sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, April 23, 2010

Buah berbulu yang comel

Assalamualaikum guys. Hari ini ade sedikit perkongsian dari aku. Masa cuti spring season hari tuh, kawan-kawan arab aku semua balik ke kampong mereka. Lepas abis cuti, dowang ada kasik aku satu buah pelik ini. Cube teka name buah ni ??!


Aku pasti rmai lagi yang blur. Buah apekah?? Mangga muda ke?

Fact: This is almond. Not olive or mangoes or others.


BERKENALAN DENGAN BUAH ALMOND

Aku yakin ramai orang tidak ambil kesah tentang asal usul biji almond @ badam. Rupa-rupanya biji almnond berasal dari buah.. jom layan~

(abaikan word scientific di sini) Buah almond atau juga dikenali sebagai Badam, Amandel atau Almond merupakan sebahagian dari subkeluarga Prunoidae dari keluarga Rosaceae. Tumbuhan ini berada di klasifikasi yang sama dengan persik dalam subgenus Amygdalus di dalam Prunus. Buah badam merupakan buah yang dihasilkan oleh pohon Prunus dulcis

Jika biasanya buah Prunus dilapisi oleh daging buah yang manis seperti yang ada pada prem(plum) dan ceri, pada buah badam digantikan oleh pelapis dengan tekstur seperti bahan kulit, yang di dalam cangkang kerasnya mengandungi biji yang dapat dimakan, biasanya disebut sebagai kacang.

Masih blur? Almond inilah yang korang selalu makan kat dalam kuih almond London. Mak-mak kita suke beli kuih nih time raya. Tapi mak aku tak. Die taukey kueh almond nih tau..Ha ni lain cerita..kang tak abes-abes nak pomot kuih raya mak aku.


APA RASA BUAH ALMOND ?

Mula-mula kene basuh dulu buah ni. Takyah buang kulit dia,terus gigit. Pastu bile makan tuh, rasanya agak masam macam mangga muda (bayangkan cepat..hehe). Sampai bahagian biji die, aku tak makan, sebab dalam biji tuh ade air yang pelik rasa nya. Biji itulah yang akan dikeringkan dan dijadikan sebagai biji almond @ badam.


DARI PUTIH KE COKLAT

Sebelum kering biji almond berwarna putih dan berair dalamnya. Selepas dikeringkan, dia menjadi warna putih susu dan bile digorengkan akan menjadi coklat seperti gambar di atas.

KEWUJUDAN BUAH ALMOND

Kemunculan buah almond ini seawal zaman Gangsa (ingat sejarah balik..) iaitu sekitar 3000-2000 SM. Ditanam dan mula ditemui di Lavent atau nama popularnya Syiria atau nama arabnya As-Shams. Kemudian buah almond mula dieksport ke Negara Timur Tengah yang lain seperti yang popularnya di bahagian Benua Afrika. Di tempat aku, Morocco sekarang pun banyak buah ni, sebab buah ni hanya sesuai dengan Negara beriklim Mediterranean. Terdapat juga di Eropah Selatan. Dan juga dieksport ke negara lain seperti California, Malaysia, Indonesia dan lain-lain.


KHASIAT MINYAK ALMOND


Minyak yang baik untuk aplikasi pada kulit sebagai emolien, dan telah digunakan secara tradisional oleh terapis urut untuk melumasi kulit semasa sesi urut. Ini adalah minyak ringan yang boleh digunakan sebagai pengganti minyak zaitun.


untuk kulit muka jadi cantik & natural


untuk rambut jadi lurus & ikal


Minyak almond juga digunakan sebagai kayu perapi alat muzik tiup kayu tertentu, seperti oboe dan Klarinet. Sekian ..(banyak lagi info..kalau nak tahu kat sini)


Almond in action. Was snapped in musim bunga, by using Sony Ericsson C901. 5mp.


*credit to: Mr. Google & Wikipedia.

Tuesday, April 20, 2010

_+* contest : malam indah bersama joegrimjow *+_

20 APRIL 2010

Assalamualaikum to all blogger & readerz.
Catatan ini khas buat joegrimjow.


Funscrape.Com


Tanggal 20 April 1988, lahirlah seorang putera *twink-twink* yang hensem dan gagah.. dan pada abad ini putera tersebut dah membesar sehingga sihat, dan juga macho akibat bersantapan dengan ubat kesihatan Herbalife yang sentiasa berbekal di istana nya :D

Dan pada hari ini, 20 April 2010 genaplah umur si putera itu 22 tahun.. Kalau dilihat umur tuh besar jumlahnya. Maknanya sudah bertambahlah tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini. Sayugialah putera .. Harapanku, moga putera itu diberkati umurnya, bertambah amalan kepada pencipta-Nya.

Semalam penat daku menjelajah satu world nih, daku bertanyakan pada penghuni-penghuni world adakah mereka mengenali putera joegrimjow aka popular-blogger-with-high-comment-per-page (tipu sikit) ?? One quarter of them mengenali si putera itu. While the rest not. Most of them at Asia Tengggara. Daku memberitahu bahawa hari ini besday putera itu. Lalu mengharapkan sedikit ucapan *happy birthday* from them..dan record kat cameraku yang tidaklah berapa mewah ; )

So this is the result ..see it !




Sekian dariku. Salam penutup bicara..

Daku tidaklah kreatif. Tapi sengaja mencungkil bakat untuk merebut RM200 makan percuma menjadi friendly-blogger with you-all.

Thursday, April 15, 2010

DUA minggu dalam kepompong -BORED!


Salam semua (T_T)

Hari ni barulah dapat buka blogspot. Sebelum ni dah hampir 2 minggu, blogspot tidak dapat dibuka. Aku tak tahu apa sebab semua nih berlaku. Blogspot macam chipsmore. Bukan sahaja blogspot, malah wordpress, dan segala bentuk blog tidak dapat dibuka..M E L A I N K A N url seperti domain name. Blog macam tu boleh la bukak.

Cth: cisdel.com ; ariffshah.com ; justkhai.com

Sebab server low ker kat sini? Sebab connection ker..? Sebab kerajaan Morocco ni melarang aku bukak blog ke?? Boring aw..Aku pon pening! Nak kate blog rosak tak pulak..hissh.. Orang Malaysia dapat jek bukak blog, orang Shieffield dapat jek bukak blog, orang London dapat jek bukak blog, orang-orang sume dapat jek bukak blog..waaaaaaaaa aku jeles..

So aku nak mintak maaf kepada semua pembaca (ceh, macam ramai pembaca..)..Means, sape yang termasuk ke blog ni dan membaca, sebab aku tidak dapat nak update. Sedih tau. Nak blogjogging pon tak dapat.. sebab tuh baru-baru ni tak ramai pon yang walking-walking ke blog aku.. Takper lah. Aku rasa pon sekarang ni blog dah nyorok balik.. tak dapat nak usha lagi ke blog orang..
Wuaaaaa..

Korang tau tak kenapa yer?? ariffshah, mane tau boleh tolong ker..???