sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, December 26, 2010

Dugaan Morocco (2) ; Baju Kurung Pink

Menaip dengan pantas, laju internet malam ni, sebab semua rakyat jelata dah tidur..

Nak cerita pasal dugaan mmg lah banyak.. dan semua itu mengajar kita
erti kehidupan dan sejauh mana kita mengingati Allah. Sesungguhnya segala yang
ditimpakan ke atas semuanya dengan kemampuan dan kekuatan kita..




****
Hari ke-3 setelah berpindah ke rumah baru, aku pun bercadang untuk menyidai baju di sutuh kediaman apartment aku.. tetapi aku was-was sikit la, maklum la kawasan baru..
Sidai sehelai demi sehelai.. sehingga aku memegang satu baju kurung pink yang emak belikan spesial dr Bandung, Indonesia.. Baju yang tu bermanik cantik . Masa nak sidai, hati bercakap-cakap ngan aku...


"Jangan sidai weyh, baju ko nih macam cantik, ada manik... baik ko terbalik kan baju tuh dulu.. Kalau tak, nanti orang arab cilok"

Seperti kebiasaan aku didik hati aku agar berprasangka baik.. Lalu aku abaikan pesanan hati dan menyidainya.. Petang menjelma, aku pun angkat baju-baju aku..Aku lipat-lipat, sampai ke kain kurung Pink. Sambil rasa tak cukup satu baju lalu aku berfikir..
" Eh...? Mane baju kurung pink ni..? Kain ada... baju die mane.......??? " Aku pon teringat kata hati aku, dan Sah ! Mmg kene tibai ngan orang arab. Kalau nk kata terbang..? X logik.......sebab aku sepit baju tuh :'(

Aku mmg tak sangka sangat hati aku lebih bijak dari akal aku.. erm tapi sayang, baju yang aku paling sayang kenangan dari Indonesia tu hilang macam tu ajer......Tapi macam aku kata kan aku mmg tak ade air mata untuk menangis.. Macam kawan aku dulu jubah die hilang sekali gus.. 3 helai... Pergh mmg menguji keimanan betul. Dia sangat sedih .. Yela, baru sampai , baju dah hilang... erm.. Tp aku da duduk setahun baru baju aku hilang..... Aigoo..~ Kiri , gambar last pakai baju tuh di Rabat, jemput junior N9.

Aku bercerita ni, untuk sekadar peringatan kepada rakyat-rakyat ajnabi di Morocco. Supaya lebih berhati-hati.. Bukan nak memburukkan sesiapa.. Dan jangan berprasangka pada orang-orang arab, sesunggunya aku dah merasakan betapa baiknya orang arab di sni.. Cuma mungkin bende-benda DUGAAN yang berlaku kerana keadaan yang mendesak..Nak-nak lgi kejadian berlaku seminggu b4 rya Haji.. Memang macam-macam lah berlaku..~


Aku rasa nak spot jek orang yang cilok baju pink aku yang bermanik cantik tu, ingin ker orang arab pakai baju macam tu...?! Ish..


Dan sekarang aku masih sidai baju-baju di sutuh.......Sebab sutuh tuh luas, boleh maen badminton . Kanan ; Kawasan sutuh yang penuh dengan parabola..





Tuesday, December 21, 2010

Sesal yg tiada guna .. Dugaan Morocco.. (1)

Salam alls. Entry hari ini aku rasakan aku menaip dgn rasa syahdu dah haru T_T
Aku belum lagi menitikkan air mata, cuma rasa sesal tuh tak padam lg dalam haty aku..
Aku bertanya kenapa...... Kenapa..? Tapi jangan salahkan takdir sebab ini sume salah aku sendiri. Sudah seminggu perkara itu berlalu. Tapi ada lagi yang tak tahu keadaan aku.


Plan hari Ahad yang yang kami rancang sangat seronok. Aku da rancang nak shopping hari Ahad (selepas entry celcom dikeluarkan).. Sampai kul 10 pg, dah set 2 jam jek dalam pasar..

Aku redah pasar yg berupa pasar malam Msia tuh, redah, selongkar baju2 sejuk, kasut boot. Tak jumpa.. Saiz.. hehe Erm, sampailah mata aku tertumpu satu baju kelabu tuh.. Errr.. Best! Harga boleh dirunding, then aku cepat2 cari boot maen salji.. Jumpa..! Dalam masa 2 jam, tercapai misi aku shoping 2 bende tuh..

Masa dah nak balik, aku stop kt satu kedai.. belek2 lg baju sejuk. Beg sandang aku kt sisi badan aku, seronok2 tawar menawar ngn Abang kedai tuh, tiba2..................


Gaya terlarang abang ni manjual baju-baju


Hati berkata2.."Jaga-jaga beg ko tuh, kat tepi tu.."

Aku tersedar, tp itu hati.. Aku cuba bersangka baik.. Dan bila da bayar, aku masukkan duit dalam beg tu........ Argh..?! Pesal kempis je beg nih? Tangan aku menggigil... Aku seakan nak menjerit,

"Mas.. Acu.. Mane akak punya...........?? Akak punyaaaaaaaaaaaaaa hp ? "

Ya Allah..... aku cuba cari-cari dalam timbunan baju, x jumpe. Aku dah syak somting. Aku call hp aku.. Ade lak orang jawab....... Aku jerit2 kat hp tuh, suh DIA pulangkan.. Tp tak berhasil...........


Aku rasa makcik nih lah..~ *sigh*


Aku pulang dengan hampa, bende yang dikejar dapat. Aset yang aku ada hilang :(
Sedih tapi tak kuar air mata ni........ Aku buntu..

Moga-moga DIA huru-hara !! Aku redha dah.. Gantikanlah dgn baru.. Nak mara x guna, salah aku jugak sbb tak ikut kata hati.. Lepas ni kene berhati-hati,

ade tak baju poket kt dalam..? Ps: Nak usha Aino Sony. Oke tak...?

Sunday, December 12, 2010

Hilangkan rindu kepada orang Malaysia; Tawaran Panazz !

Merujuk blog ini


Salam semua !! Aku ada berita gembira buat mahasiswa/wi yang belajar di oversea. Apa dia?
Erm, jom kita terjah..

Masa 17 November hari tu, bunyik esemes ..

Nikmati PGGLN & SMS TANPA HAD ke semua no. Celcom hingga 11.59mlm @RM2/sehari! Utk melanggan, taip YESRM2 ke 22188. T&S http://beliamuda.com/2010/11/celcom-rm2-bundle-service/


Amacam...? Aku bila baca esemes uh macam tak percaya jerk?? Terbeliak jugak mata nih, namun aku abaikan saje...Tapi lepas jek aku jalan-jalan kat umah 14, adik junior bagitau tentang perkara nih, yang sememang nya RM2 sahaja ditolak dalam sehari, gunalah banyak mana pon !!! WOW !!!!!!!


Aku baru test tadi, pantas menaip YESRM2 tuh, lalu...... direspon,


T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM2 telah ditolak dari akaun anda.


Huhuhu.. Rasa heppy sangat, barulah ini dipanggil Celcom yang pemurah tak cekik duit mak aku sebab nak topupkan aku dari Malaysia.. Wah, selama 2 bulan aku da tak call BFF aku, sekarang.. Ha, orang Malaysia kot penat nk jawab aku nye call.. Padan muka ;)

Setelah diselidik tawaran ganjaran apakah ini, baru aku tahu..ia dinamakan

"CELCOM RM2 BUNDLE SERVICE"


Untuk orang Morocco, jangan lupa gunalah Xpax, UOX, SOX untuk mendapat ganjaran istimewa dari Celcom ! Dan untuk topup, jangan risau, PMMM kan ade jual .. What you give you get back :) Lagi satu, aku rasa guna Celcom lagi untung instead of guna Lowrate or Action Voip.. Sekadar kita nak calling-calling orang Malaysia.. So, think wisely !

Dah, stop la, nak kol BFF yang ke 3 pulak .. Yey, alhamdulillah 3la kulli hal ..wa nikmah.

***
P.s ~ Sape-sape yang takde no Malaysia, tapi nak call orang yang dirindui, Jomlah pinjam hp aku, aku tengah bermurah hati ni ..

Saturday, December 11, 2010

angka 14 12 dan 18

salam.. hari nih aku nak masukkan entry merepek sat.. sebab nak update gmbar jek pown hehe

apa dia 14 ..?

no bertuah untuk rumah Aini. Serta 3 orang adik-adik baru, Khalilah, Mira, Masturah

apa dia 18 ..?

no bertuah untuk rumah Saya yang diketuai Izzaty. Serta 6 orang adik-adik baru, Hana, Ahlina, Aida, Aiman, Syuhada, Syahadah

ape dia 12 ..?


ehem, senior 3 orang tambah junior 9 orang sama dengan 12 orang lah :)

K-A-M-I

Sajer aku masukkan entry ini, agar korang tahu kedudukan akhowat di Casa .. Berkenaan kedudukan rumah, aku tak dapat nak cari kat google map huhu ^^ Tak dapat dikesan kot.



******

Baru-baru nih kami rumah 18 a.k.a BaytSamantash ( arab ) telah membuat 1 laman group fb untuk ahli rumah kami, kepada yang nak menyertai.. heheh boleh.. Boleh tengok je, x leh jadi ahli huhuh ^^

Friday, November 26, 2010

untuk Kakak super senior

Assalamualaikum wbt semua yg sudi singgah membaca

Sudah lama tak muncul tajuk baru untuk November nih. Situasi internet V2C yang lambat dengan kehadiran 7 buah laptop canggih-canggih. Sebab tu la, aku yg menggunakan laptop season agak lambat untuk surfing..Sedih jugak. Hatta nak bukak ym pun x dapat :'(

Tergendala jugak la post-post menarik yang aku nak kongsikan. Ok stret 2 da point jer..

Lepas 3 minggu kepulangan aku d Magribi ni, Kami dapat berita (x tau emosi apa) akan ada junior d Casablanca. Aku sangat heppy. Tapi agak cuak dan risau untuk menggalas tanggungjawab yg dipikul seperti akak-akak senior terdahulu.

Bacth aku yg menetap d Casa hanya 3 orang akhowat. Adik junior yang datang nanti seramai 9... 9 ORANG !! ohh ramai nya. 3 kakak nak jaga 9 adik.. ? Tp kami terima dgn hati terbuka walaupon terpaksa berhadapan dgn pelbagai situasi yg mencabar nanti.

Jom berkenalan..


Delegasi 1, Syahad _ Perak
Delegasi 2, Hana / Mira / Mas / Syu / Ahlina _ N9
Delegasi 3, Aida / Aiman / Khalilah _ Pahang & Selangor

Alhamdulillah menyambut kedatangan adik-adik baru merupakan pengalaman yg menrik. Aku belajar banyak benda sekarang.. Contohnya : menghafal jalan ke Bouhlal dari La Gare Agdal..hehe , cara-cara ambil minhah, tasjil.. dan banyak lagi.


*******

Buka rumah baru di Casa.

Selepas berpindah dr Derb Khair, yang aku rasa kan jalan di sana sangat bahaya. Banyak je syabab-syabab memenuhi ruang jalan pd waktu pagi dan malam. Bahaya ! Walaupun rumah besar dan sewa murah, kami ambil keputusan untuk pindah , alasan 1 : Jalan yg bahaya . Alasan 2 : Jauh jalan 30 minit ke kuliah. Tp sebaik dapat gak aku merasa duk ctu selama 2 minggu :) Walaupon semasa nak pindah tu sngt banyak dugaannya yg x perlu aku coretkan dcni, namun kami ber-3 tabah ..ececeh.. Allah beri kami kekuatan juga pada hr tersebut.


Dan sekarang, rumah baru. Semangat baru ( ehem..) Kami sewa 2 buah rumah, salah seorang antara kami ber-3 terpaksa berpisah supaya setiap rumah ade wakil senior. Sangat sedih, setahun kami bersama..tahun ni berpisah.. Nasebaek Rumah kami sekarang masing2 dekat . Sebaris lagi tuh :) Kepada akak-akak senior, jemput lah datang ke sini lg, kami merindui kamu semua.. Kepada akhowat wilayah Kenitra dan Rabat dan Mohammedia ayuhlah jejak Casa.. Rumah ade dua, pilih je mana suka .. Marhaban bikum jami3an !!

Ya Allah limpahkanlah kasih sayang Mu kepada kami semua, kau taburkanlah wangian ukhuwwah antara kami, limpahi lah kasih sayang adik junior kepada kami dan begitu juga kasih sayang kami terhadap mereka agar pertemuan ini indah kerana redha-Mu ya Allah. Jangan ada di hati-hati kami ini hasad ya Allah. Walau rumah berbeza, rapatkanlah hati-hati kami dalam mengejar cinta-Mu ya Rabbi __ikhlas Kak Naei