sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, May 1, 2013

Menjadi Ustazah II

Alhamdulillah tumma alhamdulillah..Sedang aku menaip, hujan turun. Syukur.

Telah 2 bulan aku berkhidmat di SK KGV, Aku rasa bebas sikit sebab rupa-rupanya kerja ni sangat penat. terutama dalam bidang mengerah otak dan suara. Jadi untuk April ni aku bolehlah bercuti agak2 sebulan..Yey!!

Planning.. cuti.. Holidayss.. :) :) :)

Tiba-tiba aku dapat panggilan apabila 2 minggu dalam April melabuhkan tirai.. Ini minggu ke-3.
"Assalamualaikum Ustazah Sharifah. Saya Ustazah ####. Ok, esok kamu terus pergi ke SJKC Kg Baru Pantai yer. Terus lapor diri.......ok bye" Aku.................................


Bersediakah aku ni..? Sekolah Cina!! Eksaited campur takut.. Campur takbest sebab aku tahu sekolah cina pasti guru melayu sedikit, diskriminasi, pelajar melayu sikit dan mencabar... Yang aku eksaited-kan cuma Bahasa Cina aku akan lebih mantap ..Huhu

Maka 22 April tiba, aku bergegas paling awal 6.40pg untuk pergi ke sana. Kerana aku tahu jalan Pantai sangat jauh .. Hehe 20 minit je rupanya. Datang je. Bangunan yang satu. Seorang aunty buka pintu.. nampak olehku 2 orang yang melayu. Aku ditemani emak.. naik pejabat.. Lepas lapor diri dengan berani.. Guru Besar (GB) pun terkejut. Sebenarnya saya... tak dilaporkan akan masuk ke sekolah tu pun oleh jabatan. GB takde maklumat. Aku malu. Aku pasrah. Turun tangga. Kemudian, terjumpa ustaz yang kerja di sekolah tu. Umur lewat 40an.

Sebenarnya sudah ada ustaz d situ tapi kenapa jabatan hanta aku juga?? Keliru..takut juga kalau aku tak dapat nak jadi ustazah. Maka aku balik lepas berkenalan ngan ustaz. Masa tu 10.30 am .. Suka plak balik boleh rehat hihi.. 2 jam kemudian. GB telepon aku.

"Ustazah, saya sudah telefon jabatan. Jadi kamu datang ke sekolah balik. Kamu boleh mengajar. Ustaz itu akan ditukarkan ke sekolah lain. " Aku...................................

Aku pon paksa lah diri untuk datang, walaupun jauh. Dan hari itu aku mengajar bersama ustaz walaupon murid cuma seorang ketika itu.. T_T

Dalam hati, Alhamdulillah, ini sekolah baru. Semangat baru. Murid baru. Dakwah yang baru.. Insya Allah!

Monday, April 1, 2013

Gambar typical of "aku"


Assalamualaikum my pink blog. Nae mintak maaf sangat sebab lama tak hapdet. Semua disebabkan persekitaran yang tak mem-Best-kan suasana mood menulis . Okay. Sekarang nak koreksi diri sendiri. Apa yang selalu kalau orang sebut NAEI..apa mereka akan fikir..........?? hihi

Ekceli aku tiba tiba nak buat tajuk ni sebab tengah forever alone tadi, tengok gambar gambar lama kat folder... so nampak gayaku yang sama (typical) di setiap gambar. Ahaks! Mari terjah diri sendiri. kerana aku tahu takda siapa lagi yang terjah blog ni....... Fine! (p/s: kalau ada, sila munculkan diri di ruang komen hihi)

(1) tanda Peace semasa bergambar



 Tengok orang lain statik je, Nae sorang buat peace

(2) Makan hobby (di mana hobi ialah perbuatan masa lapang)
Takpe sekarang sedang ber-diet

(3) Senyum lebar yang menampakkan gigi lalu melebarkan pipi


(4) Aksi yang lain daripada lain. (kata lain : mencacatkan gambar)

Tengoklah tu... aku sorang je pegang gelas.. Adakah ini normal? haih~

Buat masa ni itu je lah okay. Nae harap dengan typical Nae ni tidak men-anoyying-kan korang, sahabat dunia akhiratku. Memang saya begini. huhu..

Mungkin nak berubah satu cara je. K.A.H.W.I.N ! haha (harap mak bace :-P )


p/s
tengok gambar gambar ni tadi, rasa nak bergenang air mata sebab kocakan rindu di laut hati.. 
Hanya doa pengikat hati hati kita semua.
 Uhibbukunna fillah (sambil letak simbol Love)





Wednesday, January 30, 2013

Menjadi Ustazah.

Assalamualaikum blog. Alhamdulillah ucapan syukur mesti selalu kita lafazkan kerana banyak nikmat yang yang berbayar kepada Nya melainkan kita menjadi hamba yang bersyukur.

Buat permulaan, alhamdulillah saya sudah selamat sampai di Malaysia.
Alhamdolillah 3la salamaty f Maliziya. 

Baru beberapa hari jejak Malaysia mood Malaysia je! Tak de pon rindu kat Morocco melainkan suasana yang sangat berbeza menjadikan aku rindu Morocco. Berbeza dari segi... ? Banyak untuk dilafazkan.

Jadi mulanya ingatkan balik Malaysia boleh senang duduk berpeluk tubuh, namun sangkaan ini meleset.. Hehe. Kerana emak dah susunkan semua program untuk aku laksanakan sepanjang aku back for good ni. 

So, untuk permulaan dua minggu keberadaan aku di Malaysia, aku settle kan benda benda penting dulu. Aku  isi borang menjadi guru ganti. Isi resume semua, berbekalkan sijil yang aku ada selama 3 tahun setengah di Morocco terchinta, maka aku pon mulakan langkah mencari kerja.

Seminngu selepas tu, aku dipanggil macam so-called-interview tapi bukan interview pun, dia memang nak lantik kita jadi guru pun, Alhamdulillah aku diterima menjadi Ustazah.... :)

Ok to be continued.. 

Wednesday, December 12, 2012

Banyak perkara.

Assalamualaikum guys.. ! How are you doing my follower. If still ada..  So, i will write sedikit hari ini, walaupun sudah tahu kemahiran menulis tidak diasah dan sudah tumpul. By the way today is 12.12.12. Sume update status pasal tarikh keramat yang cantik ni. Aku post jugak. Tapi dalam bahasa perancis.. hehe.. biarlah lain dari yang lain.. orang pun tak paham bagus haha. 12 dalam bahasa perancis Douze :)

Well. myself's update... tadatada !! ~

1. Officially graduate as Bachelor in Islamic Studies of Al-quran and Sunnah
2. Went to egypt during summer in July- Sept 2012
3. Stay in Morocco to got my certificate and I dont make my MA in Morocco
4. Suddenly my mom come to Morocco
5. We are pilgrim-ing for about 4 times just from July to December
6. Suddenly I have to come back to Malaysia. I am so sad. :'(

ok, so i hope sangat dapat melaksanakan seberapa banyak yang mungkin tanggungjawab terakhir untuk diriku di bumi ke dua aku ni. To make my Arab's friend proud of me. My mom proud of me. My sis too.

Kalau aku ada hutang korang tell me. Ada benda tak setel tell me. PM je kat facebook . Please. Thanks..

3 days to go. I have to be strong! Thanks a lot for alls..........

--> Going to buy somthing for my friends . My lovely friends. :')

Saturday, April 7, 2012

On april, 2012



Assalamualaikum.. update2..!!

Spring pon mendekati musim.. Angin sekarang sepoi2 bahasa.. Hujan mulai turun, tanda bumi morocco bakal bertukar musim.. Tak sabar menunggu cuti musim bunga yang saban tahun menjelma.. ewah..

Tapi start 1 April hari tu , rutin aku mula penuh.. Awal-awal lagi dah diberi kelulusan untuk cuti. Persatuan kamidi morocco ni dah plan banyak program on april ni..


The FIRST programme is.. MALAYSIA DAY..


What do you think about this..? Semestinya culture day kan.. hadaf utama program ini untuk memperkenalkan Malaysia kepada negara Morocco ni. Depa sume x kenal kot budaya Malaysia.. Orang Malaysia pon depa masih x kenal.. Depa ingat kami ni cina.. pakistan..Korea.. dan sewaktu dengannya.. Aku bercuti awal kerana aku salah seorang yg penting dalam program ni.. huk3..

Ajk jualan kot.. Aku beriya masak macam2 kuih untuk dijual... Let me show you.. Tadaa!



So far not bad la. Aku memang suke program2 keramaian seperti ini.. aku dapat kenal orang baru, kawan baru, borak2 benda baru, vocab baru, pengalaman baru! yeah.. lepas ni.. rasa nak masak banyak2 kuih..hehe! Aku ketua unit jualan tau.. orang bawah aku Ahlina n Tiya.. Tapi aku tak rasa aku ketua, bahkan adik2 nila yang banyak bantu aku.. Shukur sangat.. kalau x de chef2 ni bantu aku.. kompem.. kompem kuih rosak! haha..


Program kami yang berlansung selama 2 hari ni berjalan lancar..walaupun hari pertama nampak kekok dan kelam kabut bagi aku, tapi kami da cuba sehabis baik..Antara booth-booth yang dibuka ialah booth pameran pendidikan, booth pelancongan, booth permainan traditional, booth makanan, booth pakaian. Semua pelajartelah menjalankan tugas masing2 dengan baik sekali.. Booth aku mengutip keuntungan sebanyak 1000dh.Alhamdulillah..

Booth permainan traditional

Booth pelancongan


Booth permainan traditional

Booth pendidikan

Booth pelancongan

Antara persembahan yang dijalankan semasa penutup ialah, bacaan Alquran, persembahan dikir barat,pertunjukan feshion baju malaysia, pertunjukan filem malaysia yang diterjemah ke bahasa arab, silat dan demo sepak takraw..
Silat


Dikir barat

VIDEO DIKIR BARAT !!




Tayangan filem syurga cinta

Ucapan duta

Dikir barat


Majlis penutup yang dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Enjik Jamal bin Hassan..



Kemah giler photoshoot ni kan..? Biasalah kamera teropong. aku pinjam jek..
credit to : selalu berbicara.com & amir


The NEXT PROGRAMME..is SUKMA 2012.. Sukan Malaysia



aku bagi intro je la.. akan diadakan d kenitra on 9, 10, 11 april..
wait for the next picca :)
oh by the way, aku jadi ketua lagi.. huhu harap2 geng GUCCI (putih) menang! yeay..!!



The LAST PROGRAMME on APRIL ..SIV 2012. Spring Intelectual Village 2012



Alhamdulillah aku x jadi ape2 AJK dalam program ni., aku suka gile dapat rehat hehe..
program SIV kali ni melibatkan semua ahli PMMM bukan saja junior bahkan senior2 .. sebab tahun ni SIV menekankan program ilmiah.. antara slot yang akan diadakan ialah SLOT SEMBANG MAHASISWA.. (maybe berkenaan isu Kahwin..) mak aih.. mesti ramai yg join *blink blink* :)

Doakan semua berjalan lancar..