Ni haa.. kat jami3ah ade kelas bahasa Korea F R E E O F C H A R G E .. tu yang mashukk :) Aku memang tercari-cari bahasa ni, yer la.. kalau kt malaysia nih, da lame masuk kene pakai duit.
Kelas bahasa Korea ni start Khamis nih.. Tapi aku tak daftar lagi, cam tak dapat kot nak masuk kelas pertama sebab nya ade kelas ganti tyme tuh.. Erm rugi nya.. Abes la lepas aku dah paham bahasa Korea nanti, mari kita jejak ke Korea....

Kalau nak tau aku memang minat belajar bahasa. (Kecuali bahasa melayu karangan dan sastera , suka sikit sikit je hehe). Bertambahlah jumlah bahasa yang aku dapat selain English Melayu Arab France.. Sekarang ni pon cam tengah kumpul banyak-banyak bahasa untuk kepentingan dan kemajuan diri je.. Tapi kalau dapat kerja memerlukan penterjemah.. jangan lupe offer aku erk.
MELAYU YANG SOPAN-SANTUN

Sejak lepas lahir aku dah mengenali bahasa Melayu ni, maklumlah bahasa ibunda tercinta kita semua. Bagi aku daripada bahasa Melayu sahaja kita dah dapat tahu yang orang Malaysia memang

The formal language of Malaysia after Bahasa Melayu is English Language, why ? (skema plak) Sebab dahulu kita dijajah oleh British, so banyak impak nya kepada warga Malaysia. Tapi dulu pon Jepoon serang Tanah Melayu, kenapa Jepun tak dipilih jadi bahasa rasmi kedua...? Erm...... sebab aku rasalah Jepoon jajah kita tak lama.. British lagi lama.. (jahat la dorang ) Aku tak power sangat bahasa Inggeris. Sebab dulu malas bace buku inggeris. Kalau cekgu suruh isi kat buku nilam, aku tak bace pon.. Just amek sinopsis die jek.. hek3.. Maaf cekgu, akibatnya bahasa Inggeris tak lancar sangat. Tapi aku rasa kalau aku bermastautin kat London, mungkin hebat kot English aku.
Sampai abes SPM memang alhamdulillah Arab aku maintain.. Dan untuk merialisasikan kehidupan dengan berkomunikasi bahasa Arab, Akhirnya aku dapat sambung belaja di Morocco ni. Memang kene cakap bahasa Arab instead of France. Suka sangat.. ! Tapi nak dibandingkan Arab aku ngan kawan-kawan aku.. err diorang lg hebat la.. Aku bese-bese je.. malu -__-" ....Ana lastu fasihan fi lughah arabiah ~

Sekali............dapat lah sambung belaja kat Morocco ni, ha.. Bahasa Perancis ni merupakan bahasa rasmi yang KEDUA.. pertama Bahasa Arab..Huh, Terkulat-kulat aku study Perancis dalam tenet.. Kalimah biasa dengar tyme tuh, BONJOUR.. ! Hurm.. dan aku rasa Perancis ekceli memang susah dan menyusahkan.. belit-belit lidah.. Tapi lepas sem 3 nih, aku rasa macam minat ngan bahasa romantis ni.. Harap-harap aku dapat banyak lagi vocab bahasa Perancis, nanti dah pandai leh jalan-jalan kat Eiffel Tower ..Comment cava ? Je m'appelle Charifa.

Aku minat gileeeeeee gileeeeeee ngan bahasa Korea sejak wujudnya cita-citun korea yang on-air kat 8TV, bermula Stairway To Heaven, dah season da citer ni.. tahun 2001 dulu. Tyme form 1 zaman jahiliyah dulu. Hik3. Cam suka buang masa ngan citer korea je tyme tuh.. Jumpe suratkabar pun cari pasal korea, jumpe majalah pun, bukak m/surat korea.. Internet plak surf pasal artis hot & cun korea.. Dan berharap one day akan jejak kaki ke sana.. Nak pijak salji sana pulak..hik3.. Akhirnya akan ku belajar bahasa korea nih di Morocco, Rezeki Ya Allah.. Memang Rahmat-Mu melangit luas.. Nae ireum-meun Charifa. Aja- Aja!! Sarangheyo ....... !!
Bila tengok citer cina kat 8TV, kat TV3 suma.. Aku boleh dapat 3. Satu cerita, Satu budaya. Satu lagi bahasa. Bagi pendapat aku, bahasa Mandarin agak mudah nak difahami.. Kalau korang tengok 1 cerita Cina.. da bleh paham lah perkataan2 diorang ..dan boleh agak diorang nak cakap ape.. Best ! Bahasa Mandarin ni digunakan di Malaysia , Taiwan, dan Cina .. Satu lg adik beradik Mandarin ialah Kantonis. Kantonis pon senang gak :)

Pengalaman tengok entri ni: Sepupu kahwin ngan orang Taiwan. Masa raya 2010 hr tu dia datang ngan bini Taiwan die.. So die speak english untuk komnikasi ngan sedara-mara yg lain. Aku pun datang kat bini dia, Maggie. (Nama Islam x igt ..erk)Doakan saya mudah belajar di sini.. Berharap dapat mendalami bahasa-bahasa ini..
"hello sis..U are from Taiwan rite? Hurm nice to meet you. I can speak a lil'bit Mandarin, let's hear me..Ni hao ma ..? "
Err dia terus terkejutla.. sbb aku pandai cakap hatta 1 ayat, APA KHABAR .. hihi aku pon suka ler..dia pon start la tanye aku macam-macam, dr mana aku belaja..
"ooh a...wak... pann..dai.. caaa ..kap..Man..da.rinn.."
dengan gagap-gagap dia nak puji aku, tapi dia cakap melayu.. Tabik la sis Maggie :) Padahal suami dia pun x pandai cakap Mandarin. Woha!
"E tien tien.. Huan in lai Malaysia ! " (sikit-sikit je..selamat datang ke Malaysia) .. dia pun cakap & tersenyum "xie xie ni.."(terima kasih) . Suami dia cam terkejut la ngan aku.. hihih abang Ayan kene belajar ni ngan saya :P
Jap. By the way tadi aku beli kek ice-krim. Sodap ehh ! Morocco memang popular ngan kek ice-krim.. Nikmati gambar bawah ni ..
Nama kedai dalam bahasa France. Maksud : Fine Bakery's Home.
Oke. Ini sahaja entry berkenaan bahasa.. Bahasa jiwa bangsa. Nak berpantun la sikit, kita kan orang Melayu..hehe.. Pecah kaca atas simen, sudah baca harap sudi komen. Ok, bye bye. Ilal liqa'.. selamat tinggal. Au revoir..