sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, July 7, 2010

Sepanjang Yuniyu Lepas

Alhamdulillah, pagi ni rasa segar. Dapat dengar siulan burung-burung di sebalik bangunan imarah di Brada'ah ini. Dapat beribadah kepada Allah lebih hari ini. Harapnya berterusan lah.

Tadi nak kejut kawan-kawan bangun subuh, tapi hehe aku ni memang susah sikit nak kejut orang bangun dari tidur. Tambah lena adelah kot. Bila nak kejut diorang ni, kene ada tangan yang kuat untuk menggongcanggerakkan badan diorang, muka yang garang, dan suara yang garau lantang supaya mereka tidak terus hanyut dek tidur sebab dengar suara lunak aku .

Semalam baru dapat satu semangat baru untuk menambah lebih ilmu sepanjang yuliyu nih. Bulan yuniyu tahun ni, agak sibuk perjalanan hidup aku sebagai seorang perantau di bumi Morocco ni.

14 Yuniyu 2010 Exam final untuk semester dua telah pun habis. Alhamdulillah, result pun meningkat dari sem lepas. Kene claim hadiah dari mak nanti, hehe. Untuk semester tiga nanti....nak blaja rajin-rajin !

25 Yuniyu 2010 Jemputan sulung untuk menghadiri satu majlis perkahwinan orang Maghribi. Memang sangat teruja sebab tak sabar tunggu makanan yang akan disediakan. Hahaha ! Best dapat merasai budaya orang luar. Dan para pengantin sangat cumel. (para ker?? abaikan) ni untuk pihak perempuan. Pihak pengantin lelaki, awal yuliyu hari tu.
dalam khemah pengantin, tunggu dia siap, lambat betul, huh~


erk, maaf ya. pengantin lambat. so aku duduk dulu, woha!


*******

Malam : Mendapat kunjungan tetamu dari Perancis. 2 orang akhowat yang mengambil jurusan Engineer datang melawat Morocco. Tumpang ke rumah kami.


26-27 Yuniyu 2010
Kunjungan akhowat Jordan yang mengambil jurusan Medic dan Dentist. Seramai 6 orang. Even rumah kami petit tapi still menerima tau kunjungan orang. Ahlan wa Marhaban bikum! Seronok sangat bawa mereka jalan-jalan di Casa.

28 Yuniyu 2010
Still mencari rumah. Pergi ke simsa, tapi semua simsa cam tak buat kerja jek. Ditanya ada rumah atau tak.. suma jawab takde! Geram.. Jalan-jalan-jalan tanpa arah, dah dekat simsa ke 8, baru lah ade rumah. Tapi sumenya mahal-mahal. Takpe kita server dulu.. esok baru p tengok. Ade tengok satu umah ni, murah juga. Tapi tandas dia KECIK gilaaaaaaa! bila mandi nanti nak gerak sikit punya susah. Masuk baldi pun tak muat. Apalagi, awal-awal kami dah tolak.

29 Yuniyu 2010 Janji nak tengok 2 3 rumah hari ni. Tunggu punya tunggu ..haiyya! Tuan rumah sewa plak x boleh datang. Apelagi terus cancel.. sdih woo..Jadi pilihan akhir kami PERLU PINDAH KE MOHAMMEDIA.

So, setatlah misi susun-kemas-simpan-bungkus segala barang yang ada dalam rumah. Huhuh bila aku kemas laci aku, rupanya banyak aku simpan 'sampah'. Kertas-mesti-buang (tiket naik bas, resit beli barang, pamplet iklan) aku simpan dalam laci tuh hampir ingin buat khazanah muzium lama. Ahh! Aku malas nak fikir, lalu mengeroyokkan kertas-kertas tuh, dan buang!


Banyak kotak telah dikumpul untuk bungkus barang. Tips: kami cari kotak di Acima. hehe. Pada hari tu, hati kami suma rasa sayu nak tinggalkan rumah petit kami tu. Sedih. Tapi tetap kena kemas. Nanti kene halau duk luar bawah jambatan dan bina khemah, lagi sedih kot..wuaa!!



30 Yuniyu 2010 Barang yang dipack semalam sume disumbat muat-muat ke rumah ikhwan Casa. Mula cam kesian, mesti penuh. Tapi tak kisah sebab itu bukan rumah kami hahah! oke, aku tipu jek. Sebenarnya nak sangat ucap terima kasih banyak-banyak kat dak laki yang beriya-iya menolong angkat barang-barang dan kotak-kotak kami. Meh senarai sikit nama dowang.. ikhwan luar dari Casa pun ade gak tolong..tengkiu :)

1 Yuliyu 2010
Sapu-bersihkan-Membasuh rumah guna serbuk daia. hmm itu tipu. Tapi basuh jugak la guna sabun hahah. Lap dan cuci tingkap-lantai-dapur-bilik-ruang tamu. Memang penat. Bila boring, mulalah scene amek gmbar dimulakan. Layannn~

Tiba-tiba petang tu jugak dah kene terus pindah Mohammedia. Naik bas.. :(
Dipertengahan jalan, dengar result dah kuar, terus check. Hehe..rempuh dak arablah apelagi. Sebab kitorang nak cepat.

Dah sampai Mohammedia. Best Best!! Sebab orang dah tak ramai. Senior suma dah balik. Kami lady boss kat umah ni. Guraw jek!


1-30 Yuniyu 2010 Berpenat lelah mencari rumah sewa yang baru. Kami sebenarnya telah lama disuruh pindah oleh tuan rumah. Sejak mayu lepas. Tapi dek kerana fokus lebih pada exam, jadi rumah sewa baru belum ditemui. Dan kami berusaha untuk menangis-tipu depan tuan rumah agar merasa kasihan dengan keadaan kami yang sedang exam dan tak sempat nak kemas barang untuk pindah. Oh tuan rumah.. Tak kesian ke pada kitorang yang tengah exam ni, pastu nak suh pindah plak.. (padahal ini rumah dia..adehh)

*********

Akhirnya rumah baru still tidak dijumpai, tapi usaha masih diteruskan. Mungkin hari ni nak g Casa lagi untuk usha satu umah sewa tu. 3 bilik itu penting. heheh! Oke, nak siap-siap! Bye..

MARI BUKAK KAMUS

yuniyu = JUN
mayu = MEI
petit = KECIL
simsa = AGEN CARI RUMAH SEWA
ikhwan = PANGGILAN UNTUK LELAKI
akhowat = PANGGILAN UNTUK PEREMPUAN

10 comments:

tklina90 said...

naielah kena halau gak ke??hurmm..semoga cepat dpt rumah baru ye....

creamyfiodesi said...

diari yang menarik..
pic perasan-pengantin tu plg 'best'..heh!

penggunaan bahasa asing mmg amat bagus. tapi, kalo org yg xpenah dgr bahasa tu camne nak faham?
contoh : petit, mayu, yuniyu
ok fine, maybe ade yg ley detect petit - b.perancis n mayu,yuniyu - b.arab.

tapi simsa? what's that? game sim ke?
xsume org taw, n btul ke tu bahasa arab fusha(baku)? entah...

jadi...lebih baik tulis makna die dlm kurungan ke or watsoeva...

okies! tata! adios! amigos!

p/s : xdgr bunyi burung di Bradaah, tp bau burung (ayam) panggang!woha!

Sha-na.Szied said...

@tklina90

salam.. mekasih kak..insya Allah, skg tgh cari umah heheeeeee

Sha-na.Szied said...

@creamyfiodesi

mekassssssssssssssssssssssssih!!

sebab ni komen dr tokey Cafe yg palingggg pnjang ..suka nya :)

sy da buat kamus dah :)
mekasih Oke!

creamyfiodesi said...

@Sha-na.Szied

ohh, selama ni pendek eh? hehe!

xley pkai kamus la! tokey cafe da cop pnggunaan 'kamus' tu! g tukar cara lain. tukar! tukar! (jerit2 sambil tarik rambut naei) LOL!

Sha-na.Szied said...

@creamyfiodesi

alahh x pasan lak pasal KAMUS tuh.
takper la 1 jer pon.. :P

tklina90 said...

akak keje je...inchallah thun ni smbg blja..
akak ade kwn kt morocco..pon ade mslh kne halau ngn arab..sian kt dia....pe pon akak hrap naielah dipermudah segala urusan kt sne

Sha-na.Szied said...

@tklina90

sy bukanlah kene halau, tp akad dah abes...huhuh sian plak pakcik arab kt cni.. baek2 je..
cume tuan uma kami je lain sikit hehe..
sape kwn akak.. mst saya kenal huhuhu~

Anonymous said...

ahha...comel la blog ko...blog aku dah cam penternak labah2 dah..penuh sesawang~~keep on my dear~~

Sha-na.Szied said...

@Anonymous

love u..hehe
nak beli labah2 satu!