sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, May 1, 2013

Menjadi Ustazah II

Alhamdulillah tumma alhamdulillah..Sedang aku menaip, hujan turun. Syukur.

Telah 2 bulan aku berkhidmat di SK KGV, Aku rasa bebas sikit sebab rupa-rupanya kerja ni sangat penat. terutama dalam bidang mengerah otak dan suara. Jadi untuk April ni aku bolehlah bercuti agak2 sebulan..Yey!!

Planning.. cuti.. Holidayss.. :) :) :)

Tiba-tiba aku dapat panggilan apabila 2 minggu dalam April melabuhkan tirai.. Ini minggu ke-3.
"Assalamualaikum Ustazah Sharifah. Saya Ustazah ####. Ok, esok kamu terus pergi ke SJKC Kg Baru Pantai yer. Terus lapor diri.......ok bye" Aku.................................


Bersediakah aku ni..? Sekolah Cina!! Eksaited campur takut.. Campur takbest sebab aku tahu sekolah cina pasti guru melayu sedikit, diskriminasi, pelajar melayu sikit dan mencabar... Yang aku eksaited-kan cuma Bahasa Cina aku akan lebih mantap ..Huhu

Maka 22 April tiba, aku bergegas paling awal 6.40pg untuk pergi ke sana. Kerana aku tahu jalan Pantai sangat jauh .. Hehe 20 minit je rupanya. Datang je. Bangunan yang satu. Seorang aunty buka pintu.. nampak olehku 2 orang yang melayu. Aku ditemani emak.. naik pejabat.. Lepas lapor diri dengan berani.. Guru Besar (GB) pun terkejut. Sebenarnya saya... tak dilaporkan akan masuk ke sekolah tu pun oleh jabatan. GB takde maklumat. Aku malu. Aku pasrah. Turun tangga. Kemudian, terjumpa ustaz yang kerja di sekolah tu. Umur lewat 40an.

Sebenarnya sudah ada ustaz d situ tapi kenapa jabatan hanta aku juga?? Keliru..takut juga kalau aku tak dapat nak jadi ustazah. Maka aku balik lepas berkenalan ngan ustaz. Masa tu 10.30 am .. Suka plak balik boleh rehat hihi.. 2 jam kemudian. GB telepon aku.

"Ustazah, saya sudah telefon jabatan. Jadi kamu datang ke sekolah balik. Kamu boleh mengajar. Ustaz itu akan ditukarkan ke sekolah lain. " Aku...................................

Aku pon paksa lah diri untuk datang, walaupun jauh. Dan hari itu aku mengajar bersama ustaz walaupon murid cuma seorang ketika itu.. T_T

Dalam hati, Alhamdulillah, ini sekolah baru. Semangat baru. Murid baru. Dakwah yang baru.. Insya Allah!

No comments: