sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Raya Tart & Almond Edisi Terhad. :)

Entry copy paste dari entry lama ---> Kuih Raya Tart dan Almond Sedap

Salam semua, maaf sudah sebulan blog tak apdet. This month is RAMADHAN, berikutnya SYAWAL. huhu.. Maknanya kita sudah hampir kepada puasa dan raya. Hampir ke? kurang 2 minggu kot.. Hampir ramadhan dan syawal je, mesti ramai orang awam usha blog aku yang bersawang ni.. kenapa agaknya ye???

|
|
|
V

See!! Ramai orang tengok resipi kuih mak aku..
klik gambar supaya mata boleh nampak jelas


Sebab baru-baru nih, tengok LIVEFEEDJIT orang-orang yang datang ke blog nih, sume nya untuk mencari resipi kuih tart, seperti yang aku entry kan di sni. Ni belum lagi puasa, haih..~


---> Mak pon cakap, baru-baru ni ramai orang telefon mak sebab nak resipi, dia cakap bace kat blog ..eheh . Anak promotkan kuih mak.


Dan aku ingin mintak maaf sebab video yang dipaparkan tidak menjadi, mungkin sebab dah lama. Mungkin ramai orang yang berebut-rebut untuk mencari resipi rahsia untuk membuat kuih tart yang sedap. huhu. So hari ini, insya Allah vdeo nih leh dibuka, dan korang boleh lah lihat sedikit gambar, tapi bukan resipinya. Kerana resipi adalah rahsia. hahah!


Video Kuih Tart Nasta & Almond London, Layannn...





Apa Kekurangan Kuih ALMOND DAN TART orang awam berbanding
KUIH MAK SAYA ??? See........


Tengok Almond ni, salutan coklat yang tak penuh. Even aku tengok kat link nih, murah tapi coklat tak penuh.

Tart nih pun sama, inti nenas ciput jek. Jem pucat.
So jom beli tart nasta mak aku. hehe

Ramai orang buat tart macam ni, macam selera!
Korang pon selalu makan tart yang ni kan?
Mak aku punya, bukan camni, tapi lagi sedap hehe .
Jom cuba, anda MAMPU MENGUBAHNYA!


Kuih Tart mak saya: (maaf tak sempat amek gambar kuih mak)

  • Jem buatan tangan yang pekat dan manis.
  • Nenas dibeli dari Johor. Nenas terbaiklah orang cakap.
  • Acuan yang halus dan bunganya yang cantik.
  • Menggunakan acuan yang lain daripada orang awam guna.
  • Tart diletak dalam cup kuning.. Orang awam punya tak letak dalam cup.
  • Harga yang berpatutan mengikut timbangan berat kuih yang adil. Hehe.

Kuih Almond mak saya :

  • Almond dalam biskut penuh. Bukan almond separuh.
  • Almond london berbentuk bulat.
  • Kacang almond yang ditabur banyak di atas biskut.
  • Biskut disalut coklat penuh..
  • Tidak cepat lemau seperti kuih almond orang awam ..hehe
  • Harga yang berpatutan dan tahan lama serta mengikut timbangan berat kuih yang adil.


Orang cakap kuih mak aku ni berhantu. Ni best punya.. Sebab kalau makan mesti nak lagi. Pengusaha kuih tart pun dia beli kuih tart kat mak aku.. Alhamdulillah, rezeki ..
Then, Kalau raya umah orang.. Tak pandang pun kuih tart & almond dia. Sebab memang layan mak nye kuih jekkk..Kalau raya umah kawan-kawan mak..alahai..kuih mak aku ker ni..Hehe.

Tak caya? Sila cuba dulu~ Mood : Rindunya nak makan kuih tart panas-panas fresh dari oven!!


--------------------------------------------------------------------------------

RESIPI KUIH TART.
Ha, ni free-free dapat ni. Jangan lupa komen lepas cuba buat.

1 buku butter 250g + 1 sudu makan gula kastor
Pukul sehingga kembang menggunakan Mixer

Masukkan 2 kuning telur + 1 sudu teh asen vanilla
Pukul-pukul lagi hingga kembang

Masukkan 1/2 cawan tepung jagung + 1 sudu makan tepung kastad
+ Tepung gandum 2 1/2 cawan
Pukul lagi sampai kembang

Siap adunan, kalau lembik-lembik adunan tu..Tambah lagi tepung gandum
Silakan bakar menggunakan api 160 , atas bawah

--------------------------------------------------------------------------------



Untuk resipi almond london, mungkin aku entrykan lain hari, lepas balik Malaysia lah yer..oke, kalau nak resipi sebenar, sila hubungi...

( maaf yer harga dah naikk..bukan macam entry dulu yang murah..)
TART NASTA
RM 28

ALMOND LONDON
RM 32

50 ++ keping =680 gram

Pn. Maimunah Hj. Lasim
+60133942361
Seremban, Negeri Sembilan.


P/S : Jangan order banyak-banyak. Mak takde asistant nak tolong dia. Anak-anak dara dia takde kat Malaysia.. hehe~~


4 comments:

Ku Azhar said...

nk jgak kuih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! blh lg ke order skrng? hehehe

kak tie said...

jauhnya akak jalan hari ni...nice to meet U..
Er...Ku Azhar...jauh jalan??

bintulwalideyn said...

salam wrt. thenaeilah, akak menjenguk. ehe, selamat kenal2 dlm maya-maya lah ye! :P

**psstt, akak terkejut tengok kt bhgn comments seme 180++. akak bisik "glemer betul naei"..ehe. tp nape naik 2 komen aje? baqinya mana?

creamyfiodesi said...

naei!
wah 183 komen! :P