sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, May 16, 2010

BLOG UMPAMA CHIPSMORE, NOTA UMPAMA NASI

Assalamualaikum blog..

Apa kabar? Lame sudah aku tak meng-expresi-kan rasa kat ruang ni.
Dah sebulan .eh baru 2 minggu aku tak update, tapi rasanya bagai sebulan.. tidak ber-blogwalking, ber-gengblogger, ber-comment, membaca..dan macam-macam lagi..sebab tu rasa macam sebulan..Semua sebab blogspot tidak boleh diakses di negara ini buat seketika..kenapa? aku pun tak tahu..takkan nak pergi tanya King Mohammed VI plak? Haritu pun kes yang sama berlaku, 2 minggu jugak agaknya.. leh bace entry aku yang lepas.. sekejap boleh akses. Sekejap tak boleh..macam chipsmore kan???
Pemalas punya Mozilla | IE | Google Chrome. Oh! Sesungguhnya mereka tak bersalah..

So, tadi aku cuba jugak click url blog ini guna Google Chrome, tiba-tiba muncul perkataan >>aLBi 3aLaaM<< aku dah mula berkobar.. cam happy sangat! Alhamdulillah pada pukul 11.53mlm tadi aku dapat jugak buka blogspot dan start untuk update story yg paling update punya..ye ker?

Ok baiklah, sejak minggu lepas..doctor ade cakap, dah nak exam nih..Exam akhir sem 2/2010. Aku mula lah gelabah..nota-nota sikit punya lengkap..tak ulangkaji lagi..tak bace buku tambahan sebagai rujukan..oH aku rasa nih semua sebab Facebook. Menjadikan aku malas!! Recently, aku suka je maen mesej kat Facebook..comment.. huh, syaiton-syaitonn..sape suka bazir masa dia kawan ngan syaiton~ Itulah padahnya bahana Facebook sekarang nih. Takpelah insya Allah for the next entry, aku akan update tentang bahaya Facebook.. B E W A R E ..!!


Sambung balik..so aku sekarang amat bz dengan ulangkaji-study-siapkan nota-photostat nota dengan budak arab..Doakanlah aku yer.. berapa ramai yang bace, dan mendoakan aku, insya Allah aku akan berjaya ..amin!! Bace nota-nota tuh sume penting ibarat kita makan nasi. Setiap hari kene makan kan..? huhuh..Tapi aku baru buat lately..haih..*sigh*

Hurm..sekarang jugak aku tengah berkencangan (ayat budak jordan) dengan urudh; assignment. Bayangkan ade mase 10 hari jerk untuk siapkan 4 assignment?? oh teruknya aku.. :(
Tulah mase dalam kuliah asyik tidur. Erk, tak paham kot doctor syarah kat depan ..So bila dah nak exam ni, sume kene setelkan secara cepat..! Ni pon aku curi masa untuk coret-coret, mana tau blog x dapat bukak nanti.. Sekarang tengah stay up buat urudh tajuk Syair Arab Jahiliyyah. Apelaa..syair Orang Melayu Lame pon aku x penah kaji.. dah kaji syair Arab.. but, its so interesting.. ade 1 syair nih, untuk ngayat awek-awek..paling suke yang dua nih~


تريدين قلبي؟ خذيه خذيه
ريدك. لا..بل دعيه دعيه
Do you want my heart? Take it, take it.
Hold it. But do not let it, let it..


وإنّي احبّك
لكن أخاف التورط فيك
أخاف التوحّد فيك
أخاف التقمص فيك

I love you
But i'm afraid to get involve in you
I'm afraid autism (curang)
I'm afraid reincarnation


CINTA AKU HANYA UNTUK
ALLAH & RASULULLAH


Doakan semoga aku dapat siapkan 4 urudh nih, sukses dalam exam final..kalau bleh buat solat hajat sekali hehe :D
I will sukses!! Insya Allah..

pS: sory kepada blogger terkenal, aku x dapat nak blogwalking..korang pon mesti tak kesah aku x singgah ke sana..T_____T

-4.00 am; 64 F

Monday, May 3, 2010

Rasa PENING dan GASTRIK ?? ADA DOA PENYEMBUHNYA

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni aku tak berapa sihat. Sebenar nya dari hari jumaat aku dah rasa, selsema dan sakit tekak. Mungkin sebab minum laban (susu orang arab). Semalam baru jek balik dari Rabat, ade program protokol anjuran persatuan di Institute National des Poste Telecommunications (INPT). Aku rasa seronok sangat dengan program tersebut sebab banyak pengetahuan baru yang aku dapat. Lepas tuh dapat pulak slot motivasi free dari Encik Suhaimi. Suka sangat bila tengok orang yang pandai kasi motivasi kat orang lain. Sedang kitorang wat pogram, tiba-tibe stesen TV1M Morocco wat liputan kat situ mengenai pelajar Asia. Dowang nk masukkan dalam dokumentari kot. Wah popularlah kami.


Nampak x spotlight TV kt pentas tu? Suasana dalam dewan INPT

Berbalik kepada aku tak sihat. Bagaimana? Semalam lepas beli ticket train balik ke Casablanca, train delay hampir 1 jam rasanya. Sepatotnya kami dah balik pada kul 7.10 tp delay hingga kul 8.00 mlm. Then sampai lah pukol 10.00 mlm.

Sampai di rumah, hari nih turn aku masak. Housemate suh masak gak sebab dowang sume lapa. Huk2..dalam keadaan dapor gelap sebab lampu mentol dah terbakar, aku masak juga. Lauk ; sayur goring dan telur dadar.

Lepas masak 2 orang hausemate dah tidur.. aku macam err. Geramnya! Tapi ade la sorang akak senior teman aku makan. Dah kul 11.00 malam. Aku buat x tau jek la makan malam malam cam tu. Lepas makan online jap, blogwalking dan facebook.

Pastu tidur kul 2.30 pagi. Macam biasa. Lepas tuh.. aku mimpi yang aku sakit perut. Sangat-sangat. Sangat-sangat. Aku pegang perut aku.. tiba-tiba kawan aku kejutkan aku solat subuh. Aduhh. Terasa sakit. Rupenya mimpi tuh kenyataan, memang sakit betul. Aku teruskan bangun sebab kawan aku tuh dah bising-bising kejut untuk solat.



ni bukanlah aku, aku bukan sexy camni.

Lepastuh, aku masuk toilet, lepas duduk jek….B L U E R K K K K K ! dua tiga kali. Muntah!! Ergh, asidnya rasa.. semua yang aku makan dikeluarkan. Ade tomato + kobis + telur + nasi. Aku lemah, lepas solat sambung tidur sampai Zuhur masuk?? Siyes x penah berlaku! Teruknya.. lepas aku bangun-kepala sebab tido lame gaknya, aku pun mandi.. kasi segar siket. Aku x makan ubat pon.

Memang takde selera nak makan. Tapi last-last nak jugak test makan. Aku gorenglah ikan bilis + telur. Tapi x lalu. Sekali gigi aku patah pulak . aduhh.. memang malang ar. Gigi nih memang dah lame teruk, tunggu masa nak patah je, so tadi puas kunyah kunyah tiba tiba..
K R A K K K !!
aiyakk..tp stil x tercabut, cume longgar je. Sob sob sob.. sakit.

So simpulkan aku ade banyak sakit. Terima kasih tuhan untuk memberi hambamu mengingatimu.. selsema+sakit tekak+pening+masuk angin+muntah+gigi nk tercabut.

Baru bace kt google, mungkinkah aku ade gastric??? Sebab makan tak ikut masa.? Padahal b4 nih selalu je makan x ikut masa… oh Ya Allah, ko jauhkan aku dari segala penyakit. Sakit itu sebenarnya nikmat. Oh betulkah?? Emak, angah rindu padamu, angah sakit ni..

Bace kat majalah SOLUSI ISU 16 plak, ade la die kasi symptom pening, sebab kita selsema+demam. Ha bolehlah terima. Pastu dia kasi doa Instead of makan ubat, kita leh amalkan doa ni.. Doa mengelak pening. Merawat pening. Usap kepala dengan tangan kanan dan bace sebanyak tujuh kali. Insya ALLAH, sebab Rasulullah SAW buat perkara yang sama.

بِاسْمِ اللهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
Dengan nama Allah, tuhan yang membebaskanmu daripada segala penyakit, daripada setiap penyakit, Dia menyembuhkanmu dan daripada kejahatan pendengki apabila berdengki dan daripada kejahatan makhluk lain. (Riwayat Muslim no.5828)

أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ إِشْفِهِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ لاَ يُغَادِرُ سَقَمَا
Hilangkanlah penyakit ini wahai Tuhan manusia dan sembuhkanlah kerana engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. (Riwayat Muslim no.5838)

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
(Riwayat Daud no.3893)


p/S: korang ada pengalaman camni x?? ape solution die eh?
esOk rasa x Nak pegi kuliah~