sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, February 10, 2010

MENGANTUK AMAT

.aku menguap; mengantuk.
nape ehk? biasa2 aku mampu
online sampai mate lebam :P
hari nih ngantuk..sangat!
wee~

nampaknye hajat nk update blog
for entry RESULT x tercapai.

.esok lah.
sebab esok cuti..ngegehehe
jamiah ku tak jejak esok.
aini & zaty pon g Rabat.
aku lepak sensorg la kt umah!

yezz...~

Tuesday, February 9, 2010

KEMBALI MALAYSIA

Tadi baru nak melelapkan mata. Baru pukol 2.30ptg. Aku nak tido. Penat. Sebab baru balik jami3ah, tasjil semester 2 . Baru jek landing atas katil, tit tit tit ... sms dari Malaysia masuk.

" Angah kol mak"

Aku tak senang dengan sms tuh. Lalu dengan lemah terus melangkah membuka lappy dan terus dail nombor mak, for all information aku gune LowRateVoip. As a student, gune ni murah sikit kalau nak kol Malaysia.

Dah salam dan hello, mak cakap..Baliklah Malaysia cuti nanti. Aku macam errr... terkelu. TAK NAK! Sebab aku nak manfaatkan cuti aku kt sini dengan melakukan aktiviti pengembaraan. Tapi emak memberikan 3 alasan yg agak kukuh untuk aku melawan permintaan nya. Aku merasakan yg emak rindu sebenarnya.

Aku baru nk pecah rekod, pelajar Negeri Sembilan tahun 2009 bertahan 3 tahun di Maghribi. Oh tidak mampu ku lakukan. Selepas nih aku mesti kene sibukkan diri mencari tiket murah.. Malas!! So, adekah aku akan meneruskan permintaan emak? Mungkin ade hikmah yg belum terungkai..

p/s: Kakak-kakak dan abang-abang ade jual tiket Malaysia murah x..? Tolong carikan kat travel agent...

Sunday, February 7, 2010

CALON EXAM {slot 2}

[Seminngu lepas..]

-Isnin (1 Feb 2010
) :

Hari nih mmg penat . Kami exam sekali 3 maddah dalam 1 hari. Dulu mase skola menengah ok lagi sampai 4 subjek. Tp bile sudah jadi student U nih, agak berat sekali untuk menempuh 3 maddah dalam 1 hari. Maddah yg berat lak tuh... nk banding brape kilo beras pon x setanding.. (merepek japp..)

Tungggggu ustaz datang..Ustaz Filali..Oh! Kami yg menepati zon-zon waktu awal-awal lg dah terpacak kt depan bilik ustaz. Ustaz ?? Menyusul selepas 2 jam menunggu. Wuishh..lame lak aii..
Even ustaz dtg pagi tuh.. Turn pelajar Malaysia still same. P E R E M P U A N . Kami mmg slalu mengalah pada pelajar2 arab..sedangkan pelajar L E L A K I malaysia dah selesai seminggu yg lalu, sebelum maen salji lg..Itu lah padahnya sebab terlalu "sopan dan baik"..


MANAHIJ DIRASAT JAMIAH

Tiba turn kami pada pukul 1 ptg. Menahan diri kesejukan di luar pejabat ustaz. Nak menghafaz da x boleh masuk lg..Tp redha je sebab dah lame bertahan dr minggu lepas untuk syafawi ngn ustaz. Masuk bilik. Aini da first. Aku menggigil sejuk bercampur takut. Ustaz agak agresif hari ni. Soalan Aini agak susah. Soalan Zaty..Mudah. Soalan aku 1/2 susah.. Tp aku dapat jugak mengeluarkan sepatah 2 perkataan sob sob sob..


ULUM AT-TAFSIR
MADHAL ILA ULUM QURAN

Exam nih ustaz buat secara mengejut. Kami expect hari rabu..Kami pon Bersedia untuk menemui Ustaz Balafrij dan Ustaz 3alil. Dua pengadil erk.. punya tunggu dengan "sopan dan baik", akhirnya kami tetap yg terakhir..sedih. Dalam angin yg kencang kesejukan.. aku gagahkan juga untuk menghafal dalam beberapa jam itu. Nasib baik aku dah ulang kaji sedikit di rumah Khadija. So aga ringan untuk aku untuk menghafal.

Azan Maghrib berlalu. Syafawi x abes lg.. Turn Aini bermula 6.50 ptg. Aku start gigil haha..Sejuk la..Kemudian turn Samirah yg terbaik..Sampai turn aku gagap dan boleh la..ustaz ckp Jayyid! Sampai turn Zaty, alhamdulilah lega dah abis...7.40 kami habiskan..

******

Malam tu, mmg aku online habis-habisan, sampai lah keesokan hari..aku happy sebab exam dah abis..Hingga aku terfikir..

"Ape yg menggembirakan para pelajar dalam kehidupan belajarnya adalah setelah tamat exam. Segalanya seperti syurga.."



p/s: pembetulan, belajar bukan untuk exam,
tp untuk mencari seberapa byk khazanah ilmu Allah di bumi ini.






Tuesday, February 2, 2010

ABC SATU !


Kebetulan pihak lelaki membawa syrup untuk dibuat ABC katenye. Tp cam x de pon susu cair hehe.. Jadi minom syrup pon ok je..Bahan-bahannya:
  • Seikhlas hati
  • Sekuntum senyuman
  • Satu cawan party
  • Sebotol syrup semerah hati
  • Sedikit air mineral
  • Segunung salji suci bersih yang belum disentuh
Ramuan-ramuannya:
  • Mula2 kita cari dulu lapangan salji yg suci bersih dari ancaman kasut dan kaki serta tangan
  • Kemudian ambil beberapa cawan party dan cedokkan kedalam salji suci tersebut
  • Sesudah penuh dgn salji suci, tuangkan syrup semerah hati ke dalam cawan
  • Then, setelah menjadi merah dan manis, campurkan sedikit air mineral
  • Lastly, hidangkan minuman itu kpd kawan2 bersama sekuntum senyuman & seikhlas hati

SALJI PERTAMA IN MARRAKECH !!

27/28 Jan 2010-Once in the snow time..

Aku speechless giler mase dapat tgk salji turun depan mata sendiri, perkara nih antara yg aku idam-idamkan dlm hidop ku. Ha..ni sume sebab aku dah tulis IMPIAN aku kat wishlist aku.. Korang buat tak? Insya ALLAH, Dia akan memakbulkan permintaan korang kalo hajat tuh munasabah..Subhanallah sangat cantik tempat tu secantik pencipta-Nya.

"إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ"
Sesungguhnya ALLAH itu cantik dan menyukai kecantikan.

Jadi semua ciptaan Allah itu indah-indah belaka..Serius aku mengucap syukur saja bile dpt memegang snow impian aku tuh..Tapi sejuk sangat..Tangan aku dah kebas-kebas, beku..Sampai 5hari kebas kat hujung jari belum hilang lagi. Walaupun takjubnya aku pada salji itu, namun terbit rasa Alhamdulillah di hati sebab aku dilahirkan di Malaysia. Sebab bayangkan lah kesejukan yg mencapai -2 degree itu ade jugak perumahan2 dan binatang yg terwujud kat kawasan pergunungan tuh..Bagaimanakah mereka meneruskan kehidupan? Kalau aku yg duduk sana...................??


Tentatif:

4.40 pg : Kami sume dah bersiap untuk menutup pintu rumah dan bertolak ke mahatoh qitor.
5.00 pg : Ketibaan qitor untuk ke Marrakech. Selama 3 jam duk dalam qitor.
8.00 pg : Sampai di Gare De Marrakech. Posing2 sikit. Disambut oleh Us. Zul, Iz & Fauzan (Indon)

8.45 pg : Naik cemeo (van jenis ape tah)..untuk bertolak ke Oukaimeden. Masa nih banyak salji turun.

9.30 pg : Hentian 1. Menyaksikan salji turun. Pakcik pemandu berhenti dalam 1 jam.


10.30 pg : Teruskan jalan untuk naik ke gunung lebih tinggi. Tapi..kami van stuck akibat salji yg tebal di atas jalan..Lalu, di Hentian 2 itu bermain salji lah kami semua kt lereng2 jalan gunung

11.15 pg : Meneruskan perjalanan naik ke gunung. Tak boleh jugak. Kami pun lepak2 kat kedai makan di situ dan memakan salji sebagai hidangan pagi..Ini Hentian ke 3.

Ni kedai nyer, hebat x? Takder customer pon..kt cni lah kami solat Zuhur, masok tandas jap, bla..bla..Time ni kami cam dah givup..cam dah x nak nek atas. Bukan kami tp pakcik pemandu tuh hehe..So, still bermain kat tepi lereng..kali ni plan nk buat snowman




Pihak akhowat nye snow


Pihak ikhwan nye snow :p

1.00 tgh : Menruskan pengembaraan. Kami wat keputusan gak utk naik ke ats sebab hujan salji da surut. hehe..


1.40 tgh : Dah sampai..! Gunung salji~~ Ni lah Gunung Oukaimeden!!


2.30 ptg : Menaiki cable car menuju ke puncak gunung. Gayat giler..


2.45 ptg : Menjejak snow di puncak gunung, berada setaraf awan. di PUNCAK. dalam ketinggian 3260m lah.. wow~


3.30 ptg : Turun menaiki cable car. Gayat kembali.. dan berjalan untuk ke tempat lapang menyaksikan org bermain snow and ski. Ada juga pakcik-pakcik yg cuba mencari duit dgn meng-offer kan keldainya untuk ditunggang. Keldai, kuda, pony.

5.30 ptg : Setelah habis keceriaan di padang putih tuh, kami pon bertolak pulang. Masing2 merehatkan diri dlm van cameo tuh. Dan aku sememangnya letih dan lenguh mgkin sbb men ski tuh.. Aku memandang ke luar tingkap dan berbisik dalam hatiku.. "Gembiranya!"


************

Malam itu kami bermalam di Hotel Ou..Ou.....Ape yer? Lupe lak. Tapi x per la..Yg penting hotel tu agak murah dan selesa. Terletak di Jamee' Fanna, Marrakech. Alhamdulillah, malam itu aku tidur dgn lena sekali. Tapi amat sejuk~

Keesokan paginya, kami sempat jaulah2 ke Souq di Jamee' Fanna serta melihat senario orang2 Morocco ni. Tengok gambar ni. Ape yg dijual eh? Landak kering. Kuling biawak. Telur burung unta. Batu garam . bla bla bla..



Sarapan Tonjiah soghir DH60 dan Roti 3 keping. Tonjiah nih spesel sikit. x Jumpe kat tempat lain even die nye rupe same jek ngan Tajine. Tp Tonjian mmg sedap dan mahal punya! Walaupon sempat jaulah2..tp x seluruh Marrakech tuh kami sempat round. Sebab mase suntuk sangat.. Seterusnya kami menziarahi akhowat Indonesia dan Thailand di rumah mereka di sana..Ade tomyam spesel tu untuk kami..Wallah~

Sekian pengembaraan ku di Marrakech kali nih. Selepas nih ke mana pula?? Duwit MAINS dah bank-in nih..hehe (^^=)