Forever Young

✿ REALISASIKAN MIMPI-MIMPI MU ✿
Sunday, January 24, 2010 . 2 word(s) .
Bismillahirrahmanirrahim ..

Salam kpd semua pembaca blogku~ Hari ini aku cube untuk menulis tentang..

MIMPIMPIANdanMATLAMAT

Apekah tafsiran MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT sebenarnya? Mari kita berbalik seperti membuka buku teks sekolah. MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT dari segi bahasa ialah ..bukak lah kamus dewan korang. Manakala dr segi istilah, MIMPI-IMPIAN-MATLAMAT bermaksud ..nanti aku cari.

Tapi ape yg aku ingin bincangkan dlm entry kali ni ialah membuat mimpi menjadi kenyataan. Ibaratnye seperti impian, imaginasikan otak untuk merealisasikan impian hidup. Maksud aku di sini, korang mesti mempunyai target dalam hidup. Boleh bermimpi dan berimaginasi tetapi bukan lah bermimpikan sesuatu yg tidak berfaedah..Matlamat mestilah munasabah. Seperti kata-kata Nidji,

" Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya


Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi "

Sebagai seorang pelajar yg masih mempelajari sesuatu, mencari khazanah ilmu, menyelusuri perjalanan sebagai musafir ilmu, kita mesti ade sesuatu untuk dijadikan target pada masa hadapan. Ingat kawan-kawan!! Bagaimana caranya kita nk melaksanakan impian yg dimimpikan tu..? Jangan biarkan mimpi itu sekadar mimpi sahaja..

Percaya atau tak..? Ramai motivator menggalakkan kita supaya sentiasa menulis matlamat @ impian jangka masa pendek dan panjang dalam satu kertas. Igt lagi tak sewaktu korang berada di bangku sekolah, menyertai program motivasi sempena korang nk pekse ataupun sempena azam tahun baru, ade sahaja Encik motivator tersebut menyuruh korang "Tuliskan impian/azam/matlamat kamu dalam kertas".. Dalam kajian ahli motivator dunia..

Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri.
Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup,

ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


Kenapa begitu caranya? Antara bukti-bukti kejayaan orang popular yg berjaya adalah kerana mereka MENULIS mimpi-mimpi mereka. Menulis matlamat korang adalah seperti korang membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran korang dan sentiasa mengingatkan korang secara sedar, ataupun separa-sedar untuk korang mencapaikannya. Tetapi jika korang menulis matlamat tersebutsekali sahaja memang akan memberi pulangan kepada anda. Cuba fikirkan sekiranya anda menulis matlamat yang sama berkali-kali. Ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.


Orang-orang yang mampu mencapai matlamat ialah mereka komited bagi mencapai apa yang mereka inginkan. Bagi mereka matlamat mereka itu bukan hanya satu keinginan tapi KEMESTIAN! Apabila sesuatu itu di atas kemestian kita bersedia untuk mengubah fikiran negatif kita dan strategi kita seberapa banyak kali yang perlu bagi mencapainya. Ramai daripada kita yang masih gagal dalam ujian ini apabila kita berputus asa sewaktu rintangan besar menghalang kita. Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya. Mereka inilah yang mampu melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka mahukan! Saya percya bila anda menganggap matlamat anda adalah satu KEMESTIAN , anda pasti berusaha bersungguh sungguh dan mencari jalan untuk menggapainya!

Jadi beranilah untuk bermimpi besar..Mulakan jejak-jejak mimpi korang! Di sini disertakan satu video penyuntik semangat kepada korang yg kurang bersemangat (: E N J O Y !


Labels: , ,



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


.:: waiting 4 a call ::.