sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, November 19, 2013

Lelaki yang paling kita sayang.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sudah lama ya, saya tidak coret di sini. Sudah 11 bulan keberadaanku di bumi Asia ini. Apakah bakat menulis sudah luntur dari diri ini? Muhasabah sejenak. Itulah dinamakan tidak istiqamah. Hmm.

Baik. Tajuk hari ini berkenaan L E L A K I.


Naei rasa kalian sudah ada jawapan masing-masing kan? Tentu sahaja seseorang yang terbaik dalam hidupmu..

Ayah.
Suami.
Abang.
Boyfriend? (out of list)

Jika disebutkan tentang bakal imam, bagaimanakah ciri-ciri yang layak untuk dijadikan suami. Maka sudah tentu kita meletakkan ciri-ciri nya sama seperti " Lelaki yang paling kita sayang ". Benarkan?

Maka nak selitkan di sini, abang ku adalah orang yang dimaksudkan. Walau setiap manusia ada kekurangan, tapi banyak kelebihannya. Menggalas tugas dalam keluarga sebagai Abang Sulungku. 

Semalam aku nak sembur Ridsect kat semut api dalam rumah. berduyun-duyun.. Aku geram. Tiba-tiba Along (abangku) berpesan "Kalau nak sembur Ridsect, minta izin semut tu dulu.. Wahai semut, tolonglah keluar dari rumahku ini.. Jika kamu tidak keluar, maka akan aku semburkan Ridsect ini kepada mu"

Berfikir aku sejenak, betapa benarlah ajaran Rasulullah SAW. Kemudian Along pula mengajarku. Peristiwa ini juga buat aku teringat pada seseorang tatkala dia ingin menghalau semut-semut itu keluar dari rumahnya, dia berkata pada semut seperti apa yang abangku ajarkan.. Maknanya sama fikrahnya dengan abangku. :')

Juga taat pada emakku. Along sangat taat. Walau pada ketika dulu masa aku kecil lagi, perangainya bengis sekali.. Lalu emak menghantarnya ke Tahfiz Al-Quran agar diri along melazimi bacaan dan kalimah suci dari Allah itu. Sekarang, dia sudah lembut hati.. dan tidak lagi berkasar dengan aku.. Cakap dengan emak pun lembut aje.. Pernah seniorku berkata "Jarangnya jumpa anak sulung yang bercakap lemut je dengan emak dia, sabar pulak tu melayan emak kamu"... Aku hanya tersenyum. Berkat didikan emak ini.. Salah satu impian aku juga untuk menghafaz Al-Quran sepertinya.. Tidak aku, mungkin bakal imamku.

Sentiasa menawarkan khidmat terbaik jika orang meminta bantuannya. Serius .. Kalau along jadi runner, memang terbaik. Bawa kereta laju tapi cermat, selamat sampai ke destinasi. Tabiat aku kalau lewat ke sekolah, aku minta dia jadi driver aku. Daripada jalan 20 minit boleh sampai dalam 12 minit. Malah dia seorang yang bermasyarakat. Tidak kekok berbual dengan orang tua, mesra juga. Ini lah salah satu ciri-ciri untuk bakal suami mithali.

Memiliki suara taranum yang sedap untuk didengar tatkala subuh menjelma, Al-Quran itu diselaknya. Dialunkan dengan merdu .. Suara along merdu selepas suara emak. Emak pun pandai sangat bertaranum. Kenapa saya tidak pandai ?? :'(

Sedang aku membasuh pinggan. Along sentiasa ada di sebelahku membantu aku membilas pinggan dan mangkuk yang sudah bersabun. 1 pinggan 1 minit dibasuhnya. Kadang-kadang aku rimas sebab dia mesti pastikan pinggan itu sangat-sangat bersih. Dalam hatiku sentiasa berdoa, beruntunglah sesiapa yang dapat Along. Moga aku juga punya suami yang rajin seperti Along.

Cuti sem pertama along di KUIS ni, Bulan 10-25/11 really make me have a good quality time with him. As he accompanied me where ever i go.. and also support me when i was learned driving with him. Along, please dont go back to your college ?? Pity me. Alone with mum at home without Adik too :'(

Ter speaking pulak. Huhu. Along juga tidak sombong. Maka dia sangat terkenal di kalangan gadis-gadis yang mendambakan wajah Fizo Omar nya itu.. Lantunan nasihatnya dan falsafah gentelman nya . Siapa rasa yang pernah ditegur along aku tu, layan je lah. Sebab along memang gentelman.. Haih.. Along..Along. Semoga Along menjadi anak yang soleh, suami yang bertanggungjawab, dan mendapat isteri yang berdikari tatkala along tiada di sisi nya.. Along nak isteri yang lembut tapi pandai berdikari dan ringan mulutnya.. Semoga tercapai hajatmu. Fa sabrun jamil. 



Semoga kejayaan mengiringi usaha Along selama ini. Satu pesan dari adikmu ini, jangan pernah lupakan dan tinggalkan kalam suci Allah itu. Sama-sama kita berusaha melalui jalan yang panjang ini untuk melihat Islam itu terlaksana selari dengan syariat Allah. 

No comments: