sha-na.sziéd @ naeilahsziéd | Casablanca | étude islamique | 2éme année | échantez

komen | buat blog untuk sekadar menceritakan sesuatu daripada kehidupan seharian, bahasa yang digunakan seperti bercakap dengan kawan-kawan. kalau datang membaca, mesti bace dengan gaya bahasa yang betul. penulisan masih belum dewasa, sekadar ikut sedap hati dan mulut juga jari yang dibebaskan untuk menari di atas keyboard. amat mengharapkan respond dari "orang lame"..jika datang singgah, jangan lupe tinggalkan nota untuk di follow balik jejak korang . Big thanks!

ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR DALAM ENTRY DI BAWAH, KLIK GAMBAR UNTUK DILIHAT SEPERTI KANTA PEMBESAR, TERIMA KASIH DAUN KELADI, KALAU SUDI TINGGALKAN KAKI KAT SINI, LAIN KALI DATANG LAGI.•.¸¸.•´¯`•.¸¸.

Bace lagi, please
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 15, 2012

Allah sayangkan kita, hambaNya.


Assalamualaikum semua.. Apa kabar korang semua? Apa kabar iman dengan Allah?

Allah sangat sayangkan hambaNya.. everybody knows it. Tapi ada juga menafikannya.. Aku pernah terbaca satu quote english yang sangat sweet.. bunyinya begini :


“O Allah the almighty, I always love you because you are the ONLY true lover in this life and nobody could love me like you do. You are the *everlasting love*”

Hebatnya perasaan ini andai kita berjaya meletakkan cinta kita kepada Nya di tangga yang tertinggi dalam lubuk hati kita.

Percaya atau tak nak kata Allah sayangkan kita spesifiknya AKU.. ada something berlaku kepada diri aku satu hari tu.



Aku tak boleh bagitau apa yang berlaku. Biarlah aku sahaja yang tahu. Lalu pada masa tu aku sangat-sangat berdoa kepada Nya agar melindungi benda tersebut .. aku berdoa selama 1 hari dan mengharapkan keajaiban dari Allah.. Akhirnya ternyata apa yang aku hajati dapat jua akhirnya.



Kemudian, pagi semalam aku dan seorang seniorku, menemankan aku untuk pasang internet di Maroc Telecom (pejabat telekom Morocco).. Kemudian urusan ini memerlukan aku dan senior untuk mengesahkan boring kami di Muqoto3ah.. kemudian, aku diminta oleh makcik pejabat tu untuk beli setem 20 dirham. Aku kemudiannya berlari untuk kejar masa dan juga setem di luar pejabat. Aku memang tak tahu di mana jualnya setem 20dh.



Maka aku segera berlari anak ke kedai fotokopi dan bertanya, mereka cakap beli di balai polis. *Sigh* Lalu, aku segera berlari anak ke balai polis dan bertanya, mereka cakap beli di Cimencery (taktahu BMnya) pula..*sigh*
Lalu, aku segera berlari anak ke cimencery dan bertanya, mereka cakap beli di pejabat post depan muqota3ah.. *sigh* Lalu, aku segera berlari anak ke pejabat post dan bertanya, mereka cakap beli muqata3ah.. 4 tempat aku pergi, masih tak jumpa. Tiba2 terjumpa kawan kuliah aku, yang juga bekerja di pejabat muqata3ah tu.. Alhamdulillah.. Allah sangat memudahkan kerja aku. Akhirnya kawan aku, Rashidah (orang morocco) membantu aku untuk membeli setem tersebut di Muqata3ah tu sendiri.. yang akhirnya mereka memberi kami setem yang sangat murah 4 dh. Alhamdulillah jimat 16dh aku.. masa tu aku sangat terkelu.. sebab pertolongan dari Allah ni.. Moga pengurusan kemasukan internet kami dipermudahkan.



*****


Sangat benarlah surat-surat dari Allah yang aku baca setiap hari, Allah menjanjikan perkara-perkara yang baik kepada setiap hambaNya tak kira siapa.. walau engkau kafir, walau engkau muslim….

Ada baru-baru ni, berita pasal gadis Cina memeluk agama Islam kerana keajaiban yang Allah tunjukkan pada dirinya..



Nyawanya hampir sahaja di hujung tanduk apabila dia dapat tahu harapannya untuk hidup tipis kerana menhidapi kanser thyroid. Lalu dia meminta nasihat dari kawan-kawan muslimnya.. Kawan2 dia menyuruh dia cuba untuk berdoa bersungguh2 pada Allah untuk dikurniakan umur yang panjang, dan Alhamdulillah doctor mengesahkan tiada kanser dalam badan dia. Esoknya juga dia mengucap kalimah la ilaha illa llah.. subhanallah..!!



Cubalah korang baca Alquran dan maknanya sekali, tentu korang rasa sangat bahagia apabila mendapati bahawa Allah sangat kasihkan kita.. antara ayat2 Allah yang menyentuh hatiku,



dalam surah Ali-Imran 3:135. "Dan siapakah yang dapat

mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? "

walau sebesar mana dosa kita, selagi kita memohon taubat padaNya, Allah akan memaafkan kita.. tapi kalau ada dosa dengan orang lain, minta maaf dulu dengan orang tersebut kemudian mintalah taubat pada Allah.

Kemudian, kita meminta lagi kepada Allah akan segala nikmat, lalu Allah belaskan

hambaNya. Dalam surah Ad-Dhuha93:5

"Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan

dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati."

patutlah tak kira susah mana hidup kita, apabila kita tak lupakan Allah, Allah takkan lupakan kita.. Beruntunglah kita ISLAM dan merasai nikmat Iman..


dan juga setiap saat sedutan oksigen di bumi Allah ini hanya dipinjamkan sementara untuk kita meneruskan hidup secara percuma.. Pernah tak kita terfikir apabila kita bangun tidur..

“Mengapa aku masih hidup hari ini? Oh, Allah masih membuka peluang aku untuk bertaubat kepada Nya..”

“Mengapa aku masih hidup hari ini? Oh, untuk berbakti kepada diri ini dan agamaku”

Semoga kita sentiasa mengingati Allah ketika susah dan senang .. Jangan lupa pada DIA !


******


Jadi apa perlu kita buat untuk menghargai apa yang Allah beri pada kita??



Pertamanya kita perlu bersyukur , ucapkanlah Alhamdulillah di setiap kesenangan yang kita dapat.


Kedua, untuk zahirkan syukur kita kepada Allah, maka solatlah dan berbuat kebaikan. Pernah Saidatina Aisyah melihat Rasulullah mengerjakan solat siang dan malam tanpa henti lalu dia bertanya pada baginda..





“Wahai Rasulullah, mengapa kau asyik solat sahaja siang dan malam sedangkan Allah telah menjanjikan syurga untukmu Ya Rasulullah..”

Jawab baginda “Salahkah untuk aku menjadi hamba Allah yang bersyukur??”


Subhanallah..


Seterusnya, jangan pernah berburuk sangka pada Allah .. Ada orang merasakan Allah tidak adil dengan memberikan kesusahan dalam hidupnya.. Janganlah kita meminta dugaan yang ringan tapi pintalah hati yang kuat dan tabah untuk menghadapi dugaan Allah yang hebat..



Ada orang mengatakan mengapa dirinya ditimpa ujian dan kesusahan, padahal itu jelas membuktikan Allah sangat sayangkan kerana kamu telah diuji tahap keimananmu terhadapaNya sedangkan orang lain dibiarkan masih lalai dengan permainan duniawi..


Jadi, kalau ada ujian menimpa kita haruslah kita menerima dengan hati terbuka dan yakin bahawa ada hikmah di sebaliknya ..dan hanya orang terpilih sahaja yang dapat rahmat ini..

Hayati lagu ni kalau rasa down sangat .. ^_^


Dah bace Quran belom hari ni??

Doakan aku sentiasa menjadi baik ^_^

1 comment:

NourlHousna Tawfiq said...

allah yusahhil 3lik :]