sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, March 22, 2010

Suasana Komuniti Turkey

Salam sumer. Baru-baru nih, ops..3 hari lepas aku dan kawan-kawan syik dok lepak ngan budak Turki. Best..Diorang memamg baik. Tak pilih bulu. Yerlah diorang cun kawan ngan orang macam aku yang biasa-biasa je.. hehe

Hari Jumaat, tak de kelas kat jami3ah (universiti). So, kami bertolak pagi. Sampai aje umah dowang, perhhh! Macam masok umah banglo tak hingat punyaaa..Aku rasa nak je pindah umah cepat-cepat. Tapi duit sewa memang mantap la kann.. haih..!! Sarapan orang Turki nih kawan-kawan, macam sarapan orang DIET. Kenyang la jugak (buat-buat) hehe..




Sabtu pula, aku dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke rumah Turki yang lain. Kali nih datang pada waktu tengah hari. Lunch.. Ehem, tak sabar nak merasai makanan Turki. Semalam tuh makan kt Malaysia dah boleh dapat. hehe.. Ha!! Ni lah makanan yang ditunggu-tunggu. Dinamakan M A Q L U B A H. Sedap jugak sebab ade unsur diet dan protein. Kalau setiap hari aku tinggal ngan budak Turki, mesti aku dah kurus. Cett!



Hari Ahad. Aku macam malas nak join lagi. Banyak tau keje belum setel. Sebenarnya nak menghadap laptop hehe .. Tapi aku gagahkan juga disebabkan aku fikir kami semua ibarat keluarga. Mereka banyak bantu kami pelajar Malaysia. So tak leh la wat muka sombong kan?? Orang dah ajak, rezeki makan jangan ditolak~ Hari ahad tu, kami datang ke sekolah khas pelajar Turki. Mohamad Al-Fateh School. Privet school. Dowang ajak kitowang kali nih sebab ade wat macam sukaneka antara diorang. Ala, sebenarnya tak pon.. hehe.




Woh..beshnya pergi masok komuniti Turki! What i love about them:

-Wajah cantik, suma orang cantik
-Dowang sume ade baju coat labuh, memang baju tradisi
-Tudung yang colourful
-Dowang baik hati, kitorang pon =p


Sunday, March 14, 2010

Tahniah adik-adikku :D

Assalamualaikum warahmatullah.Selawat dan salam atas junjungan para nabi.


ALF MABRUK ILAIK YA UKHT..!!

Result Sijil Pelajaran Malaysia baru keluar 11 March lalu. Aku resah dan gelisah je menuggu keputusan dari Malaysia. Adik-adikku amek SPM 2009. Mane tak risau ade dua orang adik aku yang amek SPM. Hana & Hisham (kembar tak serupa) . Tak lupa jugak sejuta tahniah buat semua budak SPM 2009 yang telah berjaya, dan yang tak berapa berjaya pon tahniah sebab dah menamatkan persekolahan heheh.. (:

****
Angah rasa happy ntuk ko। Bukan kerana angah yang selalu berdoa ntuk ko, tapi berkat kegigihan kau dan doa kau, doa mak, doa orang di sekelilingmu! Alhamdulillah Kau heppy x?!
hihik..dikesempatan nih.. buatlah wishing list kat mak..Ape yang kau nak..Mesti dapat kot..hehe
Angah tak mampu nak belikan kau hadiah mahal-mahal cuma doa kesejahteraan dapat mengiringi kau.. Chewahh! atau kau kasi wishing list tu kat abah sebab tak yakin lah mak nak bagi kau macam-macam hihi..(sebab mak tak suka anaknya bermewah-mewah)

Angah doakan kau sentiasa dalam kerajinan untuk belajar. Dan semoga kau dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, kemudian dapat fly sama-sama ngan angah..! Alangkah gumbiranya..dapat merantau di bumi anbiyak..Sekian buatmu adik. Sukses!!

****
untuk Abangcik, angah heppy untuk kau jugak. Tahniah ! Angah doakan agar kau sentiasa dalam perlindungan Allah. Hope kau dapat masuk institusi yang bagus, dan melanjutkan pelajaran dalam bidangmu..Ingat mak selalu..Dia yang banyak berkorban untukmu, abgcik .

With Love,
ANgaH


Friday, March 12, 2010

Syukur Lah..Kau pon ade jugak ..

Assalamualaikum warahmatullah :D

Hari nih rasa happy. Rasa jugak iri hati. Jeles! Tapi aku taktau nak kompemkan hati aku sebenarnya rasa apa. Rasanya peratus rasa jeles tuh lagi tinggi dr peratus gembira. wahahaha~(gelak jahat) ..
****

Pagi tadi jenjalan kt Derb Ghallof (tempat menjual segala barang2 elektrik, telepon, laptop, aksesori bagai..) tolong kawan beli henpon diorang. Henpon aku...? Sob sob.. Henpon SonyE S312 aku tu sebenarnya x best mane pon. Korang jgn beli tau hehe.. Dahlah kene tipu time beli kt Msia dulu, so aku rase nak beli baru je. Jeles tengok henpon kawan aku cun melecun.

From left: Nokia 5130 XpressMusic / SonyE S312 / SonyE W910i / SonyE T707
(teke aku punya mane)


[ Close Up; Sony E+Nokia= Serasi bersama ]


****
~ IMBASAN ~

Seminggu lepas, aku jalan-jalan di Derb Ghallof (tempat menjual segala barang2 elektrik, telepon, laptop, aksesori bagai..) melihat-lihat henpon yang menarik. Disamping juga mengusha henpon idaman yang bakal menjadi milik aku 1 hari nanti. Tujuan aku datang sebenarnya nak beli 1 henpon untuk adik aku. Baik tak aku sebagai kakak dia..? hehe.. Yela, dah berkurun dia mintak kat mak aku ntuk beli hp, tp mak buat donat je.. (mak aku takkan suport untuk m'beli sesuatu yg melalaikan utk anak dia) Untuk bulan 3 nih dah 3kali aku jalan-jalan kat Derb Ghallof tuh. Orang arab tuh dah kenal aku dah, nak buat menantu pon ade :P

Bajet aku cuma DH 1000. Ouh sikitnya duit kau, naeila?! Hurm, aku mmg kedekut sikit. Tapi ikhlas nak belikan untuk adik..Selepas 13 kedai aku round, tawar-rasa harga, bodek abang kedai dan tuan kedai, akhirnya 1 kedai nih memberikan harge termurah antara kedai lain.. Aku pon terus grab. Nokia XpressMusic 5130 Blue. Ada choice lain. SonyE W910i Hitam Slide. Slide! Oh!! Menarik hati aku. Tapi, adik aku taknak SonyE. Last, aku beli yg Nokia XpressMusic 5130 Blue ni je. Puas gak lepas dapat belikan pada mulanya. Balik umah, aku belek-godek-tengok Nokia XpressMusic 5130 Blue biasa je. Takda function lebih, melainkan music yg senang nk buka. Tu jer??! Oh adik maafkan aku .

Kawan aku pon ade survey hp. Tapi dia tak beli hari tuh sebab pilihan hati dia tak de kt kedai2 bekenaan. Tapi lepas korang bace citer di atas, so korang tau dia da ade hp baru ..wuaa.. Skang nih tiap ari aku pegang-pegang & jeling-jeling henpon baru diorang. Hahah! Sebab rase nyesal. Kenapa lah aku ada rasa mcm tu ??

****

sedikit sahaja orang-orang yang bersyukur << قليلا ما تشكرؤن >>

Tengok Surah al-Aaraf ayat 10. Jadilah engkau di kalangan orang yang sedikit itu. So aku kene lah bersyukur. Mane tau ada hikmahnya. Ape hikmah aku beli Nokia XpressMusic 5130 Blue instead of SonyE W910i Hitam Slide. Erm.

>> Ko dapat jimat duit sikit (even hati tak puas) ..Duit yang lebih tu leh wat blanje makan sandwish kat mahlabah depan rumah. Dapat beli nota-nota kat kedai potostat. Kesannya kau berjaya dlm exam.

>> Abang kedai yang kau beli tuh dia dapat untung sebab jual kat kau. Pada hari itu dia rasa happy sebab selama dia tunggu hari tuh, tak de customer datang pon. Kau orang yang bertuah !

>> Allah nak tutup riak kau depan orang lain. Insya ALLAH. Kalau kau beli SonyE tuh mesti kau macam riak sikit ngan orang lain (oh slide!) ..So untuk masa akan datang, hati kau suci ngan riak. Tapi henpon nih untuk adik aku.. Ha...yelah, tutup riak adik kau depan kawan-kawan dia.

>>
Supaya adik aku tak lalai dengan duniawi.Oh! Hebatnya aku berkata-kata.. adik watch-out

oK, cukup sampai situ jek aku tak jumpa hikmah lain yang tersembunyi ..huhu. So jadilah di kalangan orang yang sedikit itu. Jangan sedih dan menyesal ok..? Syukra ila Allah 3ala kulli nikmah.. Sekian .

Sunday, March 7, 2010

Maghribi Di Media Tempatan Seminggu?


Salam sume, maaf lame x apdet blog aku nih..
Pastu bile apdet, sume citer lame2.. boring kan? Busy la (T__T)

Februari hari tu, kami mahasiswa-mahasiswi Negeri Sembilan di Maghribi bertuah menerima kunjungan lawatan daripada Menteri Besar N.Sembilan,
Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan (dah haji lah..)

So, hari ni aku nk apdet sume berita ttg kedatangan MB Negeri Sembilan ; MBN9 ke
Middle East ; Timur Tengah.
Maghribi ; Maroc ; Morocco dan Mesir ; Cairo ; Kaherah
.
Kenapa aku wat banyak name nih, satu dah ler orang laen boleh paham. Bukan ape, nanti senang orang nk search kt google, ade la blog aku terlist skli. Heehe..Tapi aku malas nk taip nk perah otak nk melipur lara, so aku juz cedok+kopi+dan letak dr mana-mana sumber.
Para journalist jgn mara ok?? Woh layan~~

*****

P/s : Masa MB datang ke Magribi, semua media massa sibuk menjalankan tugas.
Terpaparlah wajah-wajah suci kami di mana-mana channel TV Malaysia korang.
Lebih kurang seminggu, HOT Morocco..Caya tak..??
Even x dapat kalahkan berita tentang Anuar Ibrahim masuk mahkamah
dan Saiful Bukhari yg tuntut pembelaan, tp kira ok la an..?
Yeah..Let's check it out.~

Friday, March 5, 2010

MB Negeri Sembilan ke Kaherah..

20 Februari, 2010 22:07 PM
[ BERNAMA ] Shahrullizan Rusli

Menteri Besar Negeri Sembilan Umum Kenaikan Biasiswa Untuk Pelajarnya Di Mesir

KAHERAH, 20 Feb (Bernama) -- Pelajar-pelajar tajaan kerajaan Negeri Sembilan di Mesir akan menikmati tambahan biasiswa sebanyak RM2,000 mulai semester baru ini selepas diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu.

Katanya, kenaikan itu sesuai dengan peningkatan kos hidup di Kaherah, Mesir yang menyebabkan kebanyakkan pelajar Negeri Sembilan terpaksa mengikat perut mereka.

"Saya tidak mahu pelajar kita terganggu dengan masalah kenaikan kos hidup. Saya harap dengan pertambahan ini, mereka akan dapat memberi tumpuan dalam bidang pelajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Rumah Malaysia di sini.



Mohamad ketika melawat pelajar Negeri Sembilan di Rabat telah pun mengumumkan kenaikan tambahan biasiswa sebanyak RM1,000 untuk pelajar di Maghribi.

Kenaikan tambahan itu dibuat di bawah biasiswa zakat yang tidak perlu dibayar balik, katanya.

Sebelum ini setiap pelajar di Mesir hanya menerima RM6,000 biasiswa di mana separuh dalam bentuk pemberian zakat dan separuh lagi dalam bentuk pinjaman, pertambahan ini menyebabkan setiap pelajar menerima RM5,000 biasiswa zakat, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang kemungkinan menghentikan penghantaran pelajarnya ke Jordan kerana kos peningkatan hidup yang terlalu tinggi.


"Dahulu kita hantar 20 orang tetapi sekarang kita kurangkan sedikit demi sedikit sehingga tinggal 2-3 orang sahaja di Jordan. Kos hidup di sana agak tinggi dan kita juga rugi dari segi kadar tukaran matawang di mana RM6 bersamaan dengan hanya 1 dinar Jordan," katanya.



Sebagai ganti, Katanya MAINS akan menghantar pelajar ke Maghribi di mana kadar tukaran mata wangnya adalah pada kadar RM1 bersamaan dengan 2 dirham, katanya.

"Itu pun kos kenaikan hidup di Maghribi semakin naik. Pada masa hadapan, kita mungkin akan meninjau India jika sesuai untuk dihantar pelajar kita," katanya.

Mohamad sedang dalam rangka lawatan ke Maghribi dan Mesir untuk meninjau pelajar-pelajar tajaan MAINS di negara-negara tersebut.

Beliau kemudiannya berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air.

Tuesday, March 2, 2010

MB negeri sembilan ke Maghribi

Cadang beli tiga unit pangsapuri

RABAT (Maghribi) 18 Feb. – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang membeli tiga unit pangsapuri di sini untuk kemudahan penginapan pelajar yang melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pembelian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Menteri Besar Incorporated (MBI) merupakan satu pelaburan jangka panjang bagi membolehkan kos sara hidup penuntut dikurangkan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu masih lagi di peringkat cadangan dan ia akan diperhalusi dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk diputuskan.

“Apa yang dapat kita lihat keperluan tempat tinggal pelajar di sini perlu diberi perhatian, oleh itu kita bercadang membeli tiga unit pangsapuri di Rabat, Kenitra dan Casablanca.

“Untuk itu kita akan meminta pelajar dan pegawai di sini untuk menyediakan satu kertas kerja mengenainya supaya perkara ini dapat dibawa ke peringkat mesyuarat kerajaan negeri,katanya ketika melawat kediaman pelajar di kawasan Bouhlal di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor dan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad.

Dalam sesi lawatan berkenaan, Mohamad meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan penuntut berkenaan. Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut melahirkan rasa gembira dengan kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh pelajar Negeri Sembilan di sini.

Katanya, ini terbukti apabila salah seorang penuntut berjaya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana selain mendapat biasiswa daripada kerajaan Maghribi.