sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, February 15, 2011

Fadilat selawat, Nak dapat syafaat nabi di akhirat nanti ??

ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WASOHBIHI WA BARIK WASALLIM






Before bace, hayati selawat di blog ini.. Semua orang tahu tak hari ini hari ape?? 15 Feb 2011, bersamaan 12 rabiul awal.. tarikh kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad Sollalahu alaihi wasallam.. Kalau kiranya kamu tahu semalam 14 Feb, Hari yang konon-konon diagung-agungkan oleh negara barat.. Jadi ketahuilah, yang pada hari ini Maulud Nabi..Jangan disambut Valentine yang semalam, tapi raikanlah tahun kelahiran Nabi Muhammad dengan memperingati baginda.. Bukan bermakna hari lain kita tak berselawat, tapi ini sebagai simbol sahaja..Incha Allah ye kawan-kawan..



Alhamdulillah hari ini lepas solat subuh, seluruh alhybayt (housemates) saya berselawat ke atas nabi dengan penuh kesyahduan.. Syahdu kawan-kawan.. Lepas tuh, kami mentadabbur (menerokai) isi-isi Al-Quran .. Sangat bermanfaat yer kalau dilakukan bersama-sama ahli rumah yang lain, agar kita sentiasa refresh iman kita..



Di sini saya nak berkongsi (sharing-is-caring @ kongsi-itu-sayang) tentang fadilat berselawat ke atas junjungan baginda rasul kita..

* Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - Muslim

* Sesiapa yang amal membaca 3 kali selawat setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

* Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, InsayAllah akan kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari,dengan izin Allah dirinya akan dihormati dan dihargaioleh orang lain.

* Menurut Sayyid Ahmad Dhalan, sesiapa yang berselawatwalaupun sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

* Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, InsayAllah akandihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat 1000 kali pada malam jumaat, InsyaAllah akan beroleh kebahagiaan samada dunia mahupun akhirat

* Amalkan selawat 11 tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan memperindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain

* Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping berolah ketenangan fikiran

* sesiapa yang berselawat tidakkiralah banyak manahitungnya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua syarat ia berusaha mencari keredhaanNya

* Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup

* Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat Subuh, Magrib dan Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

* Sesiapa yang mengamalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

* Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

* Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah

* Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

* Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat pertolongan daripada baginda SAW

* Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membacaselawat sebanyak 70 kali

* Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali setiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

* Setelah bersolat, Nabi SAW mohon ampun dan beristiqfar 3 kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar sehingga 75 kali sehari

* Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha luas rahmatnya

* Sesiapa yag sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

* Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungnya, InsyaAllah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain

* Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

* Sabda nabi SAW: barangsiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datangpada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

* Sabda nabi SAW: barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syafaatku pada hari kiamat – Thabrani



Tak susah pun yer, nak selawat.. incha Allah mari kita amalkan..Moga-moga diakhirat kelak, kita dapat syafaat baginda (pertolongan)..Sapa lagi yang mampu menolong kamu semua di akhirat kelak.. melainkan syafaat baginda..Oleh itu jangan sombong untuk mengucapkan rasa rindu & selawat ke atas nabi..

>> Jika ada kesalahan dalam penulisan saya, harap dapat menegur .. Jazakallahu khayran katira Barakallahu fikum..<<


10 comments:

nadyNad said...

alhamdulillah..moga-moga kite berada dibawah lindungan ALLAH

:)

creamyfiodesi said...

mahu pijak valentine jugak. =)

miszlullaby said...

thanx for sharing shana.suke tengok font dekat blog shana.mcm mne shana buat?=)

faisal said...

cm knal je.
ni jiran arwah achik kan?

Sha-na.Szied said...

nadynad
Incha Allah same2 mengamalkan

k.treks
jom pijak ramai!!

sis mizlulaby :)

alhamdulillah.. sume kene selawat :)
saya ade wat tutorial die kak..just pegi kat dashboard jer..ader..jap g saya bg link..mekasih komen :)


faisal
yurp saya jiran sebelah rumah.. ni saper yer mekasih datang melawat blog & komen :)

Hanis MY said...

thanks for sharing...
p/s: akak dah folo blog cantik ni...

creamyfiodesi said...

wah! naei berniqab! balek mesia pon pkai camtu taw!
hehehe!

cafe owner's contest! join ok! :)
http://creammyfiodesi.blogspot.com/2011/02/february-flight.html

Sha-na.Szied said...

kak Haniz Japan thx for folowing, tak comel mana pon cume, pink2 gtu eheeh..

k.trex so scary to imaginasi.. i will :)

faisal said...

naeilah.. add fb niee

Sha-na.Szied said...

FAISAL

nak add fb macam mane..?? x de bg link pun, sape ni..........erh??? thx mengunjung.. kita jiran ker..