sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, June 9, 2010

YOU [u] DONT SPEAK ARABIC WELL..

Salam sume & my blog. hari ni nak bersiap cepat-cepat ke jami3ah (universiti) sebab kene murojaah (ulangkaji) dengan kawan arab. Tepat kul 8.00 pagi. Tapi kami bertiga slalu je datang 8.30 am. Sian Khadija. Lepas 2 jam study, kul 10.oo am tuh aku mintak excuse untuk pergi ke Bank Populaire berdekatan souq (pasar). Menyusahkan la aku kalau leh takmau g bank. Banyak prosedur, bukan cam bank Malaysia. bese-bese dah ler..huh..

*******
Imbas semalam: 6.20 pm

Lepas balik jami3ah.."Aku rasa nak kuar duit la. Duit minhah (biasiswa) Maroc aku still ade lebih, nak kuarkan ar..baya duit sewa umah. "

Izzaty hanya bersetuju, dan teman aku. (Kat mesin ATM) Aku masukkan kad bank. Suh pilih bahasa ARABIC or FRANCE. erk! aku cop arabic la.. senang sikit. Pastu kad aku kene kuar sebab masa aku nk kua duit tuh ade probs. then aku sibuk nak bace apa yang mesin tuh ckp. ARAB tu..bila dok sibuk2 bace, alih-alih kad tadi die telan balik masuk mesin ATM. Hah??


yang kene telan Daba Daba Visa tuh

Kat citu gak aku mencarut ..geram, apelah nasib hari ni.. memang dia x kua balik. Last-last, kene gak kuarkan duit dari biasiswa Malaysia, gune HSBC kad.. takpelah kalau mak nak bising nape asyik kuar duit je. T__T


*******

So sebab tuh kene g bank cepat-cepat dan tanye akak cun kat bank tu..

"Saya letak kad saya dan Kad itu tak keluar"


Pastu kasi dia passport dan surat sah yang memang kad tu milik aku. Dan akak tu x ramah sangat, dia tak cakap pun suh tunggu jap ke ape. Dia trus kol orang Rabat dan gtaw ade someone da tuntut kad itu. Then dia cakap darijah plak ngan aku..(bahasa arab pasar) adeh. x dapat la aku paham, then aku suh dia ulang .Dia cakap..

"kau nak aku ulang english or arab? kau paham mane 1?"

amboi..ingt aku blur sangat?? haih..So aku ckp la aku tak kesah sambil agak kecewa la..hal cm ni pon nak lengah-lengah.. tuh, dia cakap la english.."how can i know this is ur card?" So, aku pon bagi la suraat tuh, dan die diskus jap ngan boss dia.. pastu dia kasi balik kad DabaDaba aku tuh..Alhamdulilah dapat pun..kalau x kene g Rabat lah jawabnya..

Time tgh tunggu akak tu diskus, ade sorang makcik cam gaya kaya tegur aku.

"salam where are you from?"
"salam, ana min malizi"
"ouh, U DONT SPEAK ARABIC WELL"

heh?! aku macam erghh ! geramnya.. memang lah, aku ngaku aku tak fasih..rasa tyme tu geram je..takpe nih mungkin satu cabaran untuk aku lebih membaca dalam bahasa Arab.. sebab makcik bajet tu telah menyedarkan aku..

Ya Allah tambahkan aku ilmu & kefahaman aku dalam bahasa Arab .


Saturday, June 5, 2010

Buat pertama kali dan pertama kali buat..


Assalamualaikum sume.. hurm banyak je bende nak tulis kat blog. Especially my own diary. but blog nih x privet so anyone can come-read-and go (comment?).. so x leh tulis sesuka hati kot. ok stop. this is not the main of the topic. malam ni nak siapkan keje yang kawan bagi.. haha..

T A G G E D

Pecaya tak bahawasanya this is first time i was tagged by blogger. really want someone to tag me.. huhu sedihkan? kepada blogger tegar & popular.. mesti dah banyak kene tagged.
jeles aku.

ok credit to the one who tagged me
Dipersilakan sekarang tagged from my sweet-gedix fren at jordan ;
♥ ♥ miss her much!


*******

1] Adakah anda happy sekarang?

HaLF. 1/2 saje..


2] Kenapa anda happy?

kerana tibe-tibe mendengar lagu yg berkumandang di blog dayahadzman ni. cambest.
juga baru menonton video u-Tube japanese funny video. make me better from alotof problem.
Half happy becauz la8ly cam banyak problem. also homesick much!


3] Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

tengok muka orang yang sy suka. buat masa exam ni, kawan-kawan arab yang make me happy is Samirah, Khadija, Hafsah twin..and all. ouh taktaulah kenapa begitu merindui family. aura MALAYSIA semakin dekat..dan tadi adik tag my name at her picture FB. they all pergi holiday kat PD. make my heart grow fonder..happy ke ni?


4] Pernahkan anda menerima tag?

Ini First Tag! ♥award to dayahadzman♥


5] Nyatakan warna yang anda suka.

warna yang saya suka mengikut barang yang saya ada. terkini meminati warne..pink+coklat+ungu+hitam+hijau pcucuk pisang

pink tu ; baju+beg+jam+towel+pencilbox+kasutsport+file

coklat ; jubah+tudong+kasut

ungu ; sekarang musim orang pakai baju ungu

hitam ; bile guna tudung hitam buat saya nampak comel

hijau pucuk pisang ; set solek rambut+barang mandi


6] Berikan 9 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond.


berikut adalah senarai mereka yang hensem-cantik-hawt :

1) nabilahfarhanah [.] blogspot

2) creammyfiodesi [.] blogspot

3) syedshiyaki [.] blogspot

4) purplekansweet [.] blogspot

5) resamkehidupan [.] blogspot

6) farahimani [.] blogspot

7) sheiszatie [.] blogspot

8) ....kamu yang baca :)


7] Nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. Nak tulis panjang berjela pun takpe, asalkan anda happy.

1)nabilahfarhanah [.] blogspot

kerana sangat merindui dia. banyak rasa terharu sebab suke tulis bout me at her blog♥

2) creammyfiodesi [.] blogspot

ini kakak senior, kene hormat ..amek tagged ni..lagi satu, sebab dia lame tak hapdet blog. blog kene block! so, hope tag nih dapat buat dia rasa nak hapdet :)

3) syedshiyaki [.] blogspot

my hensem bro. also also also..baru ade 3 entri. hope along apdet lepas kene tagged ni . ♥ dan syg my along! ta8 care our family..

4) purplekansweet [.] blogspot

my sweet adik. just because wanna tag her! MUST. always remember her if about tag. ♥ dan syg my adik!

5) resamkehidupan [.] blogspot

my fren at morocco yang 1 1 nya ade blog. i guess. hope dalam zone exam ni, u can read my tag to you.. bittawfiq..miss you and Mohammedia.

6) farahimani [.] blogspot

ini kakak senior yang juga lame tak hapdet blog. blog kene block! so, hope tag nih dapat buat dia rasa nak hapdet :)

7) sheiszatie [.] blogspot

ex-klas di SMKA SHAMS, but also my sweet-hawt-gedik fren. love her. hope she love me also. terharu juga dia backlink my blog at her blog ..muahhhhhhhx!

8) ....kamu yang baca :)

ikut suka-hati kamu. jika mahu. kerana dirimu begitu berharga. u olls my fren.. dont just come-read-go. do comment, and i will love you.. ♥ ♥ ♥


8] Ni soalan cepu emas nih. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

nak copy paste ayat Dayahadzman..sebab jawapan kira sama. hehe

Alhamdulillah, semua adalah dariNya, maka sudah tentu menggembirakan :) Syukran ya Allah(sama dengan jawapan kakchik)...huhuiii

plus..rasa happy dan bersyukur bila melihat orang lain x senasib dgn apa yang kita ada.

(aiks, die pon same jawapan ngn orang yang tagkan die ..hehe!)


******

Syukran 3alaikum, doakan saya nak exam final ni. Amin..

Friday, June 4, 2010

PeLik kE NaMa Aku??



Salam sume, alhamdulillah..walaupon blog stil problem kat negara ni, tapi aku dapat jugak bukak hari ni. Aku rasa mmg lah dapat bukak blog 2 minggu S E K A L I ! *tension*

Erm hari aku nak memperkenalkan kepada dunia tentang NAMA aku. (kenyit mata sikit).. Kenapa? sedap ke nama aku? popular ker?? comel?? (oh !!) Aku buat entri kali nih sebab apabila aku sebut nama aku kepada UMUM, mereka seolah-olah..menjadi pekak. menjadi hairan. menjadi macam orang tak reti mengeja. menjadi dan menjadi macam-macam la.. So berikutan ini aku merasa N A M A yang diberikan oleh mak aku itu amat pelik di mata orang lain.. aku rasa jugak yang JARANG orang nak guna nama UNIK ni ..heheh dan ini juga memberi kesan pada aku, bila berada di dunia maya, malu untuk menyebut nama aku sendiri. dan menggunakan nickname je.

Bila cari dalam buku-buku nama bayi pon, tak tersenarai. :'(
Bila cari antara orang-orang yang sama nama pon tak jumpa
Bila cari dalam drama melayu pon tak penah wujud
Bila cari dan browse fren kat frenster ha..baru jumpe geng sama nama.hehhe

So aku cuba mencari sejarah nama aku. Biar kalau ada orang tanya apakah maksud nama aku, dari mana datang..camne gaya sebut..aku ada la jawapannya. Dan ini la nama aku...


N A E I L A H

dan bila sudah tahu sejarah nama aku..Aku happy sangat, terus panggil mak yang tengah bace surat khabar dan b'tanya sambil tersengih-sengih

"mak, sapa yang bagi nama angah?? mak dapat dari mana? "

"erm, mak lah yang bagi.."

"mak tahu ke maksud die? pandai mak pilih untuk angah"

"tahu.."

mak macam malas layan perangai budak-budak aku ni.. dalam hatiku terlintas, terima kasih emak! kerana sejarah itu aku da mula menyukai dan bangga dengan nama aku sendiri.

p/s: sebenarnya dah tahu lama sejarah nama aku ni, sejak darjah 3. tapi still malu-malu nak guna. Lepas tuh, aku macam da ta tahan..sampai bila nak malu? then time form 5, takde keje tuh, aku pon search kat tenet, nama aku :)

ok selamat membaca, korang mesti terharu nanti. dan sila teka camne gaye nak sebut? hehe



******

Contoh Isteri Yang Taat Pada Suami


Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya mulia,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.


Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah

penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.



Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu.


Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya



"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".



Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya.


Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain.



Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.


Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.



Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.



Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi


"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".


Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya,


"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".


Lalu Nailah menjawab,


"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman".


Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya. Dialah Nailah Al-Farafishah ..



*****



hope will be like this one day. for my husband-to-be. Aminn..




Sunday, May 16, 2010

BLOG UMPAMA CHIPSMORE, NOTA UMPAMA NASI

Assalamualaikum blog..

Apa kabar? Lame sudah aku tak meng-expresi-kan rasa kat ruang ni.
Dah sebulan .eh baru 2 minggu aku tak update, tapi rasanya bagai sebulan.. tidak ber-blogwalking, ber-gengblogger, ber-comment, membaca..dan macam-macam lagi..sebab tu rasa macam sebulan..Semua sebab blogspot tidak boleh diakses di negara ini buat seketika..kenapa? aku pun tak tahu..takkan nak pergi tanya King Mohammed VI plak? Haritu pun kes yang sama berlaku, 2 minggu jugak agaknya.. leh bace entry aku yang lepas.. sekejap boleh akses. Sekejap tak boleh..macam chipsmore kan???
Pemalas punya Mozilla | IE | Google Chrome. Oh! Sesungguhnya mereka tak bersalah..

So, tadi aku cuba jugak click url blog ini guna Google Chrome, tiba-tiba muncul perkataan >>aLBi 3aLaaM<< aku dah mula berkobar.. cam happy sangat! Alhamdulillah pada pukul 11.53mlm tadi aku dapat jugak buka blogspot dan start untuk update story yg paling update punya..ye ker?

Ok baiklah, sejak minggu lepas..doctor ade cakap, dah nak exam nih..Exam akhir sem 2/2010. Aku mula lah gelabah..nota-nota sikit punya lengkap..tak ulangkaji lagi..tak bace buku tambahan sebagai rujukan..oH aku rasa nih semua sebab Facebook. Menjadikan aku malas!! Recently, aku suka je maen mesej kat Facebook..comment.. huh, syaiton-syaitonn..sape suka bazir masa dia kawan ngan syaiton~ Itulah padahnya bahana Facebook sekarang nih. Takpelah insya Allah for the next entry, aku akan update tentang bahaya Facebook.. B E W A R E ..!!


Sambung balik..so aku sekarang amat bz dengan ulangkaji-study-siapkan nota-photostat nota dengan budak arab..Doakanlah aku yer.. berapa ramai yang bace, dan mendoakan aku, insya Allah aku akan berjaya ..amin!! Bace nota-nota tuh sume penting ibarat kita makan nasi. Setiap hari kene makan kan..? huhuh..Tapi aku baru buat lately..haih..*sigh*

Hurm..sekarang jugak aku tengah berkencangan (ayat budak jordan) dengan urudh; assignment. Bayangkan ade mase 10 hari jerk untuk siapkan 4 assignment?? oh teruknya aku.. :(
Tulah mase dalam kuliah asyik tidur. Erk, tak paham kot doctor syarah kat depan ..So bila dah nak exam ni, sume kene setelkan secara cepat..! Ni pon aku curi masa untuk coret-coret, mana tau blog x dapat bukak nanti.. Sekarang tengah stay up buat urudh tajuk Syair Arab Jahiliyyah. Apelaa..syair Orang Melayu Lame pon aku x penah kaji.. dah kaji syair Arab.. but, its so interesting.. ade 1 syair nih, untuk ngayat awek-awek..paling suke yang dua nih~


تريدين قلبي؟ خذيه خذيه
ريدك. لا..بل دعيه دعيه
Do you want my heart? Take it, take it.
Hold it. But do not let it, let it..


وإنّي احبّك
لكن أخاف التورط فيك
أخاف التوحّد فيك
أخاف التقمص فيك

I love you
But i'm afraid to get involve in you
I'm afraid autism (curang)
I'm afraid reincarnation


CINTA AKU HANYA UNTUK
ALLAH & RASULULLAH


Doakan semoga aku dapat siapkan 4 urudh nih, sukses dalam exam final..kalau bleh buat solat hajat sekali hehe :D
I will sukses!! Insya Allah..

pS: sory kepada blogger terkenal, aku x dapat nak blogwalking..korang pon mesti tak kesah aku x singgah ke sana..T_____T

-4.00 am; 64 F

Monday, May 3, 2010

Rasa PENING dan GASTRIK ?? ADA DOA PENYEMBUHNYA

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni aku tak berapa sihat. Sebenar nya dari hari jumaat aku dah rasa, selsema dan sakit tekak. Mungkin sebab minum laban (susu orang arab). Semalam baru jek balik dari Rabat, ade program protokol anjuran persatuan di Institute National des Poste Telecommunications (INPT). Aku rasa seronok sangat dengan program tersebut sebab banyak pengetahuan baru yang aku dapat. Lepas tuh dapat pulak slot motivasi free dari Encik Suhaimi. Suka sangat bila tengok orang yang pandai kasi motivasi kat orang lain. Sedang kitorang wat pogram, tiba-tibe stesen TV1M Morocco wat liputan kat situ mengenai pelajar Asia. Dowang nk masukkan dalam dokumentari kot. Wah popularlah kami.


Nampak x spotlight TV kt pentas tu? Suasana dalam dewan INPT

Berbalik kepada aku tak sihat. Bagaimana? Semalam lepas beli ticket train balik ke Casablanca, train delay hampir 1 jam rasanya. Sepatotnya kami dah balik pada kul 7.10 tp delay hingga kul 8.00 mlm. Then sampai lah pukol 10.00 mlm.

Sampai di rumah, hari nih turn aku masak. Housemate suh masak gak sebab dowang sume lapa. Huk2..dalam keadaan dapor gelap sebab lampu mentol dah terbakar, aku masak juga. Lauk ; sayur goring dan telur dadar.

Lepas masak 2 orang hausemate dah tidur.. aku macam err. Geramnya! Tapi ade la sorang akak senior teman aku makan. Dah kul 11.00 malam. Aku buat x tau jek la makan malam malam cam tu. Lepas makan online jap, blogwalking dan facebook.

Pastu tidur kul 2.30 pagi. Macam biasa. Lepas tuh.. aku mimpi yang aku sakit perut. Sangat-sangat. Sangat-sangat. Aku pegang perut aku.. tiba-tiba kawan aku kejutkan aku solat subuh. Aduhh. Terasa sakit. Rupenya mimpi tuh kenyataan, memang sakit betul. Aku teruskan bangun sebab kawan aku tuh dah bising-bising kejut untuk solat.



ni bukanlah aku, aku bukan sexy camni.

Lepastuh, aku masuk toilet, lepas duduk jek….B L U E R K K K K K ! dua tiga kali. Muntah!! Ergh, asidnya rasa.. semua yang aku makan dikeluarkan. Ade tomato + kobis + telur + nasi. Aku lemah, lepas solat sambung tidur sampai Zuhur masuk?? Siyes x penah berlaku! Teruknya.. lepas aku bangun-kepala sebab tido lame gaknya, aku pun mandi.. kasi segar siket. Aku x makan ubat pon.

Memang takde selera nak makan. Tapi last-last nak jugak test makan. Aku gorenglah ikan bilis + telur. Tapi x lalu. Sekali gigi aku patah pulak . aduhh.. memang malang ar. Gigi nih memang dah lame teruk, tunggu masa nak patah je, so tadi puas kunyah kunyah tiba tiba..
K R A K K K !!
aiyakk..tp stil x tercabut, cume longgar je. Sob sob sob.. sakit.

So simpulkan aku ade banyak sakit. Terima kasih tuhan untuk memberi hambamu mengingatimu.. selsema+sakit tekak+pening+masuk angin+muntah+gigi nk tercabut.

Baru bace kt google, mungkinkah aku ade gastric??? Sebab makan tak ikut masa.? Padahal b4 nih selalu je makan x ikut masa… oh Ya Allah, ko jauhkan aku dari segala penyakit. Sakit itu sebenarnya nikmat. Oh betulkah?? Emak, angah rindu padamu, angah sakit ni..

Bace kat majalah SOLUSI ISU 16 plak, ade la die kasi symptom pening, sebab kita selsema+demam. Ha bolehlah terima. Pastu dia kasi doa Instead of makan ubat, kita leh amalkan doa ni.. Doa mengelak pening. Merawat pening. Usap kepala dengan tangan kanan dan bace sebanyak tujuh kali. Insya ALLAH, sebab Rasulullah SAW buat perkara yang sama.

بِاسْمِ اللهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
Dengan nama Allah, tuhan yang membebaskanmu daripada segala penyakit, daripada setiap penyakit, Dia menyembuhkanmu dan daripada kejahatan pendengki apabila berdengki dan daripada kejahatan makhluk lain. (Riwayat Muslim no.5828)

أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ إِشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمَا
Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia dan sembuhkanlah kerana engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. (Riwayat Muslim no.5838)

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
(Riwayat Daud no.3893)


p/S: korang ada pengalaman camni x?? ape solution die eh?
esOk rasa x Nak pegi kuliah~