Forever Young

Oh bisingnya, wan!
Thursday, August 19, 2010 . 0 word(s) .


Dari tingkat atas, aku turun. Menurutkan kehendak wan aku yang entah dari tadi bising agar aku turun temankan dia kat tingkat bawah. Bila aku dah turun dia pun cover..

“Tanak nasi tuh, dah petang ni, kang nak buke apa..”

Jam baru je pukul 3.30pm. Dah suruh aku masak?! Aish..geramnya. Ya Allah, aku bukan nya nak menderhaka. Tapi penyakit penakut wan aku telah melampaui batas.

Dengan segera, aku bangun mencari tasbih. “Ambil ni, berzikir…jangan disibukkan nak masak. Taulah nak masak nanti. Duk je rehat, zikir.”

Hujan kat luar masih lebat, macam lebatnya geram aku tadi yang tak surut. Aku risau..so, aku buka alunan ayat Al-Quran dalam laptopku dengan volume yang paling kuat. Biar wan aku senyap-senyap sikit. Ternyata..dia masih tidak henti menyuruh aku masak nasi.


APA SEBENAR PENYAKIT WAN AKU ?

Sebenarnya, dia takut. Takutkan apa? Dia mengalami pelbagai kerisauan yang melanda dalam dirinya. Bila disuruh berzikir, dia kata..zikir ni untuk orang lelaki, orang perempuan tak payah. Itulah dia bila hati kita mula kosong, satu hari nanti menyebabkan kita sentiasa gelisah dan takut. Walhal, Allah ada melindungi kita. Apa yang hendak ditakutkan?

Kegelapan? Malam? Perompak? Rumah sunyi? Kalau sentiasa membaca Quran dan solat wajib dan sunat, percayalah..takut itu mampu kita ketepikan. Allah berfirman :

“Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

Kawan-kawan, pernah tak ada satu point dalam hidup kita, kita akan berasa yang hidup kita nih kosong. K O S O N G. Itulah dia yang dialami oleh seorang kawan aku, yang merasakan hidup dia tidak bermakna..kosong. Sebenarnya, kita kena selidik..jiwa kita. Rohani kita. Adakah kita sudah memberi cukup makanan kepada jiwa dan rohani kita?

Iaitu dengan berzikir kepada Allah. Lakukan zikir dibawah sekurang-kurangnya 33x sekali.

Sebelum tidur pun kita buat juga. Nabi saw pernah bersabda “Aku tidak meninggalkan sebarang harta kepada puteriku Fatimah melainkan zikir kepada Allah”. Fatimah r.a melakukan zikir dibawah setiap kali sebelum tidur. Dan keesokan hari dia memulakan hidupnya dengan bersemangat.

Subhanallah..subhanallah..subhanallah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.

Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar.

Kawan aku pernah cakap.. “Cuba berzikir banyak-banyak kali, nanti sampai satu tahap, tiba-tiba kamu sendawa. Itu bermakna, rohani kamu sudah kenyang pada hari tu. Insya Allah…”


P/s: ekceli..aku pon takut-takut gak, kalau orang gertak-gertak aku dengan makhluk selain manusia.. Aku pun belum kuat iman.. insya Allah berusaha..

Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


.:: waiting 4 a call ::.