Berkenaan topic hari ini, aku tau ramai gurls kat luar sana yang suka pakai inai. Eh betulke? Kebiasaannya inai ni pengantin jek pakai. Tapi salahke kalau kita-remja-gadis ni pun nak turut serta? Kalau di Morocco ni, dah jadi kebiasaan remaja-gadis-serta makcik untuk berinai, lebih-lebih lagi kalau hari raya Haji (pelik kan?) dan majlis walimatul urus. Mereka ni kalau berinai bukan kat kuku tuh, tapi yang macam India kahwin tuh, corak-corak kat tangan.
Murah jer, DH 5= RM 2.50. Sebab tu seswai untuk semua..hehe
*********
Aku pun ada rasa teringin nak pakai macam tu. Hari isnin kelmarin, ada seorang sahabat Arab aku nih, Asma’ name dia.. Datang ke rumah aku. Dia datang dengan membawa alatan untuk memakaikan kami inai. Dia memang pandai bab menghias tangan-tangan untuk dilukis dengan pelbagai corak. Maka sesi
Mr. Google tolong bagi gambar nih, gambar asal disimpan untuk menjaga maruah hehe
Aku hanya bertahan untuk 2jam sahaja sebab aku solat-nak amek wuduk-nak makan.
Tips: 1-inai kalau dibiarkan kering lebih lame di atas tangan, lagi merah..
2-inai serbuk+sedikit ethanol=menjadi lebih merah. (inai daun jangan pulak !!)
*****
Aku jeles sangat orang sibuk pakai cincin. Konon cincin couple, cincin persahabatanlah..pirahh! (sebab aku tak couple kot, naudzubillah..mendekati zina, jangan!) Tapi untuk merasa jari sendiri ada cincin, maka aku pun sibuk-sibuklah nak beli cincin permata-berkilauan kat satu pusat shoping complex nih, Marjane. DH10=RM5.00. Berbaloi weyh, kilat-kilat ^_^
Pastu aku pon pakai lah cincin tuh pegi ke kuliah, ke kedai, ke kelas tambahan, ke pasar beserta tangan aku yang berinai ni. Ehem..menurut pengetahuan aku tentang masyarakat arab ni, jika gadis itu sudah bercincin maka dia sudah bertunang @ berkahwin (sadisnyaa…hehe). Aku takde lah niat pon nak cakap aku sudah bersuami (uhukk!) Tapi apekan daya, aku pakai cincin beserta tangan aku yang berinai ni. Sesudah kelas malam tuh, ade sorang uncle arab ni tegor aku .
“antum min jami3ah?” “korang dari kuliah ke?”
“la, nahnu min bab-andalousse..darasna kullu lailah..limada?”
“taklah, kami dari bab-andalousse..kami belajar tiap malam kat situ, kenapa?”
“ouhh, hunaka shahsun yas’al ankum, hal zauwwajti…? Lianna yanzur ila henna wa hattam. Wa antum taskunna huna”
“ouhh, tadi ade orang laki tanya tentang korang, ade yang dah kahwin ke? Sebab dia Nampak ade yang pakai cincin+inai. Dan korang tinggal kat sini”
Aku macammmmmmmm arggghh!!! Takutnya! Ada orang Arab nak pinang aku ker?? ApakaH?
Lalu angkat kening double-jerk dan senyum segaris jek.. Pakcik tu gelak dan angkat kedua belah tangan macam nak kata, “aku tak tau..”
“aaaaahh..(angguk-angguk blur)..waho, bissalamah!!”
“aaaaahh..( angguk-angguk blur)..ok…selamat tinggal !!”
p/S: kesimpulannya, jangan nak menggatal pakai cincin ...aduh kan dah susah~
kalau Malaysia pun anggap gadis bercincin tuh mesti dah kahwin, haaa sendiri mau tanggunglah, sejak bila plak rumah aku ade wat kenduri nasi minyak ni??
Hehe..Aku Masih Single dan Available. (tersenyum)
******
Hadis membenarkan inai. jangan taktahu Rasulullah pun menyukai inai. Menurut Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, ada seorang permepuan bertanya kepada Aisyah R.A: Apakah pendapatmu tentang inai? Jawab Aisyah R.A: Rasulullah SAW menyukai warnanya, tapi tidak menyukai aromanya. Kalian boleh memakai inai setiap 2kali @ setiap kali haid.
Tapi aku juga dapat satu pengajaran kat sini, memakai inai boleh menimbulkan fitnah. Itulah ape yang berlaku kat aku dalam cerita di atas.
HUKUM BERINAI ??
Hadis membenarkan inai. jangan taktahu Rasulullah pun menyukai inai. Menurut Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, ada seorang permepuan bertanya kepada Aisyah R.A: Apakah pendapatmu tentang inai? Jawab Aisyah R.A: Rasulullah SAW menyukai warnanya, tapi tidak menyukai aromanya. Kalian boleh memakai inai setiap 2kali @ setiap kali haid.
Tapi aku juga dapat satu pengajaran kat sini, memakai inai boleh menimbulkan fitnah. Itulah ape yang berlaku kat aku dalam cerita di atas.
1- Diharamkan ke atas LELAKI tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
2- Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus.
3- Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah. Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah.
4- Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya”
p/S: Hurm, macam tu? Aku dah buat sesuatu yang makruh. Takpe sekali je ni, untuk cuba. Makruh ialah amalan yang ditinggalkan dapat pahala dan dilakukan tidak berdosa.
Maaf jika entry kali ade menimbulkan kekhilafan, aku akan cuba perbaiki diri. Thanks sebab membaca , kalau ada pendapat @ soalan..Share lah!!
14 comments:
saya dekat kg.serting ilir, bahau..
anyway, betul ker diharamkan kpd lelaki???
saye x brape pastila dgn fatwa hukum saudari tue...sbb saye prnh mndgr ceramah psl mende nie..en inai mmg bole pakai lbh2 agi utk tujuan rawatan mcm warnakn rambut...
free2 time,singgahla blog...
saya dekat kg.serting ilir, bahau..
anyway, betul ker diharamkan kpd lelaki???
saye x brape pastila dgn fatwa hukum saudari tue...sbb saye prnh mndgr ceramah psl mende nie..en inai mmg bole pakai lbh2 agi utk tujuan rawatan mcm warnakn rambut...
saye dlu skool maahad muhammadi lelaki..
skang nie bljr kat institut pendidikan guru dkt besut..techer wannabe...
salam. hehe, pakai inai tyme skang nie cam pelik la, sebab kita muda ag.
no wonder la pak arab pun ingt dah kawin. :)
tiena mahu pakai tyme kahwin nt la.
sebenarnya leceh kowt nak pakai inai.
btambah ilmu aku psal inai ni..syukran..a great blog n dh follow pon..huhu
i mmg tak minat pakai inai,tp suke tgok org berinai.nak letak kat jari sendiri tgu masa nikah jer kot,ahakz!
[zumiela7]
ouh kampung serting ilir..tauw2
untuk hukum bekenaan inai untuk laki tu, sy pun sdg mengkaji insya ALLAH sy gtaw nanti. ouh IPGM besut, baguslah bertambah lg 1 guru islamik
[tienalovesick]
huhu pakarab kat sni mmg pelik2..
seswai la gadis pakai masa kahwin (:
[ameer]
mekasih sbb membaca, pasal inai ni sy kene kaji lagi.
[melor]
tengok orang berinai best kan?
moge2 cepat kahwin ...(:
tu la len kali jgn nk menggatal cbe2 pki..kan da kne..emm..its ok..its a lesson 4 u guys..so..beware..
adik here~~
isk3...anga3...kte ni mang sme la an..ske sggggt pki inai,..inai x abes pon..trus pki ag...dpt lak adik skg xde rules skul yg part 2...mang sllo pki je
[anisDzul]
bukan menggatal cuma menggedik nak test inai morocco :)
[adik]
kita sama kan?
Umi Hidayah
Salam, saya berminat ngan inai dalam kotak kuning tu.. dimana nak dapatkannya?? dan ada picture girls sedang ukir inai tu, dia guna benda kecil warna putih tu, saya rasa lebih senang nak ukir guna benda tu kan.. mana nak dapat juga ye?? coz saya pun ada masa suka ukir tangan sendiri... TQ..
wasalam..umi hidayah
mekasih kerana sudi komen & bace..
inai ni biasanya didapati di negara2 arab .
dan tiub untuk picit inai tuh dan ukir juga dijual di sini
dengan harga yang sangat murah
10 dirham sahaja untuk inai & tiub
= RM 5.00
kalau mahu, saya boleh belikan, dan beri alamat.
terima kasih :)
salam.. ;) berminat dgn inai tuh.dlm kotak kuning tuh bentuknya sama mcm dlm gmbr org tgh menginai tuh ke..?lepas tuh nk tny, tiub tuh halus tak lubangnya..? sebab kadang2 lau yg jual kt sini yg mcm ubat gigi tuh tak dpt nk haluskan ujungnya.nnt coraknye jd sedikit besar. ;)email sy ye. meoow_gurl@yahoo.com
tq in advanced. ;)
-muslaimi-
Post a Comment