Assalamualaikum guys. Hari ini ade sedikit perkongsian dari aku. Masa cuti spring season hari tuh, kawan-kawan arab aku semua balik ke kampong mereka. Lepas abis cuti, dowang ada kasik aku satu buah pelik ini. Cube teka name buah ni ??!
Aku pasti rmai lagi yang blur. Buah apekah?? Mangga muda ke?
Fact: This is almond. Not olive or mangoes or others.
BERKENALAN DENGAN BUAH ALMOND
Aku yakin ramai orang tidak ambil kesah tentang asal usul biji almond @ badam. Rupa-rupanya biji almnond berasal dari buah.. jom layan~
(abaikan word scientific di sini) Buah almond atau juga dikenali sebagai Badam, Amandel atau Almond merupakan sebahagian dari subkeluarga Prunoidae dari keluarga Rosaceae. Tumbuhan ini berada di klasifikasi yang sama dengan persik dalam subgenus Amygdalus di dalam Prunus. Buah badam merupakan buah yang dihasilkan oleh pohon Prunus dulcis
Jika biasanya buah Prunus dilapisi oleh daging buah yang manis seperti yang ada pada prem(plum) dan ceri, pada buah badam digantikan oleh pelapis dengan tekstur seperti bahan kulit, yang di dalam cangkang kerasnya mengandungi biji yang dapat dimakan, biasanya disebut sebagai kacang.
Masih blur? Almond inilah yang korang selalu makan kat dalam kuih almond London. Mak-mak kita suke beli kuih nih time raya. Tapi mak aku tak. Die taukey kueh almond nih tau..Ha ni lain cerita..kang tak abes-abes nak pomot kuih raya mak aku.
APA RASA BUAH ALMOND ?
Mula-mula kene basuh dulu buah ni. Takyah buang kulit dia,terus gigit. Pastu bile makan tuh, rasanya agak masam macam mangga muda (bayangkan cepat..hehe). Sampai bahagian biji die, aku tak makan, sebab dalam biji tuh ade air yang pelik rasa nya. Biji itulah yang akan dikeringkan dan dijadikan sebagai biji almond @ badam.
DARI PUTIH KE COKLAT
Sebelum kering biji almond berwarna putih dan berair dalamnya. Selepas dikeringkan, dia menjadi warna putih susu dan bile digorengkan akan menjadi coklat seperti gambar di atas.
KEWUJUDAN BUAH ALMOND
Kemunculan buah almond ini seawal zaman Gangsa (ingat sejarah balik..) iaitu sekitar 3000-2000 SM. Ditanam dan mula ditemui di Lavent atau nama popularnya Syiria atau nama arabnya As-Shams. Kemudian buah almond mula dieksport ke Negara Timur Tengah yang lain seperti yang popularnya di bahagian Benua Afrika. Di tempat aku, Morocco sekarang pun banyak buah ni, sebab buah ni hanya sesuai dengan Negara beriklim Mediterranean. Terdapat juga di Eropah Selatan. Dan juga dieksport ke negara lain seperti California, Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
KHASIAT MINYAK ALMOND
Minyak yang baik untuk aplikasi pada kulit sebagai emolien, dan telah digunakan secara tradisional oleh terapis urut untuk melumasi kulit semasa sesi urut. Ini adalah minyak ringan yang boleh digunakan sebagai pengganti minyak zaitun.
untuk kulit muka jadi cantik & natural
Minyak almond juga digunakan sebagai kayu perapi alat muzik tiup kayu tertentu, seperti oboe dan Klarinet. Sekian ..(banyak lagi info..kalau nak tahu kat sini
Almond in action. Was snapped in musim bunga, by using Sony Ericsson C901. 5mp.
*credit to: Mr. Google & Wikipedia.
15 comments:
assalamualaikum...hmmmm,,khasiat almond..nak tanyalah,,kawan arab yang mana bagi saudari naeila buah almond eh??huhuhuhu
nampak cam sedap jer..
[cm]
hye cm, slamat kembali membaca, lame sudah saudari x membaca :P
sy wakilkan diri untuk bercerita, tak boleh ker??
lgpon sedapkan buah almond nih :)
ko belajar taxonomy ke leh letak scientific lagi. tak pun sejarah, leh tau asal usul. tak pun scientist, kaji khasiatnya. hehe
aku tatau rupanya buah tu mcm tu plak ianya bermula. sedap je aku tgk :D
ooo baru ku tahuuu... berbulu upanya almond ni. slalu tgk yang da kering jer.. haha
very informative...
tatau pon buah asalnye camtu.. hehe
[longhaFiz]
sedap ker? rasa mangga muda taw
tapi almond london mak sy mmg sedap (:
[aNN]
aah, saya yg dapat rasa lg terkejut. Lagi kta belajar, lg kita tau yg kita sebenarnya jahil lagi~~
thX komEn. Juz for shaRing iNfo
[kYuuBi_85]
hey, kamu peRLi saya ker? takde scientis, anatomy, biology, taxonomy..
tapi dengan Profesor GoogLe jePp! sumEnya seteL *twing2*
buah nih masam T__T
thX komEn. Juz for shaRing iNfo
[miSs IzaH]
thX komEn. Juz for shaRing iNfo
salam..
nice article..
almond,yummy2..hehe..
juz wanna let u know that i link ur blog in my blog... =)
stakat ni masuk mulut je
hehe
ok la ni dah ada pengetahuan skit2
[faredIsa]
thx for backlink kan (:
sy akan backlink kamu pulak..
heh?? apekah..
[joe]
x sabar nk tgk joe makan luar dgn para pemenang huhu
pS: korang kalo nk order almond london boleh2.. (:
naeilah..
akak nak 1 la minyak almond tu.
kasi cun sikit..
ade jual? :D
ehe..
[akk kenitra]
jgn isaw, lepas balik dr malaysia sy bawak 1 botol almond :D
kasi sume orang rasa!
Post a Comment