sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya Tart & Almond Edisi Terhad. :)

Entry copy paste dari entry lama ---> Kuih Raya Tart dan Almond Sedap

Salam semua, maaf sudah sebulan blog tak apdet. This month is RAMADHAN, berikutnya SYAWAL. huhu.. Maknanya kita sudah hampir kepada puasa dan raya. Hampir ke? kurang 2 minggu kot.. Hampir ramadhan dan syawal je, mesti ramai orang awam usha blog aku yang bersawang ni.. kenapa agaknya ye???

|
|
|
V

See!! Ramai orang tengok resipi kuih mak aku..
klik gambar supaya mata boleh nampak jelas


Sebab baru-baru nih, tengok LIVEFEEDJIT orang-orang yang datang ke blog nih, sume nya untuk mencari resipi kuih tart, seperti yang aku entry kan di sni. Ni belum lagi puasa, haih..~


---> Mak pon cakap, baru-baru ni ramai orang telefon mak sebab nak resipi, dia cakap bace kat blog ..eheh . Anak promotkan kuih mak.


Dan aku ingin mintak maaf sebab video yang dipaparkan tidak menjadi, mungkin sebab dah lama. Mungkin ramai orang yang berebut-rebut untuk mencari resipi rahsia untuk membuat kuih tart yang sedap. huhu. So hari ini, insya Allah vdeo nih leh dibuka, dan korang boleh lah lihat sedikit gambar, tapi bukan resipinya. Kerana resipi adalah rahsia. hahah!


Video Kuih Tart Nasta & Almond London, Layannn...





Apa Kekurangan Kuih ALMOND DAN TART orang awam berbanding
KUIH MAK SAYA ??? See........


Tengok Almond ni, salutan coklat yang tak penuh. Even aku tengok kat link nih, murah tapi coklat tak penuh.

Tart nih pun sama, inti nenas ciput jek. Jem pucat.
So jom beli tart nasta mak aku. hehe

Ramai orang buat tart macam ni, macam selera!
Korang pon selalu makan tart yang ni kan?
Mak aku punya, bukan camni, tapi lagi sedap hehe .
Jom cuba, anda MAMPU MENGUBAHNYA!


Kuih Tart mak saya: (maaf tak sempat amek gambar kuih mak)

  • Jem buatan tangan yang pekat dan manis.
  • Nenas dibeli dari Johor. Nenas terbaiklah orang cakap.
  • Acuan yang halus dan bunganya yang cantik.
  • Menggunakan acuan yang lain daripada orang awam guna.
  • Tart diletak dalam cup kuning.. Orang awam punya tak letak dalam cup.
  • Harga yang berpatutan mengikut timbangan berat kuih yang adil. Hehe.

Kuih Almond mak saya :

  • Almond dalam biskut penuh. Bukan almond separuh.
  • Almond london berbentuk bulat.
  • Kacang almond yang ditabur banyak di atas biskut.
  • Biskut disalut coklat penuh..
  • Tidak cepat lemau seperti kuih almond orang awam ..hehe
  • Harga yang berpatutan dan tahan lama serta mengikut timbangan berat kuih yang adil.


Orang cakap kuih mak aku ni berhantu. Ni best punya.. Sebab kalau makan mesti nak lagi. Pengusaha kuih tart pun dia beli kuih tart kat mak aku.. Alhamdulillah, rezeki ..
Then, Kalau raya umah orang.. Tak pandang pun kuih tart & almond dia. Sebab memang layan mak nye kuih jekkk..Kalau raya umah kawan-kawan mak..alahai..kuih mak aku ker ni..Hehe.

Tak caya? Sila cuba dulu~ Mood : Rindunya nak makan kuih tart panas-panas fresh dari oven!!


--------------------------------------------------------------------------------

RESIPI KUIH TART.
Ha, ni free-free dapat ni. Jangan lupa komen lepas cuba buat.

1 buku butter 250g + 1 sudu makan gula kastor
Pukul sehingga kembang menggunakan Mixer

Masukkan 2 kuning telur + 1 sudu teh asen vanilla
Pukul-pukul lagi hingga kembang

Masukkan 1/2 cawan tepung jagung + 1 sudu makan tepung kastad
+ Tepung gandum 2 1/2 cawan
Pukul lagi sampai kembang

Siap adunan, kalau lembik-lembik adunan tu..Tambah lagi tepung gandum
Silakan bakar menggunakan api 160 , atas bawah

--------------------------------------------------------------------------------



Untuk resipi almond london, mungkin aku entrykan lain hari, lepas balik Malaysia lah yer..oke, kalau nak resipi sebenar, sila hubungi...

( maaf yer harga dah naikk..bukan macam entry dulu yang murah..)
TART NASTA
RM 28

ALMOND LONDON
RM 32

50 ++ keping =680 gram

Pn. Maimunah Hj. Lasim
+60133942361
Seremban, Negeri Sembilan.


P/S : Jangan order banyak-banyak. Mak takde asistant nak tolong dia. Anak-anak dara dia takde kat Malaysia.. hehe~~


Friday, July 8, 2011

To All Malaysian~ Ini pasal Bersih !!


BERSIH 2.0 !!

Pagi-pagi lagi bumi KL dipenuhi dengan kenderaan2 dan orang2 yang membanjiri jalan KL. Makin disekat polis makin ramai yang datang..

(Tiba-tiba rasa nak berniaga air plak time2 macam ni..mesti laku WOHA!)

Sekadar nak kongsi, apakah tujuan BERSIH ini diadakan???


  • Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.
  • Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah



Kami di sini tidak tinggal menyaksikan keadaan yang berlaku sepanjang hari ini di KL. SECARA LIVE !!


Apa yang saya sarankan..(lambat pulak nak bg saranan..takpela..).. bagi yang menyertai perhimpunan BERSIH..




*Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

*Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
*Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
*Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
*Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
*Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
*Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
*Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
*Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
*Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
*Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
*Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0
*Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Uhu.. Panas betul rasanya keadaan hari ini.. Tapi alhamdulilah, ade hujan rahmat yang mencurah di KL.. Semoga dengan hujan ini, pemedih mata "diorang" tak dapat nak kene kat rakyat BERSIH ni.. Adakah langit kita sedih melihat perlakuan insan2 di buminya begini??
Kami memohon ya Allah.. Hujan ini adalah rahmatMu..



Ni status aku kat FB.

‎"Diorang" main kejar-kejar dengan rakyat.. Orang tak nak pun main kejar-kejar ngan "diorang".."Diorang" je syok sendiri kejar orang , serbu orang. Kalau setiap hari "diorang" bekerja macam ni kat malaysia kan bagus.. baru penjenayah takut ^_^


Tahniah kepada "diorang" yang berjaya buat kerja dengan cemerlang hari ini, sampai orang masuk hospital. Suka tengok orang tu sakit teruk.


Pastu ada orang cakap, orang yang join dan sokong BERSIH ni BODOH, meh sini bagi 10 alasan kat aku. 10 jek tak banyak.. Dia je kot yang pandai?


Masing-masing ada stand masing2 la weyh.. Tak yah sedap2 mulut cakap orang BODOH. Malas nak ulas panjang la..


Ape pun meh aku kongsi satu TV live kalau nak usha keadaan KL sekarang..
wwitv.com/tv_channels/b5577.htm




Last but not least..

Perlu diingatkan yang join dan sokong BERSIH perlu tanya diri , kenapa kita sokong BERSIH ini selain menuntut 8 tuntutan BERSIH di atas. Ada 4 persoalan yang perlu kita muahasabah diri..


  • Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  • Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
  • Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
  • Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

  • Semoga sentiasa dilindungi Allah wahai kawan2 sekalian. Ok, selamat berjuang rakyat malaysia..!!

    Tuesday, July 5, 2011

    Make-up kan comment box !!


    |
    |
    |
    V


    hala cursor pada gambar untuk lebih jelas.
    kalau taknak cube
    test klik kat SINI untuk lebih contoh yang lebih JELAS

    ****

    Oh, leganya .. Siap pon ! Lepas dua jam bola mata aku bermain-main dengan kod HTML kat blog ni... kalau nak make-up blog kene pandai main dengan kod-kod rahsia tuh.. Huhu..


    Meh I tell you all, ape yang sudah berubah .. Lepas ni kalau rasa nak cantikkan komen blog boleh tanya saya okey hehe~



    1_ Aku touch-up komen box supaya lebih menarik , aku pilih warna pink hihi

    credit to : kak liyana


    2_ Aku tambah kan perkataan TUAN BLOGGER COMEL ^_^ automatik keluar, walaupun sebenarnya korang tak cakap pun.. hehe (ngaku jek la aku comel)



    3_ Aku fokuskan komen khas untuk aku, atau english nya HIGHLIGHT AUTHOR COMMENT.
    Time ni memang paling pening la.. sebab aku nak tambah lagi gmbar kucing kiut tuh.. Ha , kucing tuh mata dia bergerak2 tau heheh.. Nice giler!

    credit to : mommy pinky


    4_ Then aku pasang reply button. Kalau korang nak tolong aku-yang-malas-reply-komen ni pun boleh.. sebab kadang2 aku busy, so aku sempat approve komen je.. Nak reply oh-perasan-busy heheh.. Untuk button tuh.. boleh photobucket banyak2.. cari jer.. comel2 belaka !

    credit to : kak liyana



    5_ Lastly.. aku tambar avatar untuk muke ANONYMOUS yang malu-malu nak letak muka. Mula2 tuh nak letak muke hodoh2 hehehe tapi tak baik lah kan.. So aku ganti pakcik SMILEY yang suka senyum tuh.. So sape2 anon yang komen aku, muke diorang jadik SMILEY jer :)





    P/S: Last but not least.. Cube tengok shoutbox aku.. Comel Tak? Just Klik gambar budak pompuan tu untuk tinggalkan jejak, then klik budak pompuan tu balik untuk CLOSE .




    Ok tu aje.. hihi... Rajin pulak abes kan 3 jam depan lappy sebab nak edit-edit ni :)

    credit to :
    bayti jannati sebab internet laju ^_^


    Wednesday, June 29, 2011

    Resipi Morocco #2 ; Sambung entri Macarons semalam


    MACARONS dari chef yang pakar~











    Entri ini untuk kak nurra. Untuk pengetahuan semua, kak nurra ni pandai buat MACARONS :p
    kak nurra thanks follow saya.. :) selamat berkenalan ^^



    Oh Macarons lagi ..?! errr.. saya buat entry ni sebab kak nurra ni curiga dengan adunan macarons saya wahaha. Begini , mari saya mulakan..



    ~RESIPI MACARONS SAYA~


    Isi luar :

    150 g icing sugar
    125 g serbuk kacang biasa (ganti almond)
    50 g telur putih (2 biji telur)
    150 gula kastor --------> kesilapan besar ni. patut 50 g. (berangan agaknya)
    50 ml air suam dicampur dengan gula kastor
    100 g serbuk koko (sebagai pewarna)


    Isi dalam, untuk jem coklat :


    (saya tahu akak nurra gune nutella jek .......kan kan..)

    1 bar coklat hitam
    1 cawan susu sejuk -------> kesilapan besar sebab ta panaskan susu
    25 g mentega



    Cara menggunakan bahan hehe :

    (boleh rujuk video abang perancis saya.. saya memang tiru betul2..)



    Campurkan icing sugar, serbuk kacang, dan serbuk koko kedalam satu besen. Ayak ketiga-tiga bahan ni untuk bagi halus (err betulke ayat..?)



    Dalam bekas lain kita masukkan putih telur dan mulakan kerja pukul telur guna apenama tuh. yang elektrik tuh..?? selama beberapa minit kasi buih sikit..

    Then masukkan gula kastor yg dicampur air suam tadi kedalam telur tersebut, dan pukul telur hingga kelajuan maksimum. Tapi kalau terasa panas pemukul telur tu, rehat jap.. ^^



    Agak 30 minit kot aku nak bagi die stiff dan taff heheh dan bagi dia nampak sangat menarik.



    Then bila dah kembang telur tuh, dan stiff dan taff, kita masukkan ke dalam besen yang ade tiga bahan di arahan 1 tadi. Gaul-gaulkan hingga rata . Sampai jadik coklat :)


    Bile da jadi rata, masukkan dalam nozel. Amek kertas minyak :P saya gune A4, sebab tuh saya tabur minyak banyak-banyak sampai adunan tuh jadi melebar.. :(





    Ok, amek kertas Minyak buat bulatan sederhana kecik, dan paipkan adunan coklat. Tapi eceli bulatan saya besar gile sbb tu melebar!! dan maybe melebar, sebab adunan cair~



    Masukkan dalam oven yg sedia panas dalam suhu 150'c masa 20 minit. Ni gmbar lepas dibakar dalam oven..... Dan biarkan sejuk sketika..



    Then untuk jem, kita guna blender dan masukkan susu dan coklat dan mentega.. Pastu blend lama-lama sampai jadi macam likat (jem)..



    20 minit berlalu, TING !

    Saya sangat happy shell macarons ni menjadi, cuma dia melebar la. tapi akhirnyaaa..bila nak bukak tuh, dalam dia masih cair, dan kemudian bila saya kopek, die jadik kosong, "kaki" macarons ada.. means menjadi ! Tapi tu la... dia meleper~~



    So terus try bakar yang kedua pulak.. tp lagi hancuss arrrrrghh..


    ok dah siap. Takde sapa dapat rasa macarons saya! Hahaha!!



    *** OH! ekceli aku tengah geram gilee.. virus menyerang lappy aku!! sampai internet x leh surf! dah donload macam2 tapi x leh nak buang virus tuh!!! GileR betul..

    *** aku nye virus nama dia.. XP ANTI VIRUS 2012. sape ade penyelesaiannya??! help me! pls!!

    Resipi Morocco #1 ; Macarons France (PROBLEMS)






    Tibalah saat yang aku nantikan.. Hari ni result keluar, pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah result nampaknya menunjukkan tanda-tanda kelulusan.. Walaupun sebenarnya ada markah kitorang yang tak masuk lagi, --> Bahasa Perancis. Sangat kecewa ok! Dari semester 1 sampai la ni... ade problem ngan perancis.. Apelah nasib kami ni =_=
    Ustaz sorokkan markah kitorang ek? ??


    Result ditampal di tempat yang sempit !


    Untuk hilangkan kesedihan, hari ni dah teringin benarrrr nak makan MACARONS yang popular kat Malaysia sekarang. Aku nak beli sangat kat patesserie kat morocco ni, tapi mahal. Hanya mampu bergambar je..24 keping = RM 75 = DH 150. Huh..? DEkut dekut dekut! aku belajar lagi lah.. minhah pun tak cukup tau nak beli bende yg comel tuh.. :(



    MACARONS

    Tau tak macarons ni apa? Sejenis manisan dari negara Perancis. dan seterusnya tersebar di morocco. Di morocco , macaron di hias dekat kek.. Kalau untuk jual untuk makan2 jarang kot. Hurm rasa dia marvelous gak. Contoh warna pink, jem stoberi, kuning jem banana.. putih = kapucino.. Ouh like it :)) Ekceli orang suke macarons sebab die kiut dan colourfulll!


    Sapa tak rasa lagi tolong angkat tangan sambil senyap. Rugi tak rasa! :P
    tapi kalau beli mahal kot. kalau buat sendiri? risiko hehe~ Masa festime rasa tuh, dah berangan nak buat macarons masa raya nanti :p

    Ni sume sebab khadija bagi aku macarons yang abang dia buat tu.. Oh kenapa lelaki Morocco ni pandai sangat masak roti dan benda manisaaaann?? Yang dia bagi aku ni, cantik sangat ~





    Oleh itu, aku merajin kan diri membeli bahan-bahan untuk buat macarons.. Oh ini lah entry pertama aku about masakan by my own hand err..

    Gula icing
    Serbuk coklat
    Kacang
    Coklat bar
    Susu
    --> bahan lain dah ade kat umah <--



    Actually dah eksaited tambah riak sikit, sebab harap macarons jadi... akhirnyaaaaaaa..
    :(( tak jadi ... adunan aku cair sangat, tak padat..



    So bila aku paipkan adunan coklat tuh, dia cair da meleper.. so bila abes bakar, cantik je, cume bila kopek.. (betul ke kopek..erm??) ok, lepas kopek..die nampak lompong.!!!



    MALUNYA nyaaaaaaaa.!! nyaaaaaa...!! Then bagi kata semangat..

    " Chef yang bersemangat takkan putus asa dengan cubaan pertama "



    Dan aku cuba kali ke 2 untuk bakar.. Argggggggggghhh tolong jauhkan MACAROCOMOT tu dari aku.............!



    Patutlah kan..manusia sangat suka pada kecantikan.. sedangkan macaron COKLAT yang COMOT tu pun aku suruh jauhkan.....inikan benda yang buruk-buruk...? Da buang dahh macarons yang manis sangat tu..Erm.. jahatnya aku.
    Oh ampun, ya Allah.



    Alasan munasabah sebab macaron buruk :



    ---> Takda kertas minyak, jadi saya guna kertas A4 dah tabur minyak banyak-banyak!
    ---> Adunan mungkin cair, ditambah nozel susah nak tekan, ade ruang udara kot dalam nozel tuh! ahhh........geram..
    ---> Pakar macarons.. kenapa adunan saya cair =(
    ---> Sebab pergi jadi dungu , amek resipi macarons dari abang Perancis youtube tuh, konon sebab dia hensem aku follow step die , adoi!




    ---> Tak panaskan susu masa nak buat jem coklat
    ---> banyak lagi penat nak type hahah!



    Tapi banyak kali baca kat blog chef hebat yang buat macarons.. mesti banyak kali cubaan baru jadi... oh, duitku bakal melayang lagi.........~~ Nak macam macaron ni..




    Siapa ada resipi macarons yang terbaik , tolong inform saya.. i need it , owh my macarons!