sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, February 18, 2010

KUNJUNGAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


17 Februari 2010:

Assalamualaikum wbrth. Diharap suma warga Malaysia-Maghribi sihat sentiasa. Kenapa aku fokuskan Malaysia-Magribi je hehe.. Sebab baru-baru nih Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengadakan lawatan ke Maghribi. Nak menjenguk kehidupan kami di sini. Delegasi Menteri Besar Negeri Sembilan dan para wartawan tempatan sampai di airport Casablanca pada 17 Feb. pukul 12.50 tgh hari. Sepanjang keberadaan MB, aku amat teruja. Sebenar nye aku nk sangat pegi ke Rabat, di sanalah selalu diadakan pertemuan penting antara pelajar Malaysia dan menteri-menteri. Akhirnya dapat gak datang sane.


Lunch:
Lepas tuh, kami di Casa nih bersiap-siap nk sambut MB. Yelah ade pakej makan tengah hari percuma kat restoran mewah, jgn lepaskan peluang. Restaurant Le Febule, berdekatan Masjid Hassan II. Makanan mmg mewah, tp sayang...kami x sempat menjamah sume makanan kt ctu. Mase suntuk pulak..Cuba korang tengok, sedap kan lunch kitorang..??




Malam:
Ketibaan MB di Restaurant Le Ziryab, Oudaya, Rabat. Selepas MB berucap, beliau telah membuat kata putus bahawa kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan tambahan RM1,000 kepada biasiswa zakat untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan sekaligus mentotalkan jumlah biasiswa kami = RM9000/orang. Lalu bergembira lah kami sume sbg mahasiswa/siswi tajaan kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).


Before dinner:
MB diselubungi para wartawan yang serba serbi mereka hitam. Di kala itu, mereka sibuk-sibuk mencari pelajar yang boleh di-interbiu. Ramai kawan-kawan aku lari. Nyorok belakang aku. Malu? Takut? Hehe..aku bermegah. Kemudian, name ku disahut oleh salah seorang wartawan RTM, Zulhaimi. Aku cuak. Tapi berlagak yakin dan mengemaskan coat aku. Sambil memandang ke arah lampu-lampu kamera nikon. Bersedia. Ingat emak kat Malaysia..

"Apakah perasaan anda setelah diumumkan kenaikan biasiswa kamu?"
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan kenaikan ini. Mungkin dengan kenaikan biasiswa ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan kami di Maghribi ini."

Cukup sepatah dua kata. Seterusnya microphone dihulur kepada kak farah. Aku masih mencapup di sebelahnya..hehe nak glamour ...


Dinner:

Menu malam tuh macam biasalah makanan traditional Maghribi. Buat pelancong-pelancong dari Malaysia, yg selalu makan nasi pastinya x biasa untuk menelan juadah Maghribi ni. Lihat sahaja perangai Dato' Dato' dan YB YB yang duduk semeja ngan aku..hahah..mereka ni sebenarnya agak sporting dan supporting :D Boleh jadi aku yang paling banyak merasa juadah yg dihidangkan. Maklum je la, kalo membazir nanti korang jadi kawan syaiton.. So.. makan jek!



Menu-menunya:
1-Roti dan jem-jem buatan Maghribi
2-Bghiwat dan Bastella
3-Tajine dan roti
4-Cous Cous aka Kuskus
5-Bastella bi halib, as desert
6-As syai dan nak nak (teh + daun pudina)



Hadiah:


Lepas je tegukan pertama untuk air teh aku, MB tiba-tiba memanggil kami semua sambil memegang sampul coklat mungkin berisi coklat fikirku. Hah, seketika aku di hadapan MB, rupa-rupanya dia memberi kami satu not 100 Dolar US. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat rezki dari Allah. Semoga Allah memberi kesihatan pada MB kami..





2 comments:

sakinah said...

erk...
haha.. tyme ni dan dan je doakan MB sihat ye..
heee...
naeilah mmg comel
sian dak medic..
x dpt nek pon biasiswa..)=

Sha-na.Szied said...

[sakinah]

jgn lah salah paham. aku doakan semua org yang baik2.. kalo MB baik, kene lah doakan yg baik tuk dia. kan..? thx for the coment..love you