Forever Young

PeLik kE NaMa Aku??
Friday, June 4, 2010 . 2 word(s) .


Salam sume, alhamdulillah..walaupon blog stil problem kat negara ni, tapi aku dapat jugak bukak hari ni. Aku rasa mmg lah dapat bukak blog 2 minggu S E K A L I ! *tension*

Erm hari aku nak memperkenalkan kepada dunia tentang NAMA aku. (kenyit mata sikit).. Kenapa? sedap ke nama aku? popular ker?? comel?? (oh !!) Aku buat entri kali nih sebab apabila aku sebut nama aku kepada UMUM, mereka seolah-olah..menjadi pekak. menjadi hairan. menjadi macam orang tak reti mengeja. menjadi dan menjadi macam-macam la.. So berikutan ini aku merasa N A M A yang diberikan oleh mak aku itu amat pelik di mata orang lain.. aku rasa jugak yang JARANG orang nak guna nama UNIK ni ..heheh dan ini juga memberi kesan pada aku, bila berada di dunia maya, malu untuk menyebut nama aku sendiri. dan menggunakan nickname je.

Bila cari dalam buku-buku nama bayi pon, tak tersenarai. :'(
Bila cari antara orang-orang yang sama nama pon tak jumpa
Bila cari dalam drama melayu pon tak penah wujud
Bila cari dan browse fren kat frenster ha..baru jumpe geng sama nama.hehhe

So aku cuba mencari sejarah nama aku. Biar kalau ada orang tanya apakah maksud nama aku, dari mana datang..camne gaya sebut..aku ada la jawapannya. Dan ini la nama aku...


N A E I L A H

dan bila sudah tahu sejarah nama aku..Aku happy sangat, terus panggil mak yang tengah bace surat khabar dan b'tanya sambil tersengih-sengih

"mak, sapa yang bagi nama angah?? mak dapat dari mana? "

"erm, mak lah yang bagi.."

"mak tahu ke maksud die? pandai mak pilih untuk angah"

"tahu.."

mak macam malas layan perangai budak-budak aku ni.. dalam hatiku terlintas, terima kasih emak! kerana sejarah itu aku da mula menyukai dan bangga dengan nama aku sendiri.

p/s: sebenarnya dah tahu lama sejarah nama aku ni, sejak darjah 3. tapi still malu-malu nak guna. Lepas tuh, aku macam da ta tahan..sampai bila nak malu? then time form 5, takde keje tuh, aku pon search kat tenet, nama aku :)

ok selamat membaca, korang mesti terharu nanti. dan sila teka camne gaye nak sebut? hehe



******

Contoh Isteri Yang Taat Pada Suami


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya mulia,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.


Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah

penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.



Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.


Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya



"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".



Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.


Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.



Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.



Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.



Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi


"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".


Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,


"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".


Lalu Nailah menjawab,


"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".


Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya. Dialah Nailah Al-Farafishah ..



*****



hope will be like this one day. for my husband-to-be. Aminn..




Labels: ,



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


.:: waiting 4 a call ::.