sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, February 11, 2011

Peluang Kedua, Salji is come back !!

30hb

Meneruskan perjalanan ke Ifrane, untuk cari banjaran salji yang memutih.. Di Malaysia sibuk banjir air, di Ifrane banjir salji~ Woha!! Cameo bergerak 7.30am. Sampai di Michilfeyn, Ifrane pukul 9.30 pagi. Amek gambar berdas-das.. :) Sangat wow la. Sebab masa kami datang tu, salji turun lebat !!



Berhenti di setiap perhentian untuk melihat salji yang turun macam hujan tu.. Pada tahun ni bentuk salji berubah.. Mungkin bentuk emping salji berubah mengikut tempat dan time.

Kalau tahun lepas di Marrakech, emping salji berbentuk hexagon.


Tahun ini di Ifrane, emping salji berbentuk jarum-jarum tajam.


Habes main salji (salji sebenarnya tak main sangat sebab kat gunung tuh salji nipis je.. kene mendaki baru dapat salji hehe..) kami cameo pun turun ke Azrou.. kawasan bandar Ifrane yang memang macam Switzerland or Eropah la :) Cuba tengok kawasan ni , eropah tak??

Bersyukur sangat dapat sampai ke situ......... Keterujaan memang tinggi ! Turun pukul 2.40pm. Singgah solat sebentar dan Allahuakbar......

Sourvenir yang ada..Murah tapi cantik :) Rantai..



Antara video yang ada. Haha, aku meluncur.. Jangan gelak ya.. Sebab belum ada skil nak meluncur...


Monday, February 7, 2011

Peluang kedua, Fes in winter !



Assalamualaikum wbrt

After 2 weeks exam habes, kami semua duduk di rumah. Di rumah . Di rumah. (uslub ta'kid).. Betapa boringnya.. Pandang jer notes kat almari "5-RANCANG MAIN SALJI"



Huhu, belum sampai musim sejuk pon aku dan kawan-kawan da rancang nak g mana. ;) Konon-konon nak cari kawasan dalam Morocco jer.. Nak bagi peluang untuk adik junior merasai keindahan salji.. Dan untuk beri diri aku sendiri the second chance melihat kebesaran Allah ..

So, rancang dan rancang...Berfikir ingin ke Fes-Ifrane. Bahagian utara Morocco. Sila rujuk peta!!! Bajet nak g kami-kami je.. Sekali, ade panggilan daripada akhowat Kenitra, yang mengatakan mereka plan nak buat rehlah salji jugak kat Fes-Ifrane. HAHA.(Rujuk perkara ini..)

Plan tarikh 25hb Jan, tapi ditangguhkan pula ke 29hb. Haih.. Tapi aku heppy je, sbb lagi lambat lagi lebat salji..


28 dah tiba

Akhowat Casa seramai 11 orang (tanpa Aini) telah bertolak ke Rabat , arrive there 5pm. Take a time sekejap kat Rabat , tidur dan bersiap untuk bertolak ke Fes menaiki cameo-seat 19-passenger 20 (yang akhirnya kene saman polis :p ) erm... bertolak 4.30am.

cameo-seat 19-passenger 20 (yang akhirnya kene saman polis


29hb


Kami selamat sampai di Meknes untuk solat subuh.. Cuaca..? Sangat sejuk!~ Dan i'm love in it. Jalan-jalan lagi...sampai 3 jam lebih perjalanan baru kami sampai di Fes. Kawasan dekat dengan rumah pelajar Malaysia, ikhwan.. Di situ, tour guide kitorang, Abo Ishak Yassin naik cameo sekali, teman kawan Rabat dia ni.. ^_^

Bergambar di pergunungan Sidi Harazem


Persinggahan pertama di Sidi Harazem. Merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Fes. Sidi Harazem mengikut sumber Google, membawa maksud Patron Saint of Sources. (pandai-pandai la cari maksud) Hurm, memang Sidi Harazem ni tempat keluarnya air dari bawah bumi, iaitu air dari pergunungan.. Suhu air tersebut boleh mencecah 35degree taw (google lagi) .
Cuaca luar yang sangat sejuk tuh dapat la di panaskan dengan air yang di tadah secara live di kawasan Siqoyah (tempat keluar air). Memang panas jer..suam-suam gitu, air tuh boleh terus minum dan dipercayai dapat menyembuhkan sakit jantung dan buah pinggang .


FYI.. ini kali kedua aku tinggalkan jejak kat Fes :)

Kat sane pun ada kawasan pergunungan yang Subhanallah wahh, cantiknya kan.. hehe . Ade kolam renang yang besar yang bersumberkan air gunung jugak. Kiranya diorang buat kolam tu sekadar nak cari duit la....Sayangnya kolam tuh da tak digunakan lagi. Takde sape nak usahakan kot~

Kolam renang yang besar, tapi takda air..


Next destination, menuju ke Madinah Qodimah (kota lama) . Di kota madinah terdapat bangunan-bangunan tinggalan daripada kurun terdahulu. Ada juga bangunan yang dahulunya didiami oleh orang Yahudi, di Mellah. Amek-amek gambar jap.. pastu bertolak ke Souq (pasar)..

Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran


Inilah kota lama yang pernah didiami orang Yahudi


Di sini ada menjual banyak GILER barang-barang traditional buatan Morocco. Kat sini juga ade tempat pemprosesan barangan kulit. Nak beli barang kulit yang ori datanglah sini, dalam RM200 pun korang leh dapat :) Kawasan dia sangat errrrrr.. Busuk! Hurm, sebaik penjual tuh bagi kami daun pudina untuk hilangkan bau. Hehe ^__^

Baju kulit yang dijual serendah harga RM200 :)

Cium daun daun pudina untuk elak bau busuk cat-cat kat bawah tu



Singgah masjid Al-Qurawiyyin jugak.. tempat bersejarah la ..Paling lame singgah kat souq tuh la, sebab besar Giler! Dari pukul 11am-5pm. Hah?! Banyak jalan secret yang perlu ditempuhi :p Itu pon x abes tawaf lagi..Akhirnya dapat cari jalan keluar.. Aku beli untuk emak alas meja makan .. Cantik tak.......?

Berkenalan dengan orang Magribi di masjid, Nawal & Adam

Singgah makan di kedai, Tajine Dajjaj


Then, kami teruskan meneroka bumi Fes dan singgah di Burj Nord, Muzium Ketenteraan Traditional Magribi (lebeyh kurang ar ..hehe) . Banyak alat senjata yang digunakan oleh orang-orang Morocco untuk menetang pihak musuh pada kurun terdahulu.



Next, check-in hotel. Pergi ramai-ramai 17 orang, bayar hotel pun murah la.. 36dh = RM 18 / orang. Menarik kan..? Servis kira best la untuk sekadar berehat .. Hotel Savoy.


Bersambung...

Tuesday, February 1, 2011

Berwajah baru dengan font-font yang kiut. How?

Hye semua. Pasti ramai yang perasan blog aku sudah berwajah baru :)
Pink dan tulisan pink dan perubahan tulisan word biasa kepada luarbiasa.
Ada dua tiga orang bertanya kat aku kat shoutbox..

camne tulisan cam handwriting kt blog nih?? lawa r! ajar sket! =D


huhu..Ok mesti korang tak berapa nak sedar yang sebenarnya Blogspot kini sudah maju. Dan memudahkan para blogger untuk menghiasi blog-blog mereka dengan acuan yang disukai.


Ok, langkah 1 ..

Open Blogger.com

Dashboard

Design



Langkah 2

Open blogger template



Boleh pilih ape yang kita nak alter untuk blog skin
sama ada kelebaran, layout, design layout, warne.. etc
Untuk font kiut, dah ade disediakan


Open Text Font

Alter ikut suke.

Cth : Text Font (untuk overall tulisan dalam blog)
Cth : Blog Title Font (tajuk Blog anda, macam saya ALBI A3LAM)



Kalau nak kepastian sentiasa rujuk ape2 yang berubah dalam blog (PREVIEW)

Pandai-pandai lah yer..


Langkah 3

Kalau rasa dah puas hati dengan design sendiri.. Silakan

click PREVIEW

click APPLY TO BLOG

Open blog anda NEW TAB

Siap !!



*Kalau rasa tak jadi erm... hehe kene usaha lagi.
*Aku nasihatkan jangan la ubah untuk layout korang, nanti x cantik.
just ubah warne & font text je la.


Ok selamat mencuba!





Tuesday, January 25, 2011

Menunggu Salji Turun




Mood : Suka sebab internet laju lepas bayar bil untuk 2 bulan. Gas pun dah tukar 2 tong.

Assalamualaikum, insya Allah ..esok saya dan housemate saya akan bercuti di sekitar Utara Morocco, Fes & Ifrane. Kami akan bertolak dari Casa --> Rabat. Dari Rabat menaiki bas. Harap-harapnya perjalanan kami semua selamat. Doakan yer. This trip will take about 5 hour in journey.
Ouh =_=

Dan sekarang rasa tak sabar. Tapi dengar-dengar tahun ni, salji kurang. Hurm.. Sedih aku. Sebab hujan pun tak turun musim shita (sejuk) ni.. so, redha je la. Kan..? Rezeki tahun depan je la..
Bila tengok gambar-gambar Januari lepas, seronoknya maen salji lebat-lebat di Marakesh. Wow, baling-baling kot.. Dan bila aku search video pasal Ifrane Snow, rasa macam tak caya je Morocco still have a part of that very tandermous snow. Rasa macam Ifrane 2009 tuh like another country, not in Morocco. But, that's the reality kan.. Morocco & it's snowy place .. How wonderful.




dalam video nih bulan Feb nt baru banyak salji, tapi kitorang nye trip nih awal sikit.. So tak tau ade salji or tak... Ya Allah turunkan lah salji untuk ku buat kedua kalinya ..~

Friday, January 21, 2011

Ayat "Yey Exam Dah Abes" bermakna kita Free?

Alhamdulillah.. x sangke exam terakhir untuk sem 3 berakhir pada waktu yg awal.. pukul 2 pm. Syafawi.. Menarik kot .. Sebab aku da janji, kalau exam last, mst nak abes cepat before pukul 2. Hmm. tp betulke sekarang aku benar-benar free ..?

Memandangkan semester 3 kali nih agak mencabar.. Nota mula panjang-panjang, 1 hari kira 10 mukasurat .. Dan dalam 1 madah ustaz kasi 12 tajuk. Nak hadam agak susah.. Tak tau lah kenapa sangat untuk exam Fiqh Muamalat agak susah aku nak hafaz.. So aku stil x senang duduk sekarang fikirkan Fiqh Muamalat.. I guess.. Istidrok mumkin..? err.

Jadi istilah free aku rasakan dalam tempoh 2 atau 3 hari ni je kot. Mulai esok, aku ulang kaji balik sebagai persediaan.. Ratrapage..@ ulangpaper..? Memang harap dijauhkan.. tp kita kene bersedia kan? Ya Allah..beratnya..

Terasa jugak summer ni x nak gi bercuti, rasa nak mantapkan segala yang da dipelajari sejak keberadaan aku kat cni.. Serius terasa macam tu.


Tapi untuk sem 3 kali ni, aku sangat bersyukur, sebab kefahaman aku dalam belajar tuh lebih mantap dr tahun lepas.. Dan aku harap aku takkan lupa. Sampai di Malaysia.. Mungkin sebab berkat belajar ngan kawan arab setiap hari.. So, terasa sem 4 nanti nak betul-betul lagi niat dan belajar rajin-rajin! Siap macam ada azam baru heh =_=

****

|Komputer| Terima kasih ya Allah, Dia duduk kan aku lame-lame dalam bilik komputer, sebab rupenya ade lagi aku tak siap dalam exam komputer tuh, akhirnya aku sedar yg aku tak buat betul-betul.. Siyes..! Kalau aku x sedarlah time aku duduk-duduk tuh, alamat markah aku ZERO la beb..



|Usul Fiqh| Ni madah berat yg terakhir sekali abes. Uff. Rasa sangat lega. :) Ustaz Mohamad Alil pun lembut orangnya.. Ustaz Balafrij pon x kurang juga. Hampir kesemuanya tajuk aku kupas .. Ustaz memuji kelancaran pelajar Malaysia jawab exam . Semua budak arab seakan jeles ngan kami. Itu lah kelebihan pengembara sufi.

|Sirah Nabawi & Fiqh Ibadat| Madah yang paling lame tunggu. Tunggu untuk dibace depan ustaz. Madah paling diuji.. sbb ustaz asyik tak datang.. Mungkin ustaz pun ada halnya sendiri.. Walaupun cam gagap sikit cakap depan ustaz tp alhamdulilah dapat abeskan MALAM tuh gak, 9.30 mlm stay kat kuliah. Mencabar kan.. Hari pun da gelap.

|Fiqh Muamalat & Maqosid Syariah| Tawakkal je incha Allah. Dah lah ramai budak arab meniru ): Rasa x adil !

|Tarikh Alam Islami| Paling best. Sebab ustaz sporting, lembut.. Bestlah!

|Perancis| Paling senang dan siap tahu mana yang salah. HAHA.

*****

Harap-harap keputusan kali ni tak emngecewakan aku. Dan ada peningkatan .. Harap sangat...