinggang .


FYI.. ini kali kedua aku tinggalkan jejak kat Fes :)

Kat sane pun ada kawasan pergunungan yang Subhanallah wahh, cantiknya kan.. hehe . Ade kolam renang yang besar yang bersumberkan air gunung jugak. Kiranya diorang buat kolam tu sekadar nak cari duit la....Sayangnya kolam tuh da tak digunakan lagi. Takde sape nak usahakan kot~

Kolam renang yang besar, tapi takda air..


Next destination, menuju ke Madinah Qodimah (kota lama) . Di kota madinah terdapat bangunan-bangunan tinggalan daripada kurun terdahulu. Ada juga bangunan yang dahulunya didiami oleh orang Yahudi, di Mellah. Amek-amek gambar jap.. pastu bertolak ke Souq (pasar)..

Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran


Inilah kota lama yang pernah didiami orang Yahudi


Di sini ada menjual banyak GILER barang-barang traditional buatan Morocco. Kat sini juga ade tempat pemprosesan barangan kulit. Nak beli barang kulit yang ori datanglah sini, dalam RM200 pun korang leh dapat :) Kawasan dia sangat errrrrr.. Busuk! Hurm, sebaik penjual tuh bagi kami daun pudina untuk hilangkan bau. Hehe ^__^

Baju kulit yang dijual serendah harga RM200 :)

Cium daun daun pudina untuk elak bau busuk cat-cat kat bawah tu



Singgah masjid Al-Qurawiyyin jugak.. tempat bersejarah la ..Paling lame singgah kat souq tuh la, sebab besar Giler! Dari pukul 11am-5pm. Hah?! Banyak jalan secret yang perlu ditempuhi :p Itu pon x abes tawaf lagi..Akhirnya dapat cari jalan keluar.. Aku beli untuk emak alas meja makan .. Cantik tak.......?

Berkenalan dengan orang Magribi di masjid, Nawal & Adam

Singgah makan di kedai, Tajine Dajjaj


Then, kami teruskan meneroka bumi Fes dan singgah di Burj Nord, Muzium Ketenteraan Traditional Magribi (lebeyh kurang ar ..hehe) . Banyak alat senjata yang digunakan oleh orang-orang Morocco untuk menetang pihak musuh pada kurun terdahulu.



Next, check-in hotel. Pergi ramai-ramai 17 orang, bayar hotel pun murah la.. 36dh = RM 18 / orang. Menarik kan..? Servis kira best la untuk sekadar berehat .. Hotel Savoy.


Bersambung...

Sunday, December 12, 2010

Hilangkan rindu kepada orang Malaysia; Tawaran Panazz !

Merujuk blog ini


Salam semua !! Aku ada berita gembira buat mahasiswa/wi yang belajar di oversea. Apa dia?
Erm, jom kita terjah..

Masa 17 November hari tu, bunyik esemes ..

Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://beliamuda.com/2010/11/celcom-rm2-bundle-service/


Amacam...? Aku bila baca esemes uh macam tak percaya jerk?? Terbeliak jugak mata nih, namun aku abaikan saje...Tapi lepas jek aku jalan-jalan kat umah 14, adik junior bagitau tentang perkara nih, yang sememang nya RM2 sahaja ditolak dalam sehari, gunalah banyak mana pon !!! WOW !!!!!!!


Aku baru test tadi, pantas menaip YESRM2 tuh, lalu...... direspon,


T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.


Huhuhu.. Rasa heppy sangat, barulah ini dipanggil Celcom yang pemurah tak cekik duit mak aku sebab nak topupkan aku dari Malaysia.. Wah, selama 2 bulan aku da tak call BFF aku, sekarang.. Ha, orang Malaysia kot penat nk jawab aku nye call.. Padan muka ;)

Setelah diselidik tawaran ganjaran apakah ini, baru aku tahu..ia dinamakan

"CELCOM RM2 BUNDLE SERVICE"


Untuk orang Morocco, jangan lupa gunalah Xpax, UOX, SOX untuk mendapat ganjaran istimewa dari Celcom ! Dan untuk topup, jangan risau, PMMM kan ade jual .. What you give you get back :) Lagi satu, aku rasa guna Celcom lagi untung instead of guna Lowrate or Action Voip.. Sekadar kita nak calling-calling orang Malaysia.. So, think wisely !

Dah, stop la, nak kol BFF yang ke 3 pulak .. Yey, alhamdulillah 3la kulli hal ..wa nikmah.

***
P.s ~ Sape-sape yang takde no Malaysia, tapi nak call orang yang dirindui, Jomlah pinjam hp aku, aku tengah bermurah hati ni ..

Saturday, December 11, 2010

angka 14 12 dan 18

salam.. hari nih aku nak masukkan entry merepek sat.. sebab nak update gmbar jek pown hehe

apa dia 14 ..?

no bertuah untuk rumah Aini. Serta 3 orang adik-adik baru, Khalilah, Mira, Masturah

apa dia 18 ..?

no bertuah untuk rumah Saya yang diketuai Izzaty. Serta 6 orang adik-adik baru, Hana, Ahlina, Aida, Aiman, Syuhada, Syahadah

ape dia 12 ..?


ehem, senior 3 orang tambah junior 9 orang sama dengan 12 orang lah :)

K-A-M-I

Sajer aku masukkan entry ini, agar korang tahu kedudukan akhowat di Casa .. Berkenaan kedudukan rumah, aku tak dapat nak cari kat google map huhu ^^ Tak dapat dikesan kot.



******

Baru-baru nih kami rumah 18 a.k.a BaytSamantash ( arab ) telah membuat 1 laman group fb untuk ahli rumah kami, kepada yang nak menyertai.. heheh boleh.. Boleh tengok je, x leh jadi ahli huhuh ^^

Friday, November 26, 2010

untuk Kakak super senior

Assalamualaikum wbt semua yg sudi singgah membaca

Sudah lama tak muncul tajuk baru untuk November nih. Situasi internet V2C yang lambat dengan kehadiran 7 buah laptop canggih-canggih. Sebab tu la, aku yg menggunakan laptop season agak lambat untuk surfing..Sedih jugak. Hatta nak bukak ym pun x dapat :'(

Tergendala jugak la post-post menarik yang aku nak kongsikan. Ok stret 2 da point jer..

Lepas 3 minggu kepulangan aku d Magribi ni, Kami dapat berita (x tau emosi apa) akan ada junior d Casablanca. Aku sangat heppy. Tapi agak cuak dan risau untuk menggalas tanggungjawab yg dipikul seperti akak-akak senior terdahulu.

Bacth aku yg menetap d Casa hanya 3 orang akhowat. Adik junior yang datang nanti seramai 9... 9 ORANG !! ohh ramai nya. 3 kakak nak jaga 9 adik.. ? Tp kami terima dgn hati terbuka walaupon terpaksa berhadapan dgn pelbagai situasi yg mencabar nanti.

Jom berkenalan..


Delegasi 1, Syahad _ Perak
Delegasi 2, Hana / Mira / Mas / Syu / Ahlina _ N9
Delegasi 3, Aida / Aiman / Khalilah _ Pahang & Selangor

Alhamdulillah menyambut kedatangan adik-adik baru merupakan pengalaman yg menrik. Aku belajar banyak benda sekarang.. Contohnya : menghafal jalan ke Bouhlal dari La Gare Agdal..hehe , cara-cara ambil minhah, tasjil.. dan banyak lagi.


*******

Buka rumah baru di Casa.

Selepas berpindah dr Derb Khair, yang aku rasa kan jalan di sana sangat bahaya. Banyak je syabab-syabab memenuhi ruang jalan pd waktu pagi dan malam. Bahaya ! Walaupun rumah besar dan sewa murah, kami ambil keputusan untuk pindah , alasan 1 : Jalan yg bahaya . Alasan 2 : Jauh jalan 30 minit ke kuliah. Tp sebaik dapat gak aku merasa duk ctu selama 2 minggu :) Walaupon semasa nak pindah tu sngt banyak dugaannya yg x perlu aku coretkan dcni, namun kami ber-3 tabah ..ececeh.. Allah beri kami kekuatan juga pada hr tersebut.


Dan sekarang, rumah baru. Semangat baru ( ehem..) Kami sewa 2 buah rumah, salah seorang antara kami ber-3 terpaksa berpisah supaya setiap rumah ade wakil senior. Sangat sedih, setahun kami bersama..tahun ni berpisah.. Nasebaek Rumah kami sekarang masing2 dekat . Sebaris lagi tuh :) Kepada akak-akak senior, jemput lah datang ke sini lg, kami merindui kamu semua.. Kepada akhowat wilayah Kenitra dan Rabat dan Mohammedia ayuhlah jejak Casa.. Rumah ade dua, pilih je mana suka .. Marhaban bikum jami3an !!

Ya Allah limpahkanlah kasih sayang Mu kepada kami semua, kau taburkanlah wangian ukhuwwah antara kami, limpahi lah kasih sayang adik junior kepada kami dan begitu juga kasih sayang kami terhadap mereka agar pertemuan ini indah kerana redha-Mu ya Allah. Jangan ada di hati-hati kami ini hasad ya Allah. Walau rumah berbeza, rapatkanlah hati-hati kami dalam mengejar cinta-Mu ya Rabbi __ikhlas Kak Naei

Monday, October 4, 2010

JEERA & the waiting 100

Assalamualaikum wbt..

tadi pukul 2 pg kot, selak-selak blog.. ade orang cakap nak follow.
Ahaks?! the 100th follower..haha

dah setahun kot baru dapat kumpul 100. hehe

Ok, ni dia muka yang kita cari..




Nama dia Fatin Nazirah. Kira kawan baru la..sebab jiera follow blog aku, aku follow dia balik. Try visit, mmg cam unik sikit la..

Kenapa aku follow dia?

  • memiliki blog yg cute walau header belom rasmi
  • ade energy save mode kt blog..aku blom jumpe lg mane2 bloggers yg ade cmni
  • shoutbox die best, kene click baru kuar. so sweet

Jeera, kenapa follow saya? Nak saya follow awak balik ekk?? huhu
Jeera, ajar lah buat bende-bende best kt blog awk tuh :)

ok, by the way, thanks be friends.. welcome to mine ~

Wednesday, June 23, 2010

Lepas hangat di TV3 & RTM, kami fofulerr di TV Maroc pulak

Assalamualaikum kawan-kawan, lagi sekali bersama saya, Fafau & Wahid..Slot Panass! Zass..

Pada bulan dua 2010 yang lepas, kelibat pelajar Malaysia di Morocco dan Mesir telah disiarkan di televisyen Malaysia yang fofularr ; TV3. Dan juga dada-dada akhbar fofularr seperti yang aku entry kan di sini dan di sini kerana Menteri Besar Negeri Sembilan mengadakan lawatan ke sana..

Dan baru-baru ini juga, pihak melodi mendapat tahu bahawa pelajar Malaysia di Morocco lagi sekali mendapat perhatian pihak media di oversea tersebut. Semasa pelajar Malaysia sedang tekun dan khusyuk sekali mendengar ceramah Protokol di dewan INPT, Rabat, Maroc hinggakan ada pelajar pening dan muntah selepas program itu seperti laporan saya yang ini

Mereka telah didatangi sekumpulan pihak media dari TV Al-Qanaat Al-Oula TV 1eme Maroc . Pada masa itu pelajar Malaysia hanya khusyuk dan fokus pada penceramah. Mungkin pihak media Arab tu terpegun dengan kekusyukan pelajar Malaysia di Morocco. Lalu di setting up segala lampu dan kemera untuk menemu bual pelajar Malaysia :D

Shooting 1 Mei tersebut telah di udarakan di Rancangan 45, TV1eme. Siaran itu berlansung selama 10 minit, mari kita tengok.. :)

Bangga plak masuk TV "atas laut" @ oversea ..~ Jap!! Hati-hati, mereka cakap bahasa arab nih..hehe chekidout!!




amacam, ada can jadi macam fafau tak? ..doakan kejayaan kami sume di sini..

Monday, June 21, 2010

Aku sayang dia #1 ; Nabilah Farhanah yang best




Salam sume, hari ni aku masukkan entry tentang kawan aku; Nabilah. Sebab baru-baru nih dapat award (atas ni) dari Nabilah ..huhu jom terjah blog dia.

Nabilah, ekceli dah lame nak buat entry tentang kau, but tatau bile. Rasa nya ni pon just entry pendek je kot :)

Firstly nak ucap mekasih ribu riban kat kau sebab tercalon menjadi best-fren-forever aku. Aku perasan kehadiran kau dalam hidop aku sejak kita darjah enam. Walaupun aku ada kawan bek lain, tapi time tuh, kau nak kawan ngan aku. So bermulalah episod kita.

Lepas amek Upsr aku tak lagi jumpe kau. Form 1-2-3-4..hatta satu hari, aku dengar berita ade budak baru masuk sekolah SHAMS, rupenya kau..Masa tu aku sangat eksaited untuk berjumpe kau balik. Alhamdulillah kita berjumpa balik. Akrab lagi..study sama-sama, tumpang kereta sama-sama, lepak sama-sama.. Tapi masa tu kau sakit, penat nak jage. Sekarang, suka dengan kesembuhan kau, semoga sentiasa ceria.

Satu lagi je aku minta, tak ada rahsia antara kita. Kalau kau ade problem, just share sama aku, sebab banyak bende kau rahsiakan kat aku.. uuuw...sedih sedih.. Lagi pasal Nabila nih, dia spoting, ramah, cumil..kalau kat sekolah tuh diminati ramai weyh ..aku pon numpang suke.. Moge kita dua sukses.. kau berjaya di Maktab ..Aku berjaya di sini :)

Pastu kau punye entry dalam blog mesti tak tinggal nama aku. Sayang bella muah muah muahh ..

Thursday, June 17, 2010

Kawan GengBlogger Yg Sporting ; Award Pertama & Tag keDua ~

Tadi baru balik kuliah terus nak bukak blog..bace omen kat shout-out jumpe pejalan kaki bernick-name, ata. Macam terkejut. Aku tak kenal dia. Tapi mesejnya berbunyi..

"salam ziarah..ada award dan tag untuk kamoo"

wahh. macam apekah? rasa tak sabar nak terjah ke blog beliau. Menarik. layout yang simple dengan header yang smart. Tambahan ada muke beliau terus terpampang kat depan blog tuh ..hehe. Selamat bekenalan..Anda mungkin bakal menjadi kawan saya.. EH? hehe.

Aku ekceli nak minta maaf pada sume GengBlogger. Aku pelajar universiti yang agak sibuk dengan hdop seharian. Memang selalu online, bukak GB, bukak blog, jalan-jalan ke blog orang, but jarang nak bersiar-siar dalam laman GB. So tak heran lah aku tak ramai kawan blogger. huh..~ Tapi dengan tag kali nih buat aku bangun dan sedar supaya jangan abaikan geng-geng blogger di GB.. kerana GB lah aku leh naik sikit sikit :)

*****

THANKS SEBAB KASI AWARD KAT SAYA
gune ((saya)) sebab tuju khas kat saudara ata


dan syarat penerimaan award ini mestilah dengan menjawab soalan yang diberi....
same-same baca jawapan aku kepada soklan Hot di bawah.

---------------
adakah anda rasa HOT??
aku rasa humble di sini, terutama di GB, blogger baru katekan .. tapi kalau korang mengenali aku, aku happy+pramatang orang nya :p

upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang


cerita pasal gambar nih....??
gambar nih aku ambil dari REMAJAMASJID group. satu group yang beri banyak faedah kepada aku, aku rasa tenang je dengan gmbar ni, kerana di situ tertulis Allah.. dan pemandangan yang menghijau.. bestkan?

kali terakhir makan PIZZA...??
bulan 3 hari tuh, kumpul duit rumah ngan roomate, pastu beli..pizza cap Morocco :)

lagu terakhir anda dengar....??
Islam Iman dan Ihsan-Xifu M'adz feat Radz. Lagu nasyid nih tentang Hadis tentang Rukun Islam Rukun Iman dan pengertian ihsan. Ihsan ialah melakukan ibadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah, tp kalau kamu tidak melihat Dia percayalah Dia melihat kamu di atas sana..Bagus kan? best tau lgu ni..siyes insaf :)

apa yang anda lakukan selain selesaikan tag ini...??
ulangkaji subjek Pemikiran Islam . wah wah nape cam solehah sangat ni ?

selain dipanggil nama sendiri,anda dipanggil nama apa..??
sampai skng lum ada nama tetap untuk panggilan.
dalam blog ; Sha-na.Szied
dalam FB ; nama asal
kawan rapat ; Naei | Naeila | Sharifa

tag 5 orang


sape orang no.1...??
my BFF yang da lame tak apdet blog. maybe ni tag kedua dari aku yang da hutang..hehe

katakan sesuatu pada orang no.5
Aiz? baru-baru ni baru kenal BELOG die. stat dengan tutorial nuffnang kot. tertarik pulak sebab dia dah lame gune blog, tapi baru nak daftar nuffnang hehe..dan dia kreatif !

No.3 ada hubungan sape ngan sape..??
this my sista. comel macam aku. Hubungan tak pasti. sebab banyak skendel dan diskendelkan. baru-baru ini my adik ni seem like jatuh hati ngan sumone, and baru-baru ni jugak cam ada orang nak memetik bunga di taman rumah aku ..cepatnya??
kalau nk tengok blog dia..sume pasal hidup dia jek.. hehe

bagaimana pulak dengan No.2..??
coretan perantau..aku juga perantau :)
suke ngan long hafiz sebab dia dok london..cam kagum ngan kawan-kawan yang belaja hebat-hebat dari aku.. kagu gak, sebab baru masuk dunia blog bape bulan dah capai kawan 1000..pehh! beselah budak london :p ala-ala mat saleh gitu..
lame tak singgah blog die..sebab, bz siket..

kata-kata cinta dengan orang No.4...
uiks..tak de lansong..tak sompek lagi nak bekenalan ngan telor nih..tapi teruja sebab dia selalu bertandang ke shout-box aku..dan baling telur busuk.. taktaula dia blog walking ke tak..x pe la..tu pun da cukop heppy :) thx telor basuh busukk :P

berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag
suka posting entri yang berinfo
layout blog cantik dan menarik
3 ahli GB 2 kenalan rapat
aku suka kat diaorang sume
blogger yang best dan spoting

------------------
nahh! siap pon tag nih, bape jam aku melangut depan pc ni..sambil studyla katekan..
ok lepas nih nak blogwalking kat umah ata ;)

aku menganggap tag dan award ini sebagai tanda persahabatan dan peningkatan kasih sayang antara aku dengan blogger luar ....aku bukanlah blogger yang paling Hot dan Top cam joegrimjow tuh, tapi betulkah blog aku sedang meningkat naik sikit ? huhu thx pada Ata, incha Allah we'll be a good blogger friend ~


pada bloggerku sayang yang telah di"tag" itu sila jawab ye....

Monday, March 22, 2010

Suasana Komuniti Turkey

Salam sumer. Baru-baru nih, ops..3 hari lepas aku dan kawan-kawan syik dok lepak ngan budak Turki. Best..Diorang memamg baik. Tak pilih bulu. Yerlah diorang cun kawan ngan orang macam aku yang biasa-biasa je.. hehe

Hari Jumaat, tak de kelas kat jami3ah (universiti). So, kami bertolak pagi. Sampai aje umah dowang, perhhh! Macam masok umah banglo tak hingat punyaaa..Aku rasa nak je pindah umah cepat-cepat. Tapi duit sewa memang mantap la kann.. haih..!! Sarapan orang Turki nih kawan-kawan, macam sarapan orang DIET. Kenyang la jugak (buat-buat) hehe..




Sabtu pula, aku dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke rumah Turki yang lain. Kali nih datang pada waktu tengah hari. Lunch.. Ehem, tak sabar nak merasai makanan Turki. Semalam tuh makan kt Malaysia dah boleh dapat. hehe.. Ha!! Ni lah makanan yang ditunggu-tunggu. Dinamakan M A Q L U B A H. Sedap jugak sebab ade unsur diet dan protein. Kalau setiap hari aku tinggal ngan budak Turki, mesti aku dah kurus. Cett!



Hari Ahad. Aku macam malas nak join lagi. Banyak tau keje belum setel. Sebenarnya nak menghadap laptop hehe .. Tapi aku gagahkan juga disebabkan aku fikir kami semua ibarat keluarga. Mereka banyak bantu kami pelajar Malaysia. So tak leh la wat muka sombong kan?? Orang dah ajak, rezeki makan jangan ditolak~ Hari ahad tu, kami datang ke sekolah khas pelajar Turki. Mohamad Al-Fateh School. Privet school. Dowang ajak kitowang kali nih sebab ade wat macam sukaneka antara diorang. Ala, sebenarnya tak pon.. hehe.




Woh..beshnya pergi masok komuniti Turki! What i love about them:

-Wajah cantik, suma orang cantik
-Dowang sume ade baju coat labuh, memang baju tradisi
-Tudung yang colourful
-Dowang baik hati, kitorang pon =p


Friday, March 12, 2010

Syukur Lah..Kau pon ade jugak ..

Assalamualaikum warahmatullah :D

Hari nih rasa happy. Rasa jugak iri hati. Jeles! Tapi aku taktau nak kompemkan hati aku sebenarnya rasa apa. Rasanya peratus rasa jeles tuh lagi tinggi dr peratus gembira. wahahaha~(gelak jahat) ..
****

Pagi tadi jenjalan kt Derb Ghallof (tempat menjual segala barang2 elektrik, telepon, laptop, aksesori bagai..) tolong kawan beli henpon diorang. Henpon aku...? Sob sob.. Henpon SonyE S312 aku tu sebenarnya x best mane pon. Korang jgn beli tau hehe.. Dahlah kene tipu time beli kt Msia dulu, so aku rase nak beli baru je. Jeles tengok henpon kawan aku cun melecun.

From left: Nokia 5130 XpressMusic / SonyE S312 / SonyE W910i / SonyE T707
(teke aku punya mane)


[ Close Up; Sony E+Nokia= Serasi bersama ]


****
~ IMBASAN ~

Seminggu lepas, aku jalan-jalan di Derb Ghallof (tempat menjual segala barang2 elektrik, telepon, laptop, aksesori bagai..) melihat-lihat henpon yang menarik. Disamping juga mengusha henpon idaman yang bakal menjadi milik aku 1 hari nanti. Tujuan aku datang sebenarnya nak beli 1 henpon untuk adik aku. Baik tak aku sebagai kakak dia..? hehe.. Yela, dah berkurun dia mintak kat mak aku ntuk beli hp, tp mak buat donat je.. (mak aku takkan suport untuk m'beli sesuatu yg melalaikan utk anak dia) Untuk bulan 3 nih dah 3kali aku jalan-jalan kat Derb Ghallof tuh. Orang arab tuh dah kenal aku dah, nak buat menantu pon ade :P

Bajet aku cuma DH 1000. Ouh sikitnya duit kau, naeila?! Hurm, aku mmg kedekut sikit. Tapi ikhlas nak belikan untuk adik..Selepas 13 kedai aku round, tawar-rasa harga, bodek abang kedai dan tuan kedai, akhirnya 1 kedai nih memberikan harge termurah antara kedai lain.. Aku pon terus grab. Nokia XpressMusic 5130 Blue. Ada choice lain. SonyE W910i Hitam Slide. Slide! Oh!! Menarik hati aku. Tapi, adik aku taknak SonyE. Last, aku beli yg Nokia XpressMusic 5130 Blue ni je. Puas gak lepas dapat belikan pada mulanya. Balik umah, aku belek-godek-tengok Nokia XpressMusic 5130 Blue biasa je. Takda function lebih, melainkan music yg senang nk buka. Tu jer??! Oh adik maafkan aku .

Kawan aku pon ade survey hp. Tapi dia tak beli hari tuh sebab pilihan hati dia tak de kt kedai2 bekenaan. Tapi lepas korang bace citer di atas, so korang tau dia da ade hp baru ..wuaa.. Skang nih tiap ari aku pegang-pegang & jeling-jeling henpon baru diorang. Hahah! Sebab rase nyesal. Kenapa lah aku ada rasa mcm tu ??

****

sedikit sahaja orang-orang yang bersyukur << قليلا ما تشكرؤن >>

Tengok Surah al-Aaraf ayat 10. Jadilah engkau di kalangan orang yang sedikit itu. So aku kene lah bersyukur. Mane tau ada hikmahnya. Ape hikmah aku beli Nokia XpressMusic 5130 Blue instead of SonyE W910i Hitam Slide. Erm.

>> Ko dapat jimat duit sikit (even hati tak puas) ..Duit yang lebih tu leh wat blanje makan sandwish kat mahlabah depan rumah. Dapat beli nota-nota kat kedai potostat. Kesannya kau berjaya dlm exam.

>> Abang kedai yang kau beli tuh dia dapat untung sebab jual kat kau. Pada hari itu dia rasa happy sebab selama dia tunggu hari tuh, tak de customer datang pon. Kau orang yang bertuah !

>> Allah nak tutup riak kau depan orang lain. Insya ALLAH. Kalau kau beli SonyE tuh mesti kau macam riak sikit ngan orang lain (oh slide!) ..So untuk masa akan datang, hati kau suci ngan riak. Tapi henpon nih untuk adik aku.. Ha...yelah, tutup riak adik kau depan kawan-kawan dia.

>>
Supaya adik aku tak lalai dengan duniawi.Oh! Hebatnya aku berkata-kata.. adik watch-out

oK, cukup sampai situ jek aku tak jumpa hikmah lain yang tersembunyi ..huhu. So jadilah di kalangan orang yang sedikit itu. Jangan sedih dan menyesal ok..? Syukra ila Allah 3ala kulli nikmah.. Sekian .

Thursday, February 18, 2010

KUNJUNGAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


17 Februari 2010:

Assalamualaikum wbrth. Diharap suma warga Malaysia-Maghribi sihat sentiasa. Kenapa aku fokuskan Malaysia-Magribi je hehe.. Sebab baru-baru nih Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan lawatan ke Maghribi. Nak menjenguk kehidupan kami di sini. Delegasi Menteri Besar Negeri Sembilan dan para wartawan tempatan sampai di airport Casablanca pada 17 Feb. pukul 12.50 tgh hari. Sepanjang keberadaan MB, aku amat teruja. Sebenar nye aku nk sangat pegi ke Rabat, di sanalah selalu diadakan pertemuan penting antara pelajar Malaysia dan menteri-menteri. Akhirnya dapat gak datang sane.


Lunch:
Lepas tuh, kami di Casa nih bersiap-siap nk sambut MB. Yelah ade pakej makan tengah hari percuma kat restoran mewah, jgn lepaskan peluang. Restaurant Le Febule, berdekatan Masjid Hassan II. Makanan mmg mewah, tp sayang...kami x sempat menjamah sume makanan kt ctu. Mase suntuk pulak..Cuba korang tengok, sedap kan lunch kitorang..??




Malam:
Ketibaan MB di Restaurant Le Ziryab, Oudaya, Rabat. Selepas MB berucap, beliau telah membuat kata putus bahawa kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan tambahan RM1,000 kepada biasiswa zakat untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan sekaligus mentotalkan jumlah biasiswa kami = RM9000/orang. Lalu bergembira lah kami sume sbg mahasiswa/siswi tajaan kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


Before dinner:
MB diselubungi para wartawan yang serba serbi mereka hitam. Di kala itu, mereka sibuk-sibuk mencari pelajar yang boleh di-interbiu. Ramai kawan-kawan aku lari. Nyorok belakang aku. Malu? Takut? Hehe..aku bermegah. Kemudian, name ku disahut oleh salah seorang wartawan RTM, Zulhaimi. Aku cuak. Tapi berlagak yakin dan mengemaskan coat aku. Sambil memandang ke arah lampu-lampu kamera nikon. Bersedia. Ingat emak kat Malaysia..

"Apakah perasaan anda setelah diumumkan kenaikan biasiswa kamu?"
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan kenaikan ini. Mungkin dengan kenaikan biasiswa ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan kami di Maghribi ini."

Cukup sepatah dua kata. Seterusnya microphone dihulur kepada kak farah. Aku masih mencapup di sebelahnya..hehe nak glamour ...


Dinner:

Menu malam tuh macam biasalah makanan traditional Maghribi. Buat pelancong-pelancong dari Malaysia, yg selalu makan nasi pastinya x biasa untuk menelan juadah Maghribi ni. Lihat sahaja perangai Dato' Dato' dan YB YB yang duduk semeja ngan aku..hahah..mereka ni sebenarnya agak sporting dan supporting :D Boleh jadi aku yang paling banyak merasa juadah yg dihidangkan. Maklum je la, kalo membazir nanti korang jadi kawan syaiton.. So.. makan jek!



Menu-menunya:
1-Roti dan jem-jem buatan Maghribi
2-Bghiwat dan Bastella
3-Tajine dan roti
4-Cous Cous aka Kuskus
5-Bastella bi halib, as desert
6-As syai dan nak nak (teh + daun pudina)



Hadiah:


Lepas je tegukan pertama untuk air teh aku, MB tiba-tiba memanggil kami semua sambil memegang sampul coklat mungkin berisi coklat fikirku. Hah, seketika aku di hadapan MB, rupa-rupanya dia memberi kami satu not 100 Dolar US. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat rezki dari Allah. Semoga Allah memberi kesihatan pada MB kami..





Thursday, February 11, 2010

ALHAMDULILLAH PERMULAAN YANG BAIK


Sudah melewati 4 bulan di Maghribi @ Morocco. Kami semua baru menamatkan exam sem 1 Menantikan result amat menyeksakan. Penantian itu satu penyeksaan. Betul?

Akhirnya usaha dan penantian membuahkan kejayaan yg manis. Kesemua kami lulus dgn agak baik.. bahasa kiasan lg nih.. x leh direct sangat. Alhamdulillah ya Illahi.. Ini satu permulaan yang bagus untuk aku meneruskan perjuangan ku di sini.

Mabruk 3alaikum my Friends. Aku juga doakan semua sahabat-sahabat yg akan mengambil exam, menunggu result exam, menghadapi exam akan najjah !

Doakan daku dalam setiap sujudmu. Sekian..

"Pesan pada hati,sekiranya kau peroleh kejayaan,janganlah kau berbangga diri kerana itu hanyalah pinjaman dari Allah & bila2 masa ianya akan ditarik balik..pesan juga pada hati,sekiranya kau mengalami kegagalan,usah bersedih kerana ianya adalah ujian dari Allah,untuk menguji sekuat mana hatimu menghadapinya kemudian bangkit dari kegagalan itu...pesan pada hatimu juga,jagalah hubungn kasih sayang (ukhwah) kerna itulah pelentur semangat dalam kehidupan.. "

Tuesday, November 17, 2009

Takziah #1 ; KHAS BUAT SEORANG SAHABAT..( DIA )

.. ان لله وان اله راجعون ..
.. كل نفس ذائقة الموت ..

Di malam yg hening, di buai angin Morocco, aku mendapat panggilan seorang yg aku kenali telah pergi meninggalkan aku.. Seseorang yg amat aku sayang! Berjurai la air mata aku bak sungai yg mengalir..pada saat itu hanya Allah yang tahu.. Tp dengan automatiknya, dia yg dikhabarkan meninggal dunia td..muncul di depan aku........?! Aku seakan x percaya sebab dia masih hidup...! Rupenye khabar angin sahaje..dan dia masih lg bernyawa..lantas aku memeluknya erat, mendakap tubuhnya ! Aku menghargai dia ! Tp pada masa yg sama mmg ade org yg pergi meninggalkan aku, tp siapa? Itu yg aku x tau................


****

AKU BANGUN SEPERTI BIASA...
usai solat subuh, aku terimbas mimpi tadi..sape yg meninggalkan aku ?! Nampak nye sedih sgt aku dlm mimpi tuh.. Aku membelek hp aku yg bru saje di charge.. 4 NEW MESSAGES..

Echa: ''Salam, kawan sekolah rendah kita, Azim Lotfi meninggal malam td, accident. Sedekah Al-Fatihah. Parents dia baru pergi haji..''

Aku tergamam dan hampir menjerit?! Apekah?! Betulker ?!



~~Imbas kembali~~

Aku chating ngn seorng abg senior di Mesir, sepupunya meninggal kul 10 mlm td. 16/11/09. Akibat kemalangan...aku tumpang sedih, dan menasihati dia supaya bersabar..Panjang kami berbincang mengenainya sepupunya itu..

Rupa2 nye...Dunia nih mmg kecik...Ditakdirkan.........sepupu abg tuh, KAWAN ku..

KAWAN AKU !! Kawan sepermainan di sekolah rendah di Seremban..Aku sedih sgt, Aku cepat2 on YM dan bertanya abg tersebut utk mengkomfemkan hal nih. Ternyata! Mmg betul itu kawan aku. Aku terpaku jugak..tp sbgi seorang kawan, aku cuba menunaikan tanggungjawab.

Aku buka Fs, Ms, Ym, & Fb. Aku pos buletin kt sume kawan2 lain yg terlibat.. Agar, bila semua org mendoakan kesejahteraan untuk arwah, insya ALLAH dia akan dirahmati dan diterima amalannya.. (insafi diri aku) ..

Masa nk solat, fikiran agak terganggu..aku tenang kembali..tp sedih jugak, ini first time aku merasai hilang nya seorng sahabat. Even MUNGKIN dia da lupe kt aku tp aku harap kita akn berjumpa di syurga nti..Insya ALLAH..
Kereta kawan mangsa, mangsa duduk di seat blakang yg remuk >> meninggal on de spot

TERKILAN (T_T)

Aku ade jumpe ngn arwah semasa raye aidilfitri 2009 hr tu.. Aku cuba untuk menegurnya..
tp entah kenapa x tersampai hajat tuh..Saje untuk mengggamit memori dulu2.. Even kami x berkawan baik..tp bg aku ade saje memoir dulu2...

Jadi aku hanya meminta agar adik arwah menyampaikan salam aku padanya.. Sekarang aku lansung x dapat berjumpa lg sahabat itu..

Moge Rohmu dicucuri rahmat ..Al Fatihah...


Nyanyi sendiri..

" Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi "


P/S: x dapat balik Malaysia tgk arwah dikebumikan lepas Zohor, 17 Nov 09. Sedih kerana parent die di Mecca..Ini lah ujian ALLAH, diketika kita senang ade juga kesedihan yg melanda. Mugkin dengan ujian ini ade hikmahnya, Mungkin juga dihadapan Kaabah, ibu arwah sentiasa mendoakan pemergian anak tercinta..Doa ibu dimakbulkan ALLAH wahai kawan-kawan..igt tuh.


MORAL: kawan-kawan yg da pandai drive tuh, bawa la moto n kerete korang dgn penuh hati2.. Dan Bersedialah dengan amalan2 di dunia, kerana kita x tahu bila-bila aje Dia akan menjemput kita.. Insya ALLAH peringatan tuk diri ku jugak.

Wednesday, October 14, 2009

KONVOI + FLIGHT

Kelmarin muzammil ajak raye ke rumah dia.. Em? Segan ker aku? DAh berapa hari raya nih sume org keje-sibuk-x dpt beraye tp kengkawan UIA aku sume cuti sem. Ramai jugak..

Lalu, aku mule membuka buku-buku biodata lame yg dah berhabuk kulitnya kat almari tuh. Mencari no. tipon diorang .. TIPU!

Aku menyelak-nyelak phonebook aku, mencari no. budak x-smdklana. Cari dan cari, last-last aku berjaya mengumpulkan 7org. Bunyi macam belum meriah.. kan? Aku cuma bercadang la untuk try jd leader ..hehe aku yg buat konvoi nih ..pergh leh la pasnih reunion , suh aku yg plan :)

Tp agak kelam kabut. Dalam ke-kelamkabut-an itu, aku gagahkan juga diri untuk menempuh hari Rabu. Padahal semalam x balik rumah pon, emak malas menjejak'n Viva nye kat uma mkngah semate-mate nk jempot aku. Maka, aku bermalam kat bilik anis ajer.

------
TENTATIF KONVOI
7.00 Pagi : Follow p.ngah hanta anis & trus balik ke rumah untuk bercyap konvoi. HUJAN! Aku punye la berdoa agar x hujan..Tp nih hujan rahmat, sejuk je pg itu..

8.00 Pagi : Along masih tido. Aku x sampai hati nk kejut'n. Isi masa dgn menonton Hot Fm TV8. Dan Myspace-ing.

9.00 Pagi : Kejut along-iron baju-mandi-pakai tudong. Hp aku pulak lowbet, kol mak untuk pinjam HP dia...

9.30 Pagi : g surau maktab amek Hp. Emak sdg make a call..Heppy nampak. Aku menyapa.. Emak trus kiss aku . " Angah ko dah dpt tarikh flight...Kul 2 g PDI ade taklimat" .. aku macam ARRHGHh.. petang nih?? baru nak jln raye ngn kawan! eee...!! Tp, aku ade sikit Happy.

10.15 Pagi : Jempot Maliha + Fit kat bustop smdklana. Trus ke rumah Mai. X sgke aku, Kamil drive ngan Paan ngn Fadli and Muzam.. Tp bagosla ramai :) Mai mcm malu jek? Kami lansong x borak-borak. Segan. Segan. Segan. x de budak Huha.. maka aku perlu stat dulu.. bajet burak ngn kamil sume....Muzam..Paan..

10.40 pagi : Jempot aina.

11.10 Pagi : Raye ke umah Nor Mohd. Besar umah dia.. ade pic, Nti aku put dat pic. Sejam kt uma die.. Padahal ak bz nih.. Ish!! byk lg nk raye nih..

12.05 Tgh : Pas habis, snap pic. Nor join kitowang. Ee dia baru mandi heheh. Lompat ke umah Maliha.

12. 20 Tgh : Ke rumah Maliha. Kabut sgt. sbb uma die nak buat air-potong tembikai. Dak laki lak leka jek..ejek2 aku Tuan RUmah..mane x nye tiap umah aku je jemput dowang mkn, budak2 nih malu benar... adehh

12.50 Ptg : G uma Fit. Makan best ckit. Dr td makan kuih je. Tepu da perut nih ngn tepong gandum diorang..Nasi lemak+mee

1.45 Ptg : Saampai kt uma Muzammil...Haahaa lepas hajat aku nk poie uma dio.. Ye la dia yg yeye ajak aku ... hahah..klo x smpi td mmg la aku tensen.. Byk eh kuceng kurap kt uma dia.. muzam kejam la x kasik makan. Kitowang die bg makan mee sup pulak.. uu sedap sedap! Mak da mula kol2.. bile nk sampai uma...G pusat dakwah..

2.15 Ptg : Aku pakse along balik cepat. Dah lambai2 ..bye bye .. kitorang bla, hanta Fit+Maliha. Along drive laju2..balik uma amek pic. Hahha hilang da gambar-gambar aku, ni aku cilok kat purse n fail aku,,, sebbek.. Then hanta Aina pulak. Sampai PDI..

------

~ umah nor mohd ~


--------

OPIS SMATT; PUSAT DAKWAH
2.30 Ptg : Menggelabah aku masuk kt opis Sekreteriat Mahasiswa Timo Tgh (SMATT). Ustat lak guraw2 ngn aku, "aik ? kamu dtg x bawa kih raye ke..dowang sume bawak kuih raye" ehh ustat nih men-men lak, aku dah gopoh-gopoh dtg nih...

Fly : AHAD
Date : 18-10-09


3.35 Ptg : Hurm, aku masih x fokus ngn kenyataan di atas. Betulke?! Cepat..dan aku masih x sempurnakan luggage aku ...Argggg! Rase nk jerit je..! Zaty n Aini tumpang aku ke Term. Aku solat Zohor.. n G termm..

4.05 Ptg : Sampai term n window shoping.

5.30 Ptg : Aku smpai kt kerete. Dpt beli KFC RM 12.25... Tudung RM 14.70...Hak3.. Racun tuh mmg wujud.... RACUN SHOPING

Sampai ke rumah..



Monday, September 14, 2009

TERBANG KE PERANTAUAN

Setelah usia meningkat dewasa, masing² telah memiliki impian tersendiri untuk merealisasikan matlamat hidup.. Menara Gading ialah impian setiap insan yg bergelar student. Jika kita berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah kepada kita di sana, maka pintu gerbang buat kerjaya yang lebih cemerlang akan terbuka luas.

Hari nih aku nak membicarakan satu luahan rasa tentang tajuk di atas.

Setelah tamat SPM, kawan² ku sumer tlh berjaya dgn cemerlang! Berbangga lah sekolah Shams kerana batch 2008 ramai yang dapat conquer A dalam setiap subjek, including me :)
Tapi bg student mcm aku, aku sangat bersyukur kerana walaupon x dpt capai target aku untuk SPM, tp ape yang Allah beri tuh, dah buat aku bersyukur. Klo Dia beri aku stret all A's, mungkin aku jadi insan yg riak-takbur-tak-ingat-dunia.

Alhamdulillah juge dgn result yg aku dapat, aku berjaya mendapat tawaran dr pelbagai institusi. Antara tawaran rasmi yg aku dapat:

1- Kolej Matrikulasi Melaka (Asasi Sains)
2- Universiti Sains Islam M'sia (Tamhidi Sains dan Tech)
3- PPISMP, IPGM (Ijazah Pen. Agama Islam, Arab, Syariah)
4- Maghribi tajaan MAINS (Ijazah Dirasaat Islamiah)

Setelah berdizcusing dgn family, perasaan, rakan, guru..aku telah memilih pilihan ke-4. Ape alasannya? Aku nk timba pengalaman baru di luar sane. Di perantauan, di Bumi Anbiyaa' .

Jadi, para pembaca sekalian doakanlah pemergian aku ke sana after Raya Aidilfitri 2009 ini. Aku memohon 10000000 kemaafan jika ade silap dan salah antara kita.

******Lets Fly To Gain Valuable Knowledge*

Tahun nih, aku sgt gembira kerana ramai kawan² yg dapat terbang-tanpa-sayap ke perantauan. tak lupe jugak kawan² yg blaja di M'sia. Korang bertuah jugak dpt belaja kt cni, senang balik cuti, ramai kawan bangsa sendiri. Tahniah aku ucapkan.

Antara kawan² yang fly ke perantauan:

  • 9 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Sakinah, Zaiha, Ihsan, Iskandar, Syafiq, Akmal, Amirul Aiman, Warlif, Khuzairin, Nazmi Afifi, Amir Hafizi, dak² STAM Maahad Ahmadi (0430, Mesir, MAINS)
  • 12 August 2009- Amrah, Hidayah, Zurin, Warlif, Nazmi, Amir (1030, Jordan, MAINS). Farah Hanisah (1730, dentist, Jordan, JPA)
  • 13 August 2009- Dak² BTN Meru. SAffwan, K.Mira, K.Dila (0630, Uk, KPM)
  • 14 August 2009- Abul, Shaymak, Nik Nur Madihah (0630, medic, Cairo, JPA & Bank)
  • akan ditambah.......insya Allah.
"Tahniah atas kejayaan korang, satu hadiah yang sangat bernilai dari Allah taala.

Pesanan aku di sini hanya satu,

Korang dah berada di gunung yang korang pilih, maka setiap apa yang dipelajari itu, hargailah seboleh-bolehnya. Kita sebenarnya melangkah satu demi satu hingga ke puncak atas tu.

Ramai orang yang tersalah gunung.
Ramai yang ada gunung yang tepat, tetapi salah naik.
Tapi yang paling teruk, kita berada di gunung, tapi tak sedar kita sedang menaiki gunung itu!"

*credit to: senikehidupan.wordpress.com