Forever Young

FEBRUARY WISHES~
Tuesday, February 23, 2010 . 0 word(s) .

.ABAH.

Assalamualaikum abah.

Hari ni entri ini dituliskan khas untuk abah. Selamat hari lahir buatmu. Semoga sentiasa dalam limpahan rahmat-Nya. Panjang umur dan dimurahkan rezeki. Moga sentiasa ditambahkan hidayah dan petunjuk dari Allah. Bila umur semakin bertambah, amalan untuk ke syurga perlu ditingkatkan supaya mencapai mardhatillah dan bau haruman syurga semakin dekat dengan dirimu, Abah!

Maafkan anakmu ini jika seringkali menuturkan kata-kata kasar terhadapmu. Bukan niat angah tetapi situasi yang menjadikan ia begitu. Maafkan sekali lagi. Pintaku, doakan anakmu ini tabah dalam perjuangan di medan ilmu.

Ada satu lagu khas untuk abah:

Aeman-Ayah

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


*********

.KAK DIBAH.

Ouh my kezen. My lovly kezen. Kak dibah, ucapan nih angah tujukan khas buat dirimu yang dirindui. Kak Dibah Selamat hari lahir buat mu. Semoga diberi umur yang panjang, diberi rezeki yang melimpah, diberi hidayah dan petunjuk yg sentiasa bertambah. Angah sayang kak Dibah. Semua orang sayang pada kak dibah. Kak dibah jangan lah jadikan satu perkara kecil itu sebagai jurang antara kita sekeluarga.

Maafkan angah dan kami semua andai selalu membuat kak dibah merasa tidak selesa. Tetapi keluargalah tunjang utama dalam satu ukhuwwah yang terbina. Tiada keluarga tiadalah kak dibah untuk berdiri dengan sendiri. Keluarga itulah yang sentiasa menberi nasihat, peringatan, sokongan untuk diri kita.

Akhir kata, jangan lupa sentiasa solat dan baca al-Quran. We all love you!

Labels: ,



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


.:: waiting 4 a call ::.