sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, December 29, 2010

Jom belajar banyak bahasa ;)

Gumbira sebab takde kelas hari ni Woha!


Assalamulaikum sumer. Aku cam excited sikit skang ni sebab aku terjumpa sesuatu tyme nak keluar dari pintu jami3ah (universiti) tadi.. Jalan dengan pantas (sebab gembira takde kelas) tiba-tiba aku berhenti kat depan laihah (papan kenyataan) untuk tengok iklan.. Tadaaaaaa ..!


Kelas korea pertama, Selamat Datang ! TRANSLATE.


Ni haa.. kat jami3ah ade kelas bahasa Korea F R E E O F C H A R G E .. tu yang mashukk :) Aku memang tercari-cari bahasa ni, yer la.. kalau kt malaysia nih, da lame masuk kene pakai duit.

Kelas bahasa Korea ni start Khamis nih.. Tapi aku tak daftar lagi, cam tak dapat kot nak masuk kelas pertama sebab nya ade kelas ganti tyme tuh.. Erm rugi nya.. Abes la lepas aku dah paham bahasa Korea nanti, mari kita jejak ke Korea....dan mencari jejaka hot di sana........(oke ni tipu jek, astaghfirullah al-azim) wahaa!



Kalau nak tau aku memang minat belajar bahasa. (Kecuali bahasa melayu karangan dan sastera , suka sikit sikit je hehe). Bertambahlah jumlah bahasa yang aku dapat selain English Melayu Arab France.. Sekarang ni pon cam tengah kumpul banyak-banyak bahasa untuk kepentingan dan kemajuan diri je.. Tapi kalau dapat kerja memerlukan penterjemah.. jangan lupe offer aku erk.



MELAYU YANG SOPAN-SANTUN


Sejak lepas lahir aku dah mengenali bahasa Melayu ni, maklumlah bahasa ibunda tercinta kita semua. Bagi aku daripada bahasa Melayu sahaja kita dah dapat tahu yang orang Malaysia memang lemah lembut serta bersopan malah berbudi bahasa :) Bagi aku bahasa Malaysia bahasa paaaaaaaaaaaaling kacang goreng sekali.. Erm ye lah, bahasa harian kita kan?~ Kalau belajar bahasa Melayu memang menarik. Syair-pantun-gurindam lalala..suma ade.. Tapi dulu-dulu kat sekolah aku x minat la sebab errrrr .. Korang pun boleh jawab sebab ape kan ? Hihi.. Karangan aku pon tak TOP macam orang lain .. Merepek macam dalam blog nih reti la kot.



ENGLISH SECOND LANGUAGE


The formal language of Malaysia after Bahasa Melayu is English Language, why ? (skema plak) Sebab dahulu kita dijajah oleh British, so banyak impak nya kepada warga Malaysia. Tapi dulu pon Jepoon serang Tanah Melayu, kenapa Jepun tak dipilih jadi bahasa rasmi kedua...? Erm...... sebab aku rasalah Jepoon jajah kita tak lama.. British lagi lama.. (jahat la dorang ) Aku tak power sangat bahasa Inggeris. Sebab dulu malas bace buku inggeris. Kalau cekgu suruh isi kat buku nilam, aku tak bace pon.. Just amek sinopsis die jek.. hek3.. Maaf cekgu, akibatnya bahasa Inggeris tak lancar sangat. Tapi aku rasa kalau aku bermastautin kat London, mungkin hebat kot English aku.


ARAB BAHASA INDAH & BAHASA SYURGA

Aku mula kenal bahasa Arab sejak masuk darjah 1. Tapi masa tuh aku tak pasti bahasa yang aku belajar tu adalah bahasa Arab .. (teruk nya?!) Sebab sekolah kebangsaan je tyme tuh. Kemudian masa darjah 3 mak pindahkan aku ke sekolah agama swasta yang sememangnya blaja bahasa Arab. Belajar Al-quran. Dan tyme tu aku rasa Kagum sangat.. indahnya bahasa Arab, dengan bahasa ni kita boleh paham Al-quran.. Subhanallah. Selepas bape bulan mak tanye , aku nak pindah @ tak..? Aku cakap taknak sebab dengan sekolah nih lah aku paham makna Surah Al-Fatihah.. Paham tafsir Quran.. Jamil jiddan ! (indah sangat!)

Kamus dapat free dari MAINS. Kamus bahasa arab yang popular kat M'sia


Sampai abes SPM memang alhamdulillah Arab aku maintain.. Dan untuk merialisasikan kehidupan dengan berkomunikasi bahasa Arab, Akhirnya aku dapat sambung belaja di Morocco ni. Memang kene cakap bahasa Arab instead of France. Suka sangat.. ! Tapi nak dibandingkan Arab aku ngan kawan-kawan aku.. err diorang lg hebat la.. Aku bese-bese je.. malu -__-" ....Ana lastu fasihan fi lughah arabiah ~



LA LANGUE FRANCE


Masa aku kat sekolah menengah aku mengenali NAMA bahasa Perancis. Aku rasa kenapa lah SBPI nak sangat ajar pelajar-pelajar dia bahasa Perancis.. ? Sebab bahasa Perancis antara bahasa yang dipilih menjadi komunikasi antarabangsa. EErhmm.. dan tyme tuh aku rasa Perancis nih macam susah lah nak belaja.. Sampai aku penah niat AKU TAK KAN AMEK TAHU TENTANG BAHASA PERANCIS DALAM HIDUP AKU.


Sekali............dapat lah sambung belaja kat Morocco ni, ha.. Bahasa Perancis ni merupakan bahasa rasmi yang KEDUA.. pertama Bahasa Arab..Huh, Terkulat-kulat aku study Perancis dalam tenet.. Kalimah biasa dengar tyme tuh, BONJOUR.. ! Hurm.. dan aku rasa Perancis ekceli memang susah dan menyusahkan.. belit-belit lidah.. Tapi lepas sem 3 nih, aku rasa macam minat ngan bahasa romantis ni.. Harap-harap aku dapat banyak lagi vocab bahasa Perancis, nanti dah pandai leh jalan-jalan kat Eiffel Tower ..Comment cava ? Je m'appelle Charifa.



KOREA HANGUOEL


Aku minat gileeeeeee gileeeeeee ngan bahasa Korea sejak wujudnya cita-citun korea yang on-air kat 8TV, bermula Stairway To Heaven, dah season da citer ni.. tahun 2001 dulu. Tyme form 1 zaman jahiliyah dulu. Hik3. Cam suka buang masa ngan citer korea je tyme tuh.. Jumpe suratkabar pun cari pasal korea, jumpe majalah pun, bukak m/surat korea.. Internet plak surf pasal artis hot & cun korea.. Dan berharap one day akan jejak kaki ke sana.. Nak pijak salji sana pulak..hik3.. Akhirnya akan ku belajar bahasa korea nih di Morocco, Rezeki Ya Allah.. Memang Rahmat-Mu melangit luas.. Nae ireum-meun Charifa. Aja- Aja!! Sarangheyo ....... !!



MANDARIN SENANG

Bila tengok citer cina kat 8TV, kat TV3 suma.. Aku boleh dapat 3. Satu cerita, Satu budaya. Satu lagi bahasa. Bagi pendapat aku, bahasa Mandarin agak mudah nak difahami.. Kalau korang tengok 1 cerita Cina.. da bleh paham lah perkataan2 diorang ..dan boleh agak diorang nak cakap ape.. Best ! Bahasa Mandarin ni digunakan di Malaysia , Taiwan, dan Cina .. Satu lg adik beradik Mandarin ialah Kantonis. Kantonis pon senang gak :)


Pengalaman tengok entri ni: Sepupu kahwin ngan orang Taiwan. Masa raya 2010 hr tu dia datang ngan bini Taiwan die.. So die speak english untuk komnikasi ngan sedara-mara yg lain. Aku pun datang kat bini dia, Maggie. (Nama Islam x igt ..erk)

"hello sis..U are from Taiwan rite? Hurm nice to meet you. I can speak a lil'bit Mandarin, let's hear me..Ni hao ma ..? "

Err dia terus terkejutla.. sbb aku pandai cakap hatta 1 ayat, APA KHABAR .. hihi aku pon suka ler..dia pon start la tanye aku macam-macam, dr mana aku belaja..
"ooh a...wak... pann..dai.. caaa ..kap..Man..da.rinn.."

dengan gagap-gagap dia nak puji aku, tapi dia cakap melayu.. Tabik la sis Maggie :) Padahal suami dia pun x pandai cakap Mandarin. Woha!

"E tien tien.. Huan in lai Malaysia ! " (sikit-sikit je..selamat datang ke Malaysia) .. dia pun cakap & tersenyum "xie xie ni.."(terima kasih) . Suami dia cam terkejut la ngan aku.. hihih abang Ayan kene belajar ni ngan saya :P

Doakan saya mudah belajar di sini.. Berharap dapat mendalami bahasa-bahasa ini..


*****

Jap. By the way tadi aku beli kek ice-krim. Sodap ehh ! Morocco memang popular ngan kek ice-krim.. Nikmati gambar bawah ni ..



Nama kedai dalam bahasa France.
Maksud : Fine Bakery's Home.

Beli 3. Aku punye, Izzaty, dan Besday Girl, Syuhada. Sanah helwa, Syu!

Dah dimakan...*-* laziz bezzzaf ! DH 8 = RM4.00


Oke. Ini sahaja entry berkenaan bahasa.. Bahasa jiwa bangsa. Nak berpantun la sikit, kita kan orang Melayu..hehe.. Pecah kaca atas simen, sudah baca harap sudi komen. Ok, bye bye. Ilal liqa'.. selamat tinggal. Au revoir..


Sunday, December 26, 2010

Dugaan Morocco (2) ; Baju Kurung Pink

Menaip dengan pantas, laju internet malam ni, sebab semua rakyat jelata dah tidur..

Nak cerita pasal dugaan mmg lah banyak.. dan semua itu mengajar kita
erti kehidupan dan sejauh mana kita mengingati Allah. Sesungguhnya segala yang
ditimpakan ke atas semuanya dengan kemampuan dan kekuatan kita..




****
Hari ke-3 setelah berpindah ke rumah baru, aku pun bercadang untuk menyidai baju di sutuh kediaman apartment aku.. tetapi aku was-was sikit la, maklum la kawasan baru..
Sidai sehelai demi sehelai.. sehingga aku memegang satu baju kurung pink yang emak belikan spesial dr Bandung, Indonesia.. Baju yang tu bermanik cantik . Masa nak sidai, hati bercakap-cakap ngan aku...


"Jangan sidai weyh, baju ko nih macam cantik, ada manik... baik ko terbalik kan baju tuh dulu.. Kalau tak, nanti orang arab cilok"

Seperti kebiasaan aku didik hati aku agar berprasangka baik.. Lalu aku abaikan pesanan hati dan menyidainya.. Petang menjelma, aku pun angkat baju-baju aku..Aku lipat-lipat, sampai ke kain kurung Pink. Sambil rasa tak cukup satu baju lalu aku berfikir..
" Eh...? Mane baju kurung pink ni..? Kain ada... baju die mane.......??? " Aku pon teringat kata hati aku, dan Sah ! Mmg kene tibai ngan orang arab. Kalau nk kata terbang..? X logik.......sebab aku sepit baju tuh :'(

Aku mmg tak sangka sangat hati aku lebih bijak dari akal aku.. erm tapi sayang, baju yang aku paling sayang kenangan dari Indonesia tu hilang macam tu ajer......Tapi macam aku kata kan aku mmg tak ade air mata untuk menangis.. Macam kawan aku dulu jubah die hilang sekali gus.. 3 helai... Pergh mmg menguji keimanan betul. Dia sangat sedih .. Yela, baru sampai , baju dah hilang... erm.. Tp aku da duduk setahun baru baju aku hilang..... Aigoo..~ Kiri , gambar last pakai baju tuh di Rabat, jemput junior N9.

Aku bercerita ni, untuk sekadar peringatan kepada rakyat-rakyat ajnabi di Morocco. Supaya lebih berhati-hati.. Bukan nak memburukkan sesiapa.. Dan jangan berprasangka pada orang-orang arab, sesunggunya aku dah merasakan betapa baiknya orang arab di sni.. Cuma mungkin bende-benda DUGAAN yang berlaku kerana keadaan yang mendesak..Nak-nak lgi kejadian berlaku seminggu b4 rya Haji.. Memang macam-macam lah berlaku..~


Aku rasa nak spot jek orang yang cilok baju pink aku yang bermanik cantik tu, ingin ker orang arab pakai baju macam tu...?! Ish..


Dan sekarang aku masih sidai baju-baju di sutuh.......Sebab sutuh tuh luas, boleh maen badminton . Kanan ; Kawasan sutuh yang penuh dengan parabola..





Tuesday, December 21, 2010

Sesal yg tiada guna .. Dugaan Morocco.. (1)

Salam alls. Entry hari ini aku rasakan aku menaip dgn rasa syahdu dah haru T_T
Aku belum lagi menitikkan air mata, cuma rasa sesal tuh tak padam lg dalam haty aku..
Aku bertanya kenapa...... Kenapa..? Tapi jangan salahkan takdir sebab ini sume salah aku sendiri. Sudah seminggu perkara itu berlalu. Tapi ada lagi yang tak tahu keadaan aku.


Plan hari Ahad yang yang kami rancang sangat seronok. Aku da rancang nak shopping hari Ahad (selepas entry celcom dikeluarkan).. Sampai kul 10 pg, dah set 2 jam jek dalam pasar..

Aku redah pasar yg berupa pasar malam Msia tuh, redah, selongkar baju2 sejuk, kasut boot. Tak jumpa.. Saiz.. hehe Erm, sampailah mata aku tertumpu satu baju kelabu tuh.. Errr.. Best! Harga boleh dirunding, then aku cepat2 cari boot maen salji.. Jumpa..! Dalam masa 2 jam, tercapai misi aku shoping 2 bende tuh..

Masa dah nak balik, aku stop kt satu kedai.. belek2 lg baju sejuk. Beg sandang aku kt sisi badan aku, seronok2 tawar menawar ngn Abang kedai tuh, tiba2..................


Gaya terlarang abang ni manjual baju-baju


Hati berkata2.."Jaga-jaga beg ko tuh, kat tepi tu.."

Aku tersedar, tp itu hati.. Aku cuba bersangka baik.. Dan bila da bayar, aku masukkan duit dalam beg tu........ Argh..?! Pesal kempis je beg nih? Tangan aku menggigil... Aku seakan nak menjerit,

"Mas.. Acu.. Mane akak punya...........?? Akak punyaaaaaaaaaaaaaa hp ? "

Ya Allah..... aku cuba cari-cari dalam timbunan baju, x jumpe. Aku dah syak somting. Aku call hp aku.. Ade lak orang jawab....... Aku jerit2 kat hp tuh, suh DIA pulangkan.. Tp tak berhasil...........


Aku rasa makcik nih lah..~ *sigh*


Aku pulang dengan hampa, bende yang dikejar dapat. Aset yang aku ada hilang :(
Sedih tapi tak kuar air mata ni........ Aku buntu..

Moga-moga DIA huru-hara !! Aku redha dah.. Gantikanlah dgn baru.. Nak mara x guna, salah aku jugak sbb tak ikut kata hati.. Lepas ni kene berhati-hati,

ade tak baju poket kt dalam..? Ps: Nak usha Aino Sony. Oke tak...?

Sunday, December 12, 2010

Hilangkan rindu kepada orang Malaysia; Tawaran Panazz !

Merujuk blog ini


Salam semua !! Aku ada berita gembira buat mahasiswa/wi yang belajar di oversea. Apa dia?
Erm, jom kita terjah..

Masa 17 November hari tu, bunyik esemes ..

Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://beliamuda.com/2010/11/celcom-rm2-bundle-service/


Amacam...? Aku bila baca esemes uh macam tak percaya jerk?? Terbeliak jugak mata nih, namun aku abaikan saje...Tapi lepas jek aku jalan-jalan kat umah 14, adik junior bagitau tentang perkara nih, yang sememang nya RM2 sahaja ditolak dalam sehari, gunalah banyak mana pon !!! WOW !!!!!!!


Aku baru test tadi, pantas menaip YESRM2 tuh, lalu...... direspon,


T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.


Huhuhu.. Rasa heppy sangat, barulah ini dipanggil Celcom yang pemurah tak cekik duit mak aku sebab nak topupkan aku dari Malaysia.. Wah, selama 2 bulan aku da tak call BFF aku, sekarang.. Ha, orang Malaysia kot penat nk jawab aku nye call.. Padan muka ;)

Setelah diselidik tawaran ganjaran apakah ini, baru aku tahu..ia dinamakan

"CELCOM RM2 BUNDLE SERVICE"


Untuk orang Morocco, jangan lupa gunalah Xpax, UOX, SOX untuk mendapat ganjaran istimewa dari Celcom ! Dan untuk topup, jangan risau, PMMM kan ade jual .. What you give you get back :) Lagi satu, aku rasa guna Celcom lagi untung instead of guna Lowrate or Action Voip.. Sekadar kita nak calling-calling orang Malaysia.. So, think wisely !

Dah, stop la, nak kol BFF yang ke 3 pulak .. Yey, alhamdulillah 3la kulli hal ..wa nikmah.

***
P.s ~ Sape-sape yang takde no Malaysia, tapi nak call orang yang dirindui, Jomlah pinjam hp aku, aku tengah bermurah hati ni ..

Saturday, December 11, 2010

angka 14 12 dan 18

salam.. hari nih aku nak masukkan entry merepek sat.. sebab nak update gmbar jek pown hehe

apa dia 14 ..?

no bertuah untuk rumah Aini. Serta 3 orang adik-adik baru, Khalilah, Mira, Masturah

apa dia 18 ..?

no bertuah untuk rumah Saya yang diketuai Izzaty. Serta 6 orang adik-adik baru, Hana, Ahlina, Aida, Aiman, Syuhada, Syahadah

ape dia 12 ..?


ehem, senior 3 orang tambah junior 9 orang sama dengan 12 orang lah :)

K-A-M-I

Sajer aku masukkan entry ini, agar korang tahu kedudukan akhowat di Casa .. Berkenaan kedudukan rumah, aku tak dapat nak cari kat google map huhu ^^ Tak dapat dikesan kot.



******

Baru-baru nih kami rumah 18 a.k.a BaytSamantash ( arab ) telah membuat 1 laman group fb untuk ahli rumah kami, kepada yang nak menyertai.. heheh boleh.. Boleh tengok je, x leh jadi ahli huhuh ^^

Friday, November 26, 2010

untuk Kakak super senior

Assalamualaikum wbt semua yg sudi singgah membaca

Sudah lama tak muncul tajuk baru untuk November nih. Situasi internet V2C yang lambat dengan kehadiran 7 buah laptop canggih-canggih. Sebab tu la, aku yg menggunakan laptop season agak lambat untuk surfing..Sedih jugak. Hatta nak bukak ym pun x dapat :'(

Tergendala jugak la post-post menarik yang aku nak kongsikan. Ok stret 2 da point jer..

Lepas 3 minggu kepulangan aku d Magribi ni, Kami dapat berita (x tau emosi apa) akan ada junior d Casablanca. Aku sangat heppy. Tapi agak cuak dan risau untuk menggalas tanggungjawab yg dipikul seperti akak-akak senior terdahulu.

Bacth aku yg menetap d Casa hanya 3 orang akhowat. Adik junior yang datang nanti seramai 9... 9 ORANG !! ohh ramai nya. 3 kakak nak jaga 9 adik.. ? Tp kami terima dgn hati terbuka walaupon terpaksa berhadapan dgn pelbagai situasi yg mencabar nanti.

Jom berkenalan..


Delegasi 1, Syahad _ Perak
Delegasi 2, Hana / Mira / Mas / Syu / Ahlina _ N9
Delegasi 3, Aida / Aiman / Khalilah _ Pahang & Selangor

Alhamdulillah menyambut kedatangan adik-adik baru merupakan pengalaman yg menrik. Aku belajar banyak benda sekarang.. Contohnya : menghafal jalan ke Bouhlal dari La Gare Agdal..hehe , cara-cara ambil minhah, tasjil.. dan banyak lagi.


*******

Buka rumah baru di Casa.

Selepas berpindah dr Derb Khair, yang aku rasa kan jalan di sana sangat bahaya. Banyak je syabab-syabab memenuhi ruang jalan pd waktu pagi dan malam. Bahaya ! Walaupun rumah besar dan sewa murah, kami ambil keputusan untuk pindah , alasan 1 : Jalan yg bahaya . Alasan 2 : Jauh jalan 30 minit ke kuliah. Tp sebaik dapat gak aku merasa duk ctu selama 2 minggu :) Walaupon semasa nak pindah tu sngt banyak dugaannya yg x perlu aku coretkan dcni, namun kami ber-3 tabah ..ececeh.. Allah beri kami kekuatan juga pada hr tersebut.


Dan sekarang, rumah baru. Semangat baru ( ehem..) Kami sewa 2 buah rumah, salah seorang antara kami ber-3 terpaksa berpisah supaya setiap rumah ade wakil senior. Sangat sedih, setahun kami bersama..tahun ni berpisah.. Nasebaek Rumah kami sekarang masing2 dekat . Sebaris lagi tuh :) Kepada akak-akak senior, jemput lah datang ke sini lg, kami merindui kamu semua.. Kepada akhowat wilayah Kenitra dan Rabat dan Mohammedia ayuhlah jejak Casa.. Rumah ade dua, pilih je mana suka .. Marhaban bikum jami3an !!

Ya Allah limpahkanlah kasih sayang Mu kepada kami semua, kau taburkanlah wangian ukhuwwah antara kami, limpahi lah kasih sayang adik junior kepada kami dan begitu juga kasih sayang kami terhadap mereka agar pertemuan ini indah kerana redha-Mu ya Allah. Jangan ada di hati-hati kami ini hasad ya Allah. Walau rumah berbeza, rapatkanlah hati-hati kami dalam mengejar cinta-Mu ya Rabbi __ikhlas Kak Naei

Friday, October 29, 2010

Flashback masa balik

Sebaik singgah Mohammedia, nak online kejap

Alhamdulillah sudah berada di Magribi ni selama 3 minggu setelah pulang nya aku dari Malaysia. Untuk kali kedua tinggalkan emak.

101010 1.00 pagi tu berterbangan lah aku ke ruang angkasa ;)
10 jam tanpa henti.
Egypt Air memberikan khidmat terbaik ! Huhu best.



7.30 pagi jam Cairo . Angin Cairo sejuk jek pagi tu. Perjalanan kali nih ditemani Adilah dan Ezzah serta Akak Shita dan adik-adik junior dari Kelantan . Untuk 1 hari berlagak menjadi ore kelate kejap. Belajo kecek kelate ngan demo sumo. Huhu.

Ini kali ke 3 aku dah jejak Mesir. ^^ membawa adik junior jalan-jalan pulak. Disebabkan sudah melawat Mesir 3 kali, mood untuk berposing sudah luput hehe . So kami yg "senior" (..lah sangat) hanya membiarkan adik-adik pukul gambar demo sendiri

" kamu berdiri saya pukul " kata Ustaz Kelantan tu ..hehe
" ni tandas tuk ore tino je " errr..

Dah 13 jam transit dan jaulah-jaulah.. Amanah orang pun aku dah setelkan, kami pun fly lagi menuju Maghribi. Guna Egypt Air lagi. Perjalanan 5 jam.

Tapi masa nak sampai tuh ada sedikit gangguan .. Eroplen terumbang ambing .. Aku cuak!
Rasa nak tamat dah riwayat.. Hati pikirkan emak je.. Makcik arab sebelah aku pegang tangan aku dan suaminya sambil istighfar banyak-banyak. Aku menurut sekali..

Patut sampai 10.30 tapi terkandas kat awan dalam 1 jam.. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tuh ! Tengok peta dah nak sampai, tapi dia macam terlajak pulak dari Casablanca...

err..tp bukan dia landing kat Marrakesh tau, tu anggaran jek


Akhirnya.. Alhamdulillah.. Riwayat hidup aku masih panjang. Masa sampai hujan lebat, sejuknya Maghribi ! :)
Cuaca yang baru buat aku selsema 2 minggu ... Minggu ni baru ok sikit.

Masuk kuliah, blur and peluk cium kawan arab tapi diam je.. Arab ku sudah dilupakan
huhu... Seminggu tu baru pulih ingatan balik. Parah~

Aku dah cuba , nak cuba lagi.. Ok see the next episod...

Friday, October 8, 2010

Sudah Tiba Masanya

the last one day. what i am going to do with the last ?

maybe just see the face of my belovers family. Hug & Hug.
Emak Wan Along Adik Anis Pakngah Makngah Nasyrah Maksu Sopi Amir ( ni yang akan teman aku ke KLIA )

..and also Abgcik..the others family..dont worry u also in my mind.. Hayyakillah!

-----------------ini status Facebook aku-------------------



Esok will be the last day aku kat Malaysia. Oh macamne nak hadapi hari esok?
Bahasa arab aku yang dah lupe sikit-sikit kene topup balik. Kawan arab aku
ade pesan ..

" balik malaysia ulang kaji bahasa arab, aku nak lepas nih ko dah x gagap bila cakap ngan aku.."

oh?!! heeeeeee.. Malu-malu.. (-_-'')


ok, untuk sem baru ni, mari aku tajdid niat. Kawan-kawan jordan and mesir and maroc sume dah start kuliah, aku je. Bermula isnin ini..

Ustaz Syarqowi dah tanya-tanya pasal aku..hayya.. Cuakkkk nya.

Doakan kejayaan aku di sana. Next raya i will give Malaysian my salaam at Utusan's newspaper hehe. Macam yang kuar ni..~

Monday, October 4, 2010

JEERA & the waiting 100

Assalamualaikum wbt..

tadi pukul 2 pg kot, selak-selak blog.. ade orang cakap nak follow.
Ahaks?! the 100th follower..haha

dah setahun kot baru dapat kumpul 100. hehe

Ok, ni dia muka yang kita cari..




Nama dia Fatin Nazirah. Kira kawan baru la..sebab jiera follow blog aku, aku follow dia balik. Try visit, mmg cam unik sikit la..

Kenapa aku follow dia?

  • memiliki blog yg cute walau header belom rasmi
  • ade energy save mode kt blog..aku blom jumpe lg mane2 bloggers yg ade cmni
  • shoutbox die best, kene click baru kuar. so sweet

Jeera, kenapa follow saya? Nak saya follow awak balik ekk?? huhu
Jeera, ajar lah buat bende-bende best kt blog awk tuh :)

ok, by the way, thanks be friends.. welcome to mine ~

Eee Tak percaya Nak PMR esok.

Ape beza ialah dan adalah?

Petinju ke peninju? Membenteras ke membanteras?

Arrgh susahnya tatabahasa!!


Bla..bla..bla..

Selepas baginda dilantik menjadi Rasul..

Lagu sumayyah pun berkumandang (nak ingat punya pasal)

Hidayah dari segi bahasa.. dari segi istilah ialah...

Ya Allah, masuklah periksa yang aku baca ni..


Anga, takutla..macam nak demam je nih..



Monolog ANIS bila esok nak PMR. Teringat dulu bile esok nak PMR, aku lg tidur lewat sebab pikir nak ulangkaji ape.. aduhh.. Teruknya..



Anis? Ko tak tidur lagi? Kalau akak memang da sarat kepala nak baca haha.. Aku cuzin yang kurang memberinya motivasi..haha


By the way, GoodLuck anis! Bittawfiq wan najjah. Akak yakin ko boleh buat, Anis!

GO GO CAIYOK !!



ANIS = my sweetiest, adorablest, awesomest cuzzin :)

Tuesday, September 14, 2010

The Best Syawal Masa Dewasa Aku








Alhamdulillah..tahun nih syawal mmg best. walaupun ade jek yang tidak bersua muka.. tapi kegembiraaan bertandang jua sebab dapat kumpul duit raya..haha DEWASA dah pon..




Tapi aku still belasan. Lepas ni da puluhan..ni tahun akhir nk nikmati 19 hehe. Sebab tu berusaha (dengan sungguh2) merapatkan silaturrahim dengan sesiapa sahaja. untuk kembali semangat seperti zaman kegemilangan waktu kecik2 dulu hehe


Raya first, pakai baju baru. Kasut wejes baru. Tapi tudung pink aku horror..biarkan. Semangat sebab masjid da renovate. baru. but WE always LATE . haks..! so ta muat sangat heheh..


Lepas solat..salam-salam..segera nak cari mak arwah Afiq. Ucap takziah.. Sedih.. Melawat kubur.. doa.. Al-fatihah..


Ziarah sedara-mara..balik umah lepak sampai petang. Malam, datang kampung Anis. Best, cuzzins Anis sume spoting \(^0^)/


Ni la tahun yg best sebab aku layan mercun..layan duit raya (padahal setiap tahun berharap)




Harus tahu ya..saya mata duitan sikit ..hehe



Raya kedua, kami sefamily wat tahlil untuk arwah Atuk. Kebetulan malam tu masak banyak sebb sume family balik.. sekali tyme nk makan.. family2 lain datang. Alhamdulillah meriahhhh sangat..!!


Family NUBHAN pon ade..! heheh kami 2 pupu.. declare sekejap :)
jangan marah Abg Nubhan ..sesi bergambar ler nampak nya..~




Orang Taiwan pon ade.. kak Maggie @ nama islam nya Misha..dia kawin ngn cuzzin anis, Abg athir. Kami praktis cakap english malam tuh. Aku cakap mandarin, teruja gila die. Sedara aku, Husna cakap Jepun....sebab akk tu blja d Jepun..huh happy gak, dapat belajar byk bahasa.

Tiba2..malam tu, dengar2 Kakngah wawa nak bersalin, seronoknya! Cicit Keluarga Lasim ber++ lagi..



Raya ketiga, melawat Kakngah wawa kat Hospital. CUtenya babyboy. Bgi nama Syawalusalis la ehk..ye la Lahir Syawal ke3...ahahha!



Layan gambar oK ?

we Are BEST Cuzzie :)



Family potrait, without you, ABAH.. selamat hari raya :)






*****


Aik? Orang Morocco lah! huhu



Ok, tak lupe juga kepada kawan-kawan di Maroc. Miss u all..

eid mubarak sa3id, kullu 3am wa antum bikhayr

selamat hari raya, maaf zahir batin

Wednesday, September 8, 2010

2 hari lagi raya day


KAD RAYA YANG SAMA CAM TAHUN LEPAS



huhuhuh...

apdet sementara wiyerless still ade kat kampong ni..

selamat hari raya sume.


tengok zaman berubah

.
.
.


kad raya OFF
(khas untuk BFF jek, setem da mahal)

SMS raya on first day nanti
(kawan-kawan dalam henpon)

STATUS raya
(KHAS pengguna FB YM MS FS)

GAMBAR raya & TAG raya
(KHAS pengguna FB YM MS FS)

ENTRY raya??
(untuk ALL BLOGGER's)




ok ku pohon maaf siyes betul-betul
kepada semua ..


Assalamualaikum..
chow, g kutip duit raya

p/s: masih belum kerja ni ..hehe





Thursday, September 2, 2010

Merdeka yang dilupakan (TAK PATUT BETUL)

Pagi 31 Ogos kelmarin..lepas sahur dan ngaji..emak bancuh kuih..
Aku tolong dan lihat.. Lihat ke luar tingkap

Makin cerah.

Lihat pada Jam.

Pukul 7.00 pagi..

Aku mula pelik (?) "Emak nape tak pegi kerje lagi nih??"

Emak "Aih..hari nih kan merdeka.."

Hahahah (-_-") malu gila aku..malu..Lalu aku berfikir dengan pantas dan berlari ke atas

Onkan tv3. MHI. Stadium Bukit Jalil...

Mereka sedang seronok berarak dan menyanyikan lagu merdeka :D


TERIMA KASIH MALAYSIA !!

Wednesday, September 1, 2010

Program Ramadhan Di TV, Dapat TOPUP Iman & Ilmu

Jom share ape yang korang tengok time bulan poser nih??? Walaupun tinggal seminggu lebih je lagi nak poser..korang masih ade peluang untuk spend sedikit masa dengan rancangan2 TV yang aku syorkan di bawah ini.

Disebabkan cuti yang berpanjangan..Lepas solat subuh, ngaji..Aku bosan dok sorang-sorang di rumah. So, TV yang teman aku..hehe

Kalau korang perasan, jadual aku tengok tv, time petang2..sebab time pagi, aku sibuk buat kuih raya. Orang order.. Banyak~ So..time petang nih lah aku nak rehat dan tengok tv.
Tapi kalau pagi, aku buat jek kuih depan TV heheh..


TV1

Syahadah | Isnin-Jumaat | 6.30 ptg

TV3
Sirah Nabi | Isnin-Khamis | 9.30 pg
Pangkin Atuk | Rabu | 10.00 pg
Ular Emas | Isnin-khamis | 4.30 ptg
Masam Manis Ramadan | Isnin-Khamis | 5.30 ptg
Jejak Rasul | Isnin-Jumaat | 6.00 ptg

TV9
Primata Cantik | Isnin-Jumaat | 11.00 pg
Resipi Istana | Isnin-Selasa | 6.30 ptg
Tanyalah Ustaz | Isnin-Jumaat | 12.00 mlm

****

Program TV yang aku syorkan nih, semuanya ada pengajaran dan isi yang dapat kita ambil untuk topup iman dan ilmu..lepas tuh insya Allah, amalkan dengan ikhlas...

Hope korang spend time macam aku jugak.. Tak rugi tonton program2 yang aku tunjuk kat atas tadi ...Selamat menonton..

Kita dah kene tipu dengan LADY GAGA dan ZAMAN PRASEJARAH..jangan anggap ia satu kebetulan

Salam 1 Malaysia (hehe) ..merdeka punye pasal..SAYANG MALAYSIA.
Rabbi shrah li sodri..wayassir li amri.. wahlul uqdatan min lisaani..yafqahu qauli..

Terasa terkejut tak bile selama ni ape yang kita belajar dari kecik dah diserap masuk dalam kepala kita sebagai satu yang benar tapi sebenarnya adalah penipuan yang dirancang?

Aku tak reti la nak cakap panjang2..sebab aku bukanlah pakar..cuma hari ini sekadar nak berkongsi sedikit.. Agar kita sumer tidak hanyut jauh ke dalam dunia hiburan hari ini.. maksiat..Astaghfirullah...

Baru2 nih banyak tengok video tentang penipuan sejarah yang kita belajar selama nih. Ade satu pembongkaran yang saya pasti belum ramai yang tahu dan mengambil tahu. Ade juga video tentang hiburan yang melampau2 sehingga kita semua terhanyut dengan hiburan itu. Dan sah2 lah yang saya nak kongsikan hari ini..video tuh semua ade kaitan dengan freemason dan ilumination.


******

F FOR FREEMASON & I IS ILLUMINATION

Ape bende alah nih? Sekadar pembacaan aku dengan cekgu Google dan bertanya pendapat orang lain juga ; FREEMASON ini adalah satu pertubuhan / secret society / agent / gagasan YAHUDI yang terbesar sekali yang kini menguasai dunia yang ada kepercayaan tertentu mereka tersendiri.. Freemason ini berjalan secara halus dan rahsia tanpa kita sedari. Freemason juga hampir kesemuanya berpandukan KABBALAH, iaitu sihir kaum yahudi. Oleh itu di mana-mana sahaja kita merasakan semua benda yang secara umumnya ramai orang tahu mesti kebanyakkannya ade kaitan dengan Freemason dan juga ilumination ini. Bace lanjutannya..

Illumination pula Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi. Bace lanjutannya..

Ni semua adalah agenda Yahudi yang sekian lama dahulu, tapi banyak pembongkarannya SEKARANG. Oleh itu kawan-kawan kita kena sedar dan berbaliklah pada Islam ..


*****

Okay, sekarang jooooooooom kita terjah video-video yang popular sekarang ini untuk merungkai segala rahsia yang telah terbongkar berkaitan Freemason dan Illumination ni.. Tengok jangan sorang-sorang..kerana latar muziknya yang agak creepy.. Biar kasi kesedaran sikit.



#1 A J L . 2010 . P U N . A D E . K A I T A N ?





#2 M I S T E R I . L A D Y . G A G A







#3 W O R L D . C U P . 2010






#4 P E N I P U A N . Z A M A N . P R A S E J A R A H

akan diupload



#5 F I L E M . T H E . A R R I V A L S





*****

Sebenarnya banyak lagi yang kita kena tahu.. Para remaja terutamanya. Konspirasi yahudi memang berleluasa dan sekarang hanya dengan 2 perkataan mereka boleh mengusai dunia!

.. MIND . CONTROL ..

So orang yahudi ni memang dah tau dah cara nak tarik kita semua ke arah kemaksiatan dan segalanya.. dengan mengawal minda kita.. disebarkan propaganda dan konspirasi Agung mereka melalui hiburan..makanan..dan macam-macam lagi. Ini SERIUS!!

Jadi ape yang PENTING? Kerjasama!!!
Kerjasama dengan diri sendiri dan orang sekeliling kita untuk share dan like benda2 ni..
Kerjasama dengan diri kita untuk berubah dan lebih mencintai Allah dan Rasul.. kerana apa kita leka dan terpengaruh? Kerana kita semua sudah leka dengan dunia yang tidak kekal ini..


****

Diorang yahudi ni mmg kejam..tengok Palestin jela..Macam ne mereka sekarang..
Tengok Jejak Rasul kat TV3..Memang la tahu yahudi nih macam mne..Takpe, igatlah Wahai orang muslim semua..berdoalah! Maka Allah akan makbulkan doamu..Doa itu senjata orang Islam .
Dan, kita semua tahu janji Allah itu pasti ..untuk hamba-hambanya yang soleh..

Akhir kata, dari kalamullah..

“Dan mereka (orang Yahudi dan Nasrani) berkata: ‘Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani.’ Demikianlah itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: ‘Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar’” (Sura’ Al-Baqarah: 111)






Sunday, August 29, 2010

HATI-HATI PENGGUNA ID YM

hati-hati dengan ID YM yang add korang ade 9 huruf dan 4 nombor contoh

gynakocyk7862@yahoo.com

shelatsai7424@yahoo.com

sebab itu adalah Whooty ( WHITE GIRL BOOTY )

iaitu "minahsaleh" yang gila ataupon #$%^&*...

kalau add maybe komputer korang dimasuki virus

..ishh..aku da ter add dua Whooty tu..geram!

adik aku pun dia add..ish..bengang aku

untuk rujukan tengok entry MARAH ni

sekrang aku dah ignore jek, padan muke.


ok , bertemu di lain hari..SALAM

Thursday, August 19, 2010

Minahsaleh yang tengah #####

AMARAN
-ENTRY INI DALAM HURUF BESAR, PETANDA MARAH-


DARI HARI TUH, AKU NAMPAK ADE SATU ID YM YANG PELIK TIBE-TIBE ADD AKU
AKU APPROVE.. TAPI AKU YAKIN DIE MESTI BUKAN ORANG MELAYU BERDASARKAN EMEL DIA TUH..MAYBE KAWAN ARAB AKU KE, TURKI KE..

THEN AKU MULAKAN BICARA..DENGANN CARA YANG SOPAN

"salam..who are you? thx add my id"

SEJAM KEMUDIAN DIA MEMBALAS...DENGAN CARA YANG GELI-GELEMAN GILA...
MACAM ORANG TENGAH #$%^&*@
AKU KENE TAPIS LA BAHASA AKU.. KANG FINAS CARI AKU LAK,
SEBAB CAKAP X TAPIS-TAPIS DENGAN PENAPIS

"are there any good guys left? hey sexy! its been a while, HOW ARE YOU? i just got off work, maybe you can see me!..."

AKU PUNYA LAH??? W T E!! SAPEKAH NIH? PASTI ORANG EJEN YANG DIHANTAR YAHUDI DAN MENGAJAK AKU MEMBUAT MAKSIAT DI BULAN MULIA NI?

ASTGAHFIRULLAH

OK..KEMUDIAN DIA TAWARKAN AKU SATU WEBSITE,
DIE SUH AKU KLIK GAMBAR DIE
MASUKKAN MAKLUMAT AKU
DAN ITU ADALAH FREE TAK MELIBATKAN KAD KREDIT

INGAT AKU BODOH???

JADI AKU BIARKAN DIA MENGARUT SENDIRIAN

AKU MASIH BERTANYA

"where you get my ID?? please find another person..
i dont want thanks "

TAPI DIA TAK MENJAWAB
LALU DIA MEMUJUK RAYU AKU, DAN MEMANGGIL KU
~ BABY ~

SOUND CUTE YEAH? KEPADA YANG MUDAH TERPEDAYA UNTUK MEMBUAT MAKSIAT DENGAN WWHITE GURL TUH LA..

RASA NAK POTONG-POTONG JE APE YANG PATUT






OK KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT... UNTUK TAMBAH DOSA..
ADD LA MINAH NI..

_ _ _ _ _ _ _ _ _5681@yahoo.com

SUDAHLAH..AKU TAKNAK KORANG BUAT DOSA JUGAK..
SORRY, BYE...SELAMAT BERBUKA !

BERHATI-HATI KEPADA SEMUA PENGGUNA YM. BOLEH JADI BENDE ITU SEMUA VIRUS ATAU BOLEH MEMBAWA KITA TERUS KE LALUAN NERAKA.


Oh bisingnya, wan!


Dari tingkat atas, aku turun. Menurutkan kehendak wan aku yang entah dari tadi bising agar aku turun temankan dia kat tingkat bawah. Bila aku dah turun dia pun cover..

“Tanak nasi tuh, dah petang ni, kang nak buke apa..”

Jam baru je pukul 3.30pm. Dah suruh aku masak?! Aish..geramnya. Ya Allah, aku bukan nya nak menderhaka. Tapi penyakit penakut wan aku telah melampaui batas.

Dengan segera, aku bangun mencari tasbih. “Ambil ni, berzikir…jangan disibukkan nak masak. Taulah nak masak nanti. Duk je rehat, zikir.”

Hujan kat luar masih lebat, macam lebatnya geram aku tadi yang tak surut. Aku risau..so, aku buka alunan ayat Al-Quran dalam laptopku dengan volume yang paling kuat. Biar wan aku senyap-senyap sikit. Ternyata..dia masih tidak henti menyuruh aku masak nasi.


APA SEBENAR PENYAKIT WAN AKU ?

Sebenarnya, dia takut. Takutkan apa? Dia mengalami pelbagai kerisauan yang melanda dalam dirinya. Bila disuruh berzikir, dia kata..zikir ni untuk orang lelaki, orang perempuan tak payah. Itulah dia bila hati kita mula kosong, satu hari nanti menyebabkan kita sentiasa gelisah dan takut. Walhal, Allah ada melindungi kita. Apa yang hendak ditakutkan?

Kegelapan? Malam? Perompak? Rumah sunyi? Kalau sentiasa membaca Quran dan solat wajib dan sunat, percayalah..takut itu mampu kita ketepikan. Allah berfirman :

“Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

Kawan-kawan, pernah tak ada satu point dalam hidup kita, kita akan berasa yang hidup kita nih kosong. K O S O N G. Itulah dia yang dialami oleh seorang kawan aku, yang merasakan hidup dia tidak bermakna..kosong. Sebenarnya, kita kena selidik..jiwa kita. Rohani kita. Adakah kita sudah memberi cukup makanan kepada jiwa dan rohani kita?

Iaitu dengan berzikir kepada Allah. Lakukan zikir dibawah sekurang-kurangnya 33x sekali.

Sebelum tidur pun kita buat juga. Nabi saw pernah bersabda “Aku tidak meninggalkan sebarang harta kepada puteriku Fatimah melainkan zikir kepada Allah”. Fatimah r.a melakukan zikir dibawah setiap kali sebelum tidur. Dan keesokan hari dia memulakan hidupnya dengan bersemangat.

Subhanallah..subhanallah..subhanallah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar.

Kawan aku pernah cakap.. “Cuba berzikir banyak-banyak kali, nanti sampai satu tahap, tiba-tiba kamu sendawa. Itu bermakna, rohani kamu sudah kenyang pada hari tu. Insya Allah…”


P/s: ekceli..aku pon takut-takut gak, kalau orang gertak-gertak aku dengan makhluk selain manusia.. Aku pun belum kuat iman.. insya Allah berusaha..