sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, May 4, 2017

Cuti-cuti Morocco .: Musim Panas :.


****25 YUNIYU 2011****

Exam-exam aku semester empat kali ni..

Selasa 7 Jun ; المواريث (Mawaris, Pembahagian Harta)


Ini adalah exam fez kami pada sem ini, pelajar dirasat memang paling lambat mule exam. Padahal kat wilayah lain da freedom da masa ni. Dan exam ni dilakukan secara beramai-ramai dan menjawab dalam masa 10 minit sahaja.. Konon nak buat macam exam oral la.. tapi menggunakan kertas punya. Kitorang kene hafal matan pehh..

Masa ni nak hafal matan pun susah, maklumlah hafal Quran pun merangkak-rangkak.. nak hafal matan.. Matan ni macam syair , tapi dibuat untuk memudahkan kita hafal sesuatu subjek tuh. Setiap bait-bait matan ni hujung dia mesti sama.. Contoh matan yang aku hafal kali ni,


المتن الرحبية

أول ما نستفتح المقالا _ بذكر حمد ربنا تعالى

فالحمد لله على ما أنعما _ حمدًا به يجلو عن القلب العمى

ثم الصلاة بعد والسلام _ على نبي دينه الإسلام

محمد خاتم رسل ربه _ وءاله من بعده وصحبه

ونسأل الله لنا الإعانة _ فيما توخينا من الإبانة


bayangkan ni baru muka surat pertama, kami kena hafal 100 bait matan.. so, dengan bantuan kerajinan kawan arab aku Khadija, dia watkan plan work untuk kitorang,

1 hari hafal 10 baris. wajib disiplin, dan esok tasmik kat dia. Perh.. aku dah cuak, bab-bab menghafal ni bukan kerja aku.. Tapi, nak 1000 daya tak nak 1000 dalih kan? Akhirnya aku berjaya hafal sampai hari ke 6, 60 baris matan la.. sebab banyak lagi benda aku kena hafal time tuh.. Time ni, huh baru sedar kita nak buat sesuatu kene ade plan work baru kerja jalan..

Pada masa yang sama kitorang kene Hafal 1 buah buku berkenaan "Jalan yang Lurus". Buku ni menceritakan bagaimana umat islam sekarang, selamba mengikut jejak-jejak orang kafir dalam setiap perbuatan, malah perayaan dan juga adat. Ini adalah satu virus yang sangat sukar dihapuskan dan pada setiap zaman pasti bertambah-tambah umat seperti ini. Contoh, mengikut kafir dalam perayaan Natal, Hari Ibu, Hari Ayah, Hari Kawan, Hari Nenek, Hari bla bla.. Hari hari.. Dan menceritakan juga tentang bid'ah yang wujud selepas zaman Qurun ke 3..

Dah malas aku nak mengajar kat sini..

Alhamdulillah exam tak keluar apa yang aku hafal, cuma aku ade selak-selak la ..dan dapat jawab alhamdulillah..


----------> kenapa lah aku tangguh2 apdet blog, ha kan da berjela..



تاريخ الأديان (sejarah agama)
. By the way exam ni, best! Alhamdulillah..


No comments: