sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, May 1, 2017

PERMOHONAN KE MOROCCO



Copy paste dari website p-mmm.com
Memandangkan banyak soalan yang sama diutarakan saban tahun berkenaan proses melanjutkan pengajian ke Maghribi, kami mengambil pendekatan dengan memilih 10 soalan popular yang kerap ditanyakan kepada kami. Selamat menghadam :)
SOALAN (1) : Morocco ni kat mana sebenarnya ? Morocco dengan Maghribi ni negara yang sama ke ? 
JAWAPAN (1) : Morocco/Maghribi terletak di Afrika Utara, bukanlah negara Timur Tengah seperti Jordan mahupun Mesir. Sebutan Maghribi berdasarkan paradigma arab disebabkan negara ini termasuk dalam wilayah Islam Afrika yang beretnik majoriti arab sebagaimana Mesir, Libya dan Al-jazair (Algeria). Morocco pula panggilan nama dari sisi Barat, atau dalam perancisnya juga dikenali sebagai Maroc. Morocco/Maghribi sama sahaja, tetapi bukan Moscow ! Moscow di Russia, ya.  :)
S (2) : Bahasa apa yang digunakan untuk berkomunikasi di Morocco ?
J (2) : Bahasa utama ialah Bahasa Arab (Fushah) dan bahasa kedua ialah Bahasa Perancis, manakala warga Maghribi menggunakan Darijah Maghribiyyah (bahasa arab pasar Maghribi) untuk berkomunikasi sesama mereka.
S(3) : Apakah syarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke Morocco ?
J(3) : Boleh dapatkan DI SINI

S(4) : Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Morocco ?
J(4) : Permohonan hendaklah dibuat melalui KPM sama seperti negara-negara Timur Tengah yang lain. First, anda dikehendaki membuat permohonan dengan mengisi maklumat secara atas talian (online) untuk saringan awal kelayakan memohon, (sila rujuk laman sesawang INI.) Kemudian, setelah anda mendapat maklum balas daripada pihak KPM, anda bolehlah memuat turun borang permohonan dari laman sesawang yang sama (yang akan diisi secara manual) dan bermulalah aktiviti-aktiviti mengumpul dan menyiapkan segala kelengkapan dan dokumen yang dikehendaki KPM.
S(5) : Keputusan SPM tidak semasa memang tiada kompromi ? Lepasan diploma ? Apakah tiada cara lain untuk memohon ?
J(5) : Hanya itulah cara untuk memohon melanjutkan pelajaran ke sini. Untuk sebarang pencerahan, mungkin lebih baik anda merujuk pihak KPM sendiri kerana itu adalah syarat yang ditetapkan mereka, dan di luar bidang kuasa persatuan kami.
S(5)b : Bagaimana jika saya membuat permohonan terus ke Maghribi? Apa ada universiti lain di Maghribi yang menerima pelajar tajaan sendiri?
J(5)b : Maaf, tiada peluang, dan semua permohonan di sini diuruskan oleh KPT Malaysia sahaja. Sekali lagi, maaf, semua universiti berada di bawah KPT dan dasar kerajaan Morocco adalah tidak menerima pelajar yang datang sendiri dan tidak melalui KPT.
S(6) : Ada biasiswa ke untuk ke sana ? 
J(6) : Ada. Setiap tahun kerajaan Morocco memberikan biasiswa sebanyak 750MAD sebulan kepada 15 pelajar sahaja dari setiap negara. Oleh sebab itu, kerajaan Morocco meletakkan kuota sebanyak 15 orang setahun untuk kemasukan pelajar-pelajar dari negara luar.  *MAD = Moroccan Dirham
S(7) : Tentang biasiswa kerajaan Maghribi tu, bagaimana cara mereka memilih pelajar untuk mendapat biasiswa tersebut? Apakah ada kriteria-kriteria khusus yang diperlukan?
J(7) : Berkenaan hal tersebut, ia di bawah kelolaan Ministry of Foreign Affairs and Cooperation (AMCI)kriterianya tidak ditetapkan secara khusus, tetapi masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan KPT Malaysia, kerana kebiasaannya, 15 pelajar terawal yang mendapat tawaran ialah mereka yang terpilih untuk mendapat biasiswa kerajaan Maghribi. Adapun bagi sesiapa yang ingin memohon tajaan, zakat atau dermasiswa boleh berbuat demikian di Pusat Zakat atau mana-mana institusi di negeri masing-masing seperti JAIS di Selangor, MAINS di Negeri Sembilan, YT di Terengganu dan sebagainya.
S(8) : Dengarnya yuran pengajian di Maghribi percuma, betul ke ? Macam tak percaya pula. Iyalah, zaman sekarang ni mana ada yang senang-senang dapat free kan..?
J(8) : Baiklah, untuk pengetahuan semua, pengajian di Morocco adalah percuma bermula dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah(PHD), namun begitu, ada bayaran insurans yang dikenakan pada awal pendaftaran di sini nanti, yang dituntut oleh pihak AMCI.
S(9) : Bagaimana dengan kos sara hidup ?
J(9) : Kos sara hidup di sini adalah berdasarkan wilayah yang didiami. Anggaran kasar untuk sebulan  sekitar RM450 – RM550 (1300MAD kurang lebih).
S(10) : Ada tak contoh surat permohonan dalam Bahasa Arab untuk dijadikan rujukan ?
J(10) : Maaf, kami tidak menyediakan apa-apa contoh surat permohonan. Tambahan pula, mungkin itu adalah salah satu aspek yang dinilai pihak berwajib dalam proses pemilihan pelajar. Maka, apa yang boleh diingatkan di sini, syarat-syarat surat permohonan adalah seperti berikut :
1. Dalam BAHASA ARAB
2. Tulisan tangan (handwritten)
3. Isi kandungan : Tujuan Permoohonan , Universiti dan Fakulti yang ingin dipohon , Nama , Alamat , No. Tel , Emel pemohon.

Saturday, March 19, 2016

MOVE ON

Assalamualaikum my blog.. Ya Allah rindu sangat nak dapat aura menulis..
sudah hampir 2 tahun berlalu,

nampak lah Sang Labah-Labah dan Semut berlalu ke sana ke mari..

Kini bermacam cerita ingin aku coretkan.

Dari unemployed sampai employee :D

Dari bujang sampai nak jadi mak orang EH..

Ya Allah :'(

Ampuni daku, banyak dosa rasanya............Nanti kita sambung ya ^_^


Lokasi : Giza, Mesir

Saturday, August 2, 2014

And HAPPY ENDING


Rasanya baru kenal kawan tu masa sekolah menengah, masa belajar oversea, masa program .. Sekarang masing2 dah ada pasangan. Begitulah masa menentukan segalanya. Allah Maha Mengetahui jodoh kita...Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama3a bainakuma fi khair. Tahniah kepada raja sehari dan bakal2 raja dan permaisuri.. Moga satu ikatan perkahwinan yang dibina ini membentuk generasi yang " Rijal " dan izzah pada agamanya !! Amin..

Pasangan UTAMA yang dirai hari ini.
Kak Herda Farhana dan Mr Shazwan. (ABIM-SMKA SHAMS) / Dewan Maideen
NazMi Afifi & Puan Najiha. (PITT-JORDAN) / Pusat Dakwah Paroi
Muhammad Safwan & Puan Atiqah Rahim (SMKA SHAMS) / Gedong Lalang
Lokasi lain : Taman Tuanku Jaafar..
Taman Rasa Sayang..
Taman Desa Ros..
Taman Bukti Setia
Taman Warisan Puteri..
Warisan Puteri Precint 4..


Happy juga untuk sahabat yang dah dapat greenlight hari ini :D :D
Oh, mengenang nasib di hari raya, fasobrun jamill..
Syukran kepada Cik Amirah Dzul kerana sudi temankan saya full day hari ini .
Syukran kepada ayahanda ku Shassan Mansorjamalullail kerana sudi beraya bersama kami tahun ini. Selamat pulang dengan selamat. Terima kasih kerana memberikan ummi Maimunah Lasim Iprm hadiah <3 p="">Syukran kepada Pakcik Halim Lasim kerana sudi bagi duit raya lagi >_<
& Husna Qdoes yang masakkan Spagetti tadi

Selamat pulang kepada ayahandaku ke Tawau, adindaku Amirah Dzul ke Serawak, Nabila Farhana ke Perlis, Atieqah Zai ke Rawang, Kakandaku Farah Wahidah Hayati Ariaff ke Pasir Gudang, abangku Syed Muhammad Nu'man Filosofia ke KUIS. Percutian mencemburui kita huhu !

# Ya Allah berkati perjalananku, keluargaku, kawan yang membantuku, dan semua umat islam.
# In solidarity of #gaza

Pic boleh selak kat facebook saya XOXO !

Tuesday, November 19, 2013

Lelaki yang paling kita sayang.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sudah lama ya, saya tidak coret di sini. Sudah 11 bulan keberadaanku di bumi Asia ini. Apakah bakat menulis sudah luntur dari diri ini? Muhasabah sejenak. Itulah dinamakan tidak istiqamah. Hmm.

Baik. Tajuk hari ini berkenaan L E L A K I.


Naei rasa kalian sudah ada jawapan masing-masing kan? Tentu sahaja seseorang yang terbaik dalam hidupmu..

Ayah.
Suami.
Abang.
Boyfriend? (out of list)

Jika disebutkan tentang bakal imam, bagaimanakah ciri-ciri yang layak untuk dijadikan suami. Maka sudah tentu kita meletakkan ciri-ciri nya sama seperti " Lelaki yang paling kita sayang ". Benarkan?

Maka nak selitkan di sini, abang ku adalah orang yang dimaksudkan. Walau setiap manusia ada kekurangan, tapi banyak kelebihannya. Menggalas tugas dalam keluarga sebagai Abang Sulungku. 

Semalam aku nak sembur Ridsect kat semut api dalam rumah. berduyun-duyun.. Aku geram. Tiba-tiba Along (abangku) berpesan "Kalau nak sembur Ridsect, minta izin semut tu dulu.. Wahai semut, tolonglah keluar dari rumahku ini.. Jika kamu tidak keluar, maka akan aku semburkan Ridsect ini kepada mu"

Berfikir aku sejenak, betapa benarlah ajaran Rasulullah SAW. Kemudian Along pula mengajarku. Peristiwa ini juga buat aku teringat pada seseorang tatkala dia ingin menghalau semut-semut itu keluar dari rumahnya, dia berkata pada semut seperti apa yang abangku ajarkan.. Maknanya sama fikrahnya dengan abangku. :')

Juga taat pada emakku. Along sangat taat. Walau pada ketika dulu masa aku kecil lagi, perangainya bengis sekali.. Lalu emak menghantarnya ke Tahfiz Al-Quran agar diri along melazimi bacaan dan kalimah suci dari Allah itu. Sekarang, dia sudah lembut hati.. dan tidak lagi berkasar dengan aku.. Cakap dengan emak pun lembut aje.. Pernah seniorku berkata "Jarangnya jumpa anak sulung yang bercakap lemut je dengan emak dia, sabar pulak tu melayan emak kamu"... Aku hanya tersenyum. Berkat didikan emak ini.. Salah satu impian aku juga untuk menghafaz Al-Quran sepertinya.. Tidak aku, mungkin bakal imamku.

Sentiasa menawarkan khidmat terbaik jika orang meminta bantuannya. Serius .. Kalau along jadi runner, memang terbaik. Bawa kereta laju tapi cermat, selamat sampai ke destinasi. Tabiat aku kalau lewat ke sekolah, aku minta dia jadi driver aku. Daripada jalan 20 minit boleh sampai dalam 12 minit. Malah dia seorang yang bermasyarakat. Tidak kekok berbual dengan orang tua, mesra juga. Ini lah salah satu ciri-ciri untuk bakal suami mithali.

Memiliki suara taranum yang sedap untuk didengar tatkala subuh menjelma, Al-Quran itu diselaknya. Dialunkan dengan merdu .. Suara along merdu selepas suara emak. Emak pun pandai sangat bertaranum. Kenapa saya tidak pandai ?? :'(

Sedang aku membasuh pinggan. Along sentiasa ada di sebelahku membantu aku membilas pinggan dan mangkuk yang sudah bersabun. 1 pinggan 1 minit dibasuhnya. Kadang-kadang aku rimas sebab dia mesti pastikan pinggan itu sangat-sangat bersih. Dalam hatiku sentiasa berdoa, beruntunglah sesiapa yang dapat Along. Moga aku juga punya suami yang rajin seperti Along.

Cuti sem pertama along di KUIS ni, Bulan 10-25/11 really make me have a good quality time with him. As he accompanied me where ever i go.. and also support me when i was learned driving with him. Along, please dont go back to your college ?? Pity me. Alone with mum at home without Adik too :'(

Ter speaking pulak. Huhu. Along juga tidak sombong. Maka dia sangat terkenal di kalangan gadis-gadis yang mendambakan wajah Fizo Omar nya itu.. Lantunan nasihatnya dan falsafah gentelman nya . Siapa rasa yang pernah ditegur along aku tu, layan je lah. Sebab along memang gentelman.. Haih.. Along..Along. Semoga Along menjadi anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab, dan mendapat isteri yang berdikari tatkala along tiada di sisi nya.. Along nak isteri yang lembut tapi pandai berdikari dan ringan mulutnya.. Semoga tercapai hajatmu. Fa sabrun jamil. 



Semoga kejayaan mengiringi usaha Along selama ini. Satu pesan dari adikmu ini, jangan pernah lupakan dan tinggalkan kalam suci Allah itu. Sama-sama kita berusaha melalui jalan yang panjang ini untuk melihat Islam itu terlaksana selari dengan syariat Allah. 

Wednesday, May 1, 2013

Menjadi Ustazah II

Alhamdulillah tumma alhamdulillah..Sedang aku menaip, hujan turun. Syukur.

Telah 2 bulan aku berkhidmat di SK KGV, Aku rasa bebas sikit sebab rupa-rupanya kerja ni sangat penat. terutama dalam bidang mengerah otak dan suara. Jadi untuk April ni aku bolehlah bercuti agak2 sebulan..Yey!!

Planning.. cuti.. Holidayss.. :) :) :)

Tiba-tiba aku dapat panggilan apabila 2 minggu dalam April melabuhkan tirai.. Ini minggu ke-3.
"Assalamualaikum Ustazah Sharifah. Saya Ustazah ####. Ok, esok kamu terus pergi ke SJKC Kg Baru Pantai yer. Terus lapor diri.......ok bye" Aku.................................


Bersediakah aku ni..? Sekolah Cina!! Eksaited campur takut.. Campur takbest sebab aku tahu sekolah cina pasti guru melayu sedikit, diskriminasi, pelajar melayu sikit dan mencabar... Yang aku eksaited-kan cuma Bahasa Cina aku akan lebih mantap ..Huhu

Maka 22 April tiba, aku bergegas paling awal 6.40pg untuk pergi ke sana. Kerana aku tahu jalan Pantai sangat jauh .. Hehe 20 minit je rupanya. Datang je. Bangunan yang satu. Seorang aunty buka pintu.. nampak olehku 2 orang yang melayu. Aku ditemani emak.. naik pejabat.. Lepas lapor diri dengan berani.. Guru Besar (GB) pun terkejut. Sebenarnya saya... tak dilaporkan akan masuk ke sekolah tu pun oleh jabatan. GB takde maklumat. Aku malu. Aku pasrah. Turun tangga. Kemudian, terjumpa ustaz yang kerja di sekolah tu. Umur lewat 40an.

Sebenarnya sudah ada ustaz d situ tapi kenapa jabatan hanta aku juga?? Keliru..takut juga kalau aku tak dapat nak jadi ustazah. Maka aku balik lepas berkenalan ngan ustaz. Masa tu 10.30 am .. Suka plak balik boleh rehat hihi.. 2 jam kemudian. GB telepon aku.

"Ustazah, saya sudah telefon jabatan. Jadi kamu datang ke sekolah balik. Kamu boleh mengajar. Ustaz itu akan ditukarkan ke sekolah lain. " Aku...................................

Aku pon paksa lah diri untuk datang, walaupun jauh. Dan hari itu aku mengajar bersama ustaz walaupon murid cuma seorang ketika itu.. T_T

Dalam hati, Alhamdulillah, ini sekolah baru. Semangat baru. Murid baru. Dakwah yang baru.. Insya Allah!