sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 5, 2010

MB Negeri Sembilan ke Kaherah..

20 Februari, 2010 22:07 PM
[ BERNAMA ] Shahrullizan Rusli

Menteri Besar Negeri Sembilan Umum Kenaikan Biasiswa Untuk Pelajarnya Di Mesir

KAHERAH, 20 Feb (Bernama) -- Pelajar-pelajar tajaan kerajaan Negeri Sembilan di Mesir akan menikmati tambahan biasiswa sebanyak RM2,000 mulai semester baru ini selepas diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu.

Katanya, kenaikan itu sesuai dengan peningkatan kos hidup di Kaherah, Mesir yang menyebabkan kebanyakkan pelajar Negeri Sembilan terpaksa mengikat perut mereka.

"Saya tidak mahu pelajar kita terganggu dengan masalah kenaikan kos hidup. Saya harap dengan pertambahan ini, mereka akan dapat memberi tumpuan dalam bidang pelajaran mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan pelajar-pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Rumah Malaysia di sini.



Mohamad ketika melawat pelajar Negeri Sembilan di Rabat telah pun mengumumkan kenaikan tambahan biasiswa sebanyak RM1,000 untuk pelajar di Maghribi.

Kenaikan tambahan itu dibuat di bawah biasiswa zakat yang tidak perlu dibayar balik, katanya.

Sebelum ini setiap pelajar di Mesir hanya menerima RM6,000 biasiswa di mana separuh dalam bentuk pemberian zakat dan separuh lagi dalam bentuk pinjaman, pertambahan ini menyebabkan setiap pelajar menerima RM5,000 biasiswa zakat, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menimbang kemungkinan menghentikan penghantaran pelajarnya ke Jordan kerana kos peningkatan hidup yang terlalu tinggi.


"Dahulu kita hantar 20 orang tetapi sekarang kita kurangkan sedikit demi sedikit sehingga tinggal 2-3 orang sahaja di Jordan. Kos hidup di sana agak tinggi dan kita juga rugi dari segi kadar tukaran matawang di mana RM6 bersamaan dengan hanya 1 dinar Jordan," katanya.



Sebagai ganti, Katanya MAINS akan menghantar pelajar ke Maghribi di mana kadar tukaran mata wangnya adalah pada kadar RM1 bersamaan dengan 2 dirham, katanya.

"Itu pun kos kenaikan hidup di Maghribi semakin naik. Pada masa hadapan, kita mungkin akan meninjau India jika sesuai untuk dihantar pelajar kita," katanya.

Mohamad sedang dalam rangka lawatan ke Maghribi dan Mesir untuk meninjau pelajar-pelajar tajaan MAINS di negara-negara tersebut.

Beliau kemudiannya berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum pulang ke tanah air.

1 comment:

sanfurah said...

ow..jordan hot d c2
hehe